Saturday, December 19, 2009

Delayed Liputan Terkini

Salam

ORANG TUA

Baru-baru ni kawan skolah rendah + skolah menengah,Pak Jang @ Saiful Nizam buat kenduri, eh mak dia buat kenduri, kakak dia kawen. Haha macam dia lak yg kawen. Tym akad nikah lg ayah ak dok usik dia haha padan muka. Aku pon kena tempias gak, kena teman si Nizam yg pemalu nak mampos ni. Tym kenduri ak temankan dia jd "orang tua" penyambut tetamu. Alah kebiasaan most senior member of the family akan duduk depan rumah sambut tetamu. Disebabkan dia la anak lelaki sulung & ayah dia dh meninggal 2 tahun lepas, so dia la jd "orang tua" plus menjai wali haha. Kembong beb 3 poket baju melayu dia dgn duit hahaha. Aku lak disalahsangka jd adik bradik si Nizam ni lol. Ada gak yg terkejut, "Wah mudanya tuan rumah!". Jenuh jugakla nk explain. Siap dapat soklan cepumas lg, "Tuan rumah bila plak" haha merah muka si Pak Jang. Nasib ada uncle dia yg teman skali. Tu pon ada gak yg masih bertnya. Xleh blah ada kawan sendiri yg tanya,memang makan terajang lpas mkan nasik dkt situ gak ngan Nizam ni haha.
To Pak Jang:
Tak pa, pengalaman tu Pak Jang oi.


AWAL MUHARAM 1431H

Selama ni mama la yg slalu ingatkan pasal Awal Muharam dgn tarikh2 penting lain dlm Kalendar Hijrah. Tp dis tym mama lupa lak, huhu bz shopping utk buka skolah,ayah pon sama lupa.Aku pon teringat sbb tgok takwim hijrah yg ada jadual waktu solat. "Eh mama, ayah, tak baca doa akhir taun lg ni?" "La,ya ka?". Baru la kelam kabut satu family nk bca doa. Wktu yg sama satu Malaysia @ seluruh Malaysia (bkan 1Malaysia) tgah fokus final bola sukan SEA Loas; Malaysia VS Vietnam.Adik ak yg x minat bola pon tgok gak sbbnya dgn alasan si kembar Zakuan & Aidil tu cute, xleh trima langsung alasan. Dan macam biasa rakyat 1Malaysia yg hipokrit menyanjung tinggi kemenangan Malaysia ke atas Vietnam walaupon sblom ni krtitkan & kutukan yg melampau trhadap pasukan bola negara. Menang sorak, kalah kutuk. Rupanya Malaysia blom belajar dr sejarah especially kes Anak-anak Sidek dgn Nicol Ann David. Kes Nicol contoh terbaek. Bila dia menang, semua sibuk nk bg anugerah, panggil bg ucapan la, jemput makan malam la, lancar tu ini la. Pastu bila dia kalah,semua kutuk dia. Padahal bukan salah Nicol. Yg salah rakyat Malaysia especially para VIP. Bila hang jemput Nicol pi majlis hang, bila dia nk practice? Ang dh kacau masa latihan dia, dia x pi satni VIP ni kata Nicol sombong. Ni jadinya, waktu latihan yg berguna terabai semata-mata nk layan jemputan VIP tu, VIP ni ke majlis tu & majlis ni. Bila dia kalah kutuk. Aik tajuk ak Awal Muharam, pastu masuk bola, pastu squash plak. Adeh...

To all Muslim:
Happy New Year 1431 Hijra

To Malaysian:
Ubah pemikiran; pencapaian didahulukan (uwek)

INTRA

Fiuh! (tiru gaya Mr Jaya Bhanu) penat gak usaha nk dapat tempat intra nieh. Intra tu apa? adagak yg xtau, Intra tuh Industrial Attachment, ada gak panggil Practical, Industrial Training atau Latihan Industri lol sama la tu habaq hang. Mintak Honda,Jhotoworks Sg Ptani; xdapat sbb dh penuh & ada yg x reply balik,senyap ja, lpas tu apply Modenas & Perwaja dkt Gurun; Modenas sat kata ada,sat kata penuh,sat kata boleh,pastu call ckap penuh, stu company dkt Jitra xda reply terus, Asia Composite Manufacturing (Vendor Boeing) dkt Bkit Kayu Hitam cakap xamek student intra.Last apply luaq Kedah trus, apply dkt Ingress Corp Bangi. Kebetulan ada A'an & Kak Dilla kt situ Lepas 2-3 kali call staff in charge,nama Tn Fazilun, dia cakap OK, boleh. Fuh lega. Tempat tinggal lak kebetulan x-qubemate ak kt KMK,si Hakim Masdan bagitau yang bilik dia kosong. Dah ok kat situ.Maknanya ak dah reunion dgn x-cubemate hahaha.Rumah dekat ja dgn UniKL MFI Bangi Section 14, intra dkt Section 13. Memang ak prefer dpt Bangi sbb penah stay di MFi satu sem. Agak familiar dgn Bangi.Tp lg suka kalo ak dapat dkt Kedah. Intra kt Bangi lg rapat la ak dgn geng satu Foundation dlu yg skarang student UniKL MFI & UniKL MIAT. Geng yg len ada yg dh start intra,mcam Pak Ya yg jd 1st student yg intra giler awal, habis paper final trus masuk kerja. Excited nk intra, tp cuak pon ada gak,sbb rasa blom cukup knowledge & experience. Tak pa,nama pon latihan industri.Hope intra dapat matangkan ak huhu

To myself:
Caiyok!!!

till then...

-Black Antz-

Monday, December 7, 2009

Cinta Terakhir - Aiman


Lirik Cinta Terakhir - Aiman


Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Korus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang korus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang korus

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman

Sunday, December 6, 2009

Halangan @ Obstacle

Salam

selepas fikir2,kenang2,ingat2 balik, berapa banyak peluang keemasan muncul, mcam2 peluang: study oversea, organize event gempak2, ruang utk belajar benda baru/bahasa asing, ruang utk tonjolkan kebolehan, peluang utk kembang minat aku, peluang utk buat business, pengalaman baru, jumpa orng terkenal etc, tapi mesti ada ja halangan yg menghalang ak utk capai & gengam peluang tu, kadang2 benda tu dh depan hidung ja, tp melepas gak. Kadang2 aku tak expect benda tu peluang walau dh dok depan mata, tp 2-3 minit lepas tu baru tersedar, "Eh!,ni peluang!" argh!!! dh melepas baru teringat. Kalo ak cerita pon bnyak orng xkan percaya. "Alah,sembang ja kencang,benda x da pon". Ada gak ak ingat itulah peluang, tapi fatamorgana shj. Kenapa????

  1. Adakah aku yg x reti rebut peluang?
  2. Adakah aku yg x sedar & x pandai "baca" keadaan sekeliling?
  3. Atau memang bukan rezeki aku, Allah bg ak tgok je. Sbb kdang2 memang takdir utk orng tu berjaya didunia,sbb die dh xda apa2 di akhirat, ada jugak yg didunia dia memang xda apa2,tp mcam2 menanti didunia lain, lg bertuah kalo di dua2 dunia dia dapat, dan sngat rugi kalo orng tu xdapat apa di dua2 dunia, peh lg sedih.
  4. Atau bukan rezeki aku sekarang, mybe esok lusa? who know right?
  5. Atau ak ada "hutang" yg blom selesai dgn Dia, atau ak sebenarnya ditimpa kifarahNya?
Lagi aku kenang,lg down moral aku, tambah2 dlm keadaan result final yg nk keluaq dlm cikit masa lg ni plus dgn practical yg blom tentu ni.Hmm

To myself :
Learn from mistake (ckap bole la)

To friends :
kalo ak salah tolong betulkn,kalo ak betul, pls support me


-BlackAntz-


Friday, October 16, 2009

6th UniKL Convo Fiesta (1st report)


PICC

Event :
6th Universiti Kuala Lumpur Convo Fiesta 2009

Date : 9-10-11 Oct 09

Venue :
Concourse Level, Putrajaya International Convention Center (PICC)

Organizer :
Chancellery Student Affair Dept., Universiti Kuala Lumpur

Team : 28 strong members of Committee

Crowd : 7000-9000 (est only)

Graduates : 2499

Official Appearance :
HRH the Chancellor Crown Prince of Pahang, 1st Pro-Chancellor, & 2nd Pro Chancellor

Fuh, lawa celling Plenary Hall


Penyampaian Scroll

9-11 Oct lepas adalah Istiadat Konvo ke-6 UniKL dgn secara serentak berjalan Fiesta Konvo UniKL. Minggu sebelum tu berlangsung Pra-Fiesta di kampus2 cawangan seluruh negara. Ni adalah 2nd tym aku terlibat secara langsung dgan Fiesta Konvo dgan Istiadat Konvo.

PRA-FIESTA

Pra-Fiesta berjalan dgn agak hambar kerana kurang persediaan & pengalaman dr committee sendiri, sbb ramai bdak baru masuk & inexperience dlm event management, tp xpe, biar dpat pengalaman dr kesakitan & kesusahan, kalo tak train tys tym, bila lagi. So ada gak generasi pelapis yg bleh buat yg lg gempak next tym. Pra-Fiesta bertembung dgn banyak event lain di City Campus. Ruang legar lobi dh macam pasar malam dgn macam2 xtvt. Heran gak, kalo xda event kosong gile lobi, tp kalo ade event sampai 2-3 berturut2 & kadang2 berjalan serentak dlm masa yg sama tempat yg sama, pandai2 la tolak ansur, bawak berbincang camne nk deal supaya x da masalah. Senang cari ja Project Manager @ Event Director & deal trus dgn orng2 ni. MIIT ada Language Day dlm tempoh yg sama, ada event utk Mandarin & English plus dgn penglibatan student international. Tu pon pakai separuh lobi, lg separuh kami ambil tuk buka gerai jualan KOSISWA. Preceding adalah Bowling Club Tournament Campaign , dgn ada klas yg nk buat sambutan raya tp kene reject dgn Dean's Office sbb lambat hantar proposal. Habis saja Language Week, lobi kami punya pd 8 Oct utk robes,hood & mortar board collection. 2000 orng trun City Campus utk collect robes memasing, macam2 kerenah unik senior2 ni. Ada yg datang pakai sluar pendek & selipar le, ada yg terlebih formal lak, ada yg mak bapak datang wakil, slip x bawak la, resit hilang la, bank-in CIMB lambat la, terpaksa patah balik sbb kapal Royal Navy terbakar kt Lumut Naval Base la. Huh pening + penat + lawak pon ada.


HRH the Chancellor; Crown Prince of Pahang : very cool prince!!


2008 walk in as ordinary committee,
2009 as Head of Committee!!! What a twist of fate.

FIESTA + CONVO = THE DAY

9 Oct 09

Committee dh berkampung di PICC utk preparation. Masih ramai senior yg datang utk collect robes di Hall 9. Most xtvt focus di booth secretariat, set-up booth, canopy utk KOSISWA, dgn pantau booth operator utk make sure patuh rules & regulation. Booth naek lambat, janji awal booth dh ready pada petang 8 Oct, & operator bleh masuk start petang tu gak. Masih ramai blom masuk booth pd pagi 9 Oct. Menjelang petang, staff dr Main Committee dh x senang duduk tgok booth operator yg dh bnyak langar peraturan. Kami lg la x senang. Aku dh full swing mobilized Unit Keselamatan & Unit Booth utk beri nasihat warning pd booth operator pasal regulation. Sume rules regulation PICC yg tetapkan dgn persetujuan Universiti. Buat dgan ada sebeb tersendiri, mostly deal dgn safety & cleanliness , paling mustahak bg venue yg grand cam PICC ni adalah image huhu what can i say. Petang tu dgn persetujuan Cik Megat, semua operator booth dipanggil ke bilik Sekretariat utk last meeting, very last briefing & very very last warning. Lpas ni xde lg tolak ansur, terus ambil tindakan. Macam2 luahan operator yg mostly student la, pasal macam2 hal, x untung la, x tau rules la, organizer tak pengang janji la. Kami tak pernah janji apa2 pon. Banyak isu cuba diselesaikn dlm meetin tu juga supaya tak berlarutan.

