Commercial

Thursday, May 27, 2010

MSR FIST UniKL - KMKN 2010 Intake

Tarikh : 10-14 Mei 2010
Venue : Kolej MARA Kuala Nerang
Motif : Minggu Silaturrahim FIST UniKL
Edisi : Edisi ke-3
Batch : Batch ke-7 Foundation
Intake : 284 manusia (junior ku makin ramai)

Kekuatan anggota :
Sekretariat: 10 orang plus 2 orang photographer/multimedia
Fasilitator : 20 orang

Anjuran : Center of Foundation Studies Universiti Kuala Lumpur
Kerjasama : Kolej MARA Kuala Nerang
Dijayakan oleh : Majlis Alumni Foundation UniKL


Salam

Untuk pertama kalinya dalam sejarah Foundation UniKL secara rasmi bertapak di Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) selepas enam batch (+/- 6-7 tahun) bernaung di Kolej MARA Kulim (KMK). Actually dah ada beberapa batch Foundation yg dah grad dari KMKN. Tapi pihak alumni Foundation hanya recognize batch intake kali ni sja sebagai sebahagian dari dinasti Foundation & dilabelkan sebagai Batch ke-7. Sbb program lain yg pakai nama Foundation UniKL gak, tp little bit confuse status diorng ni, sbb intake masuk waktu lain (eg Feb & July) walhal Foundation yg sbenar msuk Mei setiap tahun.

First time jadi Pengarah Orientasi!
Director in the middle

Secara tradisi, batch paling senior available dalam UniKL akan lead program ni. First edition tahun 2008, di panggil PBM 08; Program Bersama Mahasiswa lead by 1st Batch FET (Botam MFI). Second edition tahun 2009, dah pakai nama MSR, lead by 2nd Batch FET (Wanlat IPROM & Azuan MIAT). So bagi third edition tahun 2010, tanggungjawab dah jatuh ke bahu 3rd Batch FET, batch aku la. Peringkat awal perancangan, agak kabur sapa yg bakal lead MSR kali ni sbb City Campus plus BMI, 3rd Batch tgah Intra, campus lain tgah busy dgn FYP plus Final Exam (except MIAT). 2nd batch dah tak leh kacau sbb dah lengkapkan tradisi & tgah berperang dgn FYP sbb ada cadangan suruh Wanlad ja yg lead lg sekali. So xpa la, kebetulan ak Intra @ LI di Bangi & sewa rumah dgn bdak2 MFI, so aku initiate la program kali ni, gerakn gerak kerja awal tuk training di Kem Dusun Saujana Gombak. Masa di kem, officially aku di-vote sbgai Pengarah. Mandat yg ada tu cepat2 aku gunakan utk prepare MSR dgn bantuan Dol MFI (Program Coordinator). So ini kali pertama ak jd Pengarah utk orientation. First time aku join team MSR utk Intake July 09 UniKL IPROM sebagai Sekretariat Protokol. 2nd time sebagai pengarah selepas Pesta Konvo UniKL ke-6. Setiap event ni ada cabaran tersendiri. Penat, tp best! at the end.

Training di Kem Dusun Saujana,Gombak

Sangat kuciwa dgn training ni.

Pertama : kehadiran.
Awal2 pagi aku dah terpacak di MFI dgn bas MFI ready nak anggkut bdak2 ni. Sekali tak sampai sepuluh orang pon yg tunjuk muka. 4-5 dr MFI dengan 5 orang dr MIAT, 2 dr CC. Hampagas tol. Ok2 la,aku paham, dlu ak penah gak protes pasal tarikh training yg agak kurang masuk akal : final exam!. Jd atas dasar tu ramai la yg tak hadir. Lg satu faktor, aku yg mengizinkan ketidakhadiran tu, yela suma busy nak final & FYP...hmm tp ade mase lak nk tgok wayang :P . Tapi terima kasih yg tak terhingga kpd yg hadir sbb bagi komitmen yg sngat baek!!!. Last2 sume yg hadir jd sekretariat haha kcuali 1-2 orang je.

Kedua : Lokasi
Oooo-mak-ai!. Terpencil giler! Hampir tak da access utk kenderaan msuk keluar. Boleh! tapi curam giler tebing nak msuk. Nak msuk lak kene pusing jauh msuk ikut Highway Karak. Siap trainer dr HEMs yg dah terlajak ke Pahang. Kami msuk jalan kaki. Jalan tepi rumah orang, ikut tebing sungai curam, lalu redah semak samun, baru sampai. Tp Wanlad dgn Che Chin lak selumber redah naik moto. Last2 kami gak yg kna tolong angkat moto tu, kalo tak dah lama menjunam msuk sungai. Kete Dol memule nk tinggal tp jalan, tp aku berkeras kete tu mesti msuk dlm kem gak, sbb kalo jd ape2, xsape pon tau. Kete Amirah Aisya lak staf BMI bwak balik parking dkt BMI. Tak kisah tempat camni, sbb penah attend training kt tempat lg terpencil, cume cam tak sesuai dr segi content program.

Ketiga : Jadual
Disbabkan kehadiran yg kurang, jd keputusan dibuat utk lanjutkan masa bermula training dr pagi ke pukul 2.00 petang, dgn harapan lg ramai akn datang dgn masa yg diberi. Last2 waktu petang Amirah,Intan,Nazirul & Wanlad yg muncul. Waktu pagi tu diisi dgn sesi sembang2 dgn junior2 yg first time aku jumpa & kenal sbb perbezaan batch yg jauh & campus. So masing2 cerita pasal zaman masing2 dkt KMK, macam2 la yg kuar dr klakar smpai la yg serius. Disebabkn masa yg dilewatkan jd masa dh jd pack & agak kelam kabut utk come out dgn decision bg program. Tp alhamdulillah dgn panduan & nasihat dr Wanlad, dgn bantuan & buah fikiran junior yg tak kurang hebat pengalaman diorng, walaupon masa terhad, tapi matlamat & objektif trainig tercapai.

Journey...
RnR Gurun

Pagi 9 Mei, smua berkumpul di MFI. Lepas bahagi2kn barang utk bawak utk dimuatkn dlm 5 buah kete, smua bergerak ke UniKL-CC. Yg lead konvoi ni Dol dgn ak bg guide utk ke city campus. Permulaan konvoi ni agak lawak tahap cipan. Dol waktu tu terspeed ke dpan & terlupa dia yg lead konvoi dan tersedar dlm 500m dr Tol Bangi baru dia slow. Aku pon kira la suma keta ckup 5. Lawaknya bermula bila kuar lepas dr tol, 2 keta amik exit ke KL, tp lg 3 keta amik exit ke Seremban-JB. hahaha FAIL!!! Destinasi adalah City Campus KL. Ikut signboard KL la! Capot MIAT yg bwak keta ke-3, Din MFI keta ke-4 dgan Juzaili MFI keta ke-5. Capot tersilap ikut keta lain yg nmpak cam keta Lukman MFI (keta ke-2). Pastu bile die potong die nmpak yg bwak kete tu makcik2, bru die sedar. Aku lak kire keta tak cukup, ade 2 ja, alamak! Cepat2 call Topek yg nek dgn Din, ckap kt lg 2 keta, pusing balik di Nilai & kami akan tunggu di Shell Sg Besi. Dah sampai dkt Shell memang kene gelak la. Dah sampai di CC, join dgn bdak IPROM, MIIT, BMI & MICET yg dah sampai awal. Naik bas sampai di Penang, dkt Tol Sg Dua lak, amek Azim IPROM.

Preparation
Preparation meeting & team building

10 May : adalah preparation day utk team MSR. Dkt bilik gerakan UniKL no C102 blok utama, kami buat sesi team building tuk semua OC & Fasi. Sbb most dr kami baru first time berjumpa & kenal sbb berbeza batch & campus. Sesi yg agak santai dgn guide dr En Raja, En Azlan & En Firdaus , officer dr HEMs UniKL MSI Kulim. Masa yg ada digunakn sepenuhnya utk build kerjasama, kepercayaan, & cungkil bakat terpendam dr setiap ahli. Owh sblom tu, paginya kami amek sesi senam pagi utk bdak FIST, diorang dibahagikan kpd 20 kumpulan & diperkenalkan dgn Fasi masing2. Pastu diorang sambung dgn sesi bersama admin Kolej.

Group forming & meet your Faci

The DAY!!!
Aziz MFI in action

Sepanjang sesi dari 11 Mei sampai 13 Mei (termasuk 14Mei closing) adalah tempoh yg memenatkan & mencabar. Aku tak berpeluang sngat utk join most LDK = Latihan Dlm Kumpulan sbb busy utk preparation next LDK & komunikasi dgn pihak admin Kolej. Admin Kolej diwakili oeh Cikgu Nadia (baru grad last year haha) yg sangat sporting (belanja makan satay yg sgat sedap malam last, tenkiu!) .Agak teruk gak aku terbuli cikgu Nadia ni, huhu awal2 pagi dah call, kadang2 sampai lewat malam pon msih cari dia gak. Request macam2 haha dewan la, van la, makan la, especially peralatan sukan (ni keje Atiq la, AJK Sukan & Riadah). Yg stay all the time dgn team adalah Dol, sbagai PC. Nasib baik aku dikurniakan (cewah ayat) dgn satu team yg sgat active & ada bnyak idea. Especially Dol, Atiq, Aqmal, Hazmi, Akaml, Hakim, Intan, Mazni, Juzaili, Hafiz Fiuzz, & 20 Fasi yg sgat cooperative. Bersyukur sgat sbb korang memang terbaek!

Yay!!! Cikgu Nadia belanje satay! Ha waktu ni perangai sume jd budak skolah haha

Program berjalan lancar. Lancar hanya lepas msuk dlm venue masing2 haha. Mane taknyer, mana la kami ni kenal tempat dkt KMKN, aku & dol dgn bantuan 3-4 sekretariat terpaksa running sane-sini tuk kenal pasti tempat (bilik2 kelas, & dewan2 kuliah). Kami kalau boleh lagi dekat, lagi bagus sbb senang nk kawal & pantau. Last2 baru sedar semua tempat actually sekeliling bilik gerakan ja hahaha lol . Tempat agak terbaek, terbaek sbb suma venue even kelas pon air-conditioned! Baik sbb KMKN sangat PANAS!!!. Ada satu kejadian, dimana venue adalah PSP = Pusat Sumber la (library), LDK adalah debat dlm kumpulan & waktu tu lagi 2 program Foundation tgah Final Exam & gunakan PSP tuk study! so ape jadi? hahaha kucar kacir la PSP. Tingkat bawah & atas bising giler. Dah venue tu yg kami dpt permission utk hari tu. Sorry la kpd FIST UniKL UK & RCMP dgan FIST UniKL-Australia haha tu junior korang gak. Nsb baik hnya 7 group dr 20 group yg msuk PSP.

Group 19 : Topek MFI main tipu haha

Straw tower yg dpt complain dr budak medic : its too engineering!

Closing Performance : Choir

Closing Performance : Dikir Barat

Ade la sekali tu aku buat silap huhu malu. Okeh, aku terlajak tido tengahari hahaha rehat pukul 1-2.30 ptng. So aku balik bilik sbb penat & pastu nk bincang dgn Dol pasal barang nk beli. Niat nk lelap jab je, sekali terlajak smpai pkul 2. Nseb baik ade lg 30minit. Haha siap ke perli2 @ sindir2 dgn fasi2 yg, "Eh, pengarah lambat" hahaha. Ye la, dah la tido lambat, sbb PM & PC la paling lmbat balik. Dh clear sume bru r kami balik bilik. Pasal bilik @ hostel, Fuh KMKN terbaik la. Bilik 2 orang, bukan dorm, KMK pakai dorm. Dlu Prof Dr Rahim, Pengarah Foundation (sekarang Dean UniKL MESTECH) penah tanya aku (sbb aku MPP FET UniKL di KMK) & suggest utk buat bilik di KMK, lpas bincang dgn Presiden MPP, "xpayah la prof, dorm lg best". Di KMKN nmpak cam bilik lg best la, xde la terabur satu dorm cam dorm Jujur tu, sepah giler. Ni sepah pon dlm bilik je & tak serabut sgat. Ala dorm laki la katakan. haha

Catur Bestari : Mior MFI tgah ajar tu

Gotong-royong : 2 kumpulan
Group 1-10 : bersih masjid, kubur, taman permainan etc
Group 11-20 : bersih kolej

Yang tak best pasal MSR!

Tak bestnyer MSR, aku msti jadi orang ketinggalan setiap program, knape? Sbb aku kena clearkan next program. So sekarang LDK 3, aku dah kene prepare utk LDK 4 especially libatkan perubahan tempat. Lagi satu ak kene kejar admin kolej, atau admin kolej yg kejar aku utk ape2 urusan. So aku jarang contact dgn junior. Akibatnye, aku la OC paling tak glammer! Buktinya sikit je add aku kt Facebook. Haha. OC & Fasi lain bnyak je kene add dgn junior. Lagi satu yg sedihnye, gambar aku mesti kurang. Huh hampeh!. Asyik melepas je sesi bergambar. Aku terlepas satu sesi sbb kene temankan Dr. Afiza, Pengarah Center of Foundation Studies makan, sbb Pengarah KMKN tak dapat join, so takkan Dr Afiza nk makan sorang huhu nseb baik Cikgu Nadia pon ade gak. Padahal dkt Dewan Badlishah diorng sume tgah suka suki bergambar tak hengat.

Bestnya MSR

Okeh, bestnya MSR, bukan best, tp ayat yg sesuai adalah bagus. Bagusnya sbb MSR kali ni betul2 ajar aku cara nak manage event. Dari aspek financial, time control, communication & problem solving.

Financial
Budget yg limited tp kami berjaya berjimat & budgeting yg menjadi supaya semua event menjadi, kecuali epal aku tak beli, ade ke Atiq nak main dgn epal tuk riadah, cis~ haha lawak je Atiq, hmm ade gak barang yg tak beli utk Atiq & dia pon bijak deal dgn kolej utk dapatkan barang & peralatan yg aku tak dapat provide.

Time Control & communication
Wah giler kentang, jadual aku rupenye 30minit awal dari jadual kolej hahaha baru sedar bile Puan Pengarah Kolej yg tegur time makan pagi, sbb kami awal sangat haha so aku kekal je dgn 30minit awal tu sbb pergerakan ke venue dr hostel & dewan selera agak makan masa. Kesilapan tu 30min terjadi sbb miss-com antara KMKN dgn UniKL pada peringkat jawatankuasa induk. Communication bnyak nk kne improve lg dari aspek penyampaian & method penyampaian maklumat.

Problem Solving
Otak kena ligat utk cari solution @ alternative utk setiap problem. Kalau tak ak sendiri buat keputusan, solution kdang datang dr Dol sbgai PC dan OC yg sgat membantu & bnyak idea. Thanx again!

So tamatnya MSR intake 2010 KMKN bermakna secara rasminya tamatlah era gemilang Foundation di KMK serta bermula era & lembaran sejarah baru Foundation di KMKN.

Dol MFI : Great Program Coordinator

Aqmal MIAT: Multimedia
most idea pd peringkat awal planning dtng dr Aqmal

From left : Juzaili MFI (Discipline) &
Atiq Azman MIAT (Sports & Recreational)
geli plak tgok diorang ni bergambar haha

Whybee Hazmi IPROM : Head for LDK
bnyak idea tambahan utk LDK, nape ak bg post LDK kt dia?
sbb dia gelakkan planning LDK, cis~ haha

The great team!

To CFS UniKL & KMKN
Thanks a lot sbb bagi opportunity ni & kerjasama yg sgat baik

To HEMs UniKL MSI & UniKL BMI
Terima kasih kpd semua En Azlan,En Raja,En Firdaus & En Irwan atas nasihat & tunjuk ajar

To OC & Faci
Jutaan penghargaan & terima kasih atas disiplin, kerjasama,idea
& sokongan yg tak berbelah bahagi.

To FIST UniKL
Teruskan legasi gemilang FET UniKL, buktikan korang lebih baik dari kami!

till then, assalamualaikum

Monday, May 24, 2010

Tamat INTRA


Salam

Pesanan pihak penaja kpd Alia Lili Lala Mansor yg request aku update blog:
okeh makcik,aku dah update :P


Entrance to ICSB shop floor

Secara rasminya aku dah tamat INTRA 23 April, (so sekarang dah 24 May,ah suka hati aku la haha) di IngressCess Snd Bhd,Bandar Baru Bangi. Hari last tu agak kurang menarik bagi aku sbb aku demam, so bila aku demam mood aku tak baek cikit, haha sampai kna sound dgn Abng Jai. Sori la bro, orang demam tak larat la nak layan lawak2 sana sini. Hari last tu hari Jumaat, asal hari Jumaat ja akan ada makan2 hahaha. Hampir setiap Jumaat ada ja makan2, jamuan perpisahan Abg Azwan la, Akak Emy, pastu CEO Cik Midi belanje KFC la, supplier tools bagi KFC lagi, pastu Cik Ghazali nk pg Korea pon belanje KFC lg, (-_-" ,KFC lagi, Abng Halim balik Korea belanja satay kajang plak, makan ja keje. blom masuk pizza lg tu, haiya....

Petang tu ada jamuan ringkas perpisahan dkt cafe Ingress Operasi Bangi, semua isi company ada kecuali Cik Habib & sorang lg trainee, (dah lupe name haha) ha Jabir, (eh ingat plak) dkt cafe, dari technician sampai la CEO pon ada. Memula Cik Midi (CEO) bagi speech, first time dlm sejarah trainee terpaksa stay OT sampai lewat pagi (aku la tu) , so dia ucap thanks bnyak2 & pelawa kalo nak join balik ICSB pon apa salahnye, tp CGPA mesti 3.5 ke atas (ada syarat plak). Hmm saja nk bagi semangat utk study la tu. Pastu GM plak bg ucapan, pastu tetibe mintak wakil trainee utk bagi ucapan, so aku dgn paksarelanya pon bg ucapan la, thanks bnyak sbb bnyak belajar kt ICSB, yg tersurat & tersirat (GM call that "tersirat" to be "Magic") . Pastu Isma lak bagi ucapan bg pihak perempuan.Thanks Isma sbb lengkapkan speech aku.

Eh? sepatutnya farewell ni tu trainee UniKL je (termasuk Arman dr IKBN), tp company buat sekali utk trainee dr kolej lain sekali (haha jimat kos). Jadi kesian la yg teramat dkt Akif & Jabir, sbb diorng keluar nnti xda makan2 lagi hahaha. Makan2 ditaja oleh company & cikit sponsor dr kami, dgn dimasak oleh kakak Isma yg bakal bukak kedai makan kt Cyberjaya (wah promosi :P). Sebelum makan ada la cikit hadiah kenangan2 dr pihak company.

Lepas makan plak, sesi bergambar la. Gambar cam tak penah tgok camera plak diorng ni, dari cafe sampai la ke shop floor. Haish!!!

Ops, episod makan2 tak habis kat situ je, sambung plak dkt kedai makan mane tah dkt Bangi. Mak ai kedai die mcam nak pg kem bina semangat lak dia punya jalan, tersorok cikit disebalik hutan belukar, tp tempat dia best! cam resort ala2 kampung Melayu. Makan pon duduk cam makan kt beranda rumah kampung. Lepas makan sambung plak gossip2 pasal kilang, gelakan orng tu orng ni, gelakkan sesame sendiri hahaha tak leh blah

Okeh layan gambar2 plak

En Hamidi CEO's speech


Haha it's magic sir!


Isma bagi speech


Thank you!


Front : Habib, Jai, me
Middle : Mazni,Isma,Fazli
Back :Halim, Iskandar

To me:
Okeh, sila pening kepala utk FYP, tp seblom tu sila jayakan MSR FIST UniKL

To ICSB:
Thank you so much!!!.

till then, assalamualaikum

Saturday, May 1, 2010

Lagu Feveret terbaru

Salam

huhu lama x update sbb xdak masa, tp nak rekodkan lagu2 ni so nnti masa depan aku bleh ingat balik lagu yg ak pnah minat...layan...zass

API : Pelita


Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya



AKIM AF : Inilah Cinta (lagu mcam lagu Cuti2 Malaysia plak haha)


Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Ulang Chorus

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta


CODA : PARANOIA