Commercial

Thursday, July 8, 2010

Memori Nasi Lemak ASTECH

Salam

1. Hari ni 8 Julai, buat kali pertama selepas hampir 5 tahun (tak termasuk hari ambik result SPM, sijil SPM & cop sijil hehe) aku kembali menjejakkan kaki ke ASTECH : Sek Men Teknik Alor Setar, alma mater aku & salah satu skolah cuslter di Malaysia (sekolah cemerlang hehe).

2. Mana la nak sempat melawat ke skolah, sbok dgn class kt KL, balik cuti pon kadang2 ada xtvt kt kampus. Dulu balik skolah semula pon sbb ada urusan penting,especially masa tgah sbok dok apply sana-sini, mcam2 nk kena cop.

3. Hari adalah hari Anugerah Cemerlang & hari sain report card. Hehe semestinya balik awal utk bdak skolah, hepi la adik ak bleh balik awai hari ni. Sesi anugerah dirasmikan oleh x-student, Kapten TUDM Zety dari Kolej Tentera Udara, Kepala Batas, Aloq Staq. Sesi sain repot lepas tu plak.

Dewan Skolah

Cikgu2 yg sempat di-snap

4. Balik semula ke skolah ni buat ak teringat kenangan zaman form 5 tahun 2005. Ak panggil memori nasi lemak. Fenomena luarbiasa nasi lemak yg menggugat keamanan skolah & mewujudkan xtvt "penyeludupan nasi lemak" besar-besaran! haha

5. Semuanya bermula dngan sorang dua "outsiders" (student duduk luar hostel cam aku) bawak nasi lemak ke skolah dan makan waktu rehat. Waktu rehat zaman tu, sumber makanan adalah kantin, koop, dewan makan hostel atau beli luar. Bila outsider bawak nasi lemak, masa di kantin budak hostel yg makan sekali pon nak gak merasa. Nak jadi crita, nasi lemak tu sedap. "Sok ang tolong beli kat aku weh" : pesan sorang budak. So esoknya student outsider ni pon bawak la nasi lemak yg dipesan tu, bdak hostel ni plak bwak balik hostel. Lepas tu bdak lain kt hostel pon tumpang sekaki makan. "Sedap la weh, ang beli mana, ak nak gak", jawab bdak tu, "Ak kirim kat si-polan bin si-polan", "Weh ak nk kirim gak"

6. Jd mulai hari tu tugas student outsider td adalah menjadi ejen nasi lemak utk bdak2 hostel kelas dia. "Wabak" nasi lemak ni pon merebak ke kelas lain. Sebok la bdak2 hostel mitak tolong bdak2 outsider kelas masing2 tolong kirim beli nasi lemak. Jd nasi lemak dah menjadi satu kegilaan. Aiya nasi lemak ja pon.

7. Bila waktu rehat, smua pakat nak makan la, ala sekurangnya keropok kt koop pon jadi la. Ramai serbu kantin & jugak koop. Bdak2 yg bawak nasi lemak pon makan kt kantin. Senang, sinki basuh tangan ada, sudu (camca) & garpu ada. Pastu bleh makan ramai2, tp ada gak makan kt pondok2 yg bersepah merata skolah, pastu buang kertas nasi lemak celah pokok haha standard bdak skolah la. Pada mulanya xtvt makan nasi lemak di kantin & di skolah ni adalah perkara biasa & diperhati oleh pihak kantin.

8. Tanpa disedari, rupa2nya fenomena nasi lemak ni actually telah meninggalkan kesan besar terhadap ekonomi skolah! Dahsat!. Pihak yg first terasa adalah pihak kantin bila jualan nasi & makanan lain mula menurun. Utk selamatkan perniagaan kantin, peraturan diperkenalkan : Anda dilarang makan nasi lemak dikantin. Fullstop. (fuyoh dasar perlindungan tu, cam Proton lak).

9. Ok, tak kisah, banyak lg tempat boleh guna utk rehat & makan nasi lemak. Pondok2 kan banyak skolah bina merata tempat. Akibatnya kantin lengang! haha. Pihak kedua mula terasa kesan "kejatuhan perniagaan" adalah pihak koop. Pada waktu koop terasa kesan merudumnya jualan koop adalah kemuncak kegilaan nasi lemak, apabila bau nasi lemak menyelubungi kelas pada awal pagi adalah perkara biasa! Sbb brapa bnyaknya nasi lemak diangkut ke skolah semata-mata utk penuhkan kehendak bdak hostel. Dah jadi side-income utk student outsider yg amek komisen utk setiap nasi lemak.

10. Masih ingat lagi, satu pagi dlm perhimpunan harian (setiap pagi ada assembly), bila skolah perkenalkan satu larangan yg mungkin tak pernah wujud di mana2 skolah di Malaysia. Wah boleh buat rekod Malaysia ni. Peraturan ni adalah kemuncak kemorosotan perniagaan kantin & koop. Peraturanya? Nasi lemak dilarang dibawak ke skolah dgn kuantiti yg banyak, limit sorang pelajar adalah 2 bungkus nasi lemak saja, lebih akan dirampas!!! haha dah macam seludup dadah plak!

11. Utk pertama kalinya pengawas selongkar beg student bukan utk cari CD, tak kisah CD apa suma dituduh CD blue, walaupon CD tu CD autocad (-_-" , bukan nak cari rokok, bukan nak cari komik, bukan nak cari handset, tp nak cari & rampas nasi lemak!!! Tapi tak diketahui plak brapa juta nasi lemak dirampas hehe. Skolah terpaksa introduce rule ni sbb nk protect koop, sbb koop adalah milik skolah & student gak actually. Tauke kantin pon dah merungut dah huhu. Alasan lain yg boleh dipakai utk rule ni maybe sbb sampah pmbalut nasi lemak bersepah kot huhu.

12. Tapi rule apa pon kat skolah tak pernah pon student kisah haha. Peraturan import export nasi lemak yg baru tak penah patahkan semangat student outsider utk seludup masuk nasi lemak. Rule ni plak pon tak hilangkan selera bdak hostel terhadap nasi lemak huhu. Seludup tetap seludup. Tak kisah la mcam mana huhu. Sbb benda ni dah jd side-income tuk student luar, bukan salah pon (legally & morally) huhu.

13. Demi tuk pasaran nasi lemak skolah, nasi lemak diimport dari hampir pelusuk negeri Kedah. Adalah dipercayai nasi lemak yg sampai di skolah setiap pagi adalah berasal dari sejauh Yan di selatan & sejauh Kubang Pasu di utara, hampir separuh Negeri Kedah! Ya la, para pengimport adalah student luar yg tinggal merata di dlam Daerah Kota Setar, Yan & Kubang Pasu yg travel setiap hari ke skolah. Huhu satu rekod gak ni. Most student luar bawak moto cam aku, so tak susah nk bawak nasi lemak, tp tak kurang yg naik bas.

14. Last2 fenomena ni lenyap mcam tu ja. Hmm kenapa eak nasi lemak boleh jd satu kegilaan? Bdak hostel dah muak dgn makanan dewan makan hostel (makanan hostel mana yg sedap???). Option lain di kantin pon muak gak. So nasi lemak dr luar ni la jd alternatif. Lg satu bnyak pilihan dr ramai kwan2 student luar kan? Boleh merasa mcam2. Lg satu, cam dah mention kt atas, dah jd side-income utk bdak luar, tauke nasi lemak luar pon hepi gak sbb ada permintaan & ada "ejen pemasaran" tak bertauliah yg membantu meningkatkan jualan nasi lemak. Hmm boleh la try masuk tender kantin skolah haha. Harga pada zaman tu (mcam dah berpuluh taun plak) utk nasi lemak masih rendah, 50 sen pon boleh dapat, RM1 dah cukup mewah utk nasi lemak, dan tak silap nasi di kantin agak sedikit mahal dlm RM1.20 camtu. Kesiannya koop pon turut merasa kesan. Utk pengetahuan Alumni Astech, skarang dah ada kiosk, baru bukak di tgah2 laluan koridor antara blok bilik guru dgn blok makmal kimia & math, berhampiran blok makmal komputer baru.

Begitu lah penangan nasi lemak hehe

Nasi lemak, owh nasi lemak

Hmm bila la nak rasa lagi nasi lemak Pak Hasan Kg Baru KL

Camna dgn pengalaman masing2 di skolah dulu? mesti ada yg unik & lawak camni kan?
Kongsi2 lah....

till then, assalamualaikum

7 comments:

miss eyntan said...

hahahahhaa... penangan nasi lemak.. hehehe.. nsib baik zaman ruby xde.. sbb ruby pun agen nasi lemak jugakk.. hahahhaha..

rionix said...

eh? sejak bila nasik lemak tu wujud kt astech?
x penah tau pun

Firdaus Isa said...

ruby : owh penyeludup gak ya haha
basyir : outsiders yg import masuk, ang memang, ang, ustad pedot, farid & the gang gheja tidoq ja kt skolah haha

Alia said...

haha. sama gak kat skolah aku. kantin & koop mmg merasakan kemelesetan ekonomi masa tuh. dan pihak skolah menjadikan cikgu2 sebagai ejen utk mencari outsider yg bawak nasi lemak.

so, apa yg kteorg uat ialah, makan nasi lemak, dlm kelas, sblm klas strt. maknanya sume student akan dtg awal skolah

tp ada gak, kawan2 aku yg otai, makan nasi lemak, masa kat perhimpunan. pompuan kan duduk belakang skali. hehe. cikgu2 sume depan. dpt lak pengawas cm aku yg sama2 bersetongkol. mmg klakar gilak laa. haha

Firdaus Isa said...

alia : haha ko pon sama subahat dgn diorng, gigih giler makan awal2, kami tym rehat je,pagi2? bertuah la huhu

bard. said...

depa tak tau nasik lemak Pa'Am lagi..yang mana yau..tau laaa

~mumu~ said...

dasat2.. giler ah.. ns lemak je pun.. pasni bt r thesis psal ns lemak tu..;p

Post a Comment