Commercial

Thursday, November 24, 2011

Team building

Assalamualaikum

1. Tarikh lawa: 20.11.2011, kan? hehe tak perasan pon date hari tu unik. Yup 2011.2011, company tempat aku kerja adakan teambuilding di Park Royal Hotel, Batu Feringgi, Penang. 

2.Kuota satu department: 2 orang, actually benda ni dah lama tahu, sebulan lepas. Jadi, bos dept aku, Production 3, bagi seat tu dekat aku dengan senior, Fadley engineer jugak (aku panggil senior lah sebab dia dah lama kerja situ) sebab bos tak mahu attend. Padahal hampir semua bos, asst manager ke atas suma attend huhu

3. Sebab aku ahli baru dan ada lagi 4 orang engineer baru dekat dept lain, lepa ni tanya jugak mana lagi engineer baru lain. aku cakap lepa tu tak dapat masuk dalam kuota tu. Lagi pun waktu memo keluaq dulu, lepa tu masih lagi dalam training sebab aku masuk awal sikit. 

4. Sebenarnya aku mengharap nak gerak sekali Fadley sebab aku tak tahu jalan. Tapi dia cuti sebelum tu, jadi tak sempat plan betul-betul. Lagi satu dia plan nak gerak dari Balik Pulau, which means dia akan gerak dari pulau sebelah sana dan dari pulau sebelah sini.

5. Dalam tak tahu jalan tu, aku redah saja haha. Study google-map baik-baik, ingat landmark utama. Lastly aku buat simple note utk panduan. Bangun awal-awal, isi minyak bagi penuh. Terus jalan. Kenderaan tak banyak, sebab Ahad dan Penang Bridge dah lock down dari 1.00am lagi, untuk Penang Bridge International Marathon. 

6.Berpandukan note aku, landmark utama, signboard, sampai jugak aku hehe.

7. Sampai terus register dan pilih sesuatu dari dalam kotak: jam tangan!. Alah yang murah-murah saja. Rupanya, ada 4 warna: putih, purple, hijau dan kuning. Itu untuk tanda group. Ramai yang turn-up adalah dikalangan engineer, asst manager, manager, deputy GM, GM. Maksudnya hampir semua bos ada. CEO mai masa lunch.

8. Sebab aku tak berapa kenal ramai, yelah orang baru, jadi aku cari siapa-siapa yang sama warna dengan aku lah. Sembang dan breakfast sekali. Sambil tu adviser GM sebok dok berteka-teki cuba tafsir lukisan di dinding hotel. Huh macam-macam interpretation keluaq, dinosor la, burung lah, haish.

9. Lepas breakfast, turun bawah ke padang dekat dengan pantai. Sayang aku tertinggal camera aku di rumah Kedah huhu. Masuk group masing-masing. Satu group dalam 14-15 orang. Group aku mainly dari corporate office & production team. Pilih sorak group masing-masing. Owh trainer tu staff hotel gak.
10.Hmm ada dalam 7-8 game sepanjang hari. Huh kalo nak describe dan cerita setiap game memang boleh buat cerpen lah haha lol dah la aku ni introduction pon panjang -_-"

11.Tapi yang bestnya, waktu ni lah nak tengok para bos berperangai macam budak-budak: tersorak sana sini, melompat sana sini walaupon dah agak veteran tapi tak mahu mengalah. Dengan GM sekali pon sama saja haha happening-lah. 

12. Itu the best part, the not so good part belum cerita lagi huhu. Group aku dapat last dalam semua game, owh damn. Tak tahu lah dekat mana silap. Asyik last saja. Dah macam-macam strategi dah buat huhu Pedih kena bahan dengan group lain.

13.Group hijau yang nampak leading pada awal pagi tewas dengan kebangkitan group purple yang sapu hampir 5 game sebagai champion. Group kuning hanya skor dalam 2nd dan 3rd place dalam kebanyakan game berselang dengan hijau. Kuning secara berseloroh di label group Bersih 2.0 hahaha

14.Tak berniat rasis disini, cuma disebabkan ramai chinese dalam company, jadi mandarin hampir jadi bahasa utama, tapi di-selang seli dengan English dan Bahasa. Cuma waktu discussion tu, kami agak terpingga-pingga sebelum group-mate atau leader translate untuk berbincang atau simply speaking supaya semua faham.

15.Waktu lunch yang panjang fuhh boleh lepas segala penat. Makan memang mewah, tapi aku tak makan banyak. Tak mahu terlalu kenyang sebab nanti nak berlari lagi. Tengok staff lain sampai 5-6 kali duduk dan bangun ambil makanan.

16. Dalam bermewah tu tak dilupa golongan yang tak bernasib baik. Pihak company ada jemput satu rumah anak yatim untuk lunch sekali. Aku tak sedar budak-budak tu dijemput sampai lah ada staff bagitau. Sempat sembang-sembang. Bagi semangat untuk study. Wau speaking semua. Nice. Start from early. Even their companion/teacher/warden communicate with them in English.

17.Hmm rasanya dari rumah anak yatim yang dinaungi gereja, sebab semua non-Muslim. Ah tak kisah, orang susah kena tolong tak kira agama. Lepas lunch semua nak dewan. Sebelum tu sempat Zohor berjemaah di Surau underground. Ada penyampaian cek sumbangan dari company untuk rumah anak yatim tu dengan satu persatuan Buddhist. Sesi tu ditutup dengan persembahan dari kumpulan anak yatim tu. 

18.Ok, sambung balik game dan masih kalah haha -_-". Agak down jugak. Tapi kami tak sangka, kami masih kuat: semangat dan fizikal untuk bersaing dalam acara paling last; tarik tali pantai. Fuhh menang 1st round dengan group hijau. Memang tough. Pada satu masa, sampai tak mampu nak bergerak kedua-dua group. Final jumpa group kuning. Kuning pun dah penat sebenarnya, kami cuma tunggu masa untuk ambil kesempatan. Sampai terlepas tali kami rentap. haha menang jugak!

19.Dengan bersalut pasir, ramai-ramai beratur untuk sesi bergambar official dengan Dato' CEO. Sebelum naik dewan untuk sesi tea petang. Lepas sesi bagi hadiah secara simbolik, semua pon balik: dengan badan sakit-sakit dan lenguh sebab tarik tali haha. Tak ada warm-up/stretching lansung. Mana tak sakit badan. HR dept warning dgn berseloroh, jangan MC hari Isnin ramai-ramai pulak huhu.

20.Kan aku cakap aku tak tahu jalan kan? haha Masa nak balik pun aku redah jugak. Nasib pulau, pusing-pusing dalam pulau penang jugak, jangan salah naik jambatan ja hehe. Aku redah jugak ikut signboard dan tanya orang dekat tesco -_-. Sampai, tapi lambat la.

Note: aku tak tahu yang kalau menang satu game, setiap member dapat RM140 cash prize! group purple dapat RM700 sorang!

Lain kali buat lagi haha

P/s: gambar bakal menyusul
till then, assalamualaikum  

0 comments:

Post a Comment