Commercial

Tuesday, July 20, 2010

Berat sebelah ke senget sebelah???

Salam

1. Heh, berat sebelah dgn senget sebelah tu sama je kan? haha. Ok Kita tgok sapa yg senget & sapa yg berat sebelah.

2. Sejak kebelakangan ni (actually dah lama) aku makin jelek dgn media arus perdana. Kadang2 mcam malas nak baca, dengar & percaya. Tapi nak buat mcam mana bnyak info & news datang dr media arus perdana. Media bukan lagi instrument utk menyampaikan maklumat tp menghasut & membentuk pemikiran masyarakat mengikut selera tauke2 & taikun2 yg berkepentingan. Menyampai & membentuk pemikiran adalah dua benda berbeza.

3. Dalam isu2 tertentu, media & pengamal media sibuk melaungkan "media professionalism" dlm kerjaya pengamal media. Tp laungan tu cuma sekadar omong kosong dan tak diterjermahkan dlm tindakan yg konkrit. Malah media nmpak mcam dicucuk hidung & menurut apa saja kehendak political master.

4. Pasal kelakukan dicucuk hidung jelas sangat dlm beberapa kes baru2 ni. Contoh isu judi bola, bila kerajaan kelihatan positif utk membenarkan judi bola : Akhbar X dgan TV sibuk canang sana sini siang malam dgn menyiarkan komen, kenyataan & pendirian pelbagai individu, tokoh & organisasi yg menyokong judi bola. Seolah2 semua pihak setuju bahawa judi bola mesti dibenarkan & tidak ada pilihan lain. Tetapi lepas kebenaran judi bola ditarikbalik, secara tiba-tiba Akhbar X & TV mengubah tema siaran daripada menyokong kepada membantah judi bola. Sibuk pulak la siarkan komen, kenyataan & pendirian pelbagai pihak yg membantah judi bola. Media sanggup menjilat ludah sendiri dlm menjadi medium propaganda pihak tertentu. Dulu ludah, skarang jilat balik.

5. Lagi satu, apa yg aku bertambah jelek bila media kelihatan jarang2 cuba utk mendapatkan penjelasan dr pihak yg berkenaan tp lebih suka membesar2kan komen pihak yg tak berkenaan & unauthorized source.

6. Media jugak suka mencetuskan tuduhan & pertanyaan retorik. Saja bertanya tp xnak dapat jawapan atau langsung xnak beri pihak berkenaan menjawab sesuatu isu.

7. Contoh terbaru kes pasir di Selangor. Kita tolak tepi isu sapa yg bersalah. Tuduhan dilemparkan sewenang2 terhadap jentera kerajaan negeri. Sengaja mencetuskan persoalan tetapi yg hairanya enggan memberi peluang utk Menteri Besar or authorized personnel kerajaan negeri utk menjawab & memberi penerangan apa yg berlaku & apa yg diambil tindakan. Sebaliknya media terus menyiarkan komen pihak yg tidak ada kuasa utk mengambil tindakan dgn matlamat yg kelihatan adalah bukan mahu menyelesaikan isu pasir tp nak membentuk pemikiran yg kerajaan negeri tidak mampu mentadbir.

8. Lagi satu perkara yg jelek. Media sejak Mac 2008 memang tidak mesra pembangkang Persekutuan tetapi begitu intim kepada pembangkang negeri. Pelik? Knapa msti ada double standard camni, kalo sokong kerajaan Persekutuan, media kena sokong kerajaan Negeri jugak la, kalo tidak memihak kpd pembangkang Persekutuan, maka media kena buat benda yg sama kpd pembangkang Negeri. Betul tak.?

9. Kalo ada apa2 isu di negeri sibuk mintak komen dr pembangkang Negeri padahal dia bukan ada kuasa, kenapa tak tanya Menteri Besar? atau pegawai kerajaan Negeri? Dah la tu. Siar tuduhan pembangkang Negeri tp tak siar jawapan dari kerajaan Negeri. Kalau siar pulak sekerat2, tak habis atau tak jelas, atau Negeri dituduh pulak tak serius. Haih pelik la, kerajaan pon kena boikot dgn media perdana.

10. Jadi dimana peranan & profesionalisma media? Dngan itu jgan salahkan rakyat yg semakin mencari media alternatif sebagai sumber maklumat apabila mereka jelek dgn media arus perdana.

11. Kalau ak tgok news di tv ak hanya fokus berita luar negara & sukan sbb tak ada agenda. Berita dlm negeri hanya sebagai joke utk aku gelak2. Sama gak kalo baca paper, aku selak berita luar negara first, berita nasional & dalam negeri tu aku tgok sekali imbas je. Malas nak baca kecuali betul2 menarik perhatian. Kenapa? paper selalunya (especially Utusan) isu satu je, komen peribadi ketua cawangan tu, ahli cawangan ini sampai 3-4 page, dah la komen tanpa si polan itu ada knowledge dlm apa yg dia komen, just komen kosong & gila nk keluar paper. Buang masa baca & buang duit beli.

To all:
Paper apa korang baca?

till then, assalamualaikum

1 comments:

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

memang berat sebelah pun...sebab share dekat tv diaorang tuh semua kronie2 umno... lalala

Post a Comment