Commercial

Tuesday, March 23, 2010

Penat-Tired-Penat

Salam

Penat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Fuh sejak 2 minggu kebelakangan ni agak penat dgn tempat kerja @ praktikal. Selalu bila bunyi loceng 5.30 pm aku dh siap utk balik, punch out & berambus balik, dkt pkul 6.00pm dah smpai kat umah. Boleh la duduk berehat jab tgok TV atopun singgah jab Warta Bangi utk beli apa2 yg perlu. Sekarang ni sejak bermula stage fabrication di shop floor dah mula balik lewat. Huhu nak bwat cana, dlu aku more to management : purchasing, outsource, receive material, material control etc. Skarang dh kna sekali terlibat dlm team fabrication utk checking fixtures yg bertimbun2...adoi. Sepanjang hari bergerak sana sini, bergelumang dgn minyak & kotor, dlu smart bersih je dok dlm opis shop floor haha padan muka, sekali mesin basuh kt umah ada masalah dgn paip lg la malas aku nak basuh seluar dgn jaket tuh. Penat sbb kena operate Romer arm yg memenatkan belakang aku, kena buat fitting sana sini, kalo tak ok maybe kena buat machining skit, kdang2 aku mitak tolong ja staf len utk machining, tp kalo sebok sangat suma orng trpaksa la buat sendiri. Lagi penat dgn arahan yg tak clear, overlapping instruction & interest, management pon kdang2 k.o. . Penattttttt....

Kelebihan yg tak disedari

Actually bnyak benda/faedah yg aku tak sedar, indirectly bnyak bende yg aku belajar/improve.
  1. skill machining yg lama aku dh tinggal : huhu dpat la ingat balik ckit
  2. know how knowledge dlm CF fabrication (fitting, assembly & checking) : benda yg aku patut belajar next sem aku dh dpt scara praktikal sem ni
  3. dpat belajar Romer arm & layout measurement : betul2 praktikal punya, bkan maen2 lg termasuk teknik2 "rahsia" haha
  4. improve social skill : aku nieh segan2 pendiam gitu haha so bila blend masuk dgn pelbagai lapis umur,background,skill,perangai dpt sedikit sebnyak mematangkan aku
  5. improve English @ Manglish : dkt kilang ada sorang Korean , Mr Choe sbgai advisor la, dia ni pakar gak machining & fitting rupanya, so bnyak consult dia nieh utk apa2 benda berkaitan CF, so xkan cakap klantan kot, english la, tp jd manglish haha tambah dgn english Mr Choe ni mesti ada suffix/tambahan akhiran cam kita malayian femes dgn "lah" camtu la korea, kdang2 tak paham pon ada, angguk ja "Yes" haha kdang2 tnya bnyak kali baru paham, huhu xpe lama2 ok lah
  6. politik dan realiti dunia kerjaya : nnti gheja camni la keadaanya pedot oi...


Jd kesimpulanya : aku rindu nak balik campus!!!!!!! eh ???

To me :
dah pi tidoq...

sekian : no comment

till then, assalamualaikum



Saturday, March 6, 2010

Indie Mice - Helah



setelah ku sedari,
betapa sukar diri ini,
untuk memiliki,
hidup yang abadi,

beratnya bahu ini,
memikul beban yang hadir,
segala yang getir,
akan kuhadapi..

jangan fikir yang mudah,
nasib malang akan menimpa,
jika kau tidak bersedia,
musnahlah dan sia- sia,

segala kisah yang kau simpan,
tuk miliki segala yang ada,
mengertilah dan fikirlah,
supaya helah takkan mengena...

till then, assalamualaikum



Wednesday, March 3, 2010

New task : Bidan terjun!!!!

Salam

Hadus!!! ak kena jadi bidan terjun!!! Kena ambil alih tugas staf lain kt company huhu. Sebelum ni task ak lebih kepada shop floor management : pantau perjalanan projek, rekod keluar masuk barang, purchasing, receive material, outsource, detail drawing etc dlm Department Machining & Trial. Tapi utk kali ni ak kna cover task dkt Measuring Department. Dlu hampir2 aku diserap ke Design Center, tp ak xmau la, memang nmpak cam lg selesa dduk level atas dgan environment office dgan aircond lg. Tp duduk lama2 xsyok tp bnyak pressure, tak free, environment static ja, nk bukak music pon xleh (bleh tp tym bos xde la haha). Bila di shop floor bnyak bergerak, bnyak kebebasan, dgn shop floor tertutup ada ckit privacy kt situ. Alah office kt shop floor pon ada air condition gak, bilik CMM beku terus mcam blik measurement kt city campus level 21.

Metrology : room 2107

Abang Halim

Main reason utk ak cover Measuring Dept sbb the only full time expertise,Abng Halim, di-assign-kan task di South Korea. Staf2 laen sume busy dgn task memasing. Memang semua orng multitasking tp xleh la bagi full time commitment di Measuring Dept. jd bdak intra cam aku la kna ambil alih task dia. Utk former task ak lak bos2 len dh amek alih. Almaklumlah, dh darurat, bos2 dh turun msuk shop floor, dlu meeting dlm aircond dkt Obeya Room, skarang meeting berpanas di morning market meeting area kt shop floor. Main task di dept adalah utk siapkan sume projek checking fixtures (CF) secepat mungkin. Task merangkumi :
  1. assembly CF
  2. fitting CF
  3. verify data CF (internal & external-costumer)
Checking fixtures making : Isma in action

Nampak mcam senang ja, tp actually susah gak. Kalo die (acuan) fabrication, die lebih kepada positioning, tepat, boleh masuk dah ok. CF lebih kepada accuracy dalam 0.1-0.2 atau 0.5 micrometer tolerance. Takut gak, keburukan buat task ni bnyak risiko utk kesilapan & accuracy lari boleh sebabkan delay, dan ak kene extra peka. Kelebihannya, ak dapat belajar fixtures satu semester awal, bukan secara teory, tp secara practical : buat sendiri hampir 12 CF, ha, amek kau haha.

CMM room : Cik Dzulkafli tgah explain dkt visitor dari Ins Latihan PERDA Penang
Contoh Romer Arm

Contoh Faro Arm di campus

Utk CF ni ak kena master balik beberapa machining skill : drilling, turning & fitting. Ak kna master juga 2 peralatan utama dlm fabrication CF : Romer Arm & CMM. Romer arm (RA) tu lebih kurang mcam Faro Arm(FA). Cuma Faro ak belajar guna mainly utk reverse engineering, Romer mainly utk accuracy check. CMM = center measurement machine. Kat sini pakai single column. Utk CMM alhamdullillah ak dh boleh operate bende tu, tp Romer ni yg bnyak procedure & step nk kene ikut. Hmm aku ada seminggu shaja utk master RA & CMM. CMM dah ok, just RA ja blom habes explore, dgn software dia lg huhu

Songdo New City, Incheon South Korea : ICSB partner base

To me:
Hopefully ak dapat accomplish task ni sebelum Abng Halim balik dr Korea : dgn jayanya

till then, assalamualaikum