Commercial

Sunday, August 28, 2011

Uncertainty

السلام عليکم 


pray for my good & successful future in my career


 till then, assalamualaikum

Wednesday, August 24, 2011

Freedom

السلام عليکم 

1. Recently, Muammar Gaddafi, revolutionary leader of Libya was toppled down by rebel armed forces and they successfully occupied Libyan capital, Tripoli, forming National Transitional Council to govern over newly freed Libya



2. Till this day, status of Gaddafi remained unknown. Arab World now experiencing a new kind of Arab uprising, after Arab Revolt 1916-1918. Many dictators & their regime were brought down by force by their own people who lived in discrimination, depression and controlled. 

3. Uprising which initially started in Tunisia, inspiring & fuel the same uprising in Egypt before spread out through out Arab republics which for decades under dictators rule. Arab kingdom under monarchy rule however remained in control with some monarchs have taken some step to reform their states towards more democratic nations.

Middle East Map : uprising in Arab states 

4. Inspired by uprising, this song has been created and dedicated to Arab world who fight for their liberty, Muslim world that fight for justice & all part of the world that fight for their freedom from tyranny. 



Maher Zain: Freedom 

Gathered here with my family
…My neighbors and my friends
Standing firm together against oppression holding hands

It doesn't matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call

And we’re calling you for freedom, freedom 
We know you can hear our call ooh 
We’re calling for freedom, calling for freedom 
We know you won’t let us fall oh 
We know you’re here with us

To Arab states:

It is no use to gain freedom from your own regime
but you are indirectly ruled by the West.

And if you are strong enough to free your own country,
please help your brothers & sisters in occupied Palestine, 
they deserve freedom too!

 till then, assalamualaikum

Tuesday, August 16, 2011

The day that I learned a lot!!!

السلام عليکم

1.Hmm macam mana dgan tema baru blog ni? Meriah la cikit huhu especially dengan tema Raya-Merdeka ni.

2. Last week, 9 Aug, ak naik KL selepas hampir sebulan lebih balik Kedah. Nasib r ada lg budak2 PDE & TND dr Kelantan+Ganu yg masih menyewa di Cheras, kalo dak ak kena cari umah junior la nak menumpang huhu. Owh, apa lagi, urusan interview lah yang membawa aku balik ke KL. 10 Aug di Bangi & 11 Aug di KL.

3. Memang dugaan betul bila sampai sana. Bateri hp boleh kong pulak bila sampai Pandan Perdana. Fuh nasib dah sampai depan apartment, kalau tidak susah la aku. Sekali aku lupa rumah budak-budak ni yang mana satu pulak haha hadui. Yang aku ingat tingkat 3, sebab classmates aku ramai sewa tingkat tu, so aku pon expect situlah. Sekali yang masuk rumah tu orang lain, ah sudah. Nak call pon tak boleh, so aku turun tunggu dekat guard house. Jumpa 1-2 orang junior, sempat sembang sat sebelom terserempak dengan Pali, selesai masalah aku. Pali bagitau rumah sewa baru dia dekat tingkat 1 haha. Budak tingkat 3 dah lama keluar rumah tu balik Pantai Timur! sengal.

First interview 

4. First kilang dekat Bangi tu, aku agak familiar dengan location dia. Hari-hari lalu nak pi kilang masa intern dulu. Tak jauh pon dari UniKL-MFI. Aku pinjam motor Pali hari tu. Dalam setengah jam sampai la ke Bangi. Ikut jalan belakang & masuk kawasan industri dekat dengan Sony. Interview ni lah yang bagi aku pengalaman baru.

5. Bukan aku yang di-interview, aku pulak yang meng-interview. Interviewer tu senyap saja. Just tanya 2-3 soalan basic, yang lain aku pulak yang buka topik soal-jawab. Fuh, agak down juga aku bila tak dapat interpret drawing yang dia bagi. Alah menyesal pulak aku tak ingat betul-betul segala hal berkaitan engineering drawing. Tapi masalahnya, aku pon tak ingat macam mana aku apply kilang tu. Tup tup saja dapat call. So macam mana aku nak tahu job description. Sebab dari situ baru aku tahu bab apa yang boleh expect akan ditanya.  


6. So, aku assume negative lah. Sebab aku tak dapat jawab most soalan pasal drawing & aku tak dapat tangkap apa yang interviewer nak sebenarnya. Balik lah aku dengan hampa. Hmm ada juga orang lain datang interview, dah bekerja dah pon, engineer atau orang management  aku assume, sorang brother India. Nak lompat kilanglah ni. Nice person. Rancak juga aku sembang dengan dia sebelum interview. Lupa nak ambil contact dia huhu

Next...

7. Esoknya, dah cerah tanah, aku sampai di Wisma MCA. Sebab company ni recruitment firm based dekat situ. Ada la amoi sorang ni mai sebelum aku, budak USM, senyap ja, nak tegur pon segan. Turn aku dipanggil. Mula-mula just verify segala info aku dalam resume. Tak banyak tanya cuma lebih berlegar pasal post yang aku apply, dalam Jobstreet nampak lain, bila further explained rupanya tele-sales/marketing, jual insurans huhu. 

Rupanya...

8. Lepas tu aku disuruh masuk dalam satu bilik tunggu staf tu nak settle hal management dulu. Sambil tu Sir Noji, supervisor FYP call cakap claim dah dapat, yahoo!. Dalam bilik tu, staf tadi minta aku macam berlakon balik segala inteview yang aku pernah attend sebelum ni. Lepas tu dia akan komen.

9. Ya Allah banyaknya benda yang aku dah salah & cara tak kena selama ni hadui bila dia komen balik satu-satu. Terduduk aku. Dia betulkan balik cara aku greet interviewer, cara introduce diri, strategy jawab soalan etc. Dia train aku macam mana nak jawab interview dalam sektor engineering & marketing. Apa yang berguna & apa yang tak. Fuh banyaknya benda yang aku tak tahu huhu. Berbaloi jugak aku susah payah naik KL. 

10. Lepas tu dia arrange-kan satu lg interview dengan company tele-marketing pukul 2.00pm hari tu jugak. Lepas aku ada lagi sorang amoi, turn dia pulak, very friendly & cun gak haha (gatal). Sempat sembang & berkenalan sebelum aku dilepaskan untuk balik & turn dia pulak huhu rupanya sama-sama senasib.  

Petang tu...

11. Balik rumah dulu usha Google Map cari shortcut sambil rehat sebab awal lagi. Bila sampai di company tu, ada 2 orang lagi tunggu. Mula-mula semua senyap dekat luar. Lepas kena panggil ke bilik interview yang sama barulah kami berkenalan & meriah bersembang, padahal sebelum tu nak tengok sama sendiri pun tak hahaha. 

12. Kali ni, lagi sekali interviewer tu dedahkan banyak benda pasal hal-hal inteview ni. Rupanya tugas dia bukan sebagai interviewer, just nak train & naikkan semangat sebelum interview sebenar dengan manager. Sebelum tu dia explain banyak perkara pasal job description & segala bagai pasal culture di company tu. Lepas dengar, banyak benda tak cocok dengan jiwa aku. Tak mampu nak adapt semua tu. 

13. Sempat jugak aku buat role-play, konon kena jual barang on the spot. Aku "jual" bag galas Deuter 25 liter aku tuh. Komen ok cuma agak gugup, sikit tak lancar & lupa nak buat "closing". Pastikan customer (rakan interview lain) setuju nak beli. Habis saja sesi tu, secara personal aku jumpa staf tu cakap nak tarik diri. Aku tak yakin boleh continue dengan semua tuh huhu bukan memilih, sales ni memang bukan benda yang sesuai bagi aku yang pendiam ni.

Balik & Amer Zafri

14. Next day, aku balik serta merta ke Kedah sebab Amer Zafri, kawan masa Foundation UniKL & housemate masa aku sewa di Bangi waktu intern dulu nak singah & tumpang rumah untuk interview di Jitra. Terima kasih banyak dekat budak rumah Pandan sebab bagi aku tumpang rumah. Murah rezeki korang aku doakan. Amin.

15. Sebelum balik, petang tu hampir aku terlewat buka puasa. Dalam 6.00pm, Mat Arip, budak rumah mintak aku hantar dia ke Kg Baru, sebab nak balik Kelantan tumpang kawan. Ok lah settle bab tu. Lepas tu aku pi ke Puduraya cari tiket, tak mahu beli makan di Kg Baru sebab aku rasa sempat sampai Pandan. Sekali salah ambil simpang pulak, ingat-ingat lupa, kena tanya orang kat traffic light. Dah sampai Pudu, kaunter MaraLiner pulak tutup solat. Alamak!. Pilih Mara sebab tepat masa & the only bus operator yang berhenti di Pendang.

16. Sepanjang dalam bas pergi & balik, aku habiskan masa baca novel Ramli Awang Murshid, Rayyan Fantasi. Dah lama beli cuma tak sempat baca. Habiskan novel bersiri Laksamana Sunan, Sutera Bidadari dulu huhu.

17. Err balik cerita asal. Memang luck la si Amer ni. Dia dah ada offer dari 2 company sebagai engineer dengan basic yang boleh tahan. Masih nak cuba company ke-3 ni pulak. Kat Jitra tuh, sanggup mai dari Pahang. Dia sampai pagi sebelum Subuh, ingat nak bawak Sahur kat rumah, tak sempat pulak. Last-last cari mamak tak jauh dari Sentosa. 

18. Pagi awal lagi, sempat sembang pasal hal interview ni. Minta nasihat sikit & bagi dia view resume aku. Haha dia cakap padat & lebih kurang agak serabut. Tengok dia punya simple ja huhu. Tak apa, ada ruang improve lagi. Jalan-jalan dengan ayah sekali dekat Tasik Bandar Darul Aman dulu sebelum interview. 

19. Venue interview tu dekat rumah kedai tak jauh dari Hospital Jitra. Tak percaya ja company boleh based kat situ. Lepas 45 minit, Amer keluar dengan muka selamba. Rupanya dapat jugak! Dia ada 2 hari untuk kata Yes. Aku pulak tunggu 2 minggu untuk company kata Yes/No huhu. Gila bertuah. Lepas tu ayah aku hantar dia ke Stesen Bas Shahab Perdana, Mergong sebab dia target nak iftar di Parit Buntar, rumah awek dia huhu. 

20. Jadi, dalam kurang 4-5 hari, banyak benda jugak yang aku belajar rupanya. Dan perkara tu tak jumpa dalam kelas. Tapi aku fikir, ada baiknya junior didedahkan pasal hal interview ni. Sekurang-kurangnya ada persediaan & knowledge. Aku dah ada mentioned dekat kaunselor fakulti kat Facebook. Harap ada tindakan la. 

Terima kasih banyak:
Tuan rumah: Mat Arip, geng rumah Pandan, Pali, Sablu, Hadi, Syazwang, Mantet

To Amer:
Pandai-pandailah buat pertimbangan yang baik, 
nak pilih mana satu offer, 
luck gila ko, jeles aku


till then, assalamualaikum

Tuesday, August 2, 2011

Insiden interview

1. Hahaha

2. Ok, nak cerita ckit pasal kejadian masa interview minggu lepas, aku memang suka update lambat :P. Aku kena interview kt Penang, Seberang Prai or Auto City to be accurate. Dapat call, masa call tu aku tak tanya betul2, so aku call balik company tuh tanya detail location company tu, sbb ak tak tahu.

3. Orait, receptionist tu cakap, "Tak pa, tak pa, you mai esok, you call I balik, later I guide you mcam mana nak mai sini ok?. Dia tak mau bagitau detail, kononnya nanti dia guide slow-slow, bagi landmark apa nak follow etc. Ok lah.

4. Esoknya aku & ayah aku pon siaplah awal-awal, bertolak dari rumah. Dalam jam 12 tgahari macam tu kami dah lintas sempadan Kedah-Penang. Awal lagi, so singgah sat kat rumah cousin, Abang Joe, sorang cikgu, elok-elok saja baru balik dari sekolah, balik awal sikit haritu sebab kami dah cakap nak singgah.

5. Lepas solat Zohor, kami jalanlah, Abang Joe yang drive sebab dia tahu jalan & familiar dengan area situ. So sampai dekat Auto City, aku pon call lah balik receptionist tu, introduce diri macam semalam, minta dia guide pulak ke kilang. 

6. Aku pun bagitau lah location kami, dia cakap salah: "Ayoyo, you salah pi lah, kilang dok seberang sini (lintas highway ikut tunnel). "Owh salah la, alamak, so can you guide me there?". "Ok you patah balik bla bla bla" sampai lah ke kilang tu berpandukan segala landmark yang dia cakap.

7. Fuh sampai awal, dalam 45 min awal. Dalam hati gumbira, first impression dah baik, sampai awal. Report dekat post guard, lekat tag "Interview" dekat baju, masuk ke lobi, cari receptionist tu, dia suruh duduk dulu, sebab masih awal. So aku pon relax. 

8. Mula-mula dia suruh isi application form, tapi cakap sudah buat online. Ok, duduk tunggu dulu. Dalam 10 min sebelum sesi baru lah receptionist tu panggil aku balik ke kaunter. "You ada interview dengan sapa? Aku cakaplah C.H. Tan & dia pon check habis lah dalam database. "Eh tak ada pon, you cakap betul-betul ni, C.H. Tan ka, C.S Tan ka, C.B. Tan ka, B.W Tan ka, yang mana satu ni" "Ah sudah" aku dalam hati. 

9. Habis semua staf dengan surname Tan dia call tanya, semua cakap tak ada nak interview siapa-siapa, kecuali seorang respond cakap ada, tapi bukan dengan aku. Aku tegaskan dekat dia, ulang balik semua detail dalam first phone call yang aku dapat semalam. "Ayoyo, you dah salah mai kilang lah, staf yang nak jumpa you tu dekat P5 (Plant 5) seberang highway sana tempat you pi tadi" " Hah? pulak, tadi you yang cakap suruh mai sini" , adus -_-"

10. Ok, rupanya company tu ada 5 kilang/plant dekat situ. Pergh.

11. Nak jadi cerita lepas drop aku, ayah & abang Joe pi lunch. Alamak, so aku pon call lah minta ambil aku balik dekat kilang untuk ke tempat yang first sampai tadi, tapi kena lajak ke depan lagi. Nasib lah dah habis makan, saja tengah sembang-sembang, kalau jenuh la tinggal makanan cepat-cepat nak ambil aku pulak.

12. Dari sampai awal 45min, sekarang aku dah lambat 20min dari waktu yang dijanjikan. Punah first impression. Sampai saja ke venue sepatutnya, lagi sekali register masuk etc etc dalam keadaan aku lupa nak sign keluar dekat kilang tadi, cepat-cepat berkejar ke lobi. Fuh.

13. Untuk bantu aku, receptionist dekat kilang awal tadi dah inform another receptionist yang bertugas di Plant 5 yang aku ada interview di sana & perlukan bantuan. Marah tu tak adalah, sempat jugak aku ucap thanks dekat first receptionist tadi. Sebab dua-dua salah tak confirmkan masing-masing dengan jelas. Aku pon tak sangka banyak branch rupanya.

14. Isi form dengan sepantas mungkin, jd tulisan pon macam cakar ayam, buat malu ja. Interviewer pula cari aku dekat lobi, malu pon ada. Tak pa lah jd pengalaman huhu. So masuk ja ke dalam bilik interview tu, first sekali aku apologize la sebab lambat, so kena cerita dari awal huhu.

15. Nak share sikit: 10 Deadly Sins of Interviewing: Top Ways to Bomb a Job Interview, ihsan dari JobStreet.com Malaysia. Sila log in facebook untuk view, tak mau paste dekat sini, panjang berjela.

To all readers:
Doakan aku dapat post engineer yang aku apply tuh. amin!!!

Thanks to : 
Ayah & Abng Joe, my cousin for the interview.

till then, assalamualaikum