Commercial

Thursday, May 3, 2012

Kerja 1 May

السلام عليکم

1. Selalu 1 May adalah cuti biasa sbb masih study. Tapi bila dah bekerja rasa bermakna pulak hehe Hari Pekerja!

2. Tapi bos dah plan awal-awal lagi yang 1 May semua member Maintenance Dept kena mai untuk buat service satu kilang. Sebab tu lah satu-satunya tempoh 24jam tiada orang kat kilang.

3. Ada dua plan untuk 1 May untuk service benda yg lebih kurang sama. Satu service semua HT-LT station dengan semua distribution board (DB) satu kilang. 

4. HT-LT station saja ada 7 station dengan hampir 50 puluh lebih BD satu kilang. Pagi-pagi lagi semua member maintenance penuh dalam office. First time sejak aku kerja dapat kumpul ramai-ramai macam ni. 

5. Bos dah bahagi dalam group & pecah ikut building/area. Buat stage by stage. DB tak boleh service selagi HT-LT station berkenaan tak di off dulu. Aku guide contractor berlesen untuk service & test semua HT-LT station. Geng maintenance lain tunggu signal saja untuk service DB. 

6. Ingatkan makan satu hari penuh, rupanya cepat jugak contractor buat kerja, jadi kerja kami pun cepat juga la sebab ramai-ramai fokus tolong sekali. 

7. Sebelum 1 May tu, aku dah email semua head department alert semua yang kami akan off satu kilang. So sila ambil appropriate action untuk protect segala alatan/material/server sensitif dari rosak.

8. Dalam syok dok layan contractor buat service, geng lain semua keluar lunch tinggal aku dgn contractor saja. Kuang asam tul haha. Last aku suruh contractor keluar lunch dulu, tinggal aku sorang kat kilang untuk monitor sebelum aku pulak keluar lunch bila semua balik haish.

9. Dalam kita bercuti, kita kena sedar, kadang-kadang ada orang lain kat sana masih bekerja untuk pastikan semua berjalan lancar. Lepa ni la the unsung heros!.

Selamat Hari Pekerja :)

till then, assalamualaikum 

-Duke of Black Antz-