Commercial

Sunday, July 29, 2012

Side mirror hilang

السلام عليکم 

1. Bagi pemandu & penunggang bertamadun & berakal logik sehat walafiat, side mirror perlu untuk bantu pemanduan dan jugak untuk navigasi kenderaan. Payah especially nak potong atau masuk ke lane sebelah tanpa side mirror.

2. Pada 28 April lepas, malam tu housemate aku balik lewat, bagitau something kt aku, tapi tengah tido so tak ambil peduli sangat. Esok aku tak pegang motor hampir seharian sebab pergi Seberang Prai (Butterworth) dengan housemate, ada kenduri geng kilang.

3. Balik kenduri tu baru aku sedar motor LC aku dah tak bertelinga, tak ada side mirror, ke dua-dua belah terus. Side mirror original kot. Geram betul, maki pun tak guna. Sakit hati aku. Dalam banyak motor LC, kenapa motor aku jugak jadi target?

Hilang April 2012

4. Dengan side mirror yang lama, pasang & pi terus Bukit Jambul cari baru. Niat nak yang original, sama dengan yang lama. Tapi tak jumpa. Ambil lah mana yang ok.

5. Yang baru ni pulak, budak-budak kat bawah flat suka main-main & kepak sebab dia flexible. Lagi satu hal setiap pagi nak betulkan balik. Tekanan betul. Lastnya join dia dah lose. So tak boleh pakai. Bila bawa laju side mirror tu jadi lembik.

6. Beli baru lagi 27 July petang lepas beli makan buka puasa kt bazar Ramadan Bayan Baru. This time dapat yang original. Memang seronok la sebab LC aku tu dapat rupa asal balik. Dalam senang hati pun ada rasa cuak juga takut hilang lagi.

7. Apa yang terdetik di hati tu memang betul jadi. Next morning aku siap nak balik Aloq Staq menang betul hilang. Tak sampai 24 jam pun. Banyak lagi kot motor LC lain. Geram sungguh rasa. Nasib berpuasa, tapi kalo maki mencarut sekalipun memang tak guna. Punya excited nak balik Aloq Staq dengan siap service motor, basuh siap dengan side mirror baru. Last-last balik dalam sakit hati. 

Hilang Julai 2012
 8. Sampai Aloq Staq, aku cari side mirror murah-murah saja supaya tak jadi target lagi. Apa la nak jadi, side mirror pun nak curi, bukan mahal mana pun.

Semoga si pencuri mendapat balasan yang setimpal, tidak di dunia, di alam sana.

till then, assalamualaikum

 -Duke of Black Antz-

Friday, July 20, 2012

Training in Ipoh

السلام عليکم

1. March dulu dah attend satu training di Penang. Lepas dari training tu banyak info pasal training berkaitan energy management masuk ke inbox. Berminat dengan satu training ni, anjuran United Nation Industrial Development Oranganization (UNIDO) untuk jadi trainer bagi ISO 50001 (Energy Management). Tapi dah penuh dan tak berapa qualified sangat. Kalau dapat ni memang best, dah la jadi trainer, kilang senang nak dapat ISO 50001 atau MS50001 (sama saja) dan siap team expert trainer dari UNIDO mai ke kilang untuk guide. Tak apa, try next time.

2. Dalam dok communicate dengan UNIDO Malaysia, dapat invitation untuk Industrial efficiency for the Malaysian Manufacturing Sector, ISO 50001 User training. Apa lagi, propose ke management, HR say ok, so jadilah ke Ipoh 2 hari. Sebab free (hehe) bos suruh bawak ramai lagi join. Lastnya jadi 1Malaysia la bila aku, Ah Por dengan Narendran yang pi. 

3. Cadang nak stay di Ipoh, tak la penat nak berulang dari Penang. Tapi Ah Por tak mau stay sebab mak dia tinggal sorang dan sanggup drive Ipoh-Penang. Ok la settle. Aku arrange segala transportation, registration & detail pasal training. Fuh bercinta gak nak dapat kereta company.

4. Awal-awal pagi, pukul 6 dah ada kat kilang, gerak ke Hospital Seberang Jaya untuk ambil Narend, pastu straight ke Ipoh, Ah Por drive. Agak sesat la bila sampai Ipoh, Ah Por tak mau follow map hotel, Hotel Syuen Ipoh dan nak pakai GPS handphone dia. Pusing sana sini sampai jugak lewat sikit 10 minit. Tapi belum start sebab masih dalam tempoh registration. 

5. Organizer inform training ni untuk 30pax tapi yang turn-up 80pax haha ada walk-in la tu, so layan saja. Trainer adalah
a) Ir Francis Xavier: bekas Pengarah Jabatan Pengurusan Tenaga & Pembangunan Industri, Suruhanjaya Tenaga dan Project Director UNIDO Malaysia.
b) Liam McLaughlin: trainer UNIDO dari Ireland 
c) Zaini Abdul Wahab: dari Suruhanjaya Tenaga (bekas) & energy consultant 

6. Summary training: pergh penuh input & objective. Lagi banyak benda nak buat dari training 5 hari yang aku attend March dulu huhu. Dalam otak ligat plan macam-macam. lebih-lebih lagi masa simulation 2nd day. Jelas segala plan & action. Balik kilang terus meeting & set-up plan dgn organization haha. Nasib top management pun support. 

7. Tapi sebab Ah Por dengan Narend orang technical dan bukan management macam aku, so 2 hari tu agak bosan bagi lepa sebab penuh dengan urusan management. At least ada juga team yang faham keperluan energy management dan boleh assist aku lepas ni. 

8. Lepas ni target nak hantar lagi team maintenance ke training under UNIDO berkaitan training hands-on & lebih technical. Sesuai dengan work-nature lepa. Ada lagi lepas ni, so just tunggu notification dari UNIDO Malaysia sajalah.

Fuhh, harap gerakan energy management lepas ni menjadi. Amin
 till then, assalamualaikum 

-Duke of Black Antz-