Commercial

Sunday, July 29, 2012

Side mirror hilang

السلام عليکم 

1. Bagi pemandu & penunggang bertamadun & berakal logik sehat walafiat, side mirror perlu untuk bantu pemanduan dan jugak untuk navigasi kenderaan. Payah especially nak potong atau masuk ke lane sebelah tanpa side mirror.

2. Pada 28 April lepas, malam tu housemate aku balik lewat, bagitau something kt aku, tapi tengah tido so tak ambil peduli sangat. Esok aku tak pegang motor hampir seharian sebab pergi Seberang Prai (Butterworth) dengan housemate, ada kenduri geng kilang.

3. Balik kenduri tu baru aku sedar motor LC aku dah tak bertelinga, tak ada side mirror, ke dua-dua belah terus. Side mirror original kot. Geram betul, maki pun tak guna. Sakit hati aku. Dalam banyak motor LC, kenapa motor aku jugak jadi target?

Hilang April 2012

4. Dengan side mirror yang lama, pasang & pi terus Bukit Jambul cari baru. Niat nak yang original, sama dengan yang lama. Tapi tak jumpa. Ambil lah mana yang ok.

5. Yang baru ni pulak, budak-budak kat bawah flat suka main-main & kepak sebab dia flexible. Lagi satu hal setiap pagi nak betulkan balik. Tekanan betul. Lastnya join dia dah lose. So tak boleh pakai. Bila bawa laju side mirror tu jadi lembik.

6. Beli baru lagi 27 July petang lepas beli makan buka puasa kt bazar Ramadan Bayan Baru. This time dapat yang original. Memang seronok la sebab LC aku tu dapat rupa asal balik. Dalam senang hati pun ada rasa cuak juga takut hilang lagi.

7. Apa yang terdetik di hati tu memang betul jadi. Next morning aku siap nak balik Aloq Staq menang betul hilang. Tak sampai 24 jam pun. Banyak lagi kot motor LC lain. Geram sungguh rasa. Nasib berpuasa, tapi kalo maki mencarut sekalipun memang tak guna. Punya excited nak balik Aloq Staq dengan siap service motor, basuh siap dengan side mirror baru. Last-last balik dalam sakit hati. 

Hilang Julai 2012
 8. Sampai Aloq Staq, aku cari side mirror murah-murah saja supaya tak jadi target lagi. Apa la nak jadi, side mirror pun nak curi, bukan mahal mana pun.

Semoga si pencuri mendapat balasan yang setimpal, tidak di dunia, di alam sana.

till then, assalamualaikum

 -Duke of Black Antz-

0 comments:

Post a Comment