Commercial

Thursday, July 30, 2009

Di dalam dan di luar gelangang

Dalam apa - apa juga situasi, perlawanan, pertandingan, majlis, atau tugasan kerja sekalipun, akan wujud golongan "diluar gelangang". Mereka duduk di luar, sama ada pernah masuk "gelangang" atau sebenarnya seumur hidup pun tidak pernah cecahkan kaki ke dalam "gelangang". Contohnya dalam perlawanan bola, yang main mestilah pemain bola sepak dan yang menonton : sebagai penonton, peminat, penyokong/penyorak pun majoritinya adalah pemain juga. Tetapi tidaklah professional pemain di dalam "gelangang". Lumrah , kebiasaanya orang yang di luar "gelangang" tidak akan pernah puas hati melihat prestasi orang di dalam "gelangang". WAJIB!!! mesti ada yang salah, dan dalam dunia dia sorang sahaja yang betul.

Dia akan menyorak gembira kalau perkara/keputusan dalam "gelangang" memihak kepada dia padahal orang lain yang berhempas pulas untuk mendapatkan keputusan berkenaan. Tetapi jika perkara/kesudahan/keputusan di dalam "gelangang" tidak memihak kepada dia, maka dia (yang di luar "gelangang") akan mula memaki hamun.
"Woi macam pondan!! "
"Itu pon x reti ke!!! "
"Itu pun tak tau ke!! "
"Adik aku pon boleh buat la"
"Kalo aku masuk la...ha ko mesti kagumnye..."
Cuba suruh orang tadi, yang kuat sorak tu masuk ke dalam "gelangang". Cuba tengok, adakah dia sehebat apa yang dia cakap di luar "gelangang" tadi??? Adakah dia lebih hebat dari orang yang di dalam "gelangang"?? Atau dia cuma hebat bersorak sahaja.

Selalunya mereka ini hanya pandai dan menang sorak sahaja. Cakap besar: dia tahu semua benda, dia boleh buat semua benda. Tapi bila dicabar masuk "gelangang" untuk "beraksi", alasan yang infiniti akan diberi.

Bila dicabar :

Penakut dan Pengecut : akan memberi sejuta helah untuk mengelak padahal dia yang cakap besar di luar "gelangang". Sebenarnya dia pun tidak tahu pun dan tidaklah sehebat mana. Cakap je besar, cakap nak gempak.

Pejuang sebenar : akan menerima cabaran untuk "beraksi" di dalam "gelangang". Dia akan cuba sedaya - upaya untuk membuktikan teorinya adalah benar. Dia akan merealisasikan teorinya semasa di luar "gelangang". Jika teori/rancangannya menjadi atau terbukti benar, maka dia akan menuai kejayaan dan ganjaran setimpal atas apa yang dilakukan. Pejuang sebenar tidak akan hanya menyorak di luar "gelangang". Tetapi, jika terbukti bahawa teorinya adalah salah dan tidak berupaya direalisasikan, dia sanggup menerima tanggungjawab dan memohon maaf.

Tidak semudah yang disangkakan sebenarnya. Di luar, kita lihat "gelangang" itu lantainya rata, cantik dan lancar dan orang di dalam "gelangang" itu yang bodoh. Bila berada di dalam "gelangang" barulah kita nampak bertapa bergunung-ganangnya "medan permainan". Penuh ranjau dan "drama".

Penyorak di luar "gelangang" tidak mempunyai hala tuju, perjuangan yang tidak ke mana. Penat sahaja yang dapat. Tetapi jika dia benar seorang pejuang, jangan hanya bersorak, masuk "gelangang" dan buktikan!!!


-Black Antz-


1 comments:

rionix said...

byk sgt post dlm satu page.. lambat gler nak loading..

Post a Comment