Commercial

Tuesday, September 6, 2011

Raya 2011 (Part2)

السلام عليکم 

1. Hehe sambung part 2 pulak. Cuma tak ada gambar lah, sebab masa beraya tak bawak huhu.

2.Raya ke-2 plan asal nak balik kampung Tok sebelah mama kat Jitra sebab Mak Long (sebelah ayah) ada buat open house. Tapi Tok plan nak beraya di Penang, melawat sedara mara kat sana, jadi tak ada orang lah di kampung, sebab pakcik makcik lain pon akan join juga. So tak jadilah termasuk pi ke open house Mak Long.

3.Rupanya satu kereta ja dari kampung. Just Cik Dan & isteri, Pak Tam & Mak Tam, dengan VVIP: Tok. Cousin aku (anak2 Pak Tam) semua tinggal di rumah Tok lepa sebelah Mak Tam yang cuma selang 1-2 kampung sebab ramai cousin lepa balik kat sana. 

4.Dah la raya pertama lepa raya situ dengan Rozita Che Wan, adik dia Ayu Raudhah, Aidil Zaquan dan Lat Pet Pet & isteri dekat rumah tok lepa tu juga. Fuhh. Apa kaitan? Rozita Che Wan punya parent adalah anak saudara kepada parent Mak Tam (ya kot). Hmm berbelit sudah. Selebriti lain yang dikesan berkeliaran di Jitra adalah Kamal Adli. Tak lupa juga dR Rozmey -_-". HQ beliau besaq wo dekat Tanah Merah Jitra huhu

5.So dua kereta ja sampai Penang. Tapi rumah pagar berkunci & tak ada orang. So tersadai kami dekat luar rumah. Sempat update no telefon dengan jiran. Mana tau takut dah tukaq. Alahai tak telefon dulu rupanya. Lepa dah keluaq pi beraya kat Perak pulak haha. Oklah, dalam taman tu ada rumah sedara mara lain juga. Pon sama gak, rumah tak ada orang huhu.

6.Ingat nak balik, tapi tok ajak pi rumah sedara lain dekat Bagan Ajam yang dah lama tak pi. Disebabkan pembangunan rancak, jalan & persekitaran dah berubah. Banyak rumah kedai baru naik, taman perumahan lah. Masing-masing cuba perah otak nak ingat exact location. 2-3 landmark dah jumpa tapi rumah masih tak nampak. 

7. Sekali masuk kawasan kampung sebab tok kata macam familiar. Tanya sorang budak pompuan. Bagi salam tak jawab. Tanya tak berbalas juga. Pusing2 tanya sorang kakak. Dia pulak tanya kami; "Kamu orang Malaysia ya?" Erk? Rupanya dia orang Indonesia huhu. "Maaf ya saya orang baru disini, cuba tanyain sama rumah itu" sambil tunjuk satu rumah.

8.Bagi salam, tuan rumah jawab sambil introduce diri: "Kami bukan orang Myanmar" -_-'. "Sini ramai Myanmar" sambil bagitau tak kenal orang yang kami cari. Patut budak tu tak paham apa mama aku tanya haha. Dari rumah budak tu dengar bunyi lagu Hindustan. Sah tok salah kampung huhu. Jadi call lah tanya. Baru nak call haha. Rupanya tak jauh. Jalan lajak siki saja. Tempat parking first kami berhenti awalnya tadi. Belakang tu saja huhu

9.Fuhh lepa jamu kami laksa Penang. Sedap habaq hang haha. Resepi keluarga. Tak lama duduk situ sambil sembang2. Tok Su, adik bongsu Tok yg muda lebih kurang sebaya ayah aku sampai. Last jumpa raya tahun lepas. Ya lah. Duduk jauh masing2. Tak lama lepas tu sampai pulak sedara mara lain. Memang meriah lah. Lepas solat Zohor baru bergerak balik.

10. Habis Penang. On the way balik, singgah rumah Pak Chaq dekat Sg Petani. Kebetulan buat open house jugak. Makan2 bergelak2, usik causin2 aku hehe. Lepak situ sampai petang. Lepas solat Asar baru balik.

11.Esok tu baru lah dapat baik Jitra. Lunch dulu dekat Pekan Jitra. Panggil ja pekan, Jitra dah makin berkembang besar. More and more construction. Dah makin expand. Saja lunch sama2. Dah jadi kebiasaan kalau suma adik beradik aku balik, ayah akan bawak makan luar. Selalunya makan malam kat mana2. 

12.Family Pak Chaq dah sampai kampung petang semalam. Hmm kecoh la rumah Tok tu. Tu belom smua balik lagi tu. Makcik balik Johor turn sana lak, Paksu pon turn beraya di Selangor gak. Aktiviti biasa di hari raya, makan lah haha. Makan lagi huhu. Malam baru balik ke rumah. Selalu balik tak lama sebab tak rumah kami pon kat daerah sebelah ja huhu. Sebelum tu pekena soto kat rumah Pak Tam.  

13.Update tengah malam, cam tak semangat ja tulih huhu. So macam tu lah raya aku tahun ni huhu. Cuti seminggu ja. Next week tu dah start keja & sekolah. Adik aku balik campus di N9. Bertolak Ahad malam Isnin. Memang pack gila Stesen Shahab Perdana, Mergong, Aloq Setaq dengan orang ramai nak balik semula ke perantauan huhu. Aku ja dah balik mastautin Kedah huhu.

14.All right, that all for this time.

Semoga kita dipertemukan dengan Ramadan tahun hadapan. Dikuatkan upaya & iman untuk mengharungi cabaran Ramadan agar kita sama-sama merayakan kemenangan pada 1 Syawal next year. InysaAllah. Amin!

till then, assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment