Commercial

Monday, February 7, 2011

Traffic Jam di musim perayaan

Salam.

Pic from Google : traffic jam
1. Kecoh & penuh kt Facebook dgn status2 pasal traffic jam sana-sini kt seluruh Malaysia. Huhu bagi aku perkara biasalah especially waktu2 perayaan, tak kisah la raya apa pon. Raya Aidilfitri, orang Islam beraya dgn yg bukan Islam pon amek kesempatan tuk bercuti gak. Sama la Chinese New Year ni, non Chinese pon sama2 cuti gak.

2. Kebetulan hari Selasa 1 Feb cuti Hari Wilayah, pastu CNY lak 3 & 4 Feb (Khamis/Jumaat). So bleh sambung cuti la haha Ikutkan hati hari Isnin tu pon nak cuti sendiri (ponteng class) tapi sayanglah, dah last sem ni, lg stu hari Isnin sja full day lecture, nak kena ganti lak kalo cuti nnti malas lak. Rabu memang xda class (dah kautim awal2).

3. Yg bestnya pasal lecture hari Isnin adalah bila second lecture, Six-Sigma, kami tunggu la dkt lecture hall, lectuternya tak mai pon msuk. Pelik, Mr Zaid ni punctual. So aku dgn Werda pon pi lah tgok kt bilik dia dkt office. Tgok2 Mr Zaid tgah gelak2 dgn lecturer lain terkejut bila Werda tanya "Sir tak nak buat class ke?". Zaid jawab "Eh bkan ada bdak class you all ckap tak nak ada class hari ni, so I tak turun lah. Dia tak da bgtau kat you all?" "Mana ada Sir, kami xde plan pon, tak tau lak sape orang tu". Hmm hampeh, sapa la manusia tuh yg pandai2 pi pakat dgn sir tuh. Best la dia cuti sorang, ceit. So buat gak lah lecture pagi & tutorial petang tuh. Tp orang tu dah di-consider ponteng tau oleh sir haha

4.Erk lari topik hahaha

5. Ni aku nak habaq pasai jem. Most status kt FB bnyi camni

gigih gila aku carik & kumpul status2 ni haha

6. Ak lak sempat gak menyibok haha

7. Tahun ni aku kena tak la seteruk tahun lepas sbb ak dah amek pengajaran. This year just jem cikit kt Perak dlm pukul 3.00pagi sbb ak bertolak kul 11.30malam dr Alor Staq.Kul 5.00pagi sampai KL. Tahun lepas aku kena agak teruk. Jem CNY gak tapi on the way balik Aloq Staq. Naik di Kajang pkul 9.00pagi, nak keluaq KL dlm pukul 1.00 tgahhari, sampai Aloq Staq dlm pukul 11.30malam. GILA!!!.

8. Okay, tu salah aku jugak, sbb timing ak beli tiket tak kena, sehari sebelum CNY yg mana petang tu suma Chinese nak balik utk makan besaq. Confirm la KL, Ipoh & Penang jem gila huhu. Masalah bas ak jadi lambat tu sbb amek masa berjam2 tuk isi minyak di KL. Habis satu KL pusing. Ntah apa masalah dgn bas tu pon ak tak tau. Memang baziaq masa sungguh. Patut pkul 1.00 tu aku dah kt Perak dgn tempuh jem Ipon/Penang, selewat-lewatnya pkul 5.30 petang ak dah patut sampai Aloq Staq.

9. Dah la jalan jem, RnR pon jem jugak, penuh dgn orang ramai. Tandas yg sedia ada tak cukup utk tampung pengguna sampai PLUS terpaksa bukak tandas sementara. Orang beratuq panjang utk tandas, makan & surau. Ada yg berkelah tepi kt RnR tuh. Bkan berkelah sbb suka, sbb terpaksa jalan penuh.

10. Okay, tu suma fenomena yg tak dapat nak elak dlm keadaan mcam ni. Apa yg buat aku bertambah panas, sakit hati lagi annoying adalah 4 orang penumpang kt blakang skali dlm bas tuh. Orang dewasa, tp hmm rasa2 mcam budak skolah first time nak bas express. Mak aih bising nak mampuih.

11. 4 orang KL yg (maybe first time pi Utara) buat bising, sembang kuat2 & ambil gambaq sana sini dgn DSLR mcam dlm bas tu ada lepa tu sja. Adoi. Ntah DSLR tu pon set auto. Tolong la respect orang lain sama. Apa yg buat aku annoying sangat bila lepa ni try cakap Utara guna loghat Kedah. Tapi tak jadi & lepa gelak dgn suka sangat. Tak tau la suka sbb cuba ckap Kedah atau gelakkan loghat & cara cakap orng Utara. Apa yg silap besaqnya kt sini. Lepa tuh naik bas yg full dgn orang Kedah!. Aku boleh nmpak dr seat aku penumpang lain bangun & toleh ke belakang dgn muka bengang. Nasib baik suma bleh sabaq, kalo tak memang makan maki dgn penumpang lain.

12. Tolong la, tolong sangat2 kalo tak tau cakap loghat/dialek negeri lain tolong jgan cuba. Annoying! Tak salah utk belajaq, tp buat dgn cara yg kena & dgn orang asal dr negeri tuh.

13. Lagi? Apa yg buat sakit hati & terbuka pemikiran aku bila manusia2 tuh bleh tertanya sesama sendiri (dgn suara yg kuat tp xdak sapa nak jawab sbb nyampah)
"Eh kat Kedah nanti tu ada kedai tak? "Kan hutan je banyak" 
"Alamak nanti tak de line handphone la bila sampai Kedah"
Eh bodoh, Kedah tu negeri dlm Malaysia la. Hang ingat kami duduk kt dalam hutan? Tinggal dlm pondok? Duduk atas pokok? Kedah tu xda tamadun ka? xdak kemajuan & ekonomi ka? Bonggok!

14. Panas! dah la jalan jem, bas gerak lembab tambah lg dgn sikap tak bertamadun segelitir rakyat Malaysia yg camtu, bertambah sakit hati aku. Dan makin ramai penumpang lain yg toleh & jeling ke belakang dgn muka marah.

15. Sampai sja di Sungai Petani, Allah bagi hidayah dkt manusia2 tuh dgn realiti di Kedah. Keluaq sja tol Sg Petani Selatan (yg dibaca sbgai Alor Star oleh orang2 itu, buta geografi) terus terpampang dpan mata Tesco, Giant, pasaraya2 & bangunan besaq sepanjang jalan nak ke stesen bas Sg Petani sblom msuk highway balik ikut tol Sg Petani Utara utk ke Aloq Staq. Baru senyap mulut2 tuh yg anggap Kedah ni kawasan kampung semata-mata, penuh dgn hutan/sawah padi. Sblom tu siap cakap menyesal mai Kedah sbb nak pi Langkawi, tak sangka Kedah ni jauh sangat. Tak jauh cuma timing hang yg tak kena.

16. Tapi, aku terfikir, nak marah lepa tuh pon tak bleh. Sbb mentaliti lepa tuh dah dibentuk mcam tuh oleh media massa. Asalkan background Kedah saja gambaran yg dibuat mesti stereotaip. Mesti hutan, kebun, sawah padi semata-mata, kampung sja, xdak kemajuan, xdak pekan/bandar. Sama sja kalau keluaq dkt drama ka, movie ka, tu sja imej Kedah. Tambah2 lagi  la ni PAS lak yg memerintah. Mesti Kedah = Kelantan dlm pemikiran ramai. 

17. Apa sja media tunjuk maka ditelan bulat2. Kalau suma paper promote arak tu baik utk kesihatan, maka ramai la percaya. Bodoh. Tolong layan setiap negeri tuh berbeza.Cuba kenali negara sendiri dari syok taksub puja/kagum dgn negara asing dan jangan terlalu telan apa yg ada kt media. Media patut lebih bertanggungjawab tuk betulkan persepsi. Bukan terlalu layan & ikut persepsi. Kebenaran ditanggan anda. Penipuan jugak ditangan anda. Tepuk dada tnya iman.

Note:
1.kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
2.persepsi tak semestinya betul, pengaruh media massa memang kuat
3.maaf kpd orang KL yg terasa, aku tak maksudkan smua mcam tu, so refer note no1 aku.

Quote aku:
Sesiapa yg berkuasa ke atas media, maka dunia didalam tangannya

Happy Chinese New Year!

till then, assalamualaikum

5 comments:

Rabi'atul Roslan said...

ceyh, sentap hati mak nakk baca.. ada ka patut kata lagu tu kat tanah kelahiran cek.. xpe2.. bru dema tahu kedah dah maju..silap2 hb lagi maju dri negeri depa.. (emo skjap..)

Zikri Husaini said...

better lain kali balik naik helicoppter.. hehe.. sir zaid kalau ramai yang tak datang.. cancel kelas...

dynacom said...

lapiaq uuuuuuuuuuuuuuuuuuu..........

FiuzzHafiz said...

baik xyah balik kampung cam aku..
hahhhaa
makan jam kat rumah je

rionix said...

org tu x nampak dunia kut.. asek lepak kelab ja..

Post a Comment