Commercial

Sunday, September 4, 2011

Raya 2011 (Part1)


السلام عليکم 

1. Alhamdulillah, genap 29 hari berpuasa, jumpa juga dgan Aidilfitri tahun ni. Specialnya tahun Raya jatuh hampir dengan Hari Kebangsaan, jatuh pada 29 Ogos 2011, jadinya Raya-Merdeka haha. Google punya doodle pon special utk Raya Merdeka cam dekat bawah ni:


2.Tahun ni raya dengan sederhana saja, baju pon tahun lepas punya, malas nak beli baru huhu. Macam biasa menu tetap rumah aku, confirm la mee kari. Dah memang ramai tahu dah. Solat raya memang ramai tahun ni. Macam biasa khatib je yang menangis masa khutbah raya huhu. Lepas solat turun pi kubur adik, Mohd Amir Fikri dekat belakang masjid, pastu kubur nenek lelaki & nenek pompuan. Kubur tokwan Hashim dekat Bukit Besar Yan, sebelah petang pulak. Sebab pagi situ jem, jalan sempit & kubur utama (dulu) so, jadi tumpuan la.

3.Tak expect & tak plan langsung tahun ni akan berjalan sakan raya pertama. Selalu aku pusing2 dalam taman aku sendiri ja. Sebab tahun ni ramai budak degree batch aku masa sekolah dulu dah habes, so ramai la yg dah balik semula ke Kedah.

4.Start dengan rumah Pak Njang, pekena nasi ayam, selalu menu rumah dia soto. Tahun ni ubah lak huhu. Lepas tu rumah aku. Ramai lak berkumpul. Bila dah berkumpul memang banyak la idea. Sambung rumah ke satu rumah sampai petang.

My house
Me & Syafiq, most photos taken by him
5.Lepas hingar bingar rumah aku dengan gelak, sambung rumah Syazana hujung taman. Dengan Fahmi selamba sound taugeh Syazana dah tumbuh jd pokok la haha. Mai rumah orang kutuk tuan rumah, bagus!. Lepas bergambar, Fahmi teringat nak pi rumah Bazilah pulak, taman sebelah. Bergerak ke sana lak.

6.Rindu Fahmi tak kesampaian sebab Bazilah pulak dah keluar satu family pi beraya. Aku segan gak sebab mak dia cikgu BM aku masa sekolah menengah huhu. So kami move to next house, sebelah ja, rumah Sabrina. Memang kecoh gila dengan gelak, melawak, mengutuk, bahasa double triple meaning, sambung gelak Fahmi sebab tetiba teringat Bazilah lak.

Rumah Sabrina
Left: Aku, Fahmi & Pakcik Yusuf, Right: Sabrina

7.Yang bestnya, bapa Sabrina, Pakcik Yusuf, masuk geng sekali, sekepala dengan kami, dia pon layan gelak sama. Haih teruk la Fahmi ni masuk rumah anak dara orang, boleh lak dengan selamba introduce diri: "Pakcik, ni suma single ni" haha malu lah weh. Sabrina lak terduduk satu sudut tak terlayan dengan karenah kami. Dah lama sikit baru Syazana sampai dengan Nadia. 

8.Erk, sembang2 dengan Nadia, terkeluar isu kerja, dia cakap dapat interview kilang sama dengan aku, tapi dah dapat call masuk bertugas sebagai engineer next weeknya. Huhu maksudnya, melepas lah aku. Sebab tak dapat call, kira tak ada rezeki lah.

9.Habis porak porandakan rumah Sabrina, singgah sat rumah Ridhwan utk solat Zuhur, dah dekat pukul 3.00 petang! Aku balik rumah sat huhu sempat salam & sembang dengan jiran & sedara mara sebelum singgah rumah Ridhwan. Tak lama situ, beraya dengan ayah dia, Cikgu Azhar, cikgu sekolah menengah aku gak huhu 

10.Next rumah Linda pulak, classmate merangkap anak cikgu Maznilah, cikgu kelas masa darjah satu huhu. Haish, topik cikgu Maznilah asyik tanya pasal awek & bila nak kawen ja haha sabar la cikgu, bagi anak cikgu kenduri dulu la, baru kami pulak haha Ridhwan la kena teruk sebab cikgu cakap yg mak dia bgtau dah boleh dapat menantu haha merah muka Ridhwan.

Rumah Cikgu Maznilah
From left: Ridhwan, Fahmi, Cikgu Maznilah, Linda, Suami Cikgu, Aku & photog lak Syafiq

11.Owh lupa nak cakap, kami punya team: Aku, Ridhwan, Syafiq, Fahmi, sebelum tu Pak Njang pon ada join dengan Fuad sebelum 2 orang tu balik rumah sebab sorang visit kubur family & sorang lagi segan huhu. Asyraf aka Acap pon ada join, tp sat ja.

12.Pukul 5.00 petang lebih baru aku balik rumah, cari tandas, solat & pi rumah tok yg selang 3-4 pintu saja hehe sebab dah ramai gila sedara mara kat sana sampai pack rumah la, penuh!. Lewat petang baru satu family & family Cik Nor ziarah kubur tokwan Hashim. Sampai rumah suma penat huhu. 

13.Done first day Syawal!

14.Haha tak habes lagi! Fahmi ajak dinner rumah dia lak malam tu, ayah dia, pakcik Salleh tukang masak & ada catering sendiri, memang sedap r. Makan, sembang, update macam2 isu, sambung gelak lagi sampai lebam haha. Lepak sampai tengah malam baru balik huhu. 

Rumah Fahmi:
From left: Fahmi, Ridhwan, Aku, Pak Njang, photog lak Syafiq

Penat berjalan,makan & gelak! Fun habes la.

15.Hmm sebok dengan kawan ja? Ha Raya ke-2 & ke-3 baru dengan family ramai2. Sebab first day ramai orang datang beraya huhu

nanti sambunglah hehe >part 2

Selamat Hari Raya, Maaf zahir & batin  


till then, assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment