Commercial

Monday, June 7, 2010

Soalan TERAGUNG UniKL IPROM akhirnya terjawab

Salam

Untuk sekian kalinya dalam sejarah Ins. Product Design and Manufacturing (Fakulti Manufacturing,Management,Product Design) Universiti Kuala Lumpur (IPROM UniKL) bertapak di UniKL City Campus, Bandar Wawasan, Kuala Lumpur, soalan teragung siri ke-2 akhirnya terjawab. Soalan teragung siri pertama IPROM UniKL telah terjawab dengan berpindahnya IPROM UniKL ke UniKL City Campus setelah menumpang kasih di kampus UniKL MIAT, Sepang sejak 2002 hingga 2006 (kalo tak silap).


Bendera IPROM UniKL
Hingga saat ini, 3 fakuti/institut UniKL belom mempunyai kampus yg sempurna & sesuai berbanding 8 fakuti/institut yg telah ditempatkan di kampus sendiri yg besar di serata Semenanjung iaitu : UniKL MESTECH di Kajang, UniKL MITEC di Pasir Gudang (kampus besar MITEC hampir siap) & IPROM UniKL. Smua fakuti/institut ini adalah fakulti baru.

Cubaan IPROM berkampus sendiri kelihatan dgn perancangan utk mengambil-alih Technology Park Malaysia College di Technology Park Malaysia (TPM) Bukit Jalil. Disebabkan masalah kewangan, TPM pon melepas. TPM sangat strategik kerana TPM College adalah pusat kecemerlangan dlm bidang berkaitan industri & mempunyai pusat latihan dgn kmudahan & peralatan termaju. Beruntunglah IPROM jika dapat ambil alih TPM.

Perjalanan & perjuangan untuk mendapat kampus sendiri bagi fakulti kami kelihatan hampir menuju penamat apabila, Pro-Canselor I Universiti Kuala Lumpur pada masa itu, Dato' Noh Omar, ketika sesi Istiadat Konvokesyen UniKL pada tahun 2008 telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk membina kampus kota UniKL yg lebih sempurna di Kuala Lumpur dgn peruntukan RM300juta. Dato' Noh Omar selaku Menteri MeCD menyatakan di hadapan Tuanku Canselor, DYTM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bahawa tiga lokasi di Kuala Lumpur telah dikenalpasti oleh Kerajaan Persekutuan sebagai lokasi kampus besar UniKL. Semua Menteri MeCD adalah secara automatik menjadi Pro-Canselor UniKL dgn Pengerusi MARA juga secara auto menjadi Pro-Canselor II UniKL.


Academic+Convocation Robes for IPROM UniKL
(Degree holder)
Harapan itu hancur lebur apabila kerusi Perdana Menteri bertukar pemilik. PM Dato' Najib bertindak membubarkan Kementerian MeCD sekali gus UniKL kehilangan penaung. Sekali gus perancangan pembinaan kampus & peruntukan itu hilang lenyap begitu sahaja. PM kemudian mengumumkan UniKL ditukar status menjadi Insitusi Pendidikan Tinggi Awam @ IPTA ke-21(ketika itu) tanpa rundingan dgn MeCD, MARA(sebagai pemilik UniKL), UniKL dan mahasiswa UniKL. MARA membantah kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. MARA telah kehilangan ITM (sekarang UiTM) dan tidak mahu kehilangan UniKL pula. Sekali gus mencetuskan suasana tidak menentu kerana tiada penjelasan lanjut utk isu itu. Suasana tidak menentu berlanjutan selama seminggu apabila PM Dato' Najib menarik balik status IPTA pada Jumaat berikutnya dan mengisytiharkan UniKL kekal sebagai universiti tunggal milik MARA. Ketika tempoh "tidak jelas status itu" dikhabarkan yg peruntukan ratusan juta ringgit akan diberi bagi membina kampus besar Kuala Lumpur sekiranya UniKL kekal sebagai IPTA. Setelah UniKL dikekalkan sebagai Institusi Pendidikan MARA (IPMA), peruntukan itu disalurkan kpd Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Sekali lagi harapan utk berkampus sendiri musnah.

Soalan teragung : Bila IPROM UniKL akan mendapat kampus sendiri?

Soalan itu secara rasmi terjawab hari ini Isnin 7 Jun 2010 apabila hebahan rasmi dibuat melalui web portal UniKL e-citie bahawasanya IPROM UniKL dengan ini secara rasmi beroperasi di Shamelin Perkasa, Cheras seperti berikut :


UniKL official announcement

Tetapi sesuatu yg perlu diingat, Shamelin adalah persinggahan utk sepuluh tahun sahaja. Selepas itu? Kerajaan Persekutuan, Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar : sebagai Kementerian yg bertanggungjawab ke atas UniKL selepas Kementerian MeCD dibubarkan, dan MARA sebagai Pemilik UniKL serta teraju tertinggi UniKL perlu memastikan sebuah kampus yg sesuai perlu dibina @ dicari jika anda mahu melihat IPROM berkembang maju seperti fakulti2 lain dlm UniKL.

Kepada Mahasiswa IPROM UniKL:
Selamat datang ke Shamelin & selamat tinggal UniKL City Campus



till then, assalamualaikum



2 comments:

Anonymous said...

bro, sy pnjm bendera iprom wat header wordpress untk assgmt klass it ngan en. zaipul. ni link dia: http://krmiprom.wordpress.com/

Unknown said...

kalau amek asasi sc tech selfsponsored, degree nnt boleh fly tak? atau boleh terlibat dengan mana mana twinning/exchange programme? ke pljr kmkn/kmk je?

Post a Comment