Commercial

Friday, April 9, 2010

Haish !!!

Salam

Haish !!!

Haish ni recently dh jd satu tagline baru di shop floor especially lepas abng Halim balik dr Korea. Selama ni mr Choe sja yg "haish" sorang2. Bang Alim plak yg suka "haish" skarang ni. Di Korea kalo korean berhadapan dgn masalah lepa ni suka sebut "haish!!!". Kalo kita orng Malaysia, segala maknenek carutan keluaq. Lepas tu penyakit "haish" ni dh berjangkit kat hampir suma orng kt shop floor. haha. Ok gak dr mencarut.At least Mr Choe dh ada geng!!! haha

Kerja lala...penat la oi

dah lama aku tak update blog ni, sbb dah dkt dua bulan aku balik keje pukul 1-2 pagi, haish, penat tul. Apa yg aku terkilan & bengang sngat, waktu pagi xda lak keja nak buat, kalo ada pon serba tak kena. Block & accessories tak dak ato tak sampai lg la, layout full sampai tak bleh nak buat CMM (measurement with direct comparison to 3D cad data), software PowerINSPECT tak function la, setting & alignment lari la, plus tetiba Romer Arm tak bleh connect dgn PC & software la, nak connect balik makan setngah hari, kadang plan nak buat benda lain dpt instruction buat benda lain la. Haish!!!. Lpas lunch baru la boleh buat keja. Baru la segala setting menjadi, baru la ada ilham solution utk masalah teknikal babitkan checking fixtures dan waktu petang la baru dapat schedule utk task yg nak kene completekan. So waktu pg buang masa.Penah sekali aku tidoq ja dlm bilik CAD hahaha. Mengantuk gila balik kul 1pg dgn bilik layout tak bleh pakai, apa lg tidoq la. Ala bukan tidoq betul2 pon, just lelapkn mata jab sementara tunggu turn pakai Romer. Disebabkn selalu balik lambat, penat & tak cukup tidoq, arini aku dh capai limit : sakit sngat kepala smpai tak bleh buat keja, msuk kul 9 tgok shop floor kosong sbb smua balik lg lambat dr aku,mybe kul 3-4pagi, so lepa pon msuk lambat. Aku mitak balik umah dr HOD dlm kul 10.30pg sbb dh tak tahan sngat sakit. So arini aku tidoq lpas mkan ubat, p jumaat pon lambat ckit sbb tidoq, so skarang ni dh ok ckit.

Kerja dlm sektor automotive...

Bila aku msuk praktikal ni baru tau camna punya susahnya nak buat kereta. Orng Malaysia ni tau komplen ja bnyak. Satu part kereta ni bnyak gila benda nk kena buat: design msti boleh dimanufacture, quality, material, accuracy, finishing nak kena jaga. Nak kena buat checking fixtures(CF), assembly jig, spot weld jig, lose part jig, die nak pakai sampai 4-5 single simple die, 4 die sja dh boleh capai juta2, one simple CF may cost around RM30k, mcam mana nak jual kereta murah2 kalo production sja telan kos punya banyak. Tu baru aku ckap pasal bingkai tingkap, satu bingkai sja, blom overall part pintu apatah lg satu complete kereta.

Penat juga jd engineer, orng selalu cerita & dengar pasal social status & gaji sbgai engineer tp tak ramai yg bnak cakap pasal keja & tanggungjawab sbgai engineer. Berat & memenatkan. Kena berhadapan dgn segala masalah, kena able utk cari solution, network plak kna strong, kena control orng bawahan lg dgn segala macam perangai & masalah.Haish!!! Tu yg jd cam lecturer aka academic adviser aku yg quit engineer jd lecturer. Dah la balik 1-2 pagi, hari2 pikir pasal keja sampai tak life langsung, masa dgn family pon kurang. Patut la pak su aku gelak ja bila aku ckap nk p praktikal, level dia sbgai supervisor pon busy sampai pagi raya kt rumah, petang raya pon kt kilang. Haish!!!

Fresh grad engineer...

Dlm seminggu dua ni aku ada 2-3 kali buat review dgn customer, yg datang adalah engineer dr several company (cannot name da company for certain reason). Yg datang adalah fresh grad engineer yg baru 1-2 taun berkerja, yg aku tau dr perbualan sesama sendiri. Bnyak sngat songeh diorang ni : mcam2 tak kena & skema : smua procedure kna patuh. Pastu datang buat review tanpa buat homework terlebih dlu, tak tgok spec product & tak tgok drawing dlu. Pastu datang tanya macam2, macam tak pernah tgok & tahu pasal part product, padahal tu part product ko punye barang sendiri, patut ko la tau suma deatil. Pastu bnyak komen, padahal ko & geng ko yg bg approval utk sume decision. Apehal ko kutuk diri sendiri lak trhadap decision yg ko & geng ko yg buat? Dah la machining pon nmpak mcam tak tau. Macam exam la. sebagai pemeriksa, ko mesti la expert & ada knowledge dlm subjek tu sblom nak check orng len betul atau salah. Ni diri sendiri pon goyang, camna nak guide orng len.

Memula aku cam bngang pon ada gak. Tp mula terpikir sesuatu, diorng tu adalah cermin kpd diri aku sendiri. Diorng tu fresh grad engineer dan aku pon bakal jd fresh grad engineer gak. Teruknya diorng tu ibarat teruknya aku nanti. So aku rasa mcam bengang kt diorng tu mcam bngang dgn diri sendiri lak. Adakah aku akan jd cam diorng ???. Adakah aku cukup knowledge utk jd sorang engineer yg baik??? Adakah smua ilmu yg diajar di campus cukup menyediakan aku utk dunia kerjaya??? Hmm sekadar berkongsi pengalaman.

To me:
Its a long way to go.

till then, assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment