Commercial

Sunday, November 27, 2011

Weekend Tiga hari


السلام عليکم

1. Hmm susah nak dapat weekend panjang-panjang ni. Sebab weekend aku selalunya 2 hari atau 1 hari saja, sebab aku kerja Sabtu alternate. Nak balik Kedah pulak ada event petang Sabtu. Tak dapatlah huhu. Isnin cuti ganti sempena Awal Muharam 1433H.

2.Patut minggu ni working Saturday tapi kilang shut down pulak. Maknanya operation down kecuali operation/section yg critical dan susah nak start balik kalau down saja akan continue. Tu juga bermakna terpaksa amek cuti. Aku yg belum ada annual leave ni terpaksa ambil unpaid leave la. Rugi dalam untung.  

3. Petang Jumaat lepas office hour, geng 4 orang engineer baru ni pi dinner dekat Kenny Rogers Queensbay. Tak rancang pun, ntah macam mana Akmal (QA dept) boleh dapat idea. Din (Production 2) dengan Safri (Production 3) pun angguk. Aku ni join je lah. 

4. Habes saja makan, pusing-pusing Queensbay Mall (QBM) sat seblum aku dapat mesej dari budak matrix aku, Faliq, ajak tengok movie, Seeking Justice sambil ajak geng ex-matrix yg lain. Pak Rin tak dapat join, yg respond cuma Azim. Jadilah tiga orang pun.

Queensbay Mall, Penang

5. Hmm dari petang sampai malam la jadinya aku dekat QBM: dengan baju kilang hahaha. Dah la tak mandi hehe aku sempat solat tunggu Faliq dan Azim. Nice jugak Seeking Justice ni, cuma cerita macam boleh agak pada permulaan. Sikit slack bila orang jahat kena langgar/lenyek dengan kereta tapi tak ada darah sikit pun atas jalan, fail.

6.Habis movie, sambung lepak di mamak Sg Dua, dekat USM. Sambung sembang sampai pukul 1.00am baru terasa nak balik. 

7.Esok, Sabtu. Rasa macam nak panjat Bukit Jambul. Dah lama tunggu tapi asyik berdalih. Tak sampai jugak. Tup-tup dapat mesej dari Azim yg dia ada dekat 101HairCare Queensbay. Huh Queensbay lagi. Ajak aku teman, tapi aku tengok mesej tu dah tengahari. Reply dia dan dia masih di QBM. Ok, lepas lunch aku sampai.

8.Pastu dia reply tgah buat treatment bila aku tanya kat mana. Jawabnya 2-3 jam lah. Sementara tu aku lepak di Borders. Saja belek-belek buku. Hmm saja baca buku pasal DAP dan Lim Guan Eng haha. 

9.Habis treatment, Azim ajak usha kasut di Al-Ikhsan. Aku ada plan nak cari seluar three quarter, tapi option kat situ tak banyak. Lepas belek punya belek, Azim angkat juga sepasang kasut, last punya, walaupun kad debit CIMB dia ada problem sikit. 

10. Teringat yg Padini concept store ada sales. Orang ramai gila habaq hang. Tengok line beratoq nak bayaq pun tak jadi cancel nak shopping sama.So baliklah.

11.Petang Sabtu hujan sikit. Kan aku cakap ada event kan. Senior aku masa matrix dan di UniKL, Sabri (orang Intel) kawen. Tahniah Sab!. Faliq, mai amek aku, sekali dengan Pak Rin & Azim.

12.Fuh grand gila kenduri. Di Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji Penang. Sumpah grand. Segan saja nak masuk dewan. Mak dia sambut di luar dewan sebelum ayah dia pulak di dalam dewan. Usha sana sini cari tempat, nampak 2 meja penuh dengan senior 1st Batch Foundation UniKL, termasuk yang turun dari KL. Dan tak lupa, Madam Umi Kalsom, bekas Ketua Unit Foundation di Kolej MARA Kulim pun ada.

Wedding Cake: basketball terus huhu peminat & player basketball

13. Huhu kambing golek dah sold out. Kasma, sorang lg geng batch aku pon ada. Faliq lak dok berangan nak plan wedding macam ni gak. haha. Mungkin tarikh 26/11/11 tak selawa 11/11/11, tapi pada 26 Nov tu lebih besar makna sbb 1 Muharam 1433, mula fasa hidup baru pada tarikh yg lebih baik kan?

14. Selesai majlis pukul 10.00 malam. Sambung lepak lagi, dengan geng senior 1st Batch, di Kasim Mustafa tengok Man U vs New Castle, penyudahnya 1-1.

15. Ahad: Bangun lambat lagi, tapi sempat Subuh tau. Tergerak hati nak beli barang dapur sikit. Asyik Tesco Sg Dua saja, borang, Queenbay pulak lah haha gila, dah 3 hari, sejak Jumaat duk berulang alik ke QBM. Hehe kan masih pagi, Padini masih ada sale, hari ni sanggup pulak bersesak. Cari t-shirt saja, sbb yg lain dah macam tak ada saiz dan banyak dah luak. Petang hujan.

16. Isnin: plan 6.30pagi nak panjat Bukit Jambul. Tak jadi jugak, sbb housemate aku malas bangun pagi haha. Tapi aku panjat jugak sorang diri. Nak sampai situ pun aku redah saja ikut sedap hati dan google maps.

Panorama Penang lepas tercungap-cungap

17. Ramai jugak rupanya, walaupun dah dekat pukul 8.00 pagi. So tak ada lah bersorangan aku panjat naik. Ikut trek saja. Tapi tercungap-cungap jugak lah sebab dah lama tak jogging ka dan tak panjat-panjat ni. Menyesal pulak tak bawak towel kecik buat kesat peluh dengan botol ayaq. Dehydrated. 

18. Nampak sebahagian besar pulau dari atas. Jelas Pulau Jerjak, dari area USM sampai ke kawasan Penang Free Industrial Zone. Turun bawah laju, memang haha. Sambung jogging poyo sikit sebelum terus blah sebab dah lapaq, belum menyeroq (breakfast). Singgah Taman Tun Sardon untuk sarap.

19. Macam tulah weekend 3 hari.

Owh rindunya zaman lepak masa study huhu

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433

till then, assalamualaikum 
-Black Antz-

0 comments:

Post a Comment