Commercial

Tuesday, February 22, 2011

Campink TnD!!!


Salam

1.Seblom aku terbusy & terlupa baik aku update pasal event ni.

2.Okeh lepas segala dugaan pada stage approval, aku berjaya jugak dpatkan approval dr Dean fakulti aku, Assoc Prof Dr Raja Aziz Maarof. Fuh. Asalnya Dr Raja xda hal utk luluskan xtvt camping kami ni sbb bajet pon ciput ja kami apply. Tp cabaran bermula bila Dr reject atas sbb prosedur, masalah tarikh & mintak masukan tambahan xtvt.

3. Okeh bab prosedur tuh dah lepas, Dr cuma mintak tambah signature kanselor merangkap staff HEMs, Mdam Nash dgn Presiden JPM, Nazirul, junior aku. Tp cabaran dkt xtvt tambahan, sbgai syarat kelulusan, mesti ada Corporate Social Responsibility (CSR) atau Khidmat Masyarakat. huhu niat asal nak bercamping dgn bdak2 class aku dah sikit teralih.

4.Masalah tu aku assume setel bila jumpa onwer tapak camping tu, nickname Andy, tuan kpd GanggaPura camp. Andy ckap dia akan tolong selesaikan dgn orang kampung. Fuh selamat. Masalah dr tarikh tu tak sesuai sbb masalah bas. Clash dgn event management, sbb fakulti ada buat  family day di PD, so semua staff termasuk brader driver bas sekali dgn bas akan stay di PD & kos utk sewa bas UniKL MIIT (fakulti paling dekat) agak mahal, so terpaksa delay.

5.Kami bertolak pagi Jumaat 18 Feb ke Kalumpang, then masuk kampung carik camp tuh. Dr perbincangan dgn Andy, aku dpt gambaran yg masjid dgn camp dekat saja, dlm kampung, tp tak sangka jauh siot. Sampai ja di camp baru jelas gambaran keadaan camp tuh, best woo. Dia mcam island atas darat yg dikelilingi dgn sungai/jeram/air terjun! Giler best!

6.Dah sampai tuh, Andy bg briefing cikit pasal do's and don't dkt camp tuh. Biasalah dalam hutan. Kami pilih pakej duduk dlm rumah kayu .Alah bukan rumah sngat pon, mcam rumah panjang gitu. Ada dua bilik  dihujung kiri & kanan dgn hall atau ruang lapang di tengah2. So situ akan jd main base kami utk simpan barang, solat, masak & tempat tidur bdak pompuan. Kat luar rumah tu ada lg 3 kemah besar utk bdak laki. Diorng buat celah batu2 besar.

7.Dah siap sume setting tempat, amik port masing2, pastuh apa lg terjun sungai/air terjun la haha. Eh tp sebelum tuh Andy bawak tour pusing tapak camp tuh. aku tak ikut sbb sebok urus barang2 dgn bdak AJK. Puas mandi air terjun yg sekangkang dua dr kemah & rumah tuh, kami siap tuk solat Jumaat. Adoi, sory r geng, aku tak expect jauh nak jalan, kalo tak ak request bas utk stay sekejab tuk antar & amek gi Jumaat, huhu berpeluh gak nak sampai masjid, ada la 30min jalan huhu. Nasib baik orang kampun baik2 belaka, offer nak keta masing2, tp tak semua la, yg mana muat sja. Balik pon sama siap ada Hilux tumpangkan bdak2 ni balik huhu. Terima kasih!

8. Petang tuh agak free, bdak2 ni bantai mandi air terjun lagi (-_-". Jawatankuasa penganjur decide tuk bg free sbb masing2 penat huhu. Boyot, Bob, Apek setting unggun api besar utk campfire sebelah malam. Malam tuh kami buat xtvt dlm kumpulan ckit, masing2 duduk kt api buat 5 buah kumpulan, buat logo, bendera & tagline masing2 sambil makan frenchfries haha. Pastu ada presentation. Lawak gila bdak2 ni present, mcam2 jenis tagline kuar. Mngarut ada, yg bijok pon ada, mostly base on dialek Pantai Timur sama ada Kelantan atau Terengganu sbb ramai bdak class aku dr sana contoh nama group aku "Kemah Keming" (-_-".

9. Malam tuh aku tidor atas kt ruang lapang tgah rumah dgn 5-6 bdak laki lain tuk jaga rumah utama. Andy bleh lak bantai kuar cerita mistik2 & hantu pasal tapak camp tuh.Siot. Bekas tapak kubur la, bkas kampung tinggal la, kt ujung belakag sana ada orang bunian la. Rupanya bila balik baru tau. Seblom Andy bukak cerita tuh rupanya Apek ada nampak kelibat/bayangan harimau penjaga camp sblm lesap camtu je. So Andy nak bg warning dgn cara bercerita sambil buat lawak.

10. Pagi Sabtu 19 Feb, kami buat river trekking. Mandi & main air lg huhu. Apa yg bestnya river trekking ni tak da la rasa penat mana sbb best main air. Kami melawan arus jeram & dgn keadaan makin mendaki naik ke bukit. Andy bg signal dgn visel, kalo bunyi sekali cepat bergerak atau berkumpul, kalo bunyi 2 kali, cepat lari ke tepi naik ke darat utk elak air besar turun.

11. River trekking tuh bukan xtvt kosong sja. Ni utk team building gak. Kami kena saling tolong tuk lepas halangan kt jeram tambah dgn air yg laju kt certain part & batu2 besar. Tak terasa penat bila sampai kt kawasan yg cantik. Kadang2 Andy akan suruh semua berhenti & berkumpul utk bg talk cikit dgn keadaan yg giler tak formal. Best camtu. Santai je dlm keadaan mesej tuh sampai & dipraktikkan. Andy ni bekas lecturer & sorang psychologist. 

12. Yg teruk kene bdak pompuan la sbb agak menjauhkan diri, tak cuba tuk msuk dlm group & bersifat mcam baru kenal 2-3 hari. Andy galakkan berkaki ayam dlm sungai utk efek refleksologi & senang nak stabilkan badan atas badu licin. Akibatnya bila balik suma berkaki ayam la atas jalan tanah & batu kampung. Sakit & panas woo bila jalan atas tar & jambatan besi huhu.  

13. Petang tuh kami buat game sikit, alah sukaneka utk seronok2 & kukuhkan team spirit. Kami buat kt kawasan lapang belakang campsite. Group aku dpt no3 dr 5 group. Habis bertepung, berguling, jatuh tergolek  & paling lawak waktu game last makan buat pear. Zulfakar dpt habiskan buah tuh dgn 3 kali ngap, giler besar mulut mamat nih.

14. Malam tuh kami ber-bbq huhu ayam, ikan, sosej, daging burger etc. BBQ kt belakang gak tak jauh dri venue sukaneka. Malam 2nd ni agak gelap, bukan agak actually, sangat gelap. Naik seram aku. Malam first sangat cerah dgn cahaya bulan, sampai tak yah pakai torchlight kt certain area. Masing2 makan2 gelak2 huhahuha dgn bdak2 ni nyanyi sambil main gitar, lg sesi bergambar yg tak habis2. 

15. Sok pagi, Ahad 20 Feb, kami ada buat khidmat masyarakat kt Masjid At-Taqwa Kalumpang. Event ni agak mengejut sbb Andy baru inform masjid malam sebelum tuh. Nasib baik Imam 2 masjid ada, siak lak cuti balik kampung, tak lama lepas tuh tok penghulu & setiausaha masjid ada join gak, siap bawak camera lg huhu.

16. Dean Dr Raja pon ada datang. Seblom tuh Kaunselor Madam Nash pon ada datang dgn kakak dia & 2 orang anak buah yg cute. Siap naik Vitara warna pink!!! haha. Walaupon agak ad hock punya charity tp smua berjalan lancar. Bdak2 ni pon tau apa nak buat & tak payah bg instruction pon. Apa yg ada kami guna sebaiknya utk cuci masjid tuh. Huhu Dr Raja pon join cabut rumput gak. Madam pon basuh sana sini kt masjid tuh. AJK masjid sempat buat simple jamuan. Diorng smpat tanya pasal lunch, ak bgtau terima kasih la, sbb Andy dh provide lunch di camp.

17. Balik dr masjid, Dean panggil aku naik keta dgn dia utk balik ke camp. Dia nak tengok sendiri camp tuh & jumpa dgn Andy. Nmpak gaya mcam ok bila aku bawak Dean tour camp tuh. Siap amek gambar kt air terjun belakang & marah2 sbb tak ckap pasal air terjun, sbb dia pon nak terjun sama gak tp tak bawak baju salin huhu

18. Budak2 ni mandi lg (-_-" xpa lah main lah air tuh. Aku dah sampai boring lak. Sbb jenuh & puas mandi air terjun pagi, tengahhari & petang. Sblom siap2 kemas nak balik Andy ajak buat water confident kt salah satu cabang air terjun tu. Kami kena terjun dr atas batu besar ke bawah. Dalam gak, tp Andy ada utk sambut. Seronok lak bdak2 ni terjun dgn mcam2 gaya.

19. Sblom balik tuh Andy mitak nak gambar secara personal dgn stiap orang sbagai kenangan. Nasib kami ada 2 orang photographer. Dalam bas suma tido penat sblom sampai campus.

20. Isnin 21 Feb tak sampai 10 orang termasuk aku yg berjaya sampai ke campus utk attend lecture sbb ramai yg penat huhu. Pagi tu ada lecture dgn Assoc Prof Dr Razif, Deputy Dean. Dr Razif pon hairan, "Eh wheres the rest of your friends?" "They are tired sir, we just came back form camping" pastu Razif cakap owh dia pon tau pasal camping tuh. So Dr pon start lecture tanpa bg chance nak rehat huhu Che Wan bleh bantai tido kt blakang haha stylolah Che Wan hahaha

Syukur Alhamdulillah kpd Allah Taala sbb semua berjalan lancar dgn selamat tanpa gangguan dr alam nyata & alam ghaib. Semua selamat dr segi fizikal & rohani.


Gambar akan muncul nanti ok huhu

To Dean:
Thanks for your approval

To Madam:
Thanks for your support

To committee:
Thanks for your commitment

To classmates:
Thanks for your cooperation and understanding

till then, assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment