Salam
1. Hari ni 7 Disember 2010, atau lebih tepat 1 Muharam 1432. Kalendar baru Hijrah bermula secara rasminya mulai Maghrib semalam, sbb dlm sistem Islam, hari baru bermula dgn azan Maghrib, kalo kalendar Gregorian/Masihi bermula tepat 12 tgah malam.
2. Macam biasa mak ayah & tok ak akan ingatkan utk baca doa akhir tahun lepas Asar & awal tahun sebaik sja msuk waktu Maghrib. Tahun ni baca sama2 dkt ruang tamu.
3. Pasal Hijrah ni, mcam biasa media massa especially stesen TV akan siarkan macam program & drama berbentuk keagamaan sempena tahun baru Islam. Kan bagus kalo buat camtu gak utk sambut tahun baru Masihi.
4. Selalunya media akan seru orang ramai menerusi program diorang utk berhijrah/berubah ke arah menjadi yg lebih baik. Adakah media tu sendiri berubah ke arah yg lebih baik?
5. Sempena tahun baru Hijrah, aku sebagai rakyat Malaysia berharap sangat media massa Malaysia pon turut sama berhijrah utk menjadi media yg lebih adil, telus, jujur & tak bias. Menjadi orang media bleh dpt pahala yg banyak sbb menyampaikan dan berkongsi maklumat, info & ilmu dgn orang ramai, tp dlm masa yg sama bleh dpt dosa yg bnyak sbb memesongkan maklumat, memutarbelit fakta & dgn niat mempengaruhi pemikiran orang ramai kononnya sipolan2 tu jahat. Kadang2 nmpak sngat jd pak turut.
6. Yg keduanya ak berharap umat Islam especially jgan cepat sngat percaya dgn mcam2 emel2 pasal isu2 teori konspirasi ni. Bkan tolak secara total tp tgok & timbang2kan sblom terima bulat2.
7. Apa yg ak maksudkan mcam isu bahasa SMS "Askum" dgn "Akum" pastu isu Upin Ipin & mcam2 lg. Kononya dalam bahasa Israel askum & akum tu bawak maksud kurang elok, lepas tu emel kt suma orang, sampaikan pengarah kolej matrix aku pon terpengaruh sampai siap print A3 pastu tampal kt info board kt pintu masuk office & laluan utama di kolej.
8. Soalannya sejauh mana kebenaran dakwaan tuh? mentang2 xda sapa faham & tahu bahasa Israel pastu kita pon percayalah bulat. Yg best lg, maksud tu kebetulan lak betul2 bawak maksud jahat contoh "tak percaya nabi" la atau perkara2 yg tak baik dlm bhasa Isreal kuno. Kita yg tak tahu bahasa Isreal kuno pon percaya. Eh tahu lak diorng ni bahasa2 Israel ni eak?
9. Hijrahnya kita kt sini jgan trus percaya sebaliknya refer lah orng yg lebih berilmu. Ak pon tak tolak bulat2, sesetengah teori konspirasi ni nmpak cam betul. Hijrah yg keduanya pihak berkuasa agama jgn duduk diam & masih dgn pemikiran mentaliti tahun 80'an. Zaman tu mana ada internet & handphone suma2 ni.
10. Zaman dah berubah, pendekatan pihak berkuasa agama pon kena berubah gak. Memang isu bahasa ringkas & isu teori konspirasi ni nmpak remeh. Sekurang2nya diorang kena amik tahu & nyatakan pendirian dlm bentuk kenyataan atau fatwa. Jgan duduk diam dan biar pemahaman & kepercayaan masyarakat dah terpesong sbb percaya kpd teori2 emel baru nak gelabah. Waktu tu dah terlambat.
11. Bagusnya bnyak ustaz & pakar agama skarang dah ada website & blog rasmi sendiri yg orang bleh access dgn senang. Tp kadang2 kala diorang tak sependapat. Bila ada kenyataan rasmi atau fatwa dr pihak berkuasa agama (bnyak sangat pihak berkuasa agama dlm Malaysia ni) , maka dia jd satu sumber yg sahih & tak leh nak cabar. Sbb orang bleh refer, kalo tak asyik petik ustaz tu kata boleh, ustaz ni kata tak leh lak, sampai bila pon tak habis huhu.
Kepada semua:
Salam Maal Hijrah 1432
p/s: sdang merancang Hijrah utk diri sendiri, harap menjadi...
till then, assalamualaikum
1 comments:
Salam Maal Hijrah!. :)
Post a Comment