Commercial

Monday, December 12, 2011

Gerhana Bulan


السلام عليکم 

1. (Nyanyi) Bulan bintang capricon ♪♫...ok tak ada kaitan

2. Baru-baru ni, penduduk donia dilanda gerhana bulan, yaitu jatuh (tapi naik) pada 10 Dec 2011, Sabtu malam Ahad (waktu Malaysia).

3. Selama ni tak pernah pun aku excited pasal gerhana ni. Tapi malam terjadinya gerhana baru ni, kebetulan aku balik rumah. Ayah aku ada bagitau yang masjid akan buat solat sunat gerhana bulan lepas solat Isyak. Terus jadi excited nak buat jugak.

4. Sebab solat sunat gerhana ni rare, ayah sempat korek koleksi buku agama, nak cari khaifiat iaitu cara menunaikan solat sunat gerhana. Rupanya kena "rukuk" dua kali. Owh, begitukah.

5. Sampai di masjid untuk solat Isyak, orang tak ramai. Just mcam biasa saja. Ok. Budak-budak sederhana ramai. Macam biasa juga -_-. Wu siap dapat saf pertama lagi hehe. Rare tu. 

6. Lepas Isyak, aku tgok jemaah lain berlagak biasa saja, macam tak ada apa-apa special pun. Sempat solat sunat dulu. Dalam suasana relax santai bak tepian pantai tu, barulah Imam Muda*, Ustaz Azahari keluar dari ruang solat utama ke tangga utama masjid.

*Note: Imam Muda tu jawatan utk Timbalan Imam ye, atau Imam ke-2 selepas Imam Besar, bukan rancangan realiti TV ok :P

7. Bila Ustaz Azahari dengan selamba meneropong bulan, barulah jemaah lain pun busybody jugak nak tengok status berapa percent-kah gerhana telah berlaku. mak ai ayat. Siap sorang pakcik tetiba buat announcement: "Gentlemen, this is called an eclipse" -_-. Bukti PPSMI berjaya, lol. 

8. Pastu Imam Muda masuk semula sebelum duduk dan summon semua jemaah yang ada untuk masuk ke ruang solat utama. Jangan ada sesiapa pun yg tertinggal dekat luar. 

9. Sebab Isyak masuk awal. Ustaz Azahari decide untuk tnggu sampai pukul 9.00am barulah solat sunat akan bermula. Konon nak bagi bulan ditelan gelap sikit. Sementara tu semua jemaah duduk dalam bulatan besar bersantai dalam dewan solat sambil pekena teh tarik, roti canai dan layan Majalah 3. Ok itu tipu.

10. Jemaah dok berspekulasi cara solat sunat yang betul sebelum Imam Muda activate microphone utk redakan suasana. Dari penjelasan, betullah ayah aku cakap yg rukuk dua kali setiap rakaat. 

11. Solat sunat 2 rakaat macam biasa, kecuali setiap rakaat 2 kali rukuk. Antara 2 rukuk tu, bangun dan baca Al-Fatihah. Lepas solat sunat ada khutbah. 

12. Pastu bermulalah sesi Q&A dengan Imam untuk masing-masing faham dengan detail khaifiat/cara solat. Macam-macam soalan, kelakar pun ada.

13. Suddenly pakngah aku mencelah, jump into conclusion: 
"Dia Imam, dia rukuk, kita ikut, dia sujud kita sujud, dia bagi salam, kita balik rumah hahahaha". 
Ok, nice conclusion -_-"

14. Heh first saf lagi (bongkak hilang pahala). Lepas solat sunat dengan lancar dengan izin-Nya. Ustaz Azahari baca khutbah. Isi kandungan khutbah yg di-release oleh Majlis Agama Negeri Kedah sentuh pasal kejadian gerhana dari perspektif sains dan pandangan agama, serta ingatkan untuk jauhkan diri dari kepercayaan karut-marut berkaitan gerhana.

15. Balik rumah dok teropong bulan lagi dengan family. Tok pun keluaq tengok jugak. Last aku ingat tengok gerhana malam-malam ramai-ramai dengan tok, nek suma masa skolah rendah dulu dekat rumah tok lama. Sanggup tnggu lama-lama nak tengok gerhana bulan. Jiran-jiran pun ada keluaq jugak.

16. Tok bercerita: Zaman anak dara dia dulu tak takut keluaq sampai awai pagi nak tengok gerhana. Zaman tu selamat. Waktu tu, zaman 50an, orang Cina akan ketuk gendang atau buat bunyi bising macam bakar mercun etc konon untuk takutkan naga yang nak telang bulang. (kecek Ganu weh). Selagi tak habes gerhana selagi tulah meriah dengan macam-macam bunyi. Orang Melayu pulak ketuk pokok buah. Konon pokok tu akan berbuah lebat kalau kena ketuk waktu gerhana lol. 

Begitulah ceriteranya. Sekian.

till then, assalamualaikum

-Duke of Black Antz-

Sunday, November 27, 2011

Weekend Tiga hari


السلام عليکم

1. Hmm susah nak dapat weekend panjang-panjang ni. Sebab weekend aku selalunya 2 hari atau 1 hari saja, sebab aku kerja Sabtu alternate. Nak balik Kedah pulak ada event petang Sabtu. Tak dapatlah huhu. Isnin cuti ganti sempena Awal Muharam 1433H.

2.Patut minggu ni working Saturday tapi kilang shut down pulak. Maknanya operation down kecuali operation/section yg critical dan susah nak start balik kalau down saja akan continue. Tu juga bermakna terpaksa amek cuti. Aku yg belum ada annual leave ni terpaksa ambil unpaid leave la. Rugi dalam untung.  

3. Petang Jumaat lepas office hour, geng 4 orang engineer baru ni pi dinner dekat Kenny Rogers Queensbay. Tak rancang pun, ntah macam mana Akmal (QA dept) boleh dapat idea. Din (Production 2) dengan Safri (Production 3) pun angguk. Aku ni join je lah. 

4. Habes saja makan, pusing-pusing Queensbay Mall (QBM) sat seblum aku dapat mesej dari budak matrix aku, Faliq, ajak tengok movie, Seeking Justice sambil ajak geng ex-matrix yg lain. Pak Rin tak dapat join, yg respond cuma Azim. Jadilah tiga orang pun.

Queensbay Mall, Penang

5. Hmm dari petang sampai malam la jadinya aku dekat QBM: dengan baju kilang hahaha. Dah la tak mandi hehe aku sempat solat tunggu Faliq dan Azim. Nice jugak Seeking Justice ni, cuma cerita macam boleh agak pada permulaan. Sikit slack bila orang jahat kena langgar/lenyek dengan kereta tapi tak ada darah sikit pun atas jalan, fail.

6.Habis movie, sambung lepak di mamak Sg Dua, dekat USM. Sambung sembang sampai pukul 1.00am baru terasa nak balik. 

7.Esok, Sabtu. Rasa macam nak panjat Bukit Jambul. Dah lama tunggu tapi asyik berdalih. Tak sampai jugak. Tup-tup dapat mesej dari Azim yg dia ada dekat 101HairCare Queensbay. Huh Queensbay lagi. Ajak aku teman, tapi aku tengok mesej tu dah tengahari. Reply dia dan dia masih di QBM. Ok, lepas lunch aku sampai.

8.Pastu dia reply tgah buat treatment bila aku tanya kat mana. Jawabnya 2-3 jam lah. Sementara tu aku lepak di Borders. Saja belek-belek buku. Hmm saja baca buku pasal DAP dan Lim Guan Eng haha. 

9.Habis treatment, Azim ajak usha kasut di Al-Ikhsan. Aku ada plan nak cari seluar three quarter, tapi option kat situ tak banyak. Lepas belek punya belek, Azim angkat juga sepasang kasut, last punya, walaupun kad debit CIMB dia ada problem sikit. 

10. Teringat yg Padini concept store ada sales. Orang ramai gila habaq hang. Tengok line beratoq nak bayaq pun tak jadi cancel nak shopping sama.So baliklah.

11.Petang Sabtu hujan sikit. Kan aku cakap ada event kan. Senior aku masa matrix dan di UniKL, Sabri (orang Intel) kawen. Tahniah Sab!. Faliq, mai amek aku, sekali dengan Pak Rin & Azim.

12.Fuh grand gila kenduri. Di Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji Penang. Sumpah grand. Segan saja nak masuk dewan. Mak dia sambut di luar dewan sebelum ayah dia pulak di dalam dewan. Usha sana sini cari tempat, nampak 2 meja penuh dengan senior 1st Batch Foundation UniKL, termasuk yang turun dari KL. Dan tak lupa, Madam Umi Kalsom, bekas Ketua Unit Foundation di Kolej MARA Kulim pun ada.

Wedding Cake: basketball terus huhu peminat & player basketball

13. Huhu kambing golek dah sold out. Kasma, sorang lg geng batch aku pon ada. Faliq lak dok berangan nak plan wedding macam ni gak. haha. Mungkin tarikh 26/11/11 tak selawa 11/11/11, tapi pada 26 Nov tu lebih besar makna sbb 1 Muharam 1433, mula fasa hidup baru pada tarikh yg lebih baik kan?

14. Selesai majlis pukul 10.00 malam. Sambung lepak lagi, dengan geng senior 1st Batch, di Kasim Mustafa tengok Man U vs New Castle, penyudahnya 1-1.

15. Ahad: Bangun lambat lagi, tapi sempat Subuh tau. Tergerak hati nak beli barang dapur sikit. Asyik Tesco Sg Dua saja, borang, Queenbay pulak lah haha gila, dah 3 hari, sejak Jumaat duk berulang alik ke QBM. Hehe kan masih pagi, Padini masih ada sale, hari ni sanggup pulak bersesak. Cari t-shirt saja, sbb yg lain dah macam tak ada saiz dan banyak dah luak. Petang hujan.

16. Isnin: plan 6.30pagi nak panjat Bukit Jambul. Tak jadi jugak, sbb housemate aku malas bangun pagi haha. Tapi aku panjat jugak sorang diri. Nak sampai situ pun aku redah saja ikut sedap hati dan google maps.

Panorama Penang lepas tercungap-cungap

17. Ramai jugak rupanya, walaupun dah dekat pukul 8.00 pagi. So tak ada lah bersorangan aku panjat naik. Ikut trek saja. Tapi tercungap-cungap jugak lah sebab dah lama tak jogging ka dan tak panjat-panjat ni. Menyesal pulak tak bawak towel kecik buat kesat peluh dengan botol ayaq. Dehydrated. 

18. Nampak sebahagian besar pulau dari atas. Jelas Pulau Jerjak, dari area USM sampai ke kawasan Penang Free Industrial Zone. Turun bawah laju, memang haha. Sambung jogging poyo sikit sebelum terus blah sebab dah lapaq, belum menyeroq (breakfast). Singgah Taman Tun Sardon untuk sarap.

19. Macam tulah weekend 3 hari.

Owh rindunya zaman lepak masa study huhu

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433

till then, assalamualaikum 
-Black Antz-

Thursday, November 24, 2011

Team building

Assalamualaikum

1. Tarikh lawa: 20.11.2011, kan? hehe tak perasan pon date hari tu unik. Yup 2011.2011, company tempat aku kerja adakan teambuilding di Park Royal Hotel, Batu Feringgi, Penang. 

2.Kuota satu department: 2 orang, actually benda ni dah lama tahu, sebulan lepas. Jadi, bos dept aku, Production 3, bagi seat tu dekat aku dengan senior, Fadley engineer jugak (aku panggil senior lah sebab dia dah lama kerja situ) sebab bos tak mahu attend. Padahal hampir semua bos, asst manager ke atas suma attend huhu

3. Sebab aku ahli baru dan ada lagi 4 orang engineer baru dekat dept lain, lepa ni tanya jugak mana lagi engineer baru lain. aku cakap lepa tu tak dapat masuk dalam kuota tu. Lagi pun waktu memo keluaq dulu, lepa tu masih lagi dalam training sebab aku masuk awal sikit. 

4. Sebenarnya aku mengharap nak gerak sekali Fadley sebab aku tak tahu jalan. Tapi dia cuti sebelum tu, jadi tak sempat plan betul-betul. Lagi satu dia plan nak gerak dari Balik Pulau, which means dia akan gerak dari pulau sebelah sana dan dari pulau sebelah sini.

5. Dalam tak tahu jalan tu, aku redah saja haha. Study google-map baik-baik, ingat landmark utama. Lastly aku buat simple note utk panduan. Bangun awal-awal, isi minyak bagi penuh. Terus jalan. Kenderaan tak banyak, sebab Ahad dan Penang Bridge dah lock down dari 1.00am lagi, untuk Penang Bridge International Marathon. 

6.Berpandukan note aku, landmark utama, signboard, sampai jugak aku hehe.

7. Sampai terus register dan pilih sesuatu dari dalam kotak: jam tangan!. Alah yang murah-murah saja. Rupanya, ada 4 warna: putih, purple, hijau dan kuning. Itu untuk tanda group. Ramai yang turn-up adalah dikalangan engineer, asst manager, manager, deputy GM, GM. Maksudnya hampir semua bos ada. CEO mai masa lunch.

8. Sebab aku tak berapa kenal ramai, yelah orang baru, jadi aku cari siapa-siapa yang sama warna dengan aku lah. Sembang dan breakfast sekali. Sambil tu adviser GM sebok dok berteka-teki cuba tafsir lukisan di dinding hotel. Huh macam-macam interpretation keluaq, dinosor la, burung lah, haish.

9. Lepas breakfast, turun bawah ke padang dekat dengan pantai. Sayang aku tertinggal camera aku di rumah Kedah huhu. Masuk group masing-masing. Satu group dalam 14-15 orang. Group aku mainly dari corporate office & production team. Pilih sorak group masing-masing. Owh trainer tu staff hotel gak.
10.Hmm ada dalam 7-8 game sepanjang hari. Huh kalo nak describe dan cerita setiap game memang boleh buat cerpen lah haha lol dah la aku ni introduction pon panjang -_-"

11.Tapi yang bestnya, waktu ni lah nak tengok para bos berperangai macam budak-budak: tersorak sana sini, melompat sana sini walaupon dah agak veteran tapi tak mahu mengalah. Dengan GM sekali pon sama saja haha happening-lah. 

12. Itu the best part, the not so good part belum cerita lagi huhu. Group aku dapat last dalam semua game, owh damn. Tak tahu lah dekat mana silap. Asyik last saja. Dah macam-macam strategi dah buat huhu Pedih kena bahan dengan group lain.

13.Group hijau yang nampak leading pada awal pagi tewas dengan kebangkitan group purple yang sapu hampir 5 game sebagai champion. Group kuning hanya skor dalam 2nd dan 3rd place dalam kebanyakan game berselang dengan hijau. Kuning secara berseloroh di label group Bersih 2.0 hahaha

14.Tak berniat rasis disini, cuma disebabkan ramai chinese dalam company, jadi mandarin hampir jadi bahasa utama, tapi di-selang seli dengan English dan Bahasa. Cuma waktu discussion tu, kami agak terpingga-pingga sebelum group-mate atau leader translate untuk berbincang atau simply speaking supaya semua faham.

15.Waktu lunch yang panjang fuhh boleh lepas segala penat. Makan memang mewah, tapi aku tak makan banyak. Tak mahu terlalu kenyang sebab nanti nak berlari lagi. Tengok staff lain sampai 5-6 kali duduk dan bangun ambil makanan.

16. Dalam bermewah tu tak dilupa golongan yang tak bernasib baik. Pihak company ada jemput satu rumah anak yatim untuk lunch sekali. Aku tak sedar budak-budak tu dijemput sampai lah ada staff bagitau. Sempat sembang-sembang. Bagi semangat untuk study. Wau speaking semua. Nice. Start from early. Even their companion/teacher/warden communicate with them in English.

17.Hmm rasanya dari rumah anak yatim yang dinaungi gereja, sebab semua non-Muslim. Ah tak kisah, orang susah kena tolong tak kira agama. Lepas lunch semua nak dewan. Sebelum tu sempat Zohor berjemaah di Surau underground. Ada penyampaian cek sumbangan dari company untuk rumah anak yatim tu dengan satu persatuan Buddhist. Sesi tu ditutup dengan persembahan dari kumpulan anak yatim tu. 

18.Ok, sambung balik game dan masih kalah haha -_-". Agak down jugak. Tapi kami tak sangka, kami masih kuat: semangat dan fizikal untuk bersaing dalam acara paling last; tarik tali pantai. Fuhh menang 1st round dengan group hijau. Memang tough. Pada satu masa, sampai tak mampu nak bergerak kedua-dua group. Final jumpa group kuning. Kuning pun dah penat sebenarnya, kami cuma tunggu masa untuk ambil kesempatan. Sampai terlepas tali kami rentap. haha menang jugak!

19.Dengan bersalut pasir, ramai-ramai beratur untuk sesi bergambar official dengan Dato' CEO. Sebelum naik dewan untuk sesi tea petang. Lepas sesi bagi hadiah secara simbolik, semua pon balik: dengan badan sakit-sakit dan lenguh sebab tarik tali haha. Tak ada warm-up/stretching lansung. Mana tak sakit badan. HR dept warning dgn berseloroh, jangan MC hari Isnin ramai-ramai pulak huhu.

20.Kan aku cakap aku tak tahu jalan kan? haha Masa nak balik pun aku redah jugak. Nasib pulau, pusing-pusing dalam pulau penang jugak, jangan salah naik jambatan ja hehe. Aku redah jugak ikut signboard dan tanya orang dekat tesco -_-. Sampai, tapi lambat la.

Note: aku tak tahu yang kalau menang satu game, setiap member dapat RM140 cash prize! group purple dapat RM700 sorang!

Lain kali buat lagi haha

P/s: gambar bakal menyusul
till then, assalamualaikum  

Saturday, October 15, 2011

Aku sudah konvo!


السلام عليکم

Yahooooooooooooooo!!!!!
Akhirnya turn aku pulak yang konvo. Wah gumbiranya!
Amaran: Posting panjang sebab aku on the mood nak menulis :P


PREPARATION

1. Punya semangat nak konvo sampai jadi tukang hebah/cakap tak bertauliah untuk fakulti aku. Jenuh menjawab soalan dekat Facebook dengan jawab call tanya itu ini pasal urusan konvo (bongkak) Hehe. Aku selesaikan semua urusan konvo dalam masa satu hari. Senang cerita. Tangguh nanti lupa pulak.

2. Cuti untuk attend konvo dah mintak awal siap attach dengan invitation letter lagi. Cuti cover hari rehearsal dengan hari nak travel balik. Family mai ambil aku di Penang sebelum bermalam di Shah Alam, rumah pakcik.

3. Jumaat pagi adalah hari untuk briefing pasal tatacara konvo dengan rehearsal sebelum ambil jubah. Sebab aku VIP -_- so sampai lambat “sikit”. Briefing dah tamat dan semua dah keluar dari Plenary Hall, Putrajaya International Convention Centre menuju ke Hall 8-9-10 untuk ambil jubah huhu.

4. Ramai gila orang. Nampak ramai kawan dari fakulti lain, tapi tak sempat dan tak terlayan nak tegur dan sembang lama-lama. Semua rushing sebab dah nak kejar solat Jumaat dan ramai nak balik huhu.

5. Sebagai mahasiswa ijazah sarjana muda, aku dapat jubah (robes), selendang (hood) dengan topi (mortar board). Hood fakulti aku warna hijau kuning hehe Kedah beb. Owh company yang provide robes adalah Ede and Ravenscroft, company yang berkhidmat untuk keluarga di-raja United Kingdom sebagai penyedia dan pembekal jubah/pakaian istiadat rasmi termasuk baju uniform yang dipakai Prince William, Duke of Cambridge semasa Royal Wedding haritu.




6. Company dah gempak, Cuma service kurang memuaskan especially dalam handle pengambilan jubah dekat Hall 8, 9 & 10. Ramai serbu, bersesak dan berdiri dengan lama. Kadang sampai tak berganjak lansung untuk berapa lama. Ramai tak tahan, apa lagi riuh rendah bersorak. Last sekali, budak-budak ni rempuh masuk jugak Hall 9.

Bukti kehuru-hara-an
7. Jadi lambat rupanya sebab setiap graduan kena cuba pakai penuh academic dress, sebab nanti kalau tak sesuai boleh tukar on the spot. Tu punca dia. Nasib staff kat dalam okay. Melayan saja aku yang banyak karenah nak cuba satu-satu sebab mortar boards aku salah saiz. Selesai dekat jubah etc.

8. Keluar jumpa budak UniKL MIAT, sebelum tu budak-budak UniKL MFI dengan UniKL MICET. Sembat sembang-sembang sebelum ayah aku call nak balik sebab penat. Malam tu pi tengok i-city Shah Alam dengan family sebab lepa belum pernah sampai situ. Pakcik dengan makcik aku pun ikut untuk guide jalan.

CONVOCATION: FIRST DAY

9. Actually aku punya session hari kedua. Tapi hati ni memberontak jugak nak pi tengok session first day sebab ramai graduan degree akan ambil scroll hari first. Selalunya semua graduan degree akan ditempatkan dalam satu sesi dengan penghormatan bila semua graduan akan dapat scroll dari Tuanku Canselor, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Tapi tahun ni pecah jadi dua hari. Owh kecewa. Kalau tak dapatlah menghadap sendiri Tuanku Canselor.

10. Sebab? Mungkin tahun ni beberapa fakulti-kampus untuk pertama kalinya graduan masing-masing konvo, macam UniKL Mestech (first bacth diploma/pioneer batch), UniKL MITEC pon sama jugak. Jadi untuk honour generasi pertama ni lepa diberi ruang dengan Tuanku. huhu

11. Hasrat nak pi tengok tu tercapai bila Afiq, bekas budak rumah (design engineer dyson) call cakap nak ajak teman tengok first session. Sebab ramai gila geng dari fakulti-kampus lain dalam sesi tu. Sebab jalan jem di Shah Alam, jadi sampai lambat huhu sempatlah aku pulangkan jaket Amer UniKL MFI yang dia tertinggal dekat rumah aku haritu, bagi kat adik dia budak UniKL MIMET, jumpa sikit budak-budak UniKL MFI dengan MIAT. Petangnya pi lepak Keramat dengan bekas budak rumah, Pakya

CONVOCATION: SECOND DAY: My Turn!


12.Siap subuh terus bertolak ke Putrajaya. Huhu sampai awal jugak. Sampai saja dekat level Concourse, terus siap pakai blazer, jubah etc. Siap awal senang, dah la renyah sikit nak pakai semua tu. Pin sana pin sini.

13. Siap pakai, apa lagi sesi bergambar lah. Tak tahu macam mana nak describe perasaan bila pakai penuh jubah tu, bergambar dengan mama dengan ayah huhu. Semakin lama makin banyak yang sampai, tapi relax ja tak pakai pun jubah. Sebab tak tahu macam mana nak pakai haha.

14. Dengan muka tak malu aku jadi advisor budak-budak ni macam mana nak pakai. Tolong si Afiq tuh dengan geng-geng lain. Dah siap pakai pon semua masih dengan muka tak bersalah duduk lepak dibawah padahal dah pukul 7.45pagi, patut semua dah beratur dekat level atas ikut course dan fakulti-kampus masing-masing. Staff universiti pon relax je, tak ada rushing kejar kami, maka kami pon sambung sembang hahaha -_-

15. Bila dah pukul 8.00am lebih barulah mula bergerak naik level atas. Hmm sesi aku ni disempurnakan oleh Pro-Canselor II Universiti Kuala Lumpur, Dato’ Idris Jusoh selaku Pengerusi MARA. Semua Pengerusi MARA secara ex-officio(automatik) menjadi Pro-Canselor II. Menteri di Kementerian yang bertanggungjawab ke atas MARA pula secara secara ex-officio(automatik) akan menjadi Pro-Canselor I, sekarang ni Menteri di Kem Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Shafie Afdal. Sebelum ni Pro-Canselor I adalah menteri-menteri di Kem Pembangunan Usahawan dan Kooperasi (MeCD) sebelum MekD (MeCD) dibubarkan dengan bangganya oleh PM Dato’ Najib Razak. Dato Shafie Afdal tak nampak lansung sepanjang dua hari konvo, tak tau la dia pi mana.

16. Woohh bestnya bila perarakan masuk graduan ke dalam dewan. Pergh! rasa puas sangat dapat sampai ke hujung pengajian on-time huhu. Selesai masuk semua, masuk pulak Pro-Canselor II dengan iringan Vice Canselor/CEO/President UniKL, Pengerusi Majlis Senat dan Lembaga Pengarah UniKL dengan para dekan. (Sebenarnya Majlis Senat dengan para dekan tu adalah orang yang sama :P)

17. Hmm macam biasa, nyanyi lagu Negaraku, lagu UniKL (Nakhoda Kemajuan), lagu MARA, baca doa dan ucapan VIP. Dato’ Idris Jusoh boleh pula bagi tiga pantun, secara ringkasnya: Pertama pasal balas jasa ibubapa, kedua pasal berbakti pada negara, dan yang ketiga yang buat satu dewan gelak: Jangan lupa bayar hutang MARA hahaha siot.

18. Sesi start dengan graduan degree UniKL MIIT (IT) dulu, baru kami, UniKL IPROM (manufacturing/business management/design) diikuti oleh UniKL MICET (bio-chemical). Then baru graduan diploma pulak. Sesi selang seli dengan persembahan nyanyian dari koir UniKL yang memang class.

19.Nama sorang-sorang dipanggil ke atas pentas. Gemuruh rasa, budak rumah aku, Pali yang lead senarai untuk course aku sebagai course pertama dari fakulti aku naik ke pentas. Apa yang lawaknya Pali ni, mulut masih dok mengunyah muffin (dari goodies bag) haha bengong. Untuk setiap fakluti-kampus, dekan masing-masing akan teman dekat atas pentas huhu so Assoc Prof Dr Raja Aziz Maarof yang juga lecturer aku berdiri dekat podium sambil wish tahniah dengan muka gembira, ada sebab kenapa beliau antara dekan paling happy sesi konvo tahun ni.

20. Sampai turn aku, berjalan ke arah Pro Canselor, salam, ambil scroll dengan posing dekat photographer. Wah aku dah konvo!!! Mama dengan ayah ada juga dalam dewan mesti terharu punya T_T. Adik-adik aku tak dapat masuk sebab quota cuma dua orang, tengok dari screen besar dekat luar.

21. Dato’ Idris Jusoh sebelum tamat sesi ke tiga, hari kedua sempat berucap dan mintak kami semua bangun untuk ucap terima kasih dekat semua lecturer sebelum semua pusing belakang untuk honour parent masing-masing dengan lambai ke arah tempat duduk ibubapa di atas, ada graduan degree macam aku lambung mortar board (topi), termasuk aku la hehe rasa macam nak nangis saja waktu tu.

22.Dato’ Idris Jusoh ni nak jadi muda balik kot bila beraksi macam pop star bila perarakan keluar turun dari pentas bila beliau dengan selamba angkat tangan dengan isyarat peace (V) erk dato ni bukan pentas konsert -_-

23. Hmm kenapa dekan aku happy? Sebab fakulti aku adalah fakulti pertama dalam sejarah sepuluh tahun penubuhan UniKL melahirkan dua orang graduan sarjana (master), brother Firdaus dengan Shahrel. Dua orang ni actually student master bawah supervision dekan sendiri dan juga tutor untuk course dan kelas aku semasa sem 5 dulu. Memang kenalah secara peribadi walaupun tak rapat, sempat gak buka puasa sekali dengan satu kelas kami masa Ramadan 2009 di Steakhouse Kg Baru Lounge.

24. Lagi satu, sorang dari dua orang penerima Anugerah Majlis Universiti pun dating dari fakulti aku juga, Nur Hazlinda Azleen, aku pangil kak leen saja. Sekarang ni kerja dengan Shell Malaysia, jawatan tinggi gak, Dean’s List straight dari sem 1 sampai sem 8. Ha hambik hang. Sorang lagi recipient pon bukan orang lain, budak UniKL MIAT, sama-sama masa Foundation UniKL dulu, Qadijah Azdmir. Siap masuk paper lagi semua 4 orang ni. Sorang lagi, penerima Anugerah Canselor (anugerah di-raja), budak UniKL MITEC, lupa nama huhu. Apa-apa pun tahniah!

UniKL official report for this year convocation. Click here

Highlight for previous convocation, Clickhere

25.So layan gambar!

Top: Beratur ikut course, Pali (left) | Bottom: Dah masuk dewan
Sempat lagi bergambar masa beratur nak naik pentas
Alhamdulillah: akhirnya

Top: semasa VIP baru masuk | Bottom: semasa persembahan berlangsung
Penangguhan konvokesyen oleh Pro Canselor II
Bersama mama dan ayah: di dalam dan di luar dewan; sebelum dan selepas majlis
Kenangan manis: Top: bersama top person dalam universiti, from left Dato' President, Ayah, Pro Canselor II, aku dan Dato Pengerusi Majlis Universiti dan Lembaga Pengarah | Bottom: bersama keluarga tersayang
Left: dgn senior, Ron, bekas penerima Anugerah Majlis Universiti | Right: bersama Dato Dr Adham Baba, Pengerusi Majlis Universiti & Lembaga Pengarah UniKL
Top: bersama Dekan, Assoc Prof Dr Raja Aziz Ma'arof (center) | Bottom: bersama Dekan UniKL Mestech dan former Director of UniKL Center for Foundation Study; Prof Dr Rahim Md Noah
Bersama kawan-kawan satu fakulti dan dari fakulti lain (yg konvo first day)
L: tgah Azlan Syarif, UniKL Miit, color hood merah-kuning | R: bersama Pakya, budak rumah & bekas President Student Council yg skarang dah kerja dgn CIMB
Yeah!!!

CONVOCATION: Kronologi, aku dan tema warna

2007: baru masuk, belum actively involved dengan apa-apa event/secretariat

2008: Theme colour: Red
First time terlibat, waktu tu masih junior. Jadi secretariat biasa saja.

2009: Theme colour: Blue
Aku dah melonjak naik jadi program director (dah jadi senior sikit)
Macam biasa free access ke sana sini haha :P.

2010: Theme colour: Yellow
Aku just attend untuk celebrate senior-senior yang berkonvo dan ambil semangat sempena final year sebab fakulti aku dah pindah keluar dari City Campus, so main secretariat budak baru pulak ambil alih, no more free access -_-

2011: Theme colour: Red
Aku yang konvo! Yeah!!!


Flower from my lovely sisters
Kepada semua yang grad dan konvo bagi sesi tahun 2011 ni,
tak kira universiti mana, tahniah untuk semua, alam kerja menanti kita.

Kepada classmates yang masih berjuang, teruskan usaha! and good luck!


till then, assalamualaikum

Wednesday, September 28, 2011

Hired!

السلام عليکم


 

1.Kalau perasan ada dekat 2-3 posting aku dok emo dan bebel pasal kerja, akhirnya, hired jugak, alhamdulillah.



2.Sebelum pi ke Career Fair dekat Mid Valley haritu, dapat call dari satu company di Penang, panggil untuk interview. Aku layan saja sebab sebenarnya aku dah agak down dan dah tak berapa bersemangat.



3.Balik dari career fair dan MMGA III dekat KL. Aku pon pi lah interview tu, hari Isnin, di Penang Free Industrial Zone, Phase III di Bayan Lepas. So macam biasalah, macam selalu pi interview. Kali ni pun ayah aku semangat nak hantaq jugak huhu



4.Tak expect apa-apa macam aku mention kat atas yang aku tak menaruh harapan tinggi, even cakap kat ayah yang aku terasa macam tak mau pi interview tu.



5.Kali ni agak mudah, cepat dan lancar. Meet officer dari HR, sembang-sembang pasal family, kurang soalan pasal akedemik etc, officer tu lebih berminat dengan resume aku. Berapa banyak kali dia ulang baca pun aku tak ingat.



6.Lepas tu, mai pulak Department Manager. Kali ni baru soalan berkisar pasal akademik, knowledge aku etc. Hmm agak lancar jugak. Sama macam HR tadi, incik Manager ni pon sangat berminat dengan resume aku. Kedua-dua sebok bilang berapa banyak A aku dapat dalam SPM hehe. “Wah nice, so many A ha?” Aku senyum je, (bongkak). “Eh why don’t apply for doctor or something else ha?” “Owh. I really interested in engineering sir” “Owh ok r, wait ah, you suppose to meet our GM”. Pastu dia keluaq. Hah?



7.Mai balik staf HR tadi bagitau yang GM busy kat Seberang Prai and mintak mai lain hari lain sebab tak janji bila actually GM free. Esoknya dapat call suruh mai balik hari Rabu. Dan macam sebelum ni, agak lancar dan dok belek resume aku tak habis-habis -_-“. GM tak banyak tanya, just soalan typical interview sebelum dia mintak diri dan panggil HR untuk jumpa.



8.Masuk saja staf HR terus bagi form; “You hired”. Tanjat boboi. Serius? Terus dia tanya bila boleh start. Aku mintak tempoh 2 minggu untuk move ke Penang (island) dan etc etc. Bila aku raised question pasal convocation, lepas bincang, terus cut jadi masuk next week dengan alasan nanti Schedule training aku akan tergangu dengan cuti convo.



9.Mak ai, gelabah gak nak cari rumah, nak hantaq moto pi bengkel untuk service, beli apa yang patut. Masa suntuk huhu. Belek mudah.com, search bilik untuk disewa, terus call. Dalam 1-2 hari baru aku confirm huhu Alhamdulillah, ok jugak location rumah dengan surrounding dengan jarak ke kilang. Nasib baik.



10.Report for duty saja aku dah tanya pasal cuti hahaha ya la lg 2 minggu lagi nak convo! At last hired jugak sebelum convo, tapi status aku dalam survey MoHE masih “Belem Bekerja” sebab dah tak boleh update.



Tak sabaq nak convo.

Convocation mode is on!


Owh, nak kena bangun pagi awai la lepas ni -_- huhu

till then, assalamualaikum

Thursday, September 22, 2011

JobStreet Job Fair 2011

السلام عليکم

 JobStreet Career Fair
16-17-18 September
Mid Valley

1.Selesai MMGA III, motif aku ke KL selain tu adalah untuk cuba nasib di JobStreet Career Fair atau lebih tepat Malaysia Career & Training Fair 2011 di Mid Valley. Aku pi second day, sebab first day sibuk dengan MMGA III.

2.Lagi pun seconda day ni orang dah mula reda sikit. Tak seramai first day dan tak akan segila last day, bak kata sorang staff yang jaga satu booth huhu. Memang betul, tak ada lah pack sangat orang.

3.Aku pi fair ni dengan x-roommates yang jugak classmates dari zaman foundation/matrix lagi haha gila ah, Pali Aman. Sampai sana saing* Pali (*kawan dalam loghat Klate) pulak join sekali jalan.

4.Sebenarnya aku dah agak hilang harapan nak cari kerja ni. Aku set 16 Sept sebagai limit. Kalau tak ada berita positif dari semua interview yang aku attend, aku dah tak mahu apply lagi dah. Berhenti berharap (macam lagu), cari kerja-kerja biasa dekat supermarket ka, kerja macam tu dulu. Bila dah nak masuk tahun baru 2012 baru aku nak start aktif balik buat application. Sebab dah bosan duduk rumah. Rasa macam anak tak guna pon ada T_T

5.Dekat JobStreet dah berapa banyak application aku dah buat, tak masuk method lain lagi, total dah dekat beratus. Bukan apa, rasa sikit stress bila ramai dah mula dapat kerja, geng yang huha huha dalam kampus/universiti pon dah dapat kerja, apa yang kurang/salah dekat aku ni? Hmm tak apa, kita cuba sajalah. Dalam down tu pun aku print jugak 10 copy resume. Dah naik segan dengan brother owner kedai printing depan taman tuh.

6.Aku belum register actually. Dah sampai situ baru nak register huhu. Fair ni ada dua bahagian: education untuk yang nak sambung study especially master degree dan bahagian cari kerjalah. Dapat brochure apa suma, start berjalan.

7.Bila dah pusing 2-3 pusingan, Pali rasa tak efficient buat macam tu, alang-alang ada list company dengan map dewan, kita semak senarai company yang ada potensi untuk apply, lepas tu kami mark company tu dengan nombor booth sekali, baru jalan. Bila jumpa company lain yang tak masuk dalam list kami tapi menarik untuk apply, kami mark jugak. Lepas habis pusing dewan, baru decide nak apply yang mana.

8.Reason? Sebab kami bawak resume sikit saja hahaha so nanti rugi kalau main hentam submit saja tapi bila dekat company yang berminat sangat dah tak ada resume nak submit huhu. Ada jugak yang boleh bagi softcopy atau simply bagi email etc. Jadi sebagai pengajaran untuk pembaca, bawak lah banyak copy resume hehe

9.Biasalah, budak fresh grad engineering, memang target engineering company, manufacturer etc etc yang related lah. So kilang lah mostly, position yang diburu: engineer atau management trainee. Berdasarkan list company yang dah di-marked, buat sedikit consideration, plus patah balik untuk tanya lanjut sebelum submit resume atau isi application form.

10.Hmm tadi ada sebut pasal kawan Pali kan? Owh budak law tu, tapi tak mahu jadi lawyer, target beliau nak kerja yang related dengan law jugak, macam legal advisor/officer etc dekat mana-mana company tapi bukan law firm lah. Besar jugak cabaran dia sebab most vacancy nak senior post dengan years or experience, dia ni pun fresh grad juga. Dalam pada tu terserempak ramai juga kawan-kawan lain, sama ada satu fakulti atau dari fakulti lain, atau dari universiti lain.

11.Aku tak habiskan semua resume aku tu, simpan sikit untuk next interview sebab dapat ada dapat call. So drop lah dekat company yang aku dah mark. Dalam pada tu tengok juga location company tu, aku target northern region lah.

12.Dalam sebok-sebok tengok company sana sini, tanya itu ini, drop resume sana sini, tetiba datang sorang foreigner bertanya: Eh, where you get this beg? Sambil tunjuk beg kuning dyson yang nampak jelas sana sini orang bawa ke hulu ke hilir. Terkejut, benda tu yang dia tertarik sangat. So explain la sikit guide la dia ke booth dyson. Huhu rupanya lupa, dalam fair macam ni, kadang ada yang datang untuk cari koleksi goodies beg haha

13.So, kesimpulanya, kita cuba, tawakal dan berdoa, semoga usaha berhasil. Hmm sebelum bertolak balik ke Utara dengan x-roommates sorang lagi budak Penang, Azim, si Pali dapat call dari Kota Bharu (KB), bagitau yang interview dan proposal dia dengan satu company di KB berjaya, so sorang lagi bergelar Engineer! Wah tahniah, so tinggal lah aku huhu sebab Azim dah sebulan bergelar engineer.

Kepada geng yang dah bekerja: 
Selamat berkerja and safety first ok

Kepada yang masih memburu: 
Selamat berjaya: usaha, doa, tawakal

Kepada yang masih study: 
Selamat ber-study huhu

Jumpa masa konvo!

till then, assalamualaikum

Tuesday, September 20, 2011

Reunion Raya!


السلام عليک
 
Event: Makan Malam Gala Aidilfitri Alumni Foundation UniKL
Edition: 3rd Edition (MMGA III) 2011
Organizer: Kelab Alumni Foundation UniKL aka KAFEST (nama baru)
Venue: Dewan Perdana Keramat Hall
Attandance: 500++
Date: 16 September 2011, Friday, Malaysia Day!
 
Kolej MARA Kulim
2004-2007: Batch 1 – 4 Foundation in Engineering Technology
2008-2009: Batch 5 – 6 Foundation in Engineering and Science Technology

Kolej MARA Kuala Nerang
2010 – Present: Batch 7 Foundation in Engineering and Science Technology

Logo rasmi event

1.Lepas setahun menyepi, gala raya-reunion alumni Foundation UniKL kembali, owh yeah. Timing macam dah fixed pulak, lepas dua minggu raya. Edisi-edisi yang lepas pon macam tu jugak. First edition anjuran Alumni Foundation di UniKL MFI 2008, second edition anjuran Alumni Foundation UniKL City Campus di Putrajaya Lake Club 2009, tahun 2010 tak ada penganjur hehe. This year boleh kata UniKL MIAT lah yang organize walaupon committee members datang dari pelbagai campus & batch, wow first time tau.

2.Erk aku jadi committee gak tapi tak lah sepenting edisi lepas huhu nak jugak haha. Kali ni aku just jadi wakil untuk batch aku untuk task sebelum event & semasa event masuk dalam Biro Honorarium & sambut VIP/guest sebab most committee members especially budak junior tak kenal top person university yang attend event -_-“. Wah sekarang suma lepa dah dapat title Dato’ hehe tahniah. Maybe ni last event kot aku jadi committee, lepas ni malas dah, aku rasa mesti ramai dah bosan dengan aku kan? Asyik enterframe ja.

3.Tak sangka event ni menarik perhatian ramai top person dalam universiti, dari Dekan sampai ke Vice Chancellor. Ramai top person berminat nak attend, tup tup last minute few tak dapat attend huhu yang turn up: Deputy Vice Chancellor/Deputy President UniKL (Academic and Technology) Prof. Dato’ Dr. Mohamad Azemi Mohd Noor, Director Center for Foundation Study UniKL, Dr Afiza, iaitu maam besar yang menaungi alumni foundation, former Director, Prof Dr Rahim (Dean of UniKL Mestech) hantar wakil, wakil-wakil Dekan/Hems Campus (ada lagi tapi tak ingat hehe) dan tak lupa wakil penaja. Owh special appearance: Cikgu Umi Kalsum dan Cikgu Karim, dua orang bekas Ketua Unit Foundation di Kolej MARA Kulim, hadir mewakili semua cikgu di Kolej.

4.Satu pengalaman baru bila committee datang dari pelbagai background dari super senior sampai super junior: dari pelabagai campus. Sebab selalunya host campus akan conquer sepenuhnya main committee. Kali ni punya event manager, junior batch 5, Akmal dari UniKL MIAT. First event gak hampir semua post junior yang pegang, termasuk head biro aku. Bagus lah, bagi ada pelapis. Kebanyakan urusan buat online saja especially Facebook, email dengan online banking.

5. Event kali memang gempak & jadi lebih official compare dgn yang lepas. Sesi lepas just lebih kepada makan-makan, nyanyi, beramah mesra. Macam-macam jugak yang jadi malam tu, tapi yang penting dapat himpun ramai-ramai, itu dah cukup membanggakan. Segala kelam kabut, miscommunication tu asam garam sebagai organizer huhu

6. Owh ya, event dapat sponsor dari GempakStarz, Karangkraf, Time Temasik dan Kooperasi Kakitangan UniKL MIAT. Pergh tahniah buat organizer especially main committee.

7. Banyak gila junior yang attend, especially batch ke-7, lagi senior lagi kurang yang datang haha tapi first batch punya attendance not bad, ramai jugak. Batch aku ja kurang sikit sebab belum stabil: baru habis study, semua dah balik negeri masing-masing, mostly belum bekerja huhu 1st dengan 2nd batch lainlah sebab boleh kata dah stabil. Junior pulak memang tak ada masalah hidup besar macam kami ni haha. Taka pa, next year boleh promote ramai-ramai main nanti.

8. Skip sikit hehe event buat pada Hari Malaysia sebab cuti umum dengan tujuan ramai boleh mai sebab cuti hujung minggu jadi panjang: Jumaat-Sabtu-Ahad. Hmm Jumaat lak, aku, Dol, Afiq MFI, Afiq MIIT, solat Jumaat dengan lunch di Kg Baru, wah nostalgia siot. Tak sangka masih ramai kawan-kawan city campus masih menyewa di Kg Baru. Singgah rumah Ruzaini MIIT sat untuk makan lepas bungkus di MurahMeriah Kg Baru, lepas Jumaat. Dah keluaq topik :P

8. Ok sila layan video ni pulak. Event kali ni dapat sentuhan blogger famous yang jugak alumni Foundation, masih study di UniKL MFI, Shafiq Ezhan owner Ezhan Artwork. (tak dapat upload sebab internet lembab T_T)

9. Kalau perasan ada tribute untuk Arwah Cikgu Teh Shariffudin dan jugak Arwah Luqman Razali, batch 5 UniKL BMI yang kembali ke rahmatullah tahun ni. Alfatihah.
10. Layan gambaq pulak. Campuq aduk suma gambaq aku amek dari FB hehe.

Pentas utama & suasan dalam dewan
Persembahan nasyed dan zapin

Atas: bersama bekas Event Manager utk MMGA II Putrajaya 2009 | Bawah: no cabutan bertuah
Special Guest: Atas: Cikgu Karim, bawah Cikgu Umi Kalsom: dua orang bekas Ketua Unit Foundation UniKL di Kolej MARA Kulim
Batch aku: Batch ke-3, 2006/07
Atas: from left: Deputy Vice Chancellor/Deputy President UniKL (Academic and Technology) Prof. Dato’ Dr. Mohamad Azemi Mohd Noor, Director Center for Foundation Study UniKL, Dr Afiza (center), and Event Manager, Aqmal Abu Hasan UniKL MIAT | Bawah: tu aku berlakon jadi wakil penaja :P
Queen and King of the Nite
Aku yang baru dapat duduk -_-
Semua yang attend: 
Tahniah dan terima kasih sebab support event
 
Kepada committee:
Tahniah, korang dah set satu benchmark dalam event Foundation lepas ni.
 
Kepada Foundation: 
Hmm sapa jadi host untuk next year pulak?

till then, assalamualaikum