Introduction
1. Hmm saja tak update blog sebab bukan tak ada idea, malas & tak ada xtvt sangat nak update. Lepas tamat study, masih stay kt KL sebab masih dalam mode happy & masih nak berhuha huha lagi. Lepas huha huha ramai pulak yang susah hati. What to do with your life. Sudah tentu ada plan sendiri, tp kita hanya merancang & cuba untuk laksanakan, tapi Allah juga yang menentukan.
2. Lepas huha huha tu aku masih stay dekat rumah sewa sementara masih ada tempoh untuk duduk situ. Bagi selesai segala isu dokumentasi nak tamat belajar, isi macam-macam form, cari adviser la, dapatkan pengesahan la, pastu baru submit ke office kt campus. Pastu baru aku balik. Sebab duduk KL pon tak ada benda nak buat, duit berjalan macam air tapi duduk lepak ja.
3. Ingat dah selesai, rupanya ada lagi form tak isi, masih ada benda tak ambik kat campus macam form claim, surat tamat belajar, form nak konvo dengan transcript result sem last. Kena la naik balik ke KL. Lepak jab sebab academic adviser tak available sebab pegi audit kolej lain kat Sarawak.
4. Cakap pasal result ni yang tak best ni, ingat boleh la graduate dengan first class degree, sekali dapat second class upper sebab sistem sekarang dah guna kuota untuk result A. Pulak dah. Sebab kadang-kadang terlalu banyak cemerlang & terlalu banyak result memuaskan untuk sesetengah subject. Kononnya tak mematuhi graph normal distribution. Dalam masa yang sama nak jaga standard la sejak dapat status universiti cemerlang ni, aduh. Final year project (FYP) tu 6 credit hour kot, CGPA aku semester sebelum dah 3.45, kalau FYP dapat A, CGPA akan naik lah. Adus. Sudah la soalan final subject lain semuanya ke bulan, ke marikh....(berapa kali aku nak cakap pasal benda ni adui)
Dilemma
5. Tamat belajar ni dilemma terbesar adalah pasal kerja la. Hmm and yes, I'm still unemployed. Secara positive belom ada rezeki. Hmm. Dulu masa campaign universiti suma mulut manis, Yes! anda dikejar oleh industri. Memang la, ada cycle dalam demand la. Kalau bukan tengah cycle, memang tak laku la jawabnya.
6. Apply kerja tu suma benda apply even kelihatan not related. Got one call form recruitment company: "The position that you have applied is not related at all to your background!?, why r?" Karang aku pilih yang betul-betul dalam scope, kata graduan sekarang memilih sangat, aku apply tuh yang related la sebab ada juga aku belajar especially dalam hal management (project management etc).
7. Tanya nya (apply) banyak, respond-nya (reply) tak banyak . Apa yang aku bimbang adalah macam illustration kat atas tu. Mula-mula memang tak ada respond, senyap lama, lepas bila dia mula respond, tak menang tangan. Ni dah mula panggil interview, ok lah, ada jugak panggil nak jumpa kan. At least respondlah dengan email : "Sorry, we are regret bla bla" at least ada jugak respond dari senyap saja.
8. Owh, yes, aku pon ada buat silap dalam excited-nya apply. Satu company iklankan banyak position, so aku apply semua yang related. Lepas tu dapat panggil untuk interview dah pening dah position mana pulak yang aku apply ni. Adus, dah kena sedas masa interview.
"kesilapan = pengalaman = pengajaran = jangan ulang"
Rezeki
9. Serius those yang nakal-nakal lebih bertuah & stabil haha. Geng-geng lawan cikgu lah yang jadi cikgu. Geng yang huha huha tulah yang jadi polis & tentera. Geng yang nampak relax & "survive" tu lah yang laju saja dapat kerja sana sini. Hmm banyak faktor mempengaruhi juga.
10. Statement aku kat atas (no 9) tu bahaya actually, nanti ada pulak sapa-sapa yang merajuk & kecikl hati la. Maaf la, tu bukan maksud aku. Ni aku baca dari perspektif cikgu masa sekolah & lecturer masa study. Geng yg lecturer panggil engineer tidoq tu la yang "jauh melangkah" sekarang ni. Tahniah, aku jealous!!!.
Perancangan
11. Pasal kerja ni patut budak-budak dah didedahkan dengan reality sejak dari sekolah. Laluan kerjaya, positive negative, reality susah senang, bukan asyik promote positive aspect saja, asyik bercakap pasal glamour-nya sesuatu kerjaya. Nanti menyesal kemudian hari. Aku attend Hari Cemerlang sekolah menengah aku baru ni, adik aku dapatlah. Kalau diberi peluang bercakap depan junior, soal perancangan pengajian & kerjaya lah aku nak cakap. Jangan terlalu stereotype & jangan terlalu kejar benda yang kelihatan glamour, yang ternama tu belom tentu berjaya tau!
12. Masa aku form 5, awal tahun aku dah menghadap kaunselor sekolah untuk minta pendapat pasal laluan kerjaya, pilihan kursus di universiti. Aku spend masa berjam juga review semua prospective universiti. Tengok choice apa yang ada, apa yang aku perlu score untuk capai suma tu. Tapi silapnya aku kurang istiqamah, di tengah jalan cepat teruja dengan tarikan lain. Tak "setia" haha
Pilihan lain
13. Trend yang aku nampak bila graduate & tak ada kerja, ada dua trend:
a)sambung master
b)jadi cikgu (KPLI)
14. Erk, kalau nak jadi lecturer tu mungkinlah sambung master. Master sama ada by course (belajar ikut class) atau by research. Aku tak ada bakatlah nak jadi lecturer ni, nanti students lagi besar dari aku -_-". Lagi satu aku dah tak berapa minat nak sambung belajar lagilah. Mungkin kemudian, part time, mungkin...
15. Jadi cikgu?, kalau aku nak jadi cikgu baik aku tak accept offer masuk universiti tapi aku terima saja offer ke maktab perguruan dulu, sama ada Tesol atau ajar math. Dah confirm study untuk jadi cikgu. Tapi family aku dah penuh dengan cikgu lah. Balik raya macam mesyuarat panitia sekolah. Ayah & majoriti pakcik makcik, sepupu yang jadi cikgu, coming soon pon ada. Masuk bidang lain pula lah.
Positive thinking
16. InsyaAllah, adalah tuh, tak ada sekarang, Dia bagi kemudian, mungking Dia nak duga, Dia nak bagi something better? rite?
Note:
Sambung master is not an option sekarang, okay
Thanks to :
Ayah & Abng Joe, my cousin for the interview.
Selamat Berpuasa!!!
till then, assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment