Commercial

Tuesday, August 16, 2011

The day that I learned a lot!!!

السلام عليکم

1.Hmm macam mana dgan tema baru blog ni? Meriah la cikit huhu especially dengan tema Raya-Merdeka ni.

2. Last week, 9 Aug, ak naik KL selepas hampir sebulan lebih balik Kedah. Nasib r ada lg budak2 PDE & TND dr Kelantan+Ganu yg masih menyewa di Cheras, kalo dak ak kena cari umah junior la nak menumpang huhu. Owh, apa lagi, urusan interview lah yang membawa aku balik ke KL. 10 Aug di Bangi & 11 Aug di KL.

3. Memang dugaan betul bila sampai sana. Bateri hp boleh kong pulak bila sampai Pandan Perdana. Fuh nasib dah sampai depan apartment, kalau tidak susah la aku. Sekali aku lupa rumah budak-budak ni yang mana satu pulak haha hadui. Yang aku ingat tingkat 3, sebab classmates aku ramai sewa tingkat tu, so aku pon expect situlah. Sekali yang masuk rumah tu orang lain, ah sudah. Nak call pon tak boleh, so aku turun tunggu dekat guard house. Jumpa 1-2 orang junior, sempat sembang sat sebelom terserempak dengan Pali, selesai masalah aku. Pali bagitau rumah sewa baru dia dekat tingkat 1 haha. Budak tingkat 3 dah lama keluar rumah tu balik Pantai Timur! sengal.

First interview 

4. First kilang dekat Bangi tu, aku agak familiar dengan location dia. Hari-hari lalu nak pi kilang masa intern dulu. Tak jauh pon dari UniKL-MFI. Aku pinjam motor Pali hari tu. Dalam setengah jam sampai la ke Bangi. Ikut jalan belakang & masuk kawasan industri dekat dengan Sony. Interview ni lah yang bagi aku pengalaman baru.

5. Bukan aku yang di-interview, aku pulak yang meng-interview. Interviewer tu senyap saja. Just tanya 2-3 soalan basic, yang lain aku pulak yang buka topik soal-jawab. Fuh, agak down juga aku bila tak dapat interpret drawing yang dia bagi. Alah menyesal pulak aku tak ingat betul-betul segala hal berkaitan engineering drawing. Tapi masalahnya, aku pon tak ingat macam mana aku apply kilang tu. Tup tup saja dapat call. So macam mana aku nak tahu job description. Sebab dari situ baru aku tahu bab apa yang boleh expect akan ditanya.  


6. So, aku assume negative lah. Sebab aku tak dapat jawab most soalan pasal drawing & aku tak dapat tangkap apa yang interviewer nak sebenarnya. Balik lah aku dengan hampa. Hmm ada juga orang lain datang interview, dah bekerja dah pon, engineer atau orang management  aku assume, sorang brother India. Nak lompat kilanglah ni. Nice person. Rancak juga aku sembang dengan dia sebelum interview. Lupa nak ambil contact dia huhu

Next...

7. Esoknya, dah cerah tanah, aku sampai di Wisma MCA. Sebab company ni recruitment firm based dekat situ. Ada la amoi sorang ni mai sebelum aku, budak USM, senyap ja, nak tegur pon segan. Turn aku dipanggil. Mula-mula just verify segala info aku dalam resume. Tak banyak tanya cuma lebih berlegar pasal post yang aku apply, dalam Jobstreet nampak lain, bila further explained rupanya tele-sales/marketing, jual insurans huhu. 

Rupanya...

8. Lepas tu aku disuruh masuk dalam satu bilik tunggu staf tu nak settle hal management dulu. Sambil tu Sir Noji, supervisor FYP call cakap claim dah dapat, yahoo!. Dalam bilik tu, staf tadi minta aku macam berlakon balik segala inteview yang aku pernah attend sebelum ni. Lepas tu dia akan komen.

9. Ya Allah banyaknya benda yang aku dah salah & cara tak kena selama ni hadui bila dia komen balik satu-satu. Terduduk aku. Dia betulkan balik cara aku greet interviewer, cara introduce diri, strategy jawab soalan etc. Dia train aku macam mana nak jawab interview dalam sektor engineering & marketing. Apa yang berguna & apa yang tak. Fuh banyaknya benda yang aku tak tahu huhu. Berbaloi jugak aku susah payah naik KL. 

10. Lepas tu dia arrange-kan satu lg interview dengan company tele-marketing pukul 2.00pm hari tu jugak. Lepas aku ada lagi sorang amoi, turn dia pulak, very friendly & cun gak haha (gatal). Sempat sembang & berkenalan sebelum aku dilepaskan untuk balik & turn dia pulak huhu rupanya sama-sama senasib.  

Petang tu...

11. Balik rumah dulu usha Google Map cari shortcut sambil rehat sebab awal lagi. Bila sampai di company tu, ada 2 orang lagi tunggu. Mula-mula semua senyap dekat luar. Lepas kena panggil ke bilik interview yang sama barulah kami berkenalan & meriah bersembang, padahal sebelum tu nak tengok sama sendiri pun tak hahaha. 

12. Kali ni, lagi sekali interviewer tu dedahkan banyak benda pasal hal-hal inteview ni. Rupanya tugas dia bukan sebagai interviewer, just nak train & naikkan semangat sebelum interview sebenar dengan manager. Sebelum tu dia explain banyak perkara pasal job description & segala bagai pasal culture di company tu. Lepas dengar, banyak benda tak cocok dengan jiwa aku. Tak mampu nak adapt semua tu. 

13. Sempat jugak aku buat role-play, konon kena jual barang on the spot. Aku "jual" bag galas Deuter 25 liter aku tuh. Komen ok cuma agak gugup, sikit tak lancar & lupa nak buat "closing". Pastikan customer (rakan interview lain) setuju nak beli. Habis saja sesi tu, secara personal aku jumpa staf tu cakap nak tarik diri. Aku tak yakin boleh continue dengan semua tuh huhu bukan memilih, sales ni memang bukan benda yang sesuai bagi aku yang pendiam ni.

Balik & Amer Zafri

14. Next day, aku balik serta merta ke Kedah sebab Amer Zafri, kawan masa Foundation UniKL & housemate masa aku sewa di Bangi waktu intern dulu nak singah & tumpang rumah untuk interview di Jitra. Terima kasih banyak dekat budak rumah Pandan sebab bagi aku tumpang rumah. Murah rezeki korang aku doakan. Amin.

15. Sebelum balik, petang tu hampir aku terlewat buka puasa. Dalam 6.00pm, Mat Arip, budak rumah mintak aku hantar dia ke Kg Baru, sebab nak balik Kelantan tumpang kawan. Ok lah settle bab tu. Lepas tu aku pi ke Puduraya cari tiket, tak mahu beli makan di Kg Baru sebab aku rasa sempat sampai Pandan. Sekali salah ambil simpang pulak, ingat-ingat lupa, kena tanya orang kat traffic light. Dah sampai Pudu, kaunter MaraLiner pulak tutup solat. Alamak!. Pilih Mara sebab tepat masa & the only bus operator yang berhenti di Pendang.

16. Sepanjang dalam bas pergi & balik, aku habiskan masa baca novel Ramli Awang Murshid, Rayyan Fantasi. Dah lama beli cuma tak sempat baca. Habiskan novel bersiri Laksamana Sunan, Sutera Bidadari dulu huhu.

17. Err balik cerita asal. Memang luck la si Amer ni. Dia dah ada offer dari 2 company sebagai engineer dengan basic yang boleh tahan. Masih nak cuba company ke-3 ni pulak. Kat Jitra tuh, sanggup mai dari Pahang. Dia sampai pagi sebelum Subuh, ingat nak bawak Sahur kat rumah, tak sempat pulak. Last-last cari mamak tak jauh dari Sentosa. 

18. Pagi awal lagi, sempat sembang pasal hal interview ni. Minta nasihat sikit & bagi dia view resume aku. Haha dia cakap padat & lebih kurang agak serabut. Tengok dia punya simple ja huhu. Tak apa, ada ruang improve lagi. Jalan-jalan dengan ayah sekali dekat Tasik Bandar Darul Aman dulu sebelum interview. 

19. Venue interview tu dekat rumah kedai tak jauh dari Hospital Jitra. Tak percaya ja company boleh based kat situ. Lepas 45 minit, Amer keluar dengan muka selamba. Rupanya dapat jugak! Dia ada 2 hari untuk kata Yes. Aku pulak tunggu 2 minggu untuk company kata Yes/No huhu. Gila bertuah. Lepas tu ayah aku hantar dia ke Stesen Bas Shahab Perdana, Mergong sebab dia target nak iftar di Parit Buntar, rumah awek dia huhu. 

20. Jadi, dalam kurang 4-5 hari, banyak benda jugak yang aku belajar rupanya. Dan perkara tu tak jumpa dalam kelas. Tapi aku fikir, ada baiknya junior didedahkan pasal hal interview ni. Sekurang-kurangnya ada persediaan & knowledge. Aku dah ada mentioned dekat kaunselor fakulti kat Facebook. Harap ada tindakan la. 

Terima kasih banyak:
Tuan rumah: Mat Arip, geng rumah Pandan, Pali, Sablu, Hadi, Syazwang, Mantet

To Amer:
Pandai-pandailah buat pertimbangan yang baik, 
nak pilih mana satu offer, 
luck gila ko, jeles aku


till then, assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment