السلام عليکم
JobStreet Career Fair
16-17-18 September
Mid Valley
1.Selesai MMGA III, motif aku ke KL selain
tu adalah untuk cuba nasib di JobStreet Career Fair atau lebih tepat Malaysia
Career & Training Fair 2011 di Mid Valley. Aku pi second day, sebab first
day sibuk dengan MMGA III.
2.Lagi pun seconda day ni orang dah mula
reda sikit. Tak seramai first day dan tak akan segila last day, bak kata sorang
staff yang jaga satu booth huhu. Memang betul, tak ada lah pack sangat orang.
3.Aku pi fair ni dengan x-roommates yang
jugak classmates dari zaman foundation/matrix lagi haha gila ah, Pali Aman.
Sampai sana
saing* Pali (*kawan dalam loghat Klate) pulak join sekali jalan.
4.Sebenarnya aku dah agak hilang harapan
nak cari kerja ni. Aku set 16 Sept sebagai limit. Kalau tak ada berita positif
dari semua interview yang aku attend, aku dah tak mahu apply lagi dah. Berhenti
berharap (macam lagu), cari kerja-kerja biasa dekat supermarket ka, kerja macam
tu dulu. Bila dah nak masuk tahun baru 2012 baru aku nak start aktif balik buat
application. Sebab dah bosan duduk rumah. Rasa macam anak tak guna pon ada T_T
5.Dekat JobStreet dah berapa banyak
application aku dah buat, tak masuk method lain lagi, total dah dekat beratus.
Bukan apa, rasa sikit stress bila ramai dah mula dapat kerja, geng yang huha
huha dalam kampus/universiti pon dah dapat kerja, apa yang kurang/salah dekat
aku ni? Hmm tak apa, kita cuba
sajalah. Dalam down tu pun aku print jugak 10 copy resume. Dah naik segan
dengan brother owner kedai printing depan taman tuh.
6.Aku belum register actually. Dah sampai
situ baru nak register huhu. Fair ni ada dua bahagian: education untuk yang nak
sambung study especially master degree dan bahagian cari kerjalah. Dapat
brochure apa suma, start berjalan.
7.Bila dah pusing 2-3 pusingan, Pali rasa
tak efficient buat macam tu, alang-alang ada list company dengan map dewan,
kita semak senarai company yang ada potensi untuk apply, lepas tu kami mark
company tu dengan nombor booth sekali, baru jalan. Bila jumpa company lain yang
tak masuk dalam list kami tapi menarik untuk apply, kami mark jugak. Lepas
habis pusing dewan, baru decide nak apply yang mana.
8.Reason? Sebab kami bawak resume sikit
saja hahaha so nanti rugi kalau main hentam submit saja tapi bila dekat company
yang berminat sangat dah tak ada resume nak submit huhu. Ada jugak yang boleh bagi softcopy atau
simply bagi email etc. Jadi sebagai pengajaran untuk pembaca, bawak lah banyak
copy resume hehe
9.Biasalah, budak fresh grad engineering,
memang target engineering company, manufacturer etc etc yang related lah. So
kilang lah mostly, position yang diburu: engineer atau management trainee.
Berdasarkan list company yang dah di-marked, buat sedikit consideration, plus
patah balik untuk tanya lanjut sebelum submit resume atau isi application form.
10.Hmm tadi ada sebut pasal kawan Pali kan? Owh budak law tu,
tapi tak mahu jadi lawyer, target beliau nak kerja yang related dengan law
jugak, macam legal advisor/officer etc dekat mana-mana company tapi bukan law
firm lah. Besar jugak cabaran dia sebab most vacancy nak senior post dengan
years or experience, dia ni pun fresh grad juga. Dalam pada tu terserempak
ramai juga kawan-kawan lain, sama ada satu fakulti atau dari fakulti lain, atau
dari universiti lain.
11.Aku tak habiskan semua resume aku tu,
simpan sikit untuk next interview sebab dapat ada dapat call. So drop lah dekat
company yang aku dah mark. Dalam pada tu tengok juga location company tu, aku
target northern region lah.
12.Dalam sebok-sebok tengok company sana sini, tanya itu ini, drop resume sana sini, tetiba datang sorang foreigner
bertanya: Eh, where you get this beg? Sambil tunjuk beg kuning dyson yang
nampak jelas sana
sini orang bawa ke hulu ke hilir. Terkejut, benda tu yang dia tertarik sangat.
So explain la sikit guide la dia ke booth dyson. Huhu rupanya lupa, dalam fair
macam ni, kadang ada yang datang untuk cari koleksi goodies beg haha
13.So, kesimpulanya, kita cuba, tawakal dan berdoa, semoga
usaha berhasil. Hmm sebelum bertolak balik ke Utara dengan x-roommates sorang
lagi budak Penang, Azim, si Pali dapat call dari Kota Bharu (KB), bagitau yang
interview dan proposal dia dengan satu company di KB berjaya, so sorang lagi
bergelar Engineer! Wah tahniah, so tinggal lah aku huhu sebab Azim dah sebulan
bergelar engineer.
Kepada geng yang dah bekerja:
Selamat
berkerja and safety first ok
Kepada yang masih memburu:
Selamat berjaya:
usaha, doa, tawakal
Kepada yang masih study:
Selamat ber-study
huhu
Jumpa masa konvo!
1 comments:
sampai bile nie fair nie?
Post a Comment