السلام عليکم
'TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DALAM BISKUT .. TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM & KEPENTINGAN UMAT ISLAM.
DR PEG. JAKIM-HJ. JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)'
3.Apa anda buat?
a) Percaya bulat-bulat & sebarkan?
b) Siasat dahulu
c) Abaikan
4. Kebanyakan orang akan percaya bulat-bulat dan mula sebok post/forward mesej tu. Tak boleh ke siasat dulu? Cuba Google/search kat Yahoo dulu, tengok apa result yang keluar, apa orang ramai cakap, especially dari pihak berkuasa, dalam kes ni pihak berkuasa agama berkaitan.
5.Jadi sahih atau tidak dakwaan di atas? Jawapan? Klik Sini
6.Simple sangat. Hairan & pelik. Sebagai seorang yang educated, sudah semestinya anda sudah terbiasa buat report/laporan/research masa zaman universiti/kolej setidak-tidaknya buat kerja kursus/folio zaman sekolah. Semua tu memerlukan anda state & declare SUMBER maklumat dari mana anda dapat. Tetapi ramai yang gagal bagi sumber yang sah lagi sahih dalam situasi ni sebaliknya bagi jawapan :
"Eh aku dengar orang cakap"
"Orang ramai asyik sembang, betul lah tu"
"Betul, pakcik/makcik/jiran/ipar aku yang kerja di (sila letak agensi berkaitan) yang bagitahu"
"Ntah, orang forward, aku forward"
7.Bagi link pon jadilah at least kan?. Jadi, dalam keadaan macam ni tolonglah behave sebagai seorang yang bertamadun lagi educated. Cari sumber, jangan percaya bulat-bulat. Sebabnya silap hari bulan bukan dapat pahala sebab sebarkan benda baik tetapi dapat dosa sebab bersubahat sebar fitnah.
8.Lagi satu dari struktur ayat pon dah boleh agak ni betul atau sekadar syak wasangka. Aku tak kata fitnah. Ayat yang beremosi dengan niat memburukan sesuatu atau mempromote sesuatu tu sah rekaan. Selalunya sumber adalah sipolan yang tak dikenali sebagai pegawai sekian-sekian, bila di cari, tak wujud orang itu. Atau, sumber dari sipolan yang dikenali umum tetapi lastly orang tu nafi. Sebab kalau betul dakwaan tu sah, ayat dia patut lebih formal, teratur, ejaan betul & tak ada sentimen/emosi.
9.Aku memang reject setiap benda yang ada Tolong Sebarkan. Perkataan tu dah jadi jijik. Dulu pernah baca satu note di Facebook konon fast food jenama "K" itu haram lah. Konon kenal dengan seorang hamba Allah, anak sedara dia (tak ada nama) konon kerja situ, berhenti sebab tak sanggup bersubahat. Siap lampir kononnya komen/surat dari seorang berjawatan tinggi dalam pihak berkuasa agama yang turut mengakui dakwaan berkenaan. Tapi dihujung note dia tu, sebok pulak promote makanan jemana "sekian" yang kononnya Islamic habes, Bumiputra habes, hahal habes, sehat walaafiat, makan je jenama tu akan sihat dari dunia sampai Padang Masyhar. Tu dia habaq hang. Perlukah kita promot sesuatu dengan memburukan sesuatu? Kecualilah perkara itu memang umum tahu buruk. Contoh dadah.
10.Tolonglah jangan percaya bulat-bulat. Sebaliknya buat kajian sendiri, nilai dengan baik & rujuk pihak berkaitan. Kadang kita mudah terpedaya dengan pengunaan nama pihak berkuasa berkaitan selalunya berkaitan agama contohnya Jakim etc. Contoh: Telah diserbu/ditangkap/didakwa/disaman/disita oleh XXX (pihak berkuasa). Betulkah pihak berkuasa itu betul-betul ada kuasa untuk mengeledah/tangkap/dakwa etc? Tengok dulu sejauh mana & seluas mana bidang kuasa pihak berkuasa berkenaan. Check saja di website mereka. Sebab dari situ kita boleh tahu dakwaan itu benar atau tidak.
12.Contoh statement di atas, serbuan berlaku di Batu Pahat, Johor, adakah benar Jakim ada kuasa di negeri Johor? Sebab kuasa agama di bawah bidang kuasa negeri. Dalam kes ni, pihak berkuasa yang dikaitkan dengan dakwaan ini perlu pro-aktif, perlu ada satu team yang alert & update dengan cepat, sama ada nafi atau sahkan secara rasmi. Barulah orang awam tenteram & tidak terkeliru.
Akhir kata:
Jangan mudah terpedaya dengan mesej berantai ni.
Lebih baik diam, dari subahat sebar fitnah
Semoga kita terselamat dari fitnah & terpelihara dari terlibat sama.
Amin!
p/s: baca tulisan caps lock pon dah menyampah
till then, assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment