Commercial

Wednesday, September 28, 2011

Hired!

السلام عليکم


 

1.Kalau perasan ada dekat 2-3 posting aku dok emo dan bebel pasal kerja, akhirnya, hired jugak, alhamdulillah.



2.Sebelum pi ke Career Fair dekat Mid Valley haritu, dapat call dari satu company di Penang, panggil untuk interview. Aku layan saja sebab sebenarnya aku dah agak down dan dah tak berapa bersemangat.



3.Balik dari career fair dan MMGA III dekat KL. Aku pon pi lah interview tu, hari Isnin, di Penang Free Industrial Zone, Phase III di Bayan Lepas. So macam biasalah, macam selalu pi interview. Kali ni pun ayah aku semangat nak hantaq jugak huhu



4.Tak expect apa-apa macam aku mention kat atas yang aku tak menaruh harapan tinggi, even cakap kat ayah yang aku terasa macam tak mau pi interview tu.



5.Kali ni agak mudah, cepat dan lancar. Meet officer dari HR, sembang-sembang pasal family, kurang soalan pasal akedemik etc, officer tu lebih berminat dengan resume aku. Berapa banyak kali dia ulang baca pun aku tak ingat.



6.Lepas tu, mai pulak Department Manager. Kali ni baru soalan berkisar pasal akademik, knowledge aku etc. Hmm agak lancar jugak. Sama macam HR tadi, incik Manager ni pon sangat berminat dengan resume aku. Kedua-dua sebok bilang berapa banyak A aku dapat dalam SPM hehe. “Wah nice, so many A ha?” Aku senyum je, (bongkak). “Eh why don’t apply for doctor or something else ha?” “Owh. I really interested in engineering sir” “Owh ok r, wait ah, you suppose to meet our GM”. Pastu dia keluaq. Hah?



7.Mai balik staf HR tadi bagitau yang GM busy kat Seberang Prai and mintak mai lain hari lain sebab tak janji bila actually GM free. Esoknya dapat call suruh mai balik hari Rabu. Dan macam sebelum ni, agak lancar dan dok belek resume aku tak habis-habis -_-“. GM tak banyak tanya, just soalan typical interview sebelum dia mintak diri dan panggil HR untuk jumpa.



8.Masuk saja staf HR terus bagi form; “You hired”. Tanjat boboi. Serius? Terus dia tanya bila boleh start. Aku mintak tempoh 2 minggu untuk move ke Penang (island) dan etc etc. Bila aku raised question pasal convocation, lepas bincang, terus cut jadi masuk next week dengan alasan nanti Schedule training aku akan tergangu dengan cuti convo.



9.Mak ai, gelabah gak nak cari rumah, nak hantaq moto pi bengkel untuk service, beli apa yang patut. Masa suntuk huhu. Belek mudah.com, search bilik untuk disewa, terus call. Dalam 1-2 hari baru aku confirm huhu Alhamdulillah, ok jugak location rumah dengan surrounding dengan jarak ke kilang. Nasib baik.



10.Report for duty saja aku dah tanya pasal cuti hahaha ya la lg 2 minggu lagi nak convo! At last hired jugak sebelum convo, tapi status aku dalam survey MoHE masih “Belem Bekerja” sebab dah tak boleh update.



Tak sabaq nak convo.

Convocation mode is on!


Owh, nak kena bangun pagi awai la lepas ni -_- huhu

till then, assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment