Commercial

Sunday, July 29, 2012

Side mirror hilang

السلام عليکم 

1. Bagi pemandu & penunggang bertamadun & berakal logik sehat walafiat, side mirror perlu untuk bantu pemanduan dan jugak untuk navigasi kenderaan. Payah especially nak potong atau masuk ke lane sebelah tanpa side mirror.

2. Pada 28 April lepas, malam tu housemate aku balik lewat, bagitau something kt aku, tapi tengah tido so tak ambil peduli sangat. Esok aku tak pegang motor hampir seharian sebab pergi Seberang Prai (Butterworth) dengan housemate, ada kenduri geng kilang.

3. Balik kenduri tu baru aku sedar motor LC aku dah tak bertelinga, tak ada side mirror, ke dua-dua belah terus. Side mirror original kot. Geram betul, maki pun tak guna. Sakit hati aku. Dalam banyak motor LC, kenapa motor aku jugak jadi target?

Hilang April 2012

4. Dengan side mirror yang lama, pasang & pi terus Bukit Jambul cari baru. Niat nak yang original, sama dengan yang lama. Tapi tak jumpa. Ambil lah mana yang ok.

5. Yang baru ni pulak, budak-budak kat bawah flat suka main-main & kepak sebab dia flexible. Lagi satu hal setiap pagi nak betulkan balik. Tekanan betul. Lastnya join dia dah lose. So tak boleh pakai. Bila bawa laju side mirror tu jadi lembik.

6. Beli baru lagi 27 July petang lepas beli makan buka puasa kt bazar Ramadan Bayan Baru. This time dapat yang original. Memang seronok la sebab LC aku tu dapat rupa asal balik. Dalam senang hati pun ada rasa cuak juga takut hilang lagi.

7. Apa yang terdetik di hati tu memang betul jadi. Next morning aku siap nak balik Aloq Staq menang betul hilang. Tak sampai 24 jam pun. Banyak lagi kot motor LC lain. Geram sungguh rasa. Nasib berpuasa, tapi kalo maki mencarut sekalipun memang tak guna. Punya excited nak balik Aloq Staq dengan siap service motor, basuh siap dengan side mirror baru. Last-last balik dalam sakit hati. 

Hilang Julai 2012
 8. Sampai Aloq Staq, aku cari side mirror murah-murah saja supaya tak jadi target lagi. Apa la nak jadi, side mirror pun nak curi, bukan mahal mana pun.

Semoga si pencuri mendapat balasan yang setimpal, tidak di dunia, di alam sana.

till then, assalamualaikum

 -Duke of Black Antz-

Friday, July 20, 2012

Training in Ipoh

السلام عليکم

1. March dulu dah attend satu training di Penang. Lepas dari training tu banyak info pasal training berkaitan energy management masuk ke inbox. Berminat dengan satu training ni, anjuran United Nation Industrial Development Oranganization (UNIDO) untuk jadi trainer bagi ISO 50001 (Energy Management). Tapi dah penuh dan tak berapa qualified sangat. Kalau dapat ni memang best, dah la jadi trainer, kilang senang nak dapat ISO 50001 atau MS50001 (sama saja) dan siap team expert trainer dari UNIDO mai ke kilang untuk guide. Tak apa, try next time.

2. Dalam dok communicate dengan UNIDO Malaysia, dapat invitation untuk Industrial efficiency for the Malaysian Manufacturing Sector, ISO 50001 User training. Apa lagi, propose ke management, HR say ok, so jadilah ke Ipoh 2 hari. Sebab free (hehe) bos suruh bawak ramai lagi join. Lastnya jadi 1Malaysia la bila aku, Ah Por dengan Narendran yang pi. 

3. Cadang nak stay di Ipoh, tak la penat nak berulang dari Penang. Tapi Ah Por tak mau stay sebab mak dia tinggal sorang dan sanggup drive Ipoh-Penang. Ok la settle. Aku arrange segala transportation, registration & detail pasal training. Fuh bercinta gak nak dapat kereta company.

4. Awal-awal pagi, pukul 6 dah ada kat kilang, gerak ke Hospital Seberang Jaya untuk ambil Narend, pastu straight ke Ipoh, Ah Por drive. Agak sesat la bila sampai Ipoh, Ah Por tak mau follow map hotel, Hotel Syuen Ipoh dan nak pakai GPS handphone dia. Pusing sana sini sampai jugak lewat sikit 10 minit. Tapi belum start sebab masih dalam tempoh registration. 

5. Organizer inform training ni untuk 30pax tapi yang turn-up 80pax haha ada walk-in la tu, so layan saja. Trainer adalah
a) Ir Francis Xavier: bekas Pengarah Jabatan Pengurusan Tenaga & Pembangunan Industri, Suruhanjaya Tenaga dan Project Director UNIDO Malaysia.
b) Liam McLaughlin: trainer UNIDO dari Ireland 
c) Zaini Abdul Wahab: dari Suruhanjaya Tenaga (bekas) & energy consultant 

6. Summary training: pergh penuh input & objective. Lagi banyak benda nak buat dari training 5 hari yang aku attend March dulu huhu. Dalam otak ligat plan macam-macam. lebih-lebih lagi masa simulation 2nd day. Jelas segala plan & action. Balik kilang terus meeting & set-up plan dgn organization haha. Nasib top management pun support. 

7. Tapi sebab Ah Por dengan Narend orang technical dan bukan management macam aku, so 2 hari tu agak bosan bagi lepa sebab penuh dengan urusan management. At least ada juga team yang faham keperluan energy management dan boleh assist aku lepas ni. 

8. Lepas ni target nak hantar lagi team maintenance ke training under UNIDO berkaitan training hands-on & lebih technical. Sesuai dengan work-nature lepa. Ada lagi lepas ni, so just tunggu notification dari UNIDO Malaysia sajalah.

Fuhh, harap gerakan energy management lepas ni menjadi. Amin
 till then, assalamualaikum 

-Duke of Black Antz-

Thursday, June 28, 2012

Banner Competition

السلام عليکم 

1. Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Penang anjur pertandingan reka banner, video & photography sempena Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2012. So kilang pun decide nak participate. Sebab last year menang 2nd place untuk banner. Macam menaruh harapan untuk tahun ni.

2. Aku ada dalam Safety Committee kilang, jadi Safety Officer Wan Hakimie pun call meeting untuk inform pasal pertandingan & nak join untuk banner lagi sekali. So meeting turn to brainstorming cari idea untuk banner. Masing-masing pun bagi idea la, tapi nmpak macam buntu sebab tak capai apa-apa tema.

3. Preliminary design dah ada,cuma nak improve atau cari satu theme untuk bawa ke pertandingan. So aku offer untuk design something. Jadi design dia mcam kat bawah ni.

Second Choice

First Choice

4. Actually sebelum sampai ke final design, ada 2 design yang aku propose, tapi management minta supaya merge jadi 2. Jadilah macam design kat atas ni. Design yang awal agak keras sikit dan agak menakutkan (hehe) komen dari management. Niat asal agak terus terang supaya mesej tu jelas & lagi orang ingat.

5. Jadi sama-sama tunggu result. Selain masuk untuk Penang level, kami pun masuk compete untuk national level.

(update 17 July 2012: banner tak menang pun huhu)

till then, assalamualaikum

 -Duke of Black Antz-

Thursday, May 3, 2012

Kerja 1 May

السلام عليکم

1. Selalu 1 May adalah cuti biasa sbb masih study. Tapi bila dah bekerja rasa bermakna pulak hehe Hari Pekerja!

2. Tapi bos dah plan awal-awal lagi yang 1 May semua member Maintenance Dept kena mai untuk buat service satu kilang. Sebab tu lah satu-satunya tempoh 24jam tiada orang kat kilang.

3. Ada dua plan untuk 1 May untuk service benda yg lebih kurang sama. Satu service semua HT-LT station dengan semua distribution board (DB) satu kilang. 

4. HT-LT station saja ada 7 station dengan hampir 50 puluh lebih BD satu kilang. Pagi-pagi lagi semua member maintenance penuh dalam office. First time sejak aku kerja dapat kumpul ramai-ramai macam ni. 

5. Bos dah bahagi dalam group & pecah ikut building/area. Buat stage by stage. DB tak boleh service selagi HT-LT station berkenaan tak di off dulu. Aku guide contractor berlesen untuk service & test semua HT-LT station. Geng maintenance lain tunggu signal saja untuk service DB. 

6. Ingatkan makan satu hari penuh, rupanya cepat jugak contractor buat kerja, jadi kerja kami pun cepat juga la sebab ramai-ramai fokus tolong sekali. 

7. Sebelum 1 May tu, aku dah email semua head department alert semua yang kami akan off satu kilang. So sila ambil appropriate action untuk protect segala alatan/material/server sensitif dari rosak.

8. Dalam syok dok layan contractor buat service, geng lain semua keluar lunch tinggal aku dgn contractor saja. Kuang asam tul haha. Last aku suruh contractor keluar lunch dulu, tinggal aku sorang kat kilang untuk monitor sebelum aku pulak keluar lunch bila semua balik haish.

9. Dalam kita bercuti, kita kena sedar, kadang-kadang ada orang lain kat sana masih bekerja untuk pastikan semua berjalan lancar. Lepa ni la the unsung heros!.

Selamat Hari Pekerja :)

till then, assalamualaikum 

-Duke of Black Antz-

Friday, April 13, 2012

Gempa Bumi!

السلام عليکم

1. Sepatutnya 11 April 2012 adalah hari yg gembira bagi Malaysia dgn pertabalan Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Itu cerita di pagi hari. Tapi lain cerita di petang.

2. 11 April adalah non-compulsory public holiday. Bagi aku, Hari Pertabalan patut dijadikan cuti umum wajib sbb hanya sekali dalam 5 tahun. So hari tu aku bekerja sbb kilang replace hari lain.

3. Petang tu ada Maintenance Review, meeting dengan Deputy General Manager. This time adviser company pun ada. So macam biasa kami dari maintenance team key person ada di Meeting Room 3. Semua seperti biasa, meeting pun jalan macam biasa sampailah...

4. Secara tiba-tiba aku rasa lantai bergegar. Tapi aku masih positif sbb selalu sngat dkt office maintenance lantai bergegar sbb forklift lalu. Tapi dlm masa yg sama minda aku menafikan, mana mungkin meeting room 2nd floor boleh bergegar mcam tu?

5. Semua orang mula kecoh bila meja meeting berlanggar sama sendiri. Eh ni lain macam ni. Gempa bumi ni!!! Semua bangun keluar dr meeting room ke Production Office tgok smua orang berdiri dlm keadaan tergamam sbb seseorang arah semua orang keluar dari bangunan.

6. Dalam masa yg singkat majoriti dah keluar dr bangunan. Boleh nampak safety officer kami Hakimie sebok calling sana-sini. Aku pun tergerak nak call family di Alor Setaq. Adik aku angkat tapi tak ada cerita pasal gempa di sana sampai mak aku call balik confirmkan yg di Alor Staq pun rasa gegaran macm di Penang. 

7. Selama ini aku tertanya-tanya mcam mana rasa gempa bumi. So itulah rasa gempa bumi. Bergegar & bergoyang. Rasa nak balik rumah serta merta tapi tiada kebenaran utk kosongkan kilang. Lagi pun cuma tinggal kurang 15minit sebelum jam 5.00 petang. Dah semua clear selamat, barulah masuk semula ke dalam bangunan.

8. Sambung semula meeting, tapi meeting ramai, tapi sekarang tinggal lebih kurang 1/4 saja. Hampeh. Department clerk rupanya dah lari balik office dept awal2 lagi haha. 

9. Gegaran ke-dua tak berapa rasa maybe sebab tgah bawak motor di highway tepi pantai nak balik rumah. Sampai di flat, tgok ramai orang kat bawah. Aku pun jadi cuak jugak. Lepas parking pegi tanya jiran-jiran lain boleh naik ka tidak, atau ada arahan suruh turun? Xdak arahan cuma lepa saja yg rasa takut lagi nak naik atas kalau ada gegaran susulan. 

10. Tanya housemate aku lagi hampeh. Mentang-mentang cuti dia tidoq & tak sedar langsung gegaran. Sebok buka Astro Awani & google beberapa web berita international nak monitor keadaan. 

11.Agak kecoh dunia internet dgn gegaran kali ni di Acheh. Masalahnya banyak kecoh dgn berita palsu, amaran palsu, gambar & video palsu konon tsunami dah tercetus & melanda sekian-sekian pantai.

12. Malam tu agak takut nak makan di kedai biasa dkt rumah sbb tak jauh dari pantai walaupun pantai menghadap ke tanah besar. So dalam takut-takut kami makan di Batu Lancang. Kedai Nasi Lemak Liverpool, memang Liverpool habes la kedai tu, nasi lemak pun sedap.

13. Keadaan di Tanjung atau Georgetown masih tenang & terkawal. Saja nak lalu sepanjang pantai dari Georgetown sampai ke Queensbay. Area Padang Kota, Fort Cornwallis dah ditutup, Polis, Rela & JPAM dah secure area tu.

14. Kedai makan sepanjang pantai semua ditutup polis, siap no crossing line lagi. Tapi satu opera cina masih berjalan dgn pantauan polis. Dari jalan tak nampak sebarang pergerakan di Jambatan Pulau Pinang.

15. Sampai di Queensbay, kosong!. Selalu penuh stall jual makan & orang ramai tepi pantai. Polis & Rela ada kat mana-mana. Berhenti kat kedai tomyam nak tengok pantai kena halau dgn polis hehe. So balik rumah huhu.

Jadi macam tu lah gempa bumi. Tak sangka akan merasa juga. 
Semoga Malaysia selamat dari segala malapetaka alam. Amin
 
 till then, assalamualaikum 
 
-Duke of Black Antz-

Thursday, April 12, 2012

Yang Di-Pertuan Agong ke 14: Malaysia 14th King

  السلام عليکم

1. His Majesty Sultan Mizan (of Terengganu) ended his term as Malaysian 13th King on 11th Dec 2011. And on 18 May 2012, Malaysia crowned new King. Malaysia is implementing unique elected rotational constitutional Monarchy, one of its kind in the world.

2. King of Malaysia or locally called as Yang Di-Pertuan Agong or Supreme Lord of Malaysia is an elected office among nine state monarchs. The nine monarchs form a council known as Conference of Rulers, which is the highest ruling council in the nation. They will elect one of them among them to be Federal King for five years term.

3. If any of state monarchs is elected, His Royal Highness is require to give up his state throne to take up Federal Throne. His Royal Highness will appoint a Regent or set up a Council of Recency to perform His Royal Highness constitutional duty as state monarch.
Official flag for His Majesty King of Malaysia
Official royal flag for Her Majesty the Queen of Malaysia
4. King Mizan previously appointed Council of Regency (later Representative Council of Regent) because his eldest prince, His Highness the Crown Prince Tengku Muhammad Ismail is a minor, just eight years old during the time of election. While Sultan Abdul Halim also appointed Council of Regency due to the incumbent heir, his younger brother, His Highness Crown Prince Tunku Abdul Malik is not psychically fit to be Regent.

5. To make Malaysian monarchy to be more unique, another office is created, called the Deputy King. The Deputy King will take up King's role if the King is not capable to perform His Majesty's duty as describe by the Federal Constitution. It is also an elected position. Along with the election of Sultan of Kedah as King, Sultan Muhammad V of Kelantan is elected as Deputy King.
Left: incumbent 14th King of Malaysia: Sultan Abdul Halim of Kedah with His Majesty's predecessor (right), Sultan Mizan of Terengganu; 13th King of Malaysia.
5. Malaysia at this time, is blessed with three great King: Sultan Mizan (of Terengganu) as former King, Sultan Abdul Halim (of Kedah) the incumbent King and Sultan Muhammad V (of Kelantan) the future King.  

6. Let us inspect their royal highnesses profile one by one: 

Sultan Mizan Zainal Abidin:
Malaysian 13th King (2007-2011) & 17th Sultan of Terengganu. 

 
7.Tuanku Mizan is a young King and the first Malaysia Sovereign to be born after Independence Day 31 Aug 1957.   HRH to me in personal point of view is a brave King, executing many actions which is rarely done among Malaysian King.
Royal Ensign (flag) Sultan of Terengganu
8.Right after 2008 General Election, HM Sultan Mizan shockingly refused reappointment of Dato' Idris Jusoh as Menteri Besar aka MB (Chief Minister) of Terengganu as advised by Prime Minister at that time, His Right Honorable Dato' Seri Abdullah Badawi. HRH instead appoint Kijal State Assembly men Dato' Mat Said as new Menteri Besar. 

9.This lead into Constitutional crisis as Prime Minister claimed HM action is unconstitutional. The Palace stating that it is HM prerogative right to appoint or refuse any candidate as Menteri Besar to HM home state. This is rare event where most of the time states monarch will follow and approve any recommendation from Prime Minister or State Chief Minister. later the same event occur in Perlis as King of Perlis also reject PM's suggestion of reappointment of Dato' Seri Shahidan Kasim.

10. Terengganu's petroleum royalty payment which suspended when party PAS won and form state government in Terengganu also returned back under HM reign. Previously Terengganu MB Mat Said threatening to sue  Federal Government if Federal fail to pay back the royalty back to the state.

11. Sultan Mizan was commonly seen residing in Palace of Terengganu, Kuala Lumpur and only driven to official palace, the Istana Negara (National Palace) for official ceremonies. This is proved by Malaysian Royal Ensign to be commonly flown at Palace of Terengganu compound and can be seen clearly from busy road of Jalan Tun Razak.

12. In 2011, Bersih 2.0 rally was organized. It is people's procession to call for free and fair election. Their intention was to walk to National Palace and hand over memorandum of 8 demand to His Majesty the King. They want Sultan Mizan to interfere using HM's prerogative power to make the election to be more transparent, fair and free. This time Sultan Mizan made an extraordinary move.

13. Bersih main leader Dato' Ambiga, a lawyer, former President of Bar Council being portrayed by Malaysian mass media, as a traitor with all bad and negative image/perception. Malaysia mass media is well known to support the government and federal ruling party which heavily call to cancel the procession. Ambiga made a request to have an audience with HM Sultan Mizan.

14. She stressed that, she want to consult the King: to proceed or not Bersih 2.0. She said she will ignored Govt call to cancel Bersih but if Sultan Mizan ordered her to stop, she will follow. Unexpected by many, even by the Government, Sultan Mizan grant Ambiga an audience in Istana Negara. This move shock the nation. The media stay speechless because their propaganda being denied badly by the King himself.

15. The decision? The King grant Ambiga permission to carry out Bersih 2.0 rally. Rally you want and rally you get. Bersih 2.0 initially declared by Federal Government as illegal and ask people to stay away from the rally and locked down the Kuala Lumpur Federal Capital to stop the rally from take place. The King's decision is a very rare extraordinary move. This is a huge slap to Federal Govt face. The govt later offering Merdeka Stadium as alternative to assemble rather than rally. But Bersih 2.o refuse because the King's permission.

16. Sultan Mizan later after the historic audience, issued a decry, publish by National Palace. The King in his decry call for peace and unity. The King is hoping that people will not stay separated and against each other badly because of politic and urge people to do politic with the spirit of democracy. Issuing a decry is also rare related to political issue is also rare in our history.

17. Personal experience: I used to meet, greet, shake and kiss HM's hand, face-to-face right after Friday prayer at Kg Baru Mosque circa 2008. Awkwardly, I was never realize the presence of Sultan Mizan there. The only moment I realize that when I walk freely into the middle of prayer hall, without any problem, where everybody seated silently and suddenly a man dressed in white Baju Melayu, that seem to be so familiar walk alone not far behind me and it was Sultan Mizan.   



18. King Sultan Mizan is the last King be crowned in Istana Negara Lama (Old National Palace) at Jalan Istana and the last King to be officially reside there before moved to Istana Negara Baru (New National Palace) at Jalan Duta. Sultan Mizan also is the only King to date which do not kiss the Keris Panjang Diraja, Long Royal Dagger, during HM coronation. Keris which is the symbol of King's Power and is carried along by the King when the King is in official royal robe. HM was just raise the Keris Panjang Diraja and put to his forehead. 

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah:
Malaysian 5th King (1970-1975): First reign
Malaysian 14th King (2011-incumbent): Second reign
and also 27th Sultan of Kedah (1958-incumbent)


HM Yang Dipertuan Agong (King) Sultan Abdul Halim (L) and HM Permaisuri Agong (Queen) Sultanah Haminah
19. Currently Sultan Abdul Halim is the 14th King of Malaysia. HM marked new history when becoming currently the only Sultan to be elected twice to the Federal Throne as King of Malaysia. Sultan Abdul Halim also served twice as Deputy King of Malaysia and once become Regent of Malaysia when Sultan Mizan incapable to perform duty as King as HM undergone knee surgery.

20. Sultan Abdul Halim is also currently the longest Sultan to rule on State of Kedah as HM celebrated Golden Jubilee in 2008. HM in history is the forth Sultan of Kedah to rule more than 50 years with 9 Menteri Besar served under HM reign.  




21. HM first ascension to Federal Throne marked history as the end of aristocrat dominance and transition to people's government. The first PM of Malaysia is Sultan Abdul Halim very own uncle, royal prince HH Tunku Abdul Rahman step down after serving a day as PM under HM tenure. The late PM Tunku Abdul Rahman resign due to strict Malay Royal Protocol which an uncle cannot bow to his nephew even the nephew is a King. 2nd PM Tun Razak (the late) later sworn in as new PM.

22. HM first ascension also marked another new era of Malaysia. The country before that was in the state of emergency due to 13th May 1969 racial riot. The country is entering new peace and stable era with so many effort to close gap between race. Thus HM is seen as icon of unity. 
Royal Ensign: Sultan of Kedah

23. With 9 MB served under HM reign, HM also witness the fall of 50 years old long Barisan Nasional (National Front) as state government and oversee transition to PAS new state government which is previously an opposition party. 

24. Personal experience: It was once during my secondary school when the Palace issued invitation to the public at my home town, inviting the Muslim to royal banquet for breaking fasting during month of Ramadan. The banquet taken place at our local mosque however Sultan Abdul Halim do not turned out as scheduled; break fasting and pray together with locals as HM was visiting several other mosque. The Sultan only arrived after Maghrib (dusk) prayer to be with us.



25. Sultan Abdul Halim is the first King to have his coronation in newly build Istana Negara Baru (New National Palace) at Jalan Duta. 

Sultan Muhammad V:
Deputy King of Malaysia and 29th Sultan of Kelantan (2010-incumbent).


 26. His Royal Highness is previously known as Crown Prince Tuanku Muhammad Faris Petra before adopting regnal title as Sultan Muhammad V of Kelantan. Conference of Ruler during the election of Sultan Abdul Halim as King also voted Sultan Muhammad as Deputy King.
Royal Flag for His Royal Highness Deputy King of Malaysia

27. HRH ascension was quite controversial. HRH was Regent of Kelantan at that time in his capacity as Crown Prince. This was due to previous Sultan of Kelantan, HRH' father, Sultan Ismail Petra was incapable to perform duty as Sultan because suffered from stroke attack. 


Official Royal Ensign Sultan of Kelantan

28. Tuanku Muhammad Faris Petra act as Regent for almost one year. After seeing no potential of Sultan Ismail Petra recovering, the Succession Rule in the Constitution of Sultanate of Kelantan being amend to allow Tuanku Muhammad Faris Petra to be new Sultan. With majority vote form State Royal Succession Council, Tuanku Muhammad Faris Petra being proclaimed new Sultan in October 2010. His father, the former Sultan Ismail Petra challenged the action in the Court.

29. Before that, the royal drama become interesting and complicated with an attempt by Tuanku Muhammad Faris Petra's younger brother, Prince Tengku Muhammad Fakhry Petra to take out Sultan Ismail Petra form Kelantan without his permission. Special Force Unit form Malaysian Royal Police intercept and stormed the royal convoy before separating the Sultan from the prince. Sultan & Queen were divert to the hospital and heavily guarded by the Police. 

30. There was an attempt, which be considered as assassination attempt on HRH where one of HRH body guard being shot dead outside on his way home. Prince Tengku Muhammad Fakhry Petra's pistol and his body guard's pistol being seized by the Police and being investigate to find any relation to the event. 

31. Enough of the royal drama.

32. I personally considered Sultan Muhammad V as a brave and unique Sultan. HRH dare to stand for his decision and standing. HRH approach is also unique as not really stressed on protocol, less using royal language and using more commoners language. HRH is widely associated with the image of wearing white plain jubah or robe, with white plain kopiah or Taqiyah and simple slippers or crock during meeting the people.Making HRH close to the people.


33. HRH also seeing to be close with Islamic religious activity when attending and organizing many religious event. HRH in many occasion become Imam for prayer, which quite rarely done by many Muslim monarch to lead the prayer in person. 

34. No personal experience with Sultan Muhammad V.

35. Sultan Muhammad V made extraordinary move when replacing 3 time chant of Daulat Tuanku or Long Live the King during his proclamation which is a protocol of royal proclamation and coronation in Malays civilization of hundreds of years. HRH change it to "Allahuakhbar" or Allah Is Great to shouted during his proclamation.  

May Your Majesty reign lead us to more developed and prosperous Malaysia 
and may Your Majesty is always under Allah guide and protection.

Daulat Tuanku!!!
Long Live the King!!!

Assalamualaikum
-Duke of Black Antz-

Wednesday, April 4, 2012

UniKL IPROM 1st Alumni Gathering


السلام عليکم

1.Agak terkejut bila tiba-tiba dapat jemputan via sms & email ke gathering ni. Terkejut sebab agak suntuk masa untuk buat keputusan. Sebenarnya senang saja, nak pi atau tak mau pi. Tapi sebab nama pun gathering, kena la mai ramai-ramai. Nak convince ramai orang tu, biasa akan diletak syarat: Owh kalo mu gi aku gi sokmo. Pulak

2.Lepas calling sana sini, tag di FB, nego sana sini, akhirnya jadi juga pi gathering ni. Penarik utama adalah venue, Palace of Golden Horses, satu nama yg gah. Dan dijanjikan kehadiran seorang penyanyi popular!.

3.Bertolak dengan kereta housemate yg kebetulan nak balik Gombak, aku tumpang sekali dgn x-classmate Azim dari Penang. Housemate aku drop kami di Bangi, stay semalam di Bangi Lanai. Saja mengenang zaman singgah sekejab di UniKL MFI huhu. Hampir petang, Afiq dari Johor join. Lepak minum sambil sembang pasal kilang masing2.

4.Dah bersiap terus ke Palace of Golden Horses. Nampak pack sbb bnyak event berlansung. Nampak bnyak kelibat yg macam familiar, owh super senior pun bnyak kelihatan. Terus ke pintu dewan utk register. Owh banyaknya questionnaire nak kena isi -_- lemah terus haha. Dapat la goodies bag ada mug, buku event, payung alumni & pen. 

5.Ramainya orang yg kenal sampai tak tahu nak sapa & sembang dgn yg mana satu. Memang meriah sebab hampir semua batch ada, dari pioneer batch 2004 sampailah kami yg graduate 2011. Junior tak ada kecuali yg jadi secretariat event, sbb dalam event ni grad 2011 di consider paling latest & junior la huhu. Dalam 200 orang attend.

6.Macam biasa start dgn doa, ucapan dari Deputy Dean UniKL Iprom Assoc Prof Dr Razif, dan ucapan dari Pengerusi UniKL YB Dr Adham Baba yg rasmikan majlis & cerita sikit pasal UniKL 10th Anniversary. Dean, Prof Dr Raja Aziz & CEO/President/Vice Chancellor Dato Dr Prof Hakim Juri tak berucap tak silap aku. Lepas tu launching portal Alumni. Dan acara kemuncak; makan!!! Lama sangat nak tunggu makan sampai Afiq dah masuk angin & tak lalu makan, kesian huhu.

7.Sambil makan, sambil berjalan, sambil update info sama sendiri. Lecturer pun banyak yg jadi YB malam tu, berjalan sana sini greet most student, yg jadi perhatian Deputy Dean Dr Razif, Sir Suhairi yg rajin collect business card dan Sir Zaipul sebagai orang yg active di dunia maya promote event.

8.Acara yg mendebarkan: of course lucky draw. Hmm aku ni jarang sekali lekat lucky draw, so tak berapa nak menaruh harapan la. Persembahan dgn lucky draw di buat secara berselang. Makin bnyak hadiah berkurang, so cam tak ada harapan saja. Masa last 3 lucky draw, memang tergamam bila nombor aku yg naik. 2-3 kali belek sebelum berdiri & meluru ke pentas huhu. Dapatlah water dispenser, ingatkan boleh bawak balik flat screen 32 inch tu haha

9.Cerita di sebalik tu, sebenarnya itu nombor Afiq, tp dia tak mau dan tukar dgn aku secara separuh sedar. Waktu tu aku tngah sembang rancak dgn staff Hems tetiba dia tukar dgn aku. hehe tak sangka tuah tu bertukar tangan.

10.TV tu dapat ke isteri seorang senior. Habes lucky draw, ada sesi rasmi 10th UniKL Anniversary utk Alumni, potong kek & sesi bergambar. Lepas tu sambung sembang sebelum balik ke Bangi.

11. Okeh layan gambaq pulak.

Bersama Sir Zaipul (standing)

From left: Syazwan, Afiq yg buat muka sweet & aku

Star of the night: Mar Arif (baju merah) memang kelakar habes

With Azim (right)

Classmates: the Girls

the makciks lagi

with senior

Azim dgn Assoc Prof Mat Noji: Academic adviser, FYP supervisor, lecturer

Team technicians yg banyak tolong masa FYP

hall

with senior again (from left): Muhammad, me, Azidawati, Jenggo, Iqbal

Artis malam tu: Sheila Abdul (R)

the boys: graduate of 2011

the girls: graduate of 2011

class TND 2011 yg hadir

Sir Jaya Bhanu Rao (L) & Sir Sanggeth Suresh (R)

Assoc Prof Dr Raja Aziz, Dean of UniKl IPROM (L), Dato Dr Prof Hakim Juri, President of UniKL (M), YB Dato Dr Adham Baba (R)

With Jenggo @ Saiful Sazali: Program Director for UniKL 1st Alumni Gathering Putrajaya, MAJU 2008

Lucky draw

To UniKL: lain kali buat lagi hehe

till then, assalamualaikum
-Duke of Black Antz-

Sunday, March 25, 2012

Energy Manager Training

السلام عليکم
Event: Maesco Energy Manager Training Course 
Date: 19-23 March 2012
Venue: Eastin Hotel, Penang 


1. First thing, don't get the wrong idea. Aku bukan manager di kilang ya, aku masih engineer/executive. Thank you.

2. Pihak company telah menugaskan aku bagi menjalankan aktiviti pengurusan & penjimatan tenaga (baca sebagai elektrik). Keperluan ni adalah berdasarkan Peraturan-peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Dengan Cekap 2008 [P.U.(A) 444/2008]
dibawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447). Tapi ada syarat...

3. Peraturan di atas menetapkan, secara kesimpulan, yg mana kilang (dan seumpama) yang mengunakan atau menjana elektrik melebihi 3,000,000 kWh dalam tempoh enam (6) bulan berturut-turut adalah tertakluk kepada peraturan di atas.

4.Peraturan di atas menetapkan, keperluan untuk melantik seorang Pengurus Tenaga (Energy Manager) yg berdaftar dgn Suruhanjaya Tenaga (ST). Energy Manager ni perlu menjalankan tugas secara kasar seperti dibawah:
(a)-audit & analisis penggunaan tenaga elektrik
(b)-nasihat untuk pelaksaan aktiviti pengurusan/penjimatan tenaga
(c)-pantau keberkesanan aktiviti di atas
(d)-simpan & selia rekod pengurusan tenaga
(e)-buat laporan berkala (6 bulan/1 tahun/ 2tahun)

5.Kelayakan untuk menjadi Energy Manager? 
(a)-warga negara berusia 23 tahun ke atas, dan
(b)-seorang Professional Engineer (Ir) yg berdaftar  bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138] dengan 6 bulan pengalaman bekerja berkaitan, atau
(c)-pemegang ijazah Sains, Kejuruteraan, Seni Bina atau yang setaraf dengan pengalaman kerja berkenaan selama 1 tahun, atau
(d)-ada Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh  Suruhanjaya sebagai seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik atau Jurutera Elektrik Kompeten dan mempunyai sekurang-kurangnya sembilan bulan pengalaman kerja berkaitan

so aku dikira dalam kategori (c) la, tapi tak ada satu pengalaman -_-

6.Ops, belum tamat lagi. Untuk bertindak sebagai Energy Manager, seseorang tu kena buktikan pengalaman kerja dgn submit report kerja/projek/study ke ST untuk penilaian. Lepas tu candidate akan di-interivew oleh panel ST. Bila dah lulus interview barulah boleh register sebagai Energy Manager yg legal & bertauliah. Jauh lg perjalanan aku. Dalam negara ni tak ramai Energy Manager: sila clik dan pilih ikut negeri.

6.Tak apa, sebab tu kena attend course ni untuk bagi idea & knowledge berkaitan. Pergh yg attend suma otai dalam industry, ada dua orang saja yg fresh grad termasuk aku, sorang safety officer dan yang lain tu suma well experienced engineer dgn sorang senior lecturer UTeM berpangkat Ir. Hadoi. Mostly dari Utara dgn lain-lain dari Tengah & Selatan.

7. So 5 hari duduk hotel, ehem aku dok rumah saja sbb venue tu dekat sangat dgn rumah. Aku di Batu Uban & hotel tu di Queensbay saja. Jalan pi kilang hari-hari. Banyak belajar benda baru especially pasal motor, air cond, air compressor etc.

8. Yang datang jadi trainer pun bukan calang-calang:
Principal Trainer: Ir Dr Prof KS Kannan, 
National Coordinator United Nation-Industrial Development Org
Trainer 1: Ir Francis Xavier: 
former Director of Energy Commission Malaysia, currently EC adviser & EM interviewer
Trainer 2: Ir Kumarason:
ESCO consultant

9. Ir Francis Xavier ni juga panel interview, so sempat tanya (korek) soalan interview haha. Mostly berkenaan pemahaman Peraturan, Akta & berkaitan projek yg kita buat. Dr KS Kannan pun pemeriksa report yg candidate hantar ke ST.

10. Energy Manager ni sebenarnya mcam konsultan yg akan advise & guide projek pengurusan & penjimatan tenaga. So dia boleh buat company mcam Maesco dah jadi adviser/consultant kepada beberapa bnyak company yg dia mampu handle. Tapi aku masih terlalu jauh untuk idea di atas sbb masih lack of experience. Tak apa, doakan aku. Amin.

Participant with Principal Trainer (seated middle) and President of Maesco


Aku berharap aku dapat survive & success dalam perjalanan ini.

till then, assalamualaikum


Saturday, February 18, 2012

Lagu dan Zaman

السلام عليکم 

1. Lagu sedap atau tidak akan lekat dlm ingatan, especially lagu favorite lah. Tapi kadang-kadang kita tak minat pun lagu tu, tp sbb dah selalu dengar, minat tu bukan, tp dah jd selesa dgn lagu tu.

2. Bagi aku, lagu bukan sekadar hiburan tp penanda masa yg akan buat kita teringat & trkenangkan sesuatu bila kita dgar lagu-lagu trtentu.

3. So ni list lagu yg bagi aku secara personal, mark zaman-zaman trtentu dalam hidup aku.

i.Westlife - When you looking like that : wakil zaman sekolah menengah rendah (F1-F3)

ii.Avril Lavigne - Skater Boy : teringat zaman sekolah menengah atas (F4-F5)

 iii.Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu : ni zaman first year (2007), trkenang hostel/kolej kediaman universiti kt Bangsar (Jlan Pantai Indah)

iv: Maher Zain - Insha Allah : ni represent waktu praktikal (2010) & lagu-lagu Maher Zain mewarnai final year aku (2011)





4. Itu aku lah, korang xtaulah huhu mesti ada satu-dua lagu yg bila trdengar akan buat teringatkan sesuatu.

Sekian untuk halwa telinga kali ni
till then, assalamualaikum 
-Duke of Black Antz-