Salam
Baru-baru ini hampir 50 orng pegawai tinggi (termasuk 3 bekas jeneral udara,darat,laut) tentera Turki ditahan atas pertuduhan cuba utk melancarkan coup d'état (rampasan kuasa) di Turki. Satu cubaan utk menggulingkan kerajaan Turki atas dasar kerajaan Turki pimpinan Recep Tayyip Erdogan terlalu keIslaman bagi Turki sebuah negara sekular. Itu alasan gerombolan askar pencen tu? Ini semua pengaruh Mustafa Kamal Attaturk la ni. Kalau dilihat tumbangnya Empayar Uthmaniyah bermaksud hilanglah sudah institusi Khalifah Islam & tumbangnya penaung semua negara Islam didunia. Uthmaniyah memang satu ancaman bagi Eropah utk hampir seribu tahun lamanya.
Rancangan rampasan meliputi pengeboman keatas masjid & provokasi ketenteraan ke atas Greece. Bila masjid dibom maka itu dilihat satu kegagalan kerajaan AKP (Parti Keadilan & Pembangunan) yg pro-Islam utk menjaga kestabilan Turki & unsur Islam sebagai gagal & tidak sesuai dgn dasar sekular Turki. Provokasi ketenteraan terhadap Greece akan mengakibatkan Greece akan mengancam melancarkan serangan defensive ke atas Turki & peluang ini akan diambil pihak tentera berkuasa & "memulihkan" dasar sekular dgan menyingkirkan kerajaan awam AKP. Greece adalah bekas jajahan Uthmaniyah yg dibebaskan oleh gabungan tentera negara Eropah. Apa plan berikutnya aku pon xtau,just itu yg dilaporkan dlm berita.Apa-apa pon aku sedih dgn nasib Turki sebagai empayar Islam terbesar & terakhir berakhir dgan menjadi sebuah negara yg termakan pengaruh sekular dari Eropah. Pelik rasanya tgok rakyat Turki pernah berdemo di dataran utama Istanbul berikrar utk pertahankan dasar sekular. Dah mcam di brainwash oleh si pengkhianat Mustafa Kamal. Aku penah secara berdepan dlm taun 2006 membantah buku Mustafa Kamal diletak di bahagian "Wira Islam" di bahagian Kanak2 Perpustakaan Negeri Kedah. Aku sifatkan syarikat yg terbitkan buku tu dlm "Siri Pejuang Islam" sebagai "sewel" dan tindakan kaki tangan perpustakaan negeri sebagai tak wajar & "jahat". Petugas perpustakaan terima bantahan aku & keluarkan buku tu dari rak. Nasib baik,kalo tak budak2 yg baca buku tu akan terpengaruh dgn Mustafa Kamal. Aku pon kebetulan ternampak buku tuh. Mustafa Kamal memang "pernah" mnjadi hero Uthmaniyah & umat Islam semasa "Battle of Gallipoli" WWI. Uthmaniyah menang dlm perang tu dgan Mustafa sebagai Panglima Turki waktu tu. Gallipoli dianggap satu dari siri perang era WWI yg penting kerana kedudukan yg strategik. Tapi kemudian dia bertindak mengulingkan Uthmaniyah & satupembelotan terhadap dunia Islam.
Berbalik pada perancangan jahat td, pihak polis dpt kesan terlebih dahulu plan "baek" ni & semua dalang ditahan. Nasib baik polis berpendirian neutral dlm politik berbanding tentera yg sentiasa campur tgan dlm politik. Kalo tak memang hancur la politik Turki. Semoga Perdana Menteri Recep Tayyip dapat kembalikan kegemilangan pentadbiran Islam di Turki.
Empayar Uthmaniyah
Kpd Turki:
kembalilah ke zaman gemilang anda
Kpd
ambil pengajaran
till then, assalamualaikum
-Black Antz-