Commercial

Sunday, December 19, 2010

My Result & Tag



Salam.

RESULT 

1.Fuh, excited gila nak tau result hari Jumaat 17/12/10 aritu hehe baru hari ni nak update. Aku dah agak mcam biasalah sistem e-citie UniKL mesti jammed gila punya sbb result released serentak utk semua campus. So 14,000 orang serbu masuk petang Jumaat tu walaupon result officially released pukul 6.00 ptang ikut announcement dlm web portal e-citie. 

2.Aku buka pakai Google Chrome, rupanya dinasihatkan pakai Internet Explorer atau Mozilla baru bleh hehe. Bila xleh buka memang berlori2 la komen, komplen, rungutan, (caci maki) keluar kt Facebook. Hmm memang betul salah student gak yg slalu serbu web portal tu serentak atau last minute. Tp admin pon kena proactive utk improve sistem. 

3.Slalu aku akan emel ke admin & CC kan ke Dept IT kat Canseleri. Dlm sehari lepa akan respond dgn reply kt aku dgn makluman masalah/sistem dah dibaiki. Terima kasih bnyak2. Tp ni lewat petang hari Jumaat, pastu cuti Sabtu Ahad, Isnin la baru complaint aku sampai, so ak tak da la alert benda camni kt admin sbb memang confirm lambat utk dpt respond. Pastu kalo tunggu traffic dah reda cikit bleh masuk la portal tu.

3. Ok lah, cukuplah. Alhamdulillah sangat2 sbb aku dpt Dean's List utk Sem 7 ni. Memang menepati ramalan aku sbb subject Sem 7 ni nmpak relax & ak confident bleh bwak. Last dpt DL pon Sem 1 haha. Terukkan?. Patut aku consistent dgn cuba utk dpt DL lg masa Sem 2 sbb  masih senang. Naik 2nd Year, Sem 3 & 4 adalah sem dgn subject2 killer yg giller ah. Sem 5 dah masuk bnyak subject core. Sem 6 aku pi industrial training. So tinggal Sem 8 utk aku score.

4. CGPA aku lg 0.05 utk aku graduate dgn First Class Degree huhu. Sbb selalunya aku score 3.3 ke 3.4 something camtu. InsyaAllah, sem dpn bnyak subject management, compare dgn Sem 7 yg masih bnyak technical. Ak akan cuba utk DL skali lg. Cantik sikit aku punya academic transcript nnti.

5.Huhu ada 1-2 subject Sem 7 ni yg aku target A, tp sekali dpt B+. Aiya, A- pon jd la. Memang confident sngat sbb carry mark dah mantap dgn project dpt deliver. Kalo tak lagi lawa result aku huhu xpa2. Thanks a lot utk smua lecturer.

TAG

6. Aiyark, aku kena tag dgn Ruby huhu ok, kita layan saja.

Pernah tak anda rasa cool ?
Rasa cool sngat duduk atas tiang layar Kapal Layar Tunas Samudera (KLDTS : Royal Navy page, Wiki page, FB page)  waktu beri dan terima tabik/salute dr kapal2 perang TLDM lain bila belayar masuk ke Pangkalan Lumut. cool gilerr bila dpt salute dr seluruh Armada TLDM.

Upload wallpaper yang anda guna sekarang.

Cerita pasal wallpaper tersebut.
Gambar ni aku amek dgn mode macro di i-City Shah Alam waktu bulan puasa hari tu. Tak sangka lawa gak hahaha 

Bila kali terakhir anda makan pizza ?
Err tak silap bulan puasa baru ni, dkt Tesco Ampang. Aku bkan jenis slalu pi situ. Buka puasa dgn bekas exco2 & senator2 dlm kabinet perwakilan sesi 2008/09. Tak lengkap semua datang, kaunselor Madam Nash pon join sekali. Dah macam orang gila kami bergelak2 kat situ. Maklumlah first time dpt kumpul lepas industrial training.

Lagu paling terbaru anda dengar.

Apa yang anda lakukan selain menyelesaikan tag ini ?
Dengar Hitz.fm. Aku dah tukar ke Hitz dari X-fresh (Xfm), sbb Xfm dah sewel dan sesat dr matlamat asal. Td sembang dgn tok, tp tok dah tidoq 

Selain name sendiri anda dipanggil dengan panggilan apa ?
Pedot, Pidot, tp cikgu2 aku slalu tersasul panggil Fairuz (-_-" 

Tag lagi 5 orang.

Siapa blogger no 1 kepada anda ?
Colleague dlm mcam2 event, classmates & class rep utk sem ni haha 

Katakan sesuatu kepada orang no 5.
Anda adalah anggota WonderPets :P 

No 3 ade hubungan dengan siapa ?
Owh, mamat Kulim ni dah in-relationship, tp tak kenal huhu 

Bagaimane pula dengan no 2.
Its complicated kot

Kata-kata cinta untuk orang no 4.
Euww xkan kat laki kot huhu hmm ingatlah orang tersayang haha 

Beri 5 perkara tentang orang yang tag

  • Sentap
  • Bdak Aloq Staq yg tak ckap Kedah :P
  • Mesra alam 
  • Peka
  • Mami Jarum wahaha (lawak sja Ruby)



till then, assalamualaikum

Thursday, December 16, 2010

Cuti-cuti Malaysia Hujung Tahun


Salam

1. Fuh, mcam tahun2 lepas, Perak Darul Ridzuan memang jd destinasi tetap kami sekeluarga utk bercuti hehe. Kami mesti singgah jugak Perak on the way ke selatan atau waktu balik, erk bukan singgah RnR kt highway, tp singgah tgok Kuala Kangsar.

2. Keluarga  tok wan aku dlu memang duduk Perak lama sbb berkhidmat dlm PDRM. Dipindahkan ke Perak sblum dipindahkan ke Singapura pd tahun 1963 sampailah Singapura expel dr Federation tahun 1965, pastu kena pindah balik ke Perak. Bertugas dari tempat yg gah : Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sampai la ke tempat jin bertendang, Sauk.  

Mama & Ayah
3. Yg jd pi Perak ni sbb ayah dpt kupon diskaun Lost World Tambun. Kupon tu dipos ke skolah2  utk cikgu2 hehe. Ada 6 kupon, so cukup la 6 orang. Tu sangkaan awal, rupanya satu kupon utk satu family haha so cukup ukt 6 family la. So ayah ak akikahkan kupon tu kt family lain yg beratur blakang kami huhu.

xda ombak waktu nih
Aku & adik : hotspring
4. Tgah best2 dok mandi, tetiba nmpak kelibat 4 orang yg nmpak familiar sangat, cis, rupanya budak2 UniKL MIAT, patut r. Haha masing2 terkejut tgok sama sendiri. Rupanya lepa mai ramai2, naik 3 gheta. Saja2 release tension final exam. Miat habes exam lambat sebulan camtu dr campus UniKL yg lain. Ok lah ramai gak geng, smpat la ak introduce lepa tu kt family ak.

Waktu sampai & nak balik
We are family ^_^
5. Habes kt Lost World kami bertolak ke Kuala Kangsar, makan2 pastu cari hotel utk tidoq. Esoknya kami pusing2 Kuala Kangsar lak. Makan2 pastu pi tgok Pusat Kraftangan Kuala Kangsar. Beli labu sayong ^__^. Smpat tgok camna nak buat perkakasan dr tanah liat. Huhu rupanya sama ja konsep mould utk piring dgn mould plastic utk industry.
Resort penginapan yg mengadap Sg Perak
Jambatan ni betul2 sebelah resort

6. Habes tu balik semula ke bandar KK utk shopping2 sblom pi ke Taiping lak. Kt Taiping kami sja2 singgah Muzium Perak. Semua lokasi ni lebih kurang imbas balik lawatan ak masa kecik dlu, ikut rombongan skolah menengah ayah ak. 

Ehem-ehem
Kilang buat mould utk labu sayong & etc
Mould utk piring cawan
Mould utk labu sayong
hehe cam dpt award
7. Makan2 di Taiping and then pi melawat rumah kazen ak, Kak Ngah, cikgu gak -_-". Ni first time pi rumah lepa lpas dia kawen. Ak tak smpat pi kenduri sbb buat tgah2 sem, ni gak first time jumpa suami Kak Ngah, Abng Hafiz Zaki huhu. Dah lewat petang kami pon chow balik Kedah.
Muzium Perak, Taiping
p/s: rupanya labu sayong kena rendam dlm ayaq 2-3 hari baru bleh guna utk simpan ayaq, mana nak tau huhu tok dah guna tanpa rendam dlu..

till then, assalamualaikum

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

Salam



1. Hari ni 7 Disember 2010, atau lebih tepat 1 Muharam 1432. Kalendar baru Hijrah bermula secara rasminya mulai Maghrib semalam, sbb dlm sistem Islam, hari baru bermula dgn azan Maghrib, kalo kalendar Gregorian/Masihi bermula tepat 12 tgah malam. 

2. Macam biasa mak ayah & tok ak akan ingatkan utk baca doa akhir tahun lepas Asar & awal tahun sebaik sja msuk waktu Maghrib. Tahun ni baca sama2 dkt ruang tamu.

3. Pasal Hijrah ni, mcam biasa media massa especially stesen TV akan siarkan macam program & drama berbentuk keagamaan sempena tahun baru Islam. Kan bagus kalo buat camtu gak utk sambut tahun baru Masihi.

4. Selalunya media akan seru orang ramai menerusi program diorang utk berhijrah/berubah ke arah menjadi yg lebih baik. Adakah media tu sendiri berubah ke arah yg lebih baik?

5. Sempena tahun baru Hijrah, aku sebagai rakyat Malaysia berharap sangat media massa Malaysia pon turut sama berhijrah utk menjadi media yg lebih adil, telus, jujur & tak bias. Menjadi orang media bleh dpt pahala yg banyak sbb menyampaikan dan berkongsi maklumat, info & ilmu dgn orang ramai, tp dlm masa yg sama bleh dpt dosa yg bnyak sbb memesongkan maklumat, memutarbelit fakta & dgn niat mempengaruhi pemikiran orang ramai kononnya sipolan2 tu jahat. Kadang2 nmpak sngat jd pak turut.

6. Yg keduanya ak berharap umat Islam especially jgan cepat sngat percaya dgn mcam2 emel2 pasal isu2 teori konspirasi ni. Bkan tolak secara total tp tgok & timbang2kan sblom terima bulat2.

7. Apa yg ak maksudkan mcam isu bahasa SMS "Askum" dgn "Akum" pastu isu Upin Ipin & mcam2 lg. Kononya dalam bahasa Israel askum & akum tu bawak maksud kurang elok, lepas tu emel kt suma orang, sampaikan pengarah kolej matrix aku pon terpengaruh sampai siap print A3 pastu tampal kt info board kt pintu masuk office & laluan utama di kolej.

8. Soalannya sejauh mana kebenaran dakwaan tuh? mentang2 xda sapa faham & tahu bahasa Israel pastu  kita pon percayalah bulat. Yg best lg, maksud tu kebetulan lak betul2 bawak maksud jahat contoh "tak percaya nabi" la atau perkara2 yg tak baik dlm bhasa Isreal kuno. Kita yg tak tahu bahasa Isreal kuno pon percaya. Eh tahu lak diorng ni bahasa2 Israel ni eak?

9. Hijrahnya kita kt sini jgan trus percaya sebaliknya refer lah orng yg lebih berilmu. Ak pon tak tolak bulat2, sesetengah teori konspirasi ni nmpak cam betul. Hijrah yg keduanya pihak berkuasa agama jgn duduk diam & masih dgn pemikiran mentaliti tahun 80'an. Zaman tu mana ada internet & handphone suma2 ni.

10. Zaman dah berubah, pendekatan pihak berkuasa agama pon kena berubah gak. Memang isu bahasa ringkas & isu teori konspirasi ni nmpak remeh. Sekurang2nya diorang kena amik tahu & nyatakan pendirian dlm bentuk kenyataan atau fatwa. Jgan duduk diam dan biar pemahaman & kepercayaan masyarakat dah terpesong sbb percaya kpd teori2 emel baru nak gelabah. Waktu tu dah terlambat.

11. Bagusnya bnyak ustaz & pakar agama skarang dah ada website & blog rasmi sendiri yg orang bleh access dgn senang. Tp kadang2 kala diorang tak sependapat. Bila ada kenyataan rasmi atau fatwa dr pihak berkuasa agama (bnyak sangat pihak berkuasa agama dlm Malaysia ni) , maka dia jd satu sumber yg sahih & tak leh nak cabar. Sbb orang bleh refer, kalo tak asyik petik ustaz tu kata boleh, ustaz ni kata tak leh lak, sampai bila pon tak habis huhu.

Kepada semua:
Salam Maal Hijrah 1432

p/s: sdang merancang Hijrah utk diri sendiri, harap menjadi...


till then, assalamualaikum

Thursday, December 2, 2010

Fading railway

Salam

1. 28 Nov aritu ak pi kenduri Hidayah Salleh. Bdak klass ak masa darjah 6, 10 taun dlu. Tahniah & aku doakan ang bahagia dgn suami & keluarga. Sorang lg dah kawen. Kawan2 skolah menengah pon dah ramai gak yg kawen, especially yg served dlm military (army & navy). Ok la, dah keja, ada pendapatan & umah. Aris dah beli umah dah pon, orang kapal, duit bnyak huhu.

Hidayah & Faizal

2. Aku ni dok study lg. Rasa mcam lama sngat 4 tahun. Dulu ak rasa advance sngat sbb dah msuk degree dlm msa geng lain masih tercari2 arah. Skarang ni diorng lak yg dah stabil & ada hala tuju. Yg diploma dah grad & keja atau sambung degree. Balik cuti soalan femes yg aku dapat, "Ngaji lg?", "Brapa lama lg?" Rasa mcam lama sngat, aku xrasa tak la lama mana.haih

3. Ak ingat ak sorang sja yg rasa mcam ni. Bla duduk lepak2 dgn kwan2 lain pon ada perasaan yg sama gak. Mungkin simptom final year student kot huhu. Kena pikir masa depan lepas habes study. Sbb convocation cuma upacara yg officiate habes study, sbb habes study yb betul2 adalah lepas habes last final exam aku. Pasal kerja, life, family, keta, umah dan dunia yg penuh dgn hutang. Teringat ustad muda yg mengajar Kafa kt skolah ayah aku, "Hidup la ni xleh lari dr hutang".

4. Tp lagi parah kalo yg dah jejak final year ni pastu dah hilang mood nak study. Cikit lg weh nak abes, rugi wo. Mungkin bkan sbb akademik, sbb subject2 makin senang, bkan makin susah. Subject2 killer dah lama berlalu. TP mungkin sbb rasa cuak dgn masa depan yg tak jelas. Dah nmpak yg tak mau continue keja dlm course yg amek skarang kt universiti. Cam tu mcam rugi lak study 4 tahun susah payah.Kan?

5. Yg single lak mula rasa cam ketinggalan huhu. Tgok kawan2 len yg dah ada peneman diri. Bkan aku sja, geng2 lain pon rasa sama gak. Siap ada yg terkilan lg sbb lambat mengorak langkah. Akhirnya bunga tu jd milik orang huhu. Xpe taman bungakan luas haha.

6. Hmm ntah lah.

Ni la apa yg ak nmpak, mcam jalan yg makin menghilang, kabur, blur...

7. Kadang terlintas di hati camna nak hadapi masa dpan. Sbb aku ni pon teruk gak, nerd, skema, xda stail langsung, outdated, keta moto haram tak ambik tau, sosial pon tak pandai, xda hobi (sbb hobi aku dah hilang T_T), xda skill langsung, xda apa2 special ability, kaki bangku, leadership pon lemah, rambut lak makin kurang (padanmuka), tak tinggi mana, cam bdak skolah mengah, hmm...

Ni posting emo aku yg pertama (-_-", ni la akibat menulis dlm keadaan down, haish...

till then, assalamualaikum