Booth @ Secretariat Service Counter

10 Oct 09

2nd day start agak slack cikit sbb bas bertolak lambat, Hj Bahtiar (Manager Chancellery Student Affair Dept) dh lain dah huhu sorry sir. Sampai je trus masuk position masing, paling crucial tym ni adalah Unit Persembahan + Unit Teknikal, Unit Keselamatan (penguatkuasaan actually) + Unit Booth sbb crowd dh mula ramai masuk ke PICC. Ade kech cikit di escalator utama sbb security PICC & staff yg agak strict dh ambil alih kawalan bila da yg lambat masuk padahal acara dh berjalan. Hari ni x brapa focus sangat apa yg jd di dlm Plenary Hall, focus bnyak diluar. Masih ada operator booth yg baru sampai. Pengurusan booth tys tym agak teruk, xpe pengalaman, biar jd ingatan utk semua. Acara pentas berjalan dgn lancar walau ada yg komen & protes dr crowd sbb x leh tgok siaran langsung dr dlm dewan. TV provided dkat strategic location actually tp ramai x perasan. Acara diluar tak sama dgn acara di dalam, dan kami berusaha utk pastikan acara kemuncak & penting tak dihalang siaran, cth masa perarakan masuk, pengisytiharan pembukaan, penangguhan etc. Masalah masih timbul dgn operator yg langgar rules. Atas dasar tolak ansur, peluang diberi sehingga jam 2.30 petang utk patuh. Aku lupa something, rmai kawan aku grad ari ni. Tp x sempat nk kejar bergambar sekali, huhu sungguh rugi, dah habis istiadat baru teringat. Nak cari dlm crowd 2000-3000 orng x dpat la. Call pon tak angkat.

11 Oct 09 = Final Day

to be continued (dah mengantok la)

Thursday, October 15, 2009

Gala Raya FET UniKL 09 @ Reunion Raya



Sebelum bermula

Aku (3rd Batch) & Hafiz (4th Batch) wakil UniKL MIMET

Dah selesai, fuh!!

Motif : Gala Raya FET UniKL 09 @ Reunion Raya
Edition : 2nd
Date : 3th October 2009, Saturday
Venue : Putrajaya Lake Club
Attendance : +/- 157 alumni
Batch : 1st, 2nd, 3rd, 4th & 5th
Branch Campus :
Universiti Kuala Lumpur - CITY CAMPUS, MSI, MIMET, BMI, MFI, MIAT, MICET

Macam yg dah di plan, this year, UniKL City Campus plak yg jadi host utk sesi Reunion Raya 2nd Edition, tahun 2009. Tahun lepas 08, UniKL MFI yg offer diri utk jd host utk 1st time. This time City Campus lak yg offer diri. Kami punya kepala, Wanlat memang dah lama nk buat something utk tonjolkan FET City Campus (CC). Plan punya plan, akhirnya terlintas nk buat jamuan raya.

Original Plan

Plan asalnya nk buat dkat City Campus je, so Unit Publisiti (Unit Propaganda haha) dah hebohkan pasal event ni. Tarikh yg dicadangkan sama ada 3 Oct atau 11Oct, tp 11 Oct tak boleh sebab FET members (aku, naz & wanlat) terlibat secara langsung dengan Pesta Konvo ke-6 UniKL. Jadi 3 Oct adalah final date utk event. Si Alan Sharif dah buat hebahan dlm Facebook & antara respond yg dapat termasuk dr Botam (1st batch). Botam bgtau yg 3 Oct tu clash dengan event 1st Batch kt Putra. Ala lebih kurang Prom Night sblom grad la. Event Botam tu ada masalah, dan event kami pon ada masalah. Event Botam ade tempat tp tak da orang, event kami ade orang tp xda tempat. Event Botam yg minat nk datang just 23 orng 1st Batch dr 99 orng members, walhal kami plak ade dkat 200 orng yg minat nk datang tp venue di CC tak sesuai. Lobi utamaUniKL-CC cuma bleh muatkan dlam 180 person shja. huhu dan UniKL VIP Banquet Hall di Level 29 yg pemandangan menghadap KL 180 darjah yg sangat cantik lg tinggi melangit tu capacity 80 person ja. Almaklumlah mostly used to served Royalty, Dignitaries & foreign visitor ja, sesuai la 80 capacity tu. Jd option ada : bergabung la. Atas persetujuan bersama, 2 event combined , Gala Night + Aidilfitri 09 = Gala Aidilfitri 09 haha.

The Day

Thanks to Botam yg provide venue yg exclusive di tgah2 federal administrative capital Putrajaya, team FET UniKL CC just datang utk setelkan tentative ja. Bergerak awal dlm pkul 4, singgah dulu di Kg Baru di rumah Wanlat dgn senior 2nd Batch dkt lorong Putra LRT Kg Baru, angkut barang2 yg perlu, 2 kereta bergerak sekali. Seblum sampai, singgah dulu di Bangi di rumah enior 2nd Batch yg len, just singgah tgok2 diorng. Sampai awal di kelab tasik, pusing2 tgok tempat, prepare apa yg patut, calling2 wakil2 campus yg jauh, tanyakan camna diorng, dh grak blom, kt mana sekarang. Dah dkt maghrib Botam offer satu rumah transit di Presint 9 utk relax, mandi & salin baju sblom balik ke kelab.

UniKL MIMET yg jauh sampai dulu dgan satu bas, dan UniKL MIAT + MFI yg dekat nak mampos sampai paling last. Pa nk jd pon xtau la lepa ni. Dah sampai lake club yg aman damai dh jd tongkang terbalik dgn bdak2 ni. Maklum la lama x jmpa kawan2, bnyk yg dok jauh. Tentative berubah, biarkan sume makan baru start acara. Yg kurengnya ada yg xdapat makan, sama ada makanan x cukup (mustahil) atau da members yg x bayar datang dan mungkin ada yb bawa skali orang luar (non-members @ awek ato balak memasing la) sbb ada yg skip registration kt depan club & trus masok. Eventnye kami truskan cam taun lpas, ada ucapan dr host (tuan rumah) wanlat, bg penghargaan kpd semua wakil campus. Queen & King of the Night, & Special Appreciation tuk 1st batch yg bakal konvo. Abes ja event, sambung lak dgan acara photography haha favorite suma orang, macam2 la gaya lepa ni, lompat la, lari la, bersila la, etc. Dah dekat kul 11 bas UniKL MIMET dh bertolak balik Lumut, baru la yg len pon beransur balik. Huhu tuan rumah pon cabut skali.. penat do layan macam2 kerenah bdak2 ni. Tp tak habes macam tu ja, sambung lg dgan lepak di mamak dkt Presint 9 dgn geng committee event + geng BMI (Gombak) + MICET (Melaka) + MFI (Bangi). Makan2 & sembang, tp x brapa sembang sangat sebenarnya sbb dh penat + mengantuk. Lpas tu baru r sume blah.

To committee :
thanks to yr great cooperation, even 1st time handle event dgn crowd camni, good try & good experience

To alumni:
jumpa lg next year, hmm sapa lak campus host next year
(aku prefer MIAT sbb paling lack participation & contribution )

till then,

-Black Antz-


Wednesday, September 23, 2009

Konflik kepentingan media, fakta & kematangan berfikir


Indonesia - Malaysia - Singapura
(tiga serumpun)

Belum habis isu Ambalat, timbul isu Manohara, timbul pulak isu Tarian Pendet, dijadikan modal media Indonesia untuk menyerang Malaysia. Belum selesai isu tanah KTM, duit caruman pekerja, rundingan harga air dgan Singapura, timbul pulak isu makanan. Mangsanya Malaysia.

INDONESIA - MALAYSIA

Tamatnya Konfrontasi yang berpaksikan Parti Komunis Indonesia dengan tumbangnya rejim Sukarno, disangkakan tiada lagi masalah berbangkit antara dua negara. Malaysia pada waktu itu memandang tinggi Indonesia sebagai sebuah negara yang besar, kuat, dan maju dari aspek ekonomi. Didiami dengan satu bangsa yang punya harga diri yang tinggi dan bertamadun. Tetapi semua itu dahulu. Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) tidak segah dulu. Rakyat NKRI tidak lagi sematang generasi dahulu. Semuanya berasaskan emosi bukan lagi logik dan fakta. Tengok ja drama@sinetron, semuanya berteraskan emosi. Emosi yg berfikir, bukal akal. Marah cikit, bergaduh; apa yg dituduh semuanya betul. Padahal isu kecik ja. Semuanya terima kasih kepada Suharto. Negarawan yg membenarkan demo berleluasa di NKRI. Tak puas hati demo, marah cikit demo. Akhirnya dia sendiri tumbang dengan demo mahasiswa yg mengepung Istana Merdeka. Isu tarian pendet jugak berteraskan emosi, bukan fakta.

Faktanya:
  1. Tarian itu memang milik NKRI. Malaysia tidak pernah mendakwa tarian itu berasal dari sini.
  2. Syarikat Singapura yg menghasilkan iklan tu, bukan Malaysia.
Berapa ramai keturunan dari pelbagai suku kaum puak Indonesia yg menetap di Malaysia, salahkah jika orang Jawa Malaysia menari dan makan dgn tarian & makanan Jawa di Malaysia, salahkan orang Minang di N9 mengamalkan budaya Minang di Malaysia. Republik Rakyat China pon tak pernah marah dan melarang orang Cina di Malaysia menarikan tarian naga semasa CNY, malah berbangga lagi. Tanda suatu bangsa dan budaya itu hebat adalah ia diterima ramai di serata pelusuk dunia. Bukan menghadkan budaya berasaskan sempadan politik. Sebenarnya banyak budaya Indonesia itu sendiri tidak asli, bnyk yg ditiru dari India. Kain pelikat, sirih, segala adat dan tradisi Hindu berasal dr India, bukan Indonesia

MEDIA & INTERNET

Suatu perkara yg rakyat Malaysia harus sedar, media di Indonesia tidak sekecil di Malaysia. Di sini pusing2 jumpa balik BH, Utusan, The Star, NST, Nan Yang Siang Pau, Tamil Nesan etc. Dekat sana tak terkira banyaknya surat khabar, belum kira tabloid; stesen TV berapa banyak, stesen radio lak berapa bnyak. Jadi persaingan sengit. Media mesti memberi berita yg baru, eklusif dan tak sama dgn pesaing, Demo 5 orang pon masuk TV. Nampak tak?? Media perlu cipta suatu isu, walau kecil utk persaingan. Media yg mengapi2kan sentimen anti-Malaysia di NKRI. Berita mesti panas, utk bikin orng lg panas, so rating TV akan naik, surat khabar akan laku. Di tambah lg orng NKRI yg emosional lg senang media cari makan. Nak tambah perisa lg, buka lak portal berita online. Lg kecoh la dunia maya dengan perang maya dua negara. Nak tunjuk patriot lg serang dan hack website kerajaan dgn agensi perlancongan Malaysia. Ada kumpulan2 jalanan yg nak tunjuk hero dgn mengepung bangunan milik Malaysia; kedutaan, konsul2 diplomatik, pejabat perwakilan, kediaman rasmi & persendirian, bank & pejabat komersil. Ada orng Malaysia buat macm tu disini??

Lebih baik Indonesia tumpukan kpd negara sendiri dr sibuk kacau negara orng. Banyak rakyat disana yg tak cukup makan, banjir, gempa, rasuah & penindasan .Itu lg berfaedah.

MALAYSIA - SINGAPURA

Merlion, Singapore


Belum reda isu Malaysia - Indonesia, timbul pulak isu Malaysia -Singapura. Isu2 penting sebelum ni pun belum habis, timbul lak isu makanan. Kononnya coti canai, nasi lemak, nasi ayam ngan tah apa lagi sebenarnya berasal dr Singapura. setidak-tidaknya lg sedap dr Malaysia. Hadoi...tolonglah. Rmai family aku kt Singapura actually. Tak pernah pon bising pasal hal ni. Datng sini makan ok je. Singapura hakikatnya adalah jajahan Empayar Melaka dngn Johor. Jelas bahawa orng Malaysia yg membuka Singapura, bukan Stanford Raffles. Raffles cuma buka pulau tu kepada Eropah. Jelas bahawa Singapura mewarisi budaya Melayu Malaysia semasa pemerintahan Johor dahulu. Sama kes macam orng Indonesia ke Malaysia dan bawa budaya bersama. Roti canai tu bukan Melayu yg punya, India yg bawa, jd tak da hak sesiapa pun nk mengaku coti tu mereka yg punya.

Dari kita fokus isu kecil macam makanan ini baik settle isu besar macam isu kedaulatan pulau2, isu air, tanah, jambatan, dgn duit caruman pekerja.

-Black Antz-

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya!!!



Salam...
dah berabad aku tak update blog ni. Bukan sebab tak ada cerita, ceritanya banyak sanggat tapi tak sempat nak online, huh busy dengan assignment, dgan macam2 benda lain yang nak kena uruskan, tambahan lak ada masalah dgan internet connection. Pergh...boleh lak orng2 sekeliling apartment menumpang sekaki dgn kami punya wireless, patut r berat semacam. Lepas format baik (ye kot) dah dapat block orng luar dr masuk dlm wireless rumah. Nak sekat orang luar punya pasal, orang dlm rumah sendiri terblock skali, penyudahnya laptop dlm rumah lak yang tak dapat connection. tensen gak time tuh, dah la banyak nak communicate dngan orang via email.


Raya 2009M/1430H

tahun ni raya cam biasalah, huhu tiap kali raya dh ada tentative tetap. Pagi pg sembahyang raya. Tahun tak dapat masuk dewan utama sebab orang ramai, just dapat masuk kt dlm balai lintang sja. tahun ni cam x best sbb tak jumpa ramai kawan. Ntah la, mana p pon tak tau. Hmm ada la sorang dua yg pindah, tarawikh pon suram ja. Dulu best, geng mesti ramai haha bukan tarawikh, bersembang la...lama tak jumpa (tarawikh buat gak tau). Lpas semayang, balik rumah prepare utk orang mai raya. lpas tu p umah tok lak raya dgan tok haha 4-5 meter ja dr rumah ak bunyi cam jauh ja. Next destination is rumah Pak Jang(nizam), next rumah aku la, next rumah syazana(sbb ada permintaan khas dr khairul ehem2), next rumah Fuad UniMAP, next rumah Farhana, & last rumah Ain. Lpas tu baru bleh balik rumah, dh dkt pkul 3 petang. Pkul 4 nekad balik kampung, sbb lagi di tunggu lagi ramai lak student ayah aku pnoh dlm rumah. Haha cikgu lari dr anak murid.

lorong masuk rumah Tok dinamakan dgn nama Kedah MB official Residence
"Seri Mentalon", sapa p letak pon tak tau la

Dekat kg pun cam biasala pusing2 keliling rumah tok ja, sbb aku punya uncle2 pon dok keliling rumah ja. Next day p rumah Mak Long dkt taman tasik, hehe ada open house. Petang lak p Kuala Kedah. Pergh jammed la plak jalan Kuala Sungai dkt Kuala Kedah. Cam tak logik ja jammed jalan tgah2 bendang. Jambatan Tok Pasai Kuala Kedah boleh jammed?? dh jd cam Penang Bridge lak. Selalu ok ja jambatan tu. Biaslah tym raya camni ramai yg balik kg, yg p berjalan sana-sini nk beraya. Nak lepas jambatan yg tak panjang mana tu pon dh dekat 30-40 minit, satu tempoh masa yg tak patut bg di Kedah. Ingatkan dah lepas jambatan dah ok. Dlam kepala ingat mesti main road jammed gak, so amek la jalan belakang, jalan tgah bendang. Last2 jalan belakag gak yg jammed, padahal main road kurang jammed. Tersangkut dkt traffic light Kangkung, traffic light tgah kampung yg tak logik utk jammed. Kesudahanya sampai rumah maghrib la.
Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah



-Black Antz-