Salam,
"Taktik elak Ulat Tiket!!!" (sila sebut dgn gaya Doremon) haha
1.Hari ni dah msuk hari ke-2 puasa, selain topik apa nak makan masa berbuka, baju raya, kueh raya etc etc, bg orang merantau cam ak ni, isu tiket raya dah jd stu isu penting dan boleh mnjadi amat menakutkan : tiket habis!
2.Ayah ak dah asyik remind suruh beli tiket awai2 takut satgi tiket habis. Dlu boleh la kalo sesak2 bleh tumpang Cik Dan (paksu) balik Kedah masa dia masih blom kawin & stay kt KL. Ni lepas kawin stay sat di KL sblom pindah ke Shah Alam. Huhu malas la nk kacau sbb susah nnti nak adjust masa.
3.Masa stay di Kg Baru dlu, ak selalu pi Puduraya utk beli tiket, bila pindah dok apartment di Sentul Timur ada masa ak beli sja dkt Hentian Putra (PWTC) kalau malas nk p Pudu. Ni dah pindah lg ke Cheras, ak try beli di Bukit Jalil yg la ni jd hentian sementara Pudu tgah renovate. Pelik gak, Pudu tu baru ja renovate pastu la ni runtuh & bina semula. Tak ka membazir duit?. KL Sentral lak hanya megah dr segi nama tp gagal berfungsi sbgai "One Stop Centre" utk semua mode pengangkutan.Fail!
4.Untuk musim raya ni, utk ke Utara, kena naik di Hentian Duta. Ckap pasal Duta ni ak actually malas gila nak pi situ sbb susah nak access. Duduk jauh di pintu msuk KL dgn tak dak langsung train service, taxi yg charge mahal, & shuttle Rapid-KL yg kurang. Ukt ke Selatan akan bertolak dr Bukit Jalil sementara tunggu stesen besar di Salak Selatan siap. Utk ke Pantai Timur lak bertolak di Hentian Putra sebelah PWTC.
5.Ok, balik ke topik tiket td. Beli kt mana pon msti ada ulat tiket atau ejen tiket yg bersepah2 sebok tanya sana-sini, "Nak ke mana ni", "Sya tanya sja". Tak pon bising menjerit "JB, JB, JB" atau mana2 tempat lain. Kadang2 annoying gak, sbb nak jalan susah sbb kena "interview" dgn ramai ejen tiket dgn macam2 cara & taktik. Aku memang tak kan beli punya tiket dr ejen/ulat ni. Susah kalo tiket tu tiket tipu & tak wujud. Tiket/duit burn, last2 terperangkap dkt stesen.Buat naya.
6.Ak teringat cerita kwan ak, Ikram, bdak aviation. Dia penah crita masa tunggu bas di stesen bas Ipoh nak balik Kulim. Waktu tu kami masih di Foundation UniKL, ala versi lain bagi matrix, kiranya Matrix UniKL la di Kulim. Dia kata ada sorang makcik ni tgah bengang dgn ulat2 yg tak habis2 interview makcik ni. Habis sorang, datang lg sorang lg tanya "Makcik nak pi mana?". Akibat bengang, bila ditanya nak pi mana, makcik tu bg jawapan yg buatkan ejen/ulat tiket tu speechless dan terkedu seketika. Makcik tu jwab apa? "Makcik nak pi Padang Arafah, ada tiket dak?". Ok senyap ulat tu. haha padan muka.
7.Aku selama ni ada cara ak sendiri utk elak ulat2 tiket ni. First cara yg aku try adalah dgn jgan tgok muka & mata ulat2 ni. Buat2 tak nampak. Tapi memang la kita yg buat2 tak nampak, tp lepa tu nampak gak kita ni. huhu. Ok.
8.Second tactic & amalan aku sejak 2-3 tahun kebelakangan ni utk elak ulat tiket adalah dgn pengang tiket olok2. Ala selalu kalo naik bas mesti tiket tu akan dikoyak jd 2, satu utk passenger copy, satu lg copy utk staf bas. Aku lak selalu simpan tiket2 lama dlm wallet aku. So bila jalan di Pudu atau mana2 stesen bas utk beli tiket, ak akan pegang tiket tu buat2 aku dah ada tiket. So ulat2 tu tak akan interview lg sbb dlm otak lepa tu aku dah ada tiket. Buang masa ja huhu. Dan terbukti aku tak lg dikacau ulat2 tiket. Bila ak dkat sja lepa tu dah nmpak tiket tipu yg ak pengang. Lagi satu lepa tu mana ada authorization tuk check tiket aku tu.Jd selamat & cepat cikit urusan ak.hehe.
To all:
selamat beramal!
cepat beli tiket sblom abis!
till then, assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment