Commercial

Tuesday, September 20, 2011

Reunion Raya!


السلام عليک
 
Event: Makan Malam Gala Aidilfitri Alumni Foundation UniKL
Edition: 3rd Edition (MMGA III) 2011
Organizer: Kelab Alumni Foundation UniKL aka KAFEST (nama baru)
Venue: Dewan Perdana Keramat Hall
Attandance: 500++
Date: 16 September 2011, Friday, Malaysia Day!
 
Kolej MARA Kulim
2004-2007: Batch 1 – 4 Foundation in Engineering Technology
2008-2009: Batch 5 – 6 Foundation in Engineering and Science Technology

Kolej MARA Kuala Nerang
2010 – Present: Batch 7 Foundation in Engineering and Science Technology

Logo rasmi event

1.Lepas setahun menyepi, gala raya-reunion alumni Foundation UniKL kembali, owh yeah. Timing macam dah fixed pulak, lepas dua minggu raya. Edisi-edisi yang lepas pon macam tu jugak. First edition anjuran Alumni Foundation di UniKL MFI 2008, second edition anjuran Alumni Foundation UniKL City Campus di Putrajaya Lake Club 2009, tahun 2010 tak ada penganjur hehe. This year boleh kata UniKL MIAT lah yang organize walaupon committee members datang dari pelbagai campus & batch, wow first time tau.

2.Erk aku jadi committee gak tapi tak lah sepenting edisi lepas huhu nak jugak haha. Kali ni aku just jadi wakil untuk batch aku untuk task sebelum event & semasa event masuk dalam Biro Honorarium & sambut VIP/guest sebab most committee members especially budak junior tak kenal top person university yang attend event -_-“. Wah sekarang suma lepa dah dapat title Dato’ hehe tahniah. Maybe ni last event kot aku jadi committee, lepas ni malas dah, aku rasa mesti ramai dah bosan dengan aku kan? Asyik enterframe ja.

3.Tak sangka event ni menarik perhatian ramai top person dalam universiti, dari Dekan sampai ke Vice Chancellor. Ramai top person berminat nak attend, tup tup last minute few tak dapat attend huhu yang turn up: Deputy Vice Chancellor/Deputy President UniKL (Academic and Technology) Prof. Dato’ Dr. Mohamad Azemi Mohd Noor, Director Center for Foundation Study UniKL, Dr Afiza, iaitu maam besar yang menaungi alumni foundation, former Director, Prof Dr Rahim (Dean of UniKL Mestech) hantar wakil, wakil-wakil Dekan/Hems Campus (ada lagi tapi tak ingat hehe) dan tak lupa wakil penaja. Owh special appearance: Cikgu Umi Kalsum dan Cikgu Karim, dua orang bekas Ketua Unit Foundation di Kolej MARA Kulim, hadir mewakili semua cikgu di Kolej.

4.Satu pengalaman baru bila committee datang dari pelbagai background dari super senior sampai super junior: dari pelabagai campus. Sebab selalunya host campus akan conquer sepenuhnya main committee. Kali ni punya event manager, junior batch 5, Akmal dari UniKL MIAT. First event gak hampir semua post junior yang pegang, termasuk head biro aku. Bagus lah, bagi ada pelapis. Kebanyakan urusan buat online saja especially Facebook, email dengan online banking.

5. Event kali memang gempak & jadi lebih official compare dgn yang lepas. Sesi lepas just lebih kepada makan-makan, nyanyi, beramah mesra. Macam-macam jugak yang jadi malam tu, tapi yang penting dapat himpun ramai-ramai, itu dah cukup membanggakan. Segala kelam kabut, miscommunication tu asam garam sebagai organizer huhu

6. Owh ya, event dapat sponsor dari GempakStarz, Karangkraf, Time Temasik dan Kooperasi Kakitangan UniKL MIAT. Pergh tahniah buat organizer especially main committee.

7. Banyak gila junior yang attend, especially batch ke-7, lagi senior lagi kurang yang datang haha tapi first batch punya attendance not bad, ramai jugak. Batch aku ja kurang sikit sebab belum stabil: baru habis study, semua dah balik negeri masing-masing, mostly belum bekerja huhu 1st dengan 2nd batch lainlah sebab boleh kata dah stabil. Junior pulak memang tak ada masalah hidup besar macam kami ni haha. Taka pa, next year boleh promote ramai-ramai main nanti.

8. Skip sikit hehe event buat pada Hari Malaysia sebab cuti umum dengan tujuan ramai boleh mai sebab cuti hujung minggu jadi panjang: Jumaat-Sabtu-Ahad. Hmm Jumaat lak, aku, Dol, Afiq MFI, Afiq MIIT, solat Jumaat dengan lunch di Kg Baru, wah nostalgia siot. Tak sangka masih ramai kawan-kawan city campus masih menyewa di Kg Baru. Singgah rumah Ruzaini MIIT sat untuk makan lepas bungkus di MurahMeriah Kg Baru, lepas Jumaat. Dah keluaq topik :P

8. Ok sila layan video ni pulak. Event kali ni dapat sentuhan blogger famous yang jugak alumni Foundation, masih study di UniKL MFI, Shafiq Ezhan owner Ezhan Artwork. (tak dapat upload sebab internet lembab T_T)

9. Kalau perasan ada tribute untuk Arwah Cikgu Teh Shariffudin dan jugak Arwah Luqman Razali, batch 5 UniKL BMI yang kembali ke rahmatullah tahun ni. Alfatihah.
10. Layan gambaq pulak. Campuq aduk suma gambaq aku amek dari FB hehe.

Pentas utama & suasan dalam dewan
Persembahan nasyed dan zapin

Atas: bersama bekas Event Manager utk MMGA II Putrajaya 2009 | Bawah: no cabutan bertuah
Special Guest: Atas: Cikgu Karim, bawah Cikgu Umi Kalsom: dua orang bekas Ketua Unit Foundation UniKL di Kolej MARA Kulim
Batch aku: Batch ke-3, 2006/07
Atas: from left: Deputy Vice Chancellor/Deputy President UniKL (Academic and Technology) Prof. Dato’ Dr. Mohamad Azemi Mohd Noor, Director Center for Foundation Study UniKL, Dr Afiza (center), and Event Manager, Aqmal Abu Hasan UniKL MIAT | Bawah: tu aku berlakon jadi wakil penaja :P
Queen and King of the Nite
Aku yang baru dapat duduk -_-
Semua yang attend: 
Tahniah dan terima kasih sebab support event
 
Kepada committee:
Tahniah, korang dah set satu benchmark dalam event Foundation lepas ni.
 
Kepada Foundation: 
Hmm sapa jadi host untuk next year pulak?

till then, assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment