Commercial

Monday, April 18, 2011

Di Penghujung Jalan



FYP

1.Hmm baru ada mood nak update blog. Bkan stakat mood actually, busy sngat. Ak bukan berblog sngat bak kata ariffshah, ni lebih kpd private journal, hmm xpalah.

2.Fuhh sngat busy nak siapkan Final Year Project (FYP) sblom presentation FYP. Tu pon nasib baik gila present delay seminggu, sempat lg dpt buat final trial utk project. Team ak buat checking fixtures utk lubang lampu kereta Saga BLM, project sedia ada cuma guna material bukan traditional (selalu pakai aluminium, kami pakai composite). Kami fokus mcamna nak produce bnda tu guna method baru. Bnyak orang salah faham kami nak ukur lampu kereta walaupon kami nak ukur lubang lampu belakang : assembly body Saga BLM tu actually.

Zainal aka Poknal tgah pening buat programming & machining

3. Bnyak dugaan nak siapkan FYP, process, machinery, material & management etc. Kami buat dkt laboratory composite UniKL MIAT kt Sepang, sbb campus aku UniKL IPROM xdak facilities & expertise utk handle benda composite. Yelah bukan focus fakulti ak, campus UniKL lain yg ada kemudahan yg sama di Lumut, UniKL MIMET

Balut dgn fiberglass
Proses vacuum bag

Azim(left) mould(top) and finished product(down)
4. Dugaan besaqnya dari segi facilities kt campus ak sendiri, machine gempak2, canggih lagi sophisticated & mahal gila, tapi xleh pakai sbb masalah expertise, training & masih under maintenance dah bertaun sbb supplier pon sama tak expert pasal machine tu. Bengong punya supplier. Adoi la, hari perjumpaan campus nnti memang ak bangkitkan isu ni dkt Dekan.

5.Satu lg dr segi material request, sbb policy "Tolong Melayu menyusahkan Melayu" Malaysia amalkn di universiti & kerajaan. Supplier universiti lembab gila, ya la orang tgah yg search sana sini lak cari barang. Nak bela orang tgah camni la barang mark-up sana sini, tu yg jd tolong Melayu menyusahkan Melayu tu.  

6. Management sama management UniKL pon problem, adus. Tp nsib baik technician MIAT, Cik Harzy yg attach dgn kami memang terbaik. Senang urusan dgn dia, tak lokek bg tunjuk ajaq sana sini. Layan sja kami & bnyak tolong. Terima Kasih bnyak2!!!.

Presentation FYP

Our Team with finished product
From left: Me, Azim, Mazni & Zainal
7. Ok, kami kna present pd 9 April 11, pkul 2.30 petang, group first utk sesi petang dkt bilik 1024. Panel kami adalah Prof Dr Ahmad Zakaria (former Dean), Mr Zaid, & sorang panel external dr industry, hmm tak ingat nama dgn time keeper lak Miss Siti Marhainis. 

The Bachelors: Me, Azim & Zainal
8. Presentation yg terbaek lah. Cepat, specific & teratur. Prof Ahmad pon puji: "Good presentation and good job division". Sbb kami buat slide presentation mmng gila skema ikut requirement yg Dean's Office mintak smpai panel pon kedu nak tanya soalan. Lg satu sbb kami bersikap terus terang dlm presentation, ada masalah sepanjang process kami tak tipu, explain baik2 & bgtau apa solution kami. Fuhh lepas! Lg bangga bila Miss ckap kami team first utk bilik 1024 yg dpt komen "Good" instead of "Okay". Terbaeklah suma team member! Azim, Mazni & Zainal!!!

First time khat khufi ak digunakan dgn cara serius, ni team FYP IDE mitak ak designkan huhu
9. Rasa lepas segala beban bila selesai presentation. Panel pon tak tnya bnyak, mgkin sbb kami buat industrial link project, maksudnya real life project walaupon tak meet suma objective. Kalo masa proposal presentation dlu ak tak lalu makan (dan kebuluq lepas present), time ni ak lapaq gila sblom present, kira present dlm keadaan lapaq r hahaha.

Kenduri Pulai

10. Esoknya 10 April, budak2 rumah konvoi pi Pahang, lebih specific budak2 x-Foundation UniKL batch ak yg buat degree kt UniKL IPROM ke Paya Pulai. Ni actually kenduri technician campus merangkap sorang photographer nama real Ruzani Shukor, nama FB Kerul Shukor, nama panggil Pulai huhu. 

Pulai & Isteri

11. Specialnya kt campus ak ni, staff & lecuter dah mcam kawan2 lak. Lg stu most staff/technician muda2, ada umur tak jauh mana. Pulai lak x-student diploma UniKL MSI  dan bnyak x-MSI yg sambung degree di IPROM & msuk class ak, so pusing2 situ gak huhu. Kami sampai sbb Pulai sendiri yg jemput, siap tunjuk umah dia kt google map pakai laptop ak lg msa kt workshop, ingatkan dia main2 huhu. Sedikit insiden lawak masa hari kenduri bila bnyak yg sesat termasuk satu keta budak umah aku & satu van staff fakulti sbb peta kt kad jemputan tu salah letak position sekolah, so ramai terkonfius. Keta ak naik guna GPS, key-in koordinat, tepat sampai ke rumah hehe.

Result Present

13. Hari ni 19 April dah keluaq result presentation & resultnya : PASS !!!!! Yeah!!! Alhamdullilah.

Penghujung Jalan

14. Skarang dah minggu akademik ke-14, maknanya minggu last akademik, next week dah study week, pastu dah final exam. Fuh ak dah dihujung jalan study ak sbgai student Degree. Hari Isnin 18 April jd hari last utk lecture sbb ak cuma ada lecture hari Isnin sja, pack satu hari 8.30pg-12.30tghari sambung 2.30-6.30ptng, cam pi keja lak. Hari len cuma ada satu slot utk tutorial tu pon waktu petang, pagi free.

15. Rasa cam awkward lak dah nak abes study. Lepas ni dah kna cari keja. Ak lebih focus utk join industry la, kilang lah, as engineer. Ak lbih prefer keja project based, sbb rasa cam best lak masa industrial training dlu. Sambung master? tak minat lah, jgn tanya isu ni.

16. Dah 4 tahun dlm university, dah sampai jalan penamat tertiary education ak. Lebih menarik, minggu ni, minggu first utk junior2 ak batch-8 Foundation UniKL utk ditempatkn ke campus2 UniKL pilihan masing2. Welcome to UniKL ak ucapkan. Korang bakal embark ke dlm dunia student degree dgn dlm masa yg sama ak lak bakal disembark dr dunia yg sama. 

Picture for last day lecture : SixSigma presentation
17. Mcam2 dah ak lalui sepanjang jd mahasiswa ni. Terlalu bnyak benda utk ak bnggakan & utk ak kesalkan, xpalah len kali ak detail kan.

To team FYP:
Thanks bnyak2 sbb kita sama2 dpt selesaikn project ni, xkan lupa pengalamn dgn korang


To team Technician UniKL IPROM
Especially Mr Salman Farisi Bin Samsudin yg bnyak tolong dr awal sampai habis, 
thank you!

To Pulai:
Congrats pengantin baru!!!

To juniors:
Welcome to UniKL, good luck & jgn tersasar dlm haluan korang.



till then, assalamualaikum