Commercial

Thursday, November 25, 2010

Banjir Kedah

Salam

1. Yup banjir di Kedah sudah berminggu berlalu. Banjir sudah surut, keruh tetap berdaki. Petang raya haritu sempat beraya & melawat rumah makcik di Jitra sbb aku beraya haji di Kubang Pasu, kampung mak aku.

2. Hari raya pon xmcam hari raya, masih membasuh rumah. Kesian tgok cousin aku yg tak berbaju Melayu sbb habis terendam dlm ayaq banjir. Kesan lumpoq kt dinding pon masih berbekas lg huhu.

3. Dari komen mak cik & pak cik aku ni, pertolongan pertama & paling cepat sampai adalah dr Sukarelawan Belia Buddha. Tabik gak dkt lepa ni, cepat sampai hantaq makanan & bantuan.

4. Lepas tu baru sampai sukarelawan Abim tolong cuci rumah. Bnyak gak sukarelawan lain yg mai tolong. Aku lak tak mampu nak tolong sbb tgah tolong diri sendiri jawab final exam kt KL huhu.

5. Apa yg lawaknya, rumah mak Maktam aku di Kg Pulau Timbul, sukarelawan punyalah dedikasi utk cuci rumah orang kampung sampai masuk cuci rumah orng pon tak mitak izin lol tau2 kt dapuq tu dah penuh sukarelawan tgah cuci rumah & tolong basuh pinggan mangkuk. Terkezut tuan rumah.Huhu bgus2. Semoga Allah membalas budi baik sukarelawan.

6. Macam tu la bagus, tolong dgn cara down to earth. Tak payah glammer2. Ni tak, geng Biru, geng Merah dgn geng Pink nak tolong sikit pon nak masuk TV. Pastu kalo perasan la dlm TV especially waktu news, menyampah aku, geng Pink lg ramai enterframe banding dgn orang kg yg terjejas. Apa nak jadi.

7. Dah la penuh masuk TV & paper, tolong sikit pastu sebok canang yg dia tolong banyak. Pastu tuding Kerajaan Negeri tak buat apa2. Lol. Nak tolong biar ikhlas sampai tahap tangan kanan memberi & tangan kiri tak tahu apa tngan kanan buat. Kerajaan Pusat lak tubuh Jawatankuasa Banjir tanpa keanggotaan wakil dr Kerajaan Negeri. Halo, tolong respect Perlembagaan!. Masuk negeri korang respect la sapa Ketua Negeri & sapa Ketua Kerajaan Negeri.

8. Paling kesal, media utama langsung tak siar tindakan Kerajaan Negeri. Siap kata Kerajaan Negeri berpeluk tubuh saja. Kalo tak sekapal pasal politik, jgan libatkan Civil Servant yg siang malam penat lelah berdepan dgn banjir. Tak tau la bila nak profesional isu mcam ni. Tuanku Sultan pon kecewa dgn keadaan ni.

9. Kat bawah ni aku share sikit gambaq2 faktor yg dikatakan punca banjir. Aku tak tuduh cuma mitak pikir2 la sendiri. Pak Su aku yg landasan ni depan rumah dia, bgtau yg bnyak laluan ayaq dah terganggu. Ada yg tinggi & ada yg kecik sangat, so ayaq susah nak lalu. Akibatnya, banjir.

Nampak tak beza kiri & kanan landasan?



Nampak gaya tinggi gak ayaq naik huhu

Last words:
Harap2 semua pihak terlibat dpt baiki keadaan & bekerjasama
utk elak banjir lg taun depan.


till then, assalamualaikum

Cara baru oder beger


Salam

1.Err, tetiba teringat satu pengalaman housemate aku pd satu hari. Malam tu kuar makan, selalunya keluar ramai2, tp malam tu yg kuar 2-3 orang sja. Yg lain pesan sja suruh bungkus.Ok.

2. Ada yg oder bungkus nasi goreng la, mee la & mcam2 lg, pastu ada gak yg kirim beli beger. Ok fine. Kami pon oder lah.

 Sample beger, tp tak bleh makan.
Pic credit to Wiki

3. Beger oder last sekali sbb kna jalan sikit & xpayah tunggu lama2 mcm nasi goreng etc.

4. Kawan aku ni otak dia pikir "bungkus", ye la bungkus nasi goreng la, milo ais la bla2.

5. So sampai kt stall beger tu dia pon oder la beger. "Bang, beger daging satu, bungkus"

6. Brader beger tu tercengang, aku dah terbahak2 gelak. Beger tu memang dah bungkus pon, ko nak bungkus brapa bnyak lapis lgi?

7. Si housemate aku ni pon baru sedar dr lamunan die, tersengih tersipu malu dgn brader beger tuh. 

8. Bila siap je, brader ckap : "Hah ni beger dah bungkus" hahaha

9. So jgan serabut2 & berangan time nak oder.Sekian.

p/s: no 8 tu aku tambah haha


Try oder air suam, tp panas sikit (-_-"



till then, assalamualaikum

Friday, November 19, 2010

1st AGM Alumni SMTAS aka ASTECH

Salam

1. Dalam pukul 1 lebih td baru selesai Mensyuarat Agung Pertama Alumni Astech, yg disudahi dgn makan! haha

2. Berikut detail pasal event:

Nama Pertubuhan :
Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Men Teknik Alor Star (ASTECH ALUMNI)

Tarikh : 20 Nov 2010

Venue : Dewan Makan Asrama ASTECH

Attendance : Majority from 70's, 80's, 90's and less than 10 from 00-10
(plus minus 100 ppl)

3. Ingatkan venue kt Dewan Seri Budiman, main hall Astech, skali bukan sbb dewan dah prepare utk SPM. Patut tutup rapat sja pintu dewan & senyap sepi. Thanks to papan tanda yg guide trus ke Dewan Makan Asrama. Sampai2, expect ramai la batch2 bawah2 ni huhu sekali majoriti super duper senior haha. First sampai alumni kena buat pendaftaran dlu. Ntah barapa kali aku isi form (-_-". Isi sja huhu dgn fee RM20. Tgok kt kaunter pendaftaran, uiks, ramai pulak cikgu2 yg rupanya x-Astech jugak, Cikgu Sobiroh & Cikgu Sahiyah, Cikgu Romli huhu.

4. Batch aku 04/05 just dua orang, aku dgn Aris Fazli. Lepas tu ada la sorang batch 07/08 & tiga orang batch 00/01. Yang lain majority adalah batch 70an. Fuh. Masa salam2, ada super senior spontan cakap : "Eh, ni bukan adik2 (junior) ni, ini dah anak2 haha". Agak ramai 1st batch Astech dari tahun 72/73 dgn batch 70an. Next batch 80an & 90an.

5. Alhamdulillha ramai yg berjaya, ramai jd engineer, architect, businessman, pilot, high rank police & army officer, cikgu pon ramai, guru besaq & pengetua, some politician & pegawai tinggi kerajaan. Kita yg masih study ni rasa kecik sja duduk celah2 senior2 ni huhu. Yg Dato' Datin pon ada, cuma yg taraf Prof & Dr tu sja tak hadir, maybe busy kot. Most dapat tau event ni via Facebook.

6.Lepas registration, ada sarapan pagi lepas tu sesi agak bebas sembang2 sebelum Cikgu Ishak ambil perhatian utk mulakan acara. Wakil setiap dekad dari 70an sampai 90an di panggil naik utk ceritakan zaman sekolah masing2, zaman nakal2 dulu, pasal pengetua garang, pasal jasa baik cikgu2 yg banyak membantu, pasal anak pinak & sedara mara yg ramai masuk Astech. Hehe wakil dekad 2000 tak payah lah, tak jauh beza sangat dgn skarang.

7. Majlis dibuat dgn tak begitu formal. Mesyuarat dimulakan dgn pembubaran Jawatankuasa Penaja AGM utk bagi laluan kpd undian & lantikan Jawatankuasa Tetap & rasmi utk Alumni. Belum smpat apa2 urusan dah ada yg bangkit & usulkan supaya ahli2 Jawatankuasa Penaja dikekalkan, maknanya diserap terus jadi Jawatankuasa Tahun 10/11. Huhu dan cadangan ditolak.

8. Mensyuarat sangat santai dah macam mensyuarat kelab zaman skolah dlu haha. Petik saja nama, orang lain datang sokong pastu lulus tak pun cadangan ditutup huhu. Kita nak cadang pon tak kenal sangat super senior yg mai ni. Lagipun geng 70an & 80an dah ramai & kenal sama sendiri, so bnyak cadangan nama mai dr geng2 ni. So resultnya:

YDP : Tn Haji Nadzri (batch 72, err tak ingat jawatan)
Naib YDP : Tn Ibrahim (batch 72, Timb. Ketua Polis Pengurusan Daerah Ipoh)

S/U :
Cikgu Zahiyah (x-Cikgu Astech, currently lecturer di Kolej Matrik Kedah, Changlun)
Timb S/U :
Cikgu Sobiroh,Cikgu Astech

Bendahari : En Mohd Rahim (70an)
Timb Bendahari : Cikgu Wong (80an,Cikgu Astech)

AJK1: En Safiri (80an)
AJK2: En Effandi Nor (90an, engineer Petronas Oil&Gas)
AJK3: Hj Huzair (70an)
AJK4: Cikgu Romli (batch 72, Cikgu Astech)
AJK5: Pn Fatimah (80an, Guru Besar di Perak)

Note: Dibawah setiap AJK akan dilantik lagi 3 orang AJK, yg mana lantikan akan dibuat kemudian oleh Jawatankuasa.
(minta ditegur kalo ada kesalahan)

9. Mensyuarat kemudian diambil alih oleh YDP utk mempengerusikan mensyuarat yg mana agenda berikut lebih berkisar kpd pendaftaran keahlian & usaha utk sebarluaskan maklumat pasal persatuan supaya x-Astech lain boleh register jd ahli.

10. Agenda ke-2 adalah sesi cadangan, ahli bebas utk berikan cadangan utk persatuan. Cuma ada 2 cadangan/pendapat: first dr aku sendiri dan next dr senior lain (tak ingat nama). Aku sendiri cadangkan yg persatuan bekerjasama dgn PIBG utk pertahankan ASTECH sebagai Sek Teknik Tulen/Asal kerana ada cadangan Transformasi Pendidikan Teknikal utk ubah skolah kita jadi Kolej Vokasional iaitu kolej kemahiran sepenuhnya. So budak2 akan masuk kolej selama tiga tahun, tak akan duduk SPM tapi akan keluar dgn sijil kemahiran dalam program dgn kerjasama Jabatan Tenaga Manusia (JTM) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Astech dirancang akan jadi kolej yg tawarkan sijil dlm kursus automotif & pengankutan awam bermula tahun 2013.

11. Ini bermakna ASTECH diturun taraf!!!

12. Hina sangatkah kita? Kenapa tak pilih skolah vokasional lain pastu naikkan jadi Kolej Vokasional? baru ada significance. Owh rupanya semua sekolah teknik akan alami nasib yg sama. So apa kata dicadangankan Jawatankuasa Persatuan bekerjasama dgn Persatuan Alumni & PIBG 9 buah Teknik Tulen/Asal, bergabung menentang transformasi ini.

13. Mahukan transfromasi? ya boleh, naik taraf Teknik jadi Kolej Teknikal yg tawarkan kursus Teknik pada level SPM dgn status sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Ini baru namanya transformasi & naik taraf! Kolej Teknikal sebagai medium yg melahirkan golongan executive keatas: pekerja peringkat pelaksana & pembuat keputusan: jurutera, arkitek, eksekutif, pengurus, doktor etc bagi pelajar yg cemerlang dari segi akademik.

14. Kolej Vokasional pula utk golongan non-executive: pekerja berkemahiran tinggi (skill workers) utk pelajar yg kurang minat dalam akademik (dari rempit sana sini). Dengan jumlah Kolej Teknikal kurang dari Kolej Vokasional supaya bekalan pekerja mahir ramai yg seimbang dlm struktur hirarki pekerjaan.

15. Ak juga cadangan supaya Alumni ada imej sendiri seperti tali leher sendiri macam RMC, MCKK, KSAH etc. Lepa suma ada brand sendiri utk Alumni. Pi mana pon ada imej, owh ni MACOBA, owh ni RMC Old Boys & etc, owh ni bdak Teknik, atau TI (Technical Institute) bak kata senior 70an, "Kami budak TI" (skarang lebih glammer dgn ATSECH).

16. Usul lain adalah supaya persatuan buka cawangan ikut wilayah, Utara, Tengah, Selatan & Timur supaya senang ahli utk organize & attend event alumni.

17. Mensyuarat kemudian ditangguhkan. Lepas tu apa lagi sesi bergambar la haha. Huhu sori tak bawak camera langsung td, banyak dkt Aris, dia kata akan upload petang ni juga, mungkin dia akan share di group ASTECH nnti.

18.Habis sesi bergambar sana-sini, sambung dgn sesi makan2. Terima kasih sangat2 lah kpd senior anonymous yg murah hati utk sponsor makan. Semoga Allah murahkan rezeki anda, Amin!. Selesai makan, sesi round2 pusing skolah tgok class dulu & perubahan sekeliling. Banyak yg berubah & ada yg masih kekal.

19. Makmal komputer dgn kiosk dah siap. Skarang ada Form 6 yg di re-brand sebagai Pra-Universiti. Assembly dah ubah ke padang tgah dpan pejabat. So tugu satelit tu dah hilang dirobohkan, pondok2 dkt pagar depan pon dah clear jd parking huhu kat situ la dulu buat ujian proba-Macintosh (ujian kekuatan tanah). Selesai pusing, dlm pukul 2 camtu, kita pon balik. Pejam celik dah 5 tahun berlalu lepas SPM huhu

Kepada x-Astechian yg lain:
Next year pakat mai ramai2 la no huhu

Kepada Jawatankuasa & Persatuan:
Selamat berjaya!

till then, assalamualaikum

Thursday, November 11, 2010

Dah masa dia utk pergi...

Salam...

1.Dalam posting lepas, ada cakap pasal junior aku, Luqman Razali yg kemalangan. Harini Jumaat, genap seminggu Luqman kemalangan.

Kenangan dgn arwah
5 paling depan: dr kanan arwah, Ruzaini MIIT, aku, Meor MFI, Saufe MFI

2.Tapi skarang dah xda apa yg boleh dibuat , sbb Luqman dah pergi dulu dr kita. Tanggal 7 Nov 2010, Ahad, tghari, waktu hujan turun renyai, Ruby call bgtau, Luqman dah xda. Kelu & tergamam dgar berita tu dr Ruby.

3. Sbelum tu ada dpt sms dr Ruby yg arwah dah tenat, yg boleh buat hanyalah berdoa & terima sja apa jugak kemungkinan. Dah bnyak kali dpt mesej mcamtu, & itu yg terakhir.

4.Arwah pergi lepas melawan kerosakan hati yg mengakibatkan sebahagian besar terpaksa dibuang, darah menjadi cair, kemudian membawa kpd jangkita dlm darah dan akhir sekali buah pinggang yg tak berfungsi. Semuanya akibat melanggar pokok di laluan susur keluar UniKL BMI/UIA.

5.Tak sempat kenal dgn lebih lama dgn arwah. Paling lama & paling hampir pon masa MSR FIST UniKL di KMKN. Sbb masa kursus di Gombak, arwah tak datang, Ruby sja attend sbagai wakil UniKL BMI.

6. Satu pendapat yg dipersetujui ramai dpt dikongsi pasal arwah adalah arwah memang budak surau. Teringat lg arwah sorang sja yg berkopiah & baju Melayu malam makan satay yg Cikgu Nadia belanja utk semua Fasi UniKL sbb arwah bru balik dr surau. Ak pon xsempat ke surau waktu tu, solat dlm bilik sbb terkejar sana sini utk program di KMKN.

7. Kalo arwah masih ada, memang berpotensi utk jd orang alim yg dpt pimpin masyarakat utk dekati agama. Tp Allah dah tarik dia balik. Bolehkah aku simpulkan yg pemergian arwah bukan kehilangan biasa utk masyarakat sekeliling arwah tp juga kpd masyarakat dunia yg lebih besar. Kenapa? Antara tanda2 kiamat adalah dimatikan orang2 alim................................

8. Sempat jugak aku inform junior2 di KMKN & cikgu2 di KMK pasal pemergian arwah. Antara yg respond adalah Cikgu Awis & Cikgu Engku. Terkilan sbb tak dpt ziarah & ikut sama ke pengebumian sbb ada paper final.

9. Apa posting terakhir arwah di Facebook? Baca ni...

Luqman, memang skrang ko dekat dgn Allah...

Al-Fatihah

Luqman Razali
10 Mei 1990 - 7 Nov 2010

Further writing about arwah:




till then, assalamualaikum

Friday, November 5, 2010

I'm back!!!

Salam,

1.Fuh dah bersawang aku tinggalkan blog ni huhu. Ni kalo dah lama tak update confirm jd compress suma cerita dlm stu posting huhu.

2.Banyak benda terjadi tp xsempat nak update. Erk, silap haribulan ada aku terlupa & tertinggal huhu

3.Lepas raya, naik sja class, dah sebok prepare utk present FYP Proposal Paper. Seram sejuk gak sbb tak pernah berhadapan dgn presentation mcam ni. Lagi satu sbb aku tak sempat nak berguru dgn mana2 senior. Mana taknya, balik intra senior2 dah habes study huhu. Hmm sempat gak la attend convocation tuk raikan senior2. Tp kali ni aku attend sebagai orang biasa, bukan sebagai committee.

Final preparation

4.Utk final year project (FYP) ni, nasib baik ada kerjasama dgn industry, mcam apa yg fakulti nak selama ni. Plan pihak fakulti, sem 6 budak2 pg industrial training, balik semula sem 7, bersama2 dgn project kilang utk buat FYP. Itu stu advantage gak, sbb katanya panelist FYP tak akan soal bnyak sngat project dgn industry.

My group : From left : Zainal, Azim, me, Mazni

Me in action

5. Dan memang meet expectation, panel tak seberapa songeh sangat masa presentation. Panel? Sir Suhairi & Sir Zaid. Hmm dari pengetahuan aku la, kami agak bernasib baik, panel2 tak lah expert dlm isu project aku sbb dr segi masa Q&A pon soalan tak menjurus isu technical sngat, lebih kpd isu2 delivery project, concept & objective.

Sesi Q&A bersama panel : Sir Zaid (L) & Sir Suhairi (R)

6.Bayangkan hari presentation tu aku tak lalu makan langsung! haha hilang selera langsung hari tu. Pagitu ada la mkn sikit, pastu hilang selera trus. Petang lepas present baru rasa lapar gila haha. So result? Alhamdulillah lepas & bebas. Approved! Bnyak gak group yg lepas bersyarat & ada gak yg kene re-present balik huhu.

7. Lepas present tu aku demam lak. Adei. Ntah dr mana berjangkit tah. Mungkin panas sangat kot. Memang panas tul waktu tu, dkt seminggu lebih gak aku demam. Fuh. Sakit tul bila alu mula tersedak2 tak tentu pasal. Pastu nak muntah lak.Adoi.

Sesi bergambar bersama Dekan lepas present:
Dekan Assoc Prof Dr Raja Aziz Maarof (lima dr kanan)

8. Setel demam2 tu masuk lak musim test & assignment bertimbun2. Memang tido tak cukup la. OK, mid-term test tu memang tak bleh elak. Dah macam final lak, hampir setiap hari ada paper pagi petang. Alhamdulillah survive.

9. Giler ah, tetiba bnyak gila assignment, project & report nak kena antar. Yg lama2 tu tak kisah sbb kalo siap lambat tu sbb sendiri yg cuai, tp yg last minute bagi ni yg agak terbeban nak setelkan. Tp ok la, survive & submit on-time gak.

10. Skarang ni dah nak final dah, fuh cepatnya masa berjalan. Nasib baik ada study week (yg tak pernah ada). Relax la cikit, xdak la direct final mcam selalu. Tp yg kurangnya final exam utk paper practical tak dibuat awal. Macam selalu paper practical dibuat minggu sbelum final sbb xmau clash dgn paper theory lain & lg satu paper practical ni makan masa: 3-4 jam.

11. Ujung2 sem ni, tetiba dpt berita dr junior UniKL BMI yg Luqman FET 5th kemalangan. Memula expect kemalangan biasa tp bila Ruby cakap Luqman tenat, memang cuak gak. Luqman kene impact stereng akibatkan hati dia remuk & 60% terpaksa buang. So masih positive sbb manusia bleh hidup dgn 30% hati. Tp lain lak jd bila dia kne jangkitan dlm darah. Takut sngat bila Ruby call nangis2 bgtau Luqman dah tenat dkt kull 11 lebih redah gak ke HKL.

Luqman Razali : semoga sihat & pulih semula.Amin

12.Luqman Razali junior aku di KMK & batch ke-5, dua batch bawah aku. Aku mula kenal sbb dia volunteer jd facilitator utk MSR Fist UniKL di KMKN. Memang budak surau la Luqman ni, tak lekang di surau walaupon busy sbgai faci & kadang2 jd imam di sana. Memang Allah sayang dia dgn bg dugaan macamni. Apa yg menimpa ni ada rahmat tersembunyi disebalik smua ni. Keadaan ni jugak menyatu-padukan kwan2, senior junior especially batch Luqman sendiri & geng UniKL BMI betapa diorng sanggup stay sama2 ramai2 di hospital, baca Yasin & solat hajat. Terharu dpt kengkwan mcamni. Dri update terbaru dia dah dipindahkan ke Hosp Selayang dan makin positive.Cuma darah masih cair. Moga2 Allah lepaskan dia dr dugaan ni, pulih & sihat seperti biasa. Amin.

Kpd final year students:
Masa utk bersenang lenang makin beransur pergi, implementation stage akan menjelma.

Kpd semua student UniKL IPROM:
Good luck utk final exam!!!

Khas utk Luqman:
Tabah Luqman, semoga Allah melindungimu dan kembali sihat.Amin!


till then, assalamualaikum