Commercial

Friday, November 19, 2010

1st AGM Alumni SMTAS aka ASTECH

Salam

1. Dalam pukul 1 lebih td baru selesai Mensyuarat Agung Pertama Alumni Astech, yg disudahi dgn makan! haha

2. Berikut detail pasal event:

Nama Pertubuhan :
Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Men Teknik Alor Star (ASTECH ALUMNI)

Tarikh : 20 Nov 2010

Venue : Dewan Makan Asrama ASTECH

Attendance : Majority from 70's, 80's, 90's and less than 10 from 00-10
(plus minus 100 ppl)

3. Ingatkan venue kt Dewan Seri Budiman, main hall Astech, skali bukan sbb dewan dah prepare utk SPM. Patut tutup rapat sja pintu dewan & senyap sepi. Thanks to papan tanda yg guide trus ke Dewan Makan Asrama. Sampai2, expect ramai la batch2 bawah2 ni huhu sekali majoriti super duper senior haha. First sampai alumni kena buat pendaftaran dlu. Ntah barapa kali aku isi form (-_-". Isi sja huhu dgn fee RM20. Tgok kt kaunter pendaftaran, uiks, ramai pulak cikgu2 yg rupanya x-Astech jugak, Cikgu Sobiroh & Cikgu Sahiyah, Cikgu Romli huhu.

4. Batch aku 04/05 just dua orang, aku dgn Aris Fazli. Lepas tu ada la sorang batch 07/08 & tiga orang batch 00/01. Yang lain majority adalah batch 70an. Fuh. Masa salam2, ada super senior spontan cakap : "Eh, ni bukan adik2 (junior) ni, ini dah anak2 haha". Agak ramai 1st batch Astech dari tahun 72/73 dgn batch 70an. Next batch 80an & 90an.

5. Alhamdulillha ramai yg berjaya, ramai jd engineer, architect, businessman, pilot, high rank police & army officer, cikgu pon ramai, guru besaq & pengetua, some politician & pegawai tinggi kerajaan. Kita yg masih study ni rasa kecik sja duduk celah2 senior2 ni huhu. Yg Dato' Datin pon ada, cuma yg taraf Prof & Dr tu sja tak hadir, maybe busy kot. Most dapat tau event ni via Facebook.

6.Lepas registration, ada sarapan pagi lepas tu sesi agak bebas sembang2 sebelum Cikgu Ishak ambil perhatian utk mulakan acara. Wakil setiap dekad dari 70an sampai 90an di panggil naik utk ceritakan zaman sekolah masing2, zaman nakal2 dulu, pasal pengetua garang, pasal jasa baik cikgu2 yg banyak membantu, pasal anak pinak & sedara mara yg ramai masuk Astech. Hehe wakil dekad 2000 tak payah lah, tak jauh beza sangat dgn skarang.

7. Majlis dibuat dgn tak begitu formal. Mesyuarat dimulakan dgn pembubaran Jawatankuasa Penaja AGM utk bagi laluan kpd undian & lantikan Jawatankuasa Tetap & rasmi utk Alumni. Belum smpat apa2 urusan dah ada yg bangkit & usulkan supaya ahli2 Jawatankuasa Penaja dikekalkan, maknanya diserap terus jadi Jawatankuasa Tahun 10/11. Huhu dan cadangan ditolak.

8. Mensyuarat sangat santai dah macam mensyuarat kelab zaman skolah dlu haha. Petik saja nama, orang lain datang sokong pastu lulus tak pun cadangan ditutup huhu. Kita nak cadang pon tak kenal sangat super senior yg mai ni. Lagipun geng 70an & 80an dah ramai & kenal sama sendiri, so bnyak cadangan nama mai dr geng2 ni. So resultnya:

YDP : Tn Haji Nadzri (batch 72, err tak ingat jawatan)
Naib YDP : Tn Ibrahim (batch 72, Timb. Ketua Polis Pengurusan Daerah Ipoh)

S/U :
Cikgu Zahiyah (x-Cikgu Astech, currently lecturer di Kolej Matrik Kedah, Changlun)
Timb S/U :
Cikgu Sobiroh,Cikgu Astech

Bendahari : En Mohd Rahim (70an)
Timb Bendahari : Cikgu Wong (80an,Cikgu Astech)

AJK1: En Safiri (80an)
AJK2: En Effandi Nor (90an, engineer Petronas Oil&Gas)
AJK3: Hj Huzair (70an)
AJK4: Cikgu Romli (batch 72, Cikgu Astech)
AJK5: Pn Fatimah (80an, Guru Besar di Perak)

Note: Dibawah setiap AJK akan dilantik lagi 3 orang AJK, yg mana lantikan akan dibuat kemudian oleh Jawatankuasa.
(minta ditegur kalo ada kesalahan)

9. Mensyuarat kemudian diambil alih oleh YDP utk mempengerusikan mensyuarat yg mana agenda berikut lebih berkisar kpd pendaftaran keahlian & usaha utk sebarluaskan maklumat pasal persatuan supaya x-Astech lain boleh register jd ahli.

10. Agenda ke-2 adalah sesi cadangan, ahli bebas utk berikan cadangan utk persatuan. Cuma ada 2 cadangan/pendapat: first dr aku sendiri dan next dr senior lain (tak ingat nama). Aku sendiri cadangkan yg persatuan bekerjasama dgn PIBG utk pertahankan ASTECH sebagai Sek Teknik Tulen/Asal kerana ada cadangan Transformasi Pendidikan Teknikal utk ubah skolah kita jadi Kolej Vokasional iaitu kolej kemahiran sepenuhnya. So budak2 akan masuk kolej selama tiga tahun, tak akan duduk SPM tapi akan keluar dgn sijil kemahiran dalam program dgn kerjasama Jabatan Tenaga Manusia (JTM) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Astech dirancang akan jadi kolej yg tawarkan sijil dlm kursus automotif & pengankutan awam bermula tahun 2013.

11. Ini bermakna ASTECH diturun taraf!!!

12. Hina sangatkah kita? Kenapa tak pilih skolah vokasional lain pastu naikkan jadi Kolej Vokasional? baru ada significance. Owh rupanya semua sekolah teknik akan alami nasib yg sama. So apa kata dicadangankan Jawatankuasa Persatuan bekerjasama dgn Persatuan Alumni & PIBG 9 buah Teknik Tulen/Asal, bergabung menentang transformasi ini.

13. Mahukan transfromasi? ya boleh, naik taraf Teknik jadi Kolej Teknikal yg tawarkan kursus Teknik pada level SPM dgn status sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Ini baru namanya transformasi & naik taraf! Kolej Teknikal sebagai medium yg melahirkan golongan executive keatas: pekerja peringkat pelaksana & pembuat keputusan: jurutera, arkitek, eksekutif, pengurus, doktor etc bagi pelajar yg cemerlang dari segi akademik.

14. Kolej Vokasional pula utk golongan non-executive: pekerja berkemahiran tinggi (skill workers) utk pelajar yg kurang minat dalam akademik (dari rempit sana sini). Dengan jumlah Kolej Teknikal kurang dari Kolej Vokasional supaya bekalan pekerja mahir ramai yg seimbang dlm struktur hirarki pekerjaan.

15. Ak juga cadangan supaya Alumni ada imej sendiri seperti tali leher sendiri macam RMC, MCKK, KSAH etc. Lepa suma ada brand sendiri utk Alumni. Pi mana pon ada imej, owh ni MACOBA, owh ni RMC Old Boys & etc, owh ni bdak Teknik, atau TI (Technical Institute) bak kata senior 70an, "Kami budak TI" (skarang lebih glammer dgn ATSECH).

16. Usul lain adalah supaya persatuan buka cawangan ikut wilayah, Utara, Tengah, Selatan & Timur supaya senang ahli utk organize & attend event alumni.

17. Mensyuarat kemudian ditangguhkan. Lepas tu apa lagi sesi bergambar la haha. Huhu sori tak bawak camera langsung td, banyak dkt Aris, dia kata akan upload petang ni juga, mungkin dia akan share di group ASTECH nnti.

18.Habis sesi bergambar sana-sini, sambung dgn sesi makan2. Terima kasih sangat2 lah kpd senior anonymous yg murah hati utk sponsor makan. Semoga Allah murahkan rezeki anda, Amin!. Selesai makan, sesi round2 pusing skolah tgok class dulu & perubahan sekeliling. Banyak yg berubah & ada yg masih kekal.

19. Makmal komputer dgn kiosk dah siap. Skarang ada Form 6 yg di re-brand sebagai Pra-Universiti. Assembly dah ubah ke padang tgah dpan pejabat. So tugu satelit tu dah hilang dirobohkan, pondok2 dkt pagar depan pon dah clear jd parking huhu kat situ la dulu buat ujian proba-Macintosh (ujian kekuatan tanah). Selesai pusing, dlm pukul 2 camtu, kita pon balik. Pejam celik dah 5 tahun berlalu lepas SPM huhu

Kepada x-Astechian yg lain:
Next year pakat mai ramai2 la no huhu

Kepada Jawatankuasa & Persatuan:
Selamat berjaya!

till then, assalamualaikum

2 comments:

Rabi'atul Roslan said...

sngt sokong dgn pendapat ini. "naik taraf Teknik jadi Kolej Teknikal yg tawarkan kursus Teknik pada level SPM dgn status sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP)."

sorry x dpt dtg tdi, terpaksa mungkir jnji bdan x sihat..

Unknown said...

Salam terima kasih dari UniKL Blogger..anda diminta ke page ini (http://apps.facebook.com/blognetworks/blog/black_antz_castle/) untuk mmbuat conformation sbagai author blog anda...dan ini akan memudahkan blog anda terpapar secara automatik setiap kali anda update blog anda..

Setelah anda klik pada link yang di beri tersebut...anda di minta klik pada perkataan (ARE YOU THE AUTHOR?) pada sebelah kanan dipage tersebut.

Setelahh itu anda klik saja yes dan pilih beberapa orang friends sebagai jaminan bahawa anda benar-benar tuan empunya blog. Ini dapat mengelakkan daripada orang lain mencuri/mengaku itu blog anda. Harap dapat lakukan tindakan ini secepat mungkin. Sebarang pertanyaan adalah dialu-alukan.

Sekian, wassalam.

Post a Comment