Commercial

Thursday, July 30, 2009

Halal ke Haram???

Sebelum apa-apa komen, nak maklumkan aku seorang neutral. Cuma pemerhati keadaan semasa negara. Jadi jangan cakap aku ni sokong mane-mane pihak, cuma nak kita sama-sama berfikir. Jom aku kongsi gambar dan keratan akhbar ni.


Hairan??

Ingat tak dulu satu poster gergasi DSAI pernah didirikan dan menerima kritikan hebat pelbagai pihak dan dihukum haram oleh mufti.

Pelbagai hujah dikemukakan oleh satu pihak bagi mengharamkan poster berkenaan : dari sudut agama dan moral.

Manakala satu pihak lagi pun tak kurangnya berhujah bagi menghalalkan tindakan mereka menaikan poster berkenaan dari sudut legal/perundangan : dibenarkan oleh PBT.

Hari ni, menurut Berita Harian potret gergasi Datuk Seri Najib Razak didirikan di perkarangan Batu Caves. Najib akan membuat lawatan khas ke Karnival Batu Caves 1Malaysia.

Hmm, menarik kan??. Satu poster gergasi di simpang jalan bagi mengucapkan selamat hari raya dihukum haram kerana unsur pemujaan. Jadi apa pulak hukum poster gergasi di kuil Batu Caves??? makruh???

Atau halal sebab "berniat baik" . Kene tengok niat, niat baik tak apa, niat tak baik tak boleh. Jadi kalo berniat baik nak tolong orang, halal lah merompak harta orang???

Sama-sama kita tunggu, apa hukum poster Najib ni


From The Star :

Tuesday October 7, 2008

Council-approved giant cutout of Anwar draws flak

KUALA LUMPUR: The 12.2m high cutout of PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim in Batu Caves has drawn mixed reactions from the residents and politicians.

Selayang Municipal Council president Zainal Abidin Azim said Batu Caves assemblyman Amirudin Shari had submitted for approval the cutout which stands in front of Wisma Keringat in Batu Caves last month and the council approved it.

“I feel there is no reason this cutout should be an issue,’’ he said about the giant structure which is akin to those used to promote Bollywood stars.

However, Barisan Nasional assemblymen who are against the cutout costing RM5,000 that was put up on Sept 28 argued on religious grounds that it would be tantamount to idolising Anwar and that was prohibited in Islam.

Kuang assemblyman Abdul Shukur Idrus said, as a Muslim, Amirudin should know better than to put up the cutout.

“He should have consulted a religious group like the PAS for advice.

“This cutout just shows that the PKR is promoting itself with banners and posters,’’ he added.

Meanwhile, Sungai Burong assemblyman Datuk Mohd Shamsudin Lias said that it was a waste of public funds.

“Although there is a claim that the cutout is to wish the people Selamat Hari Raya, there are many other ways to do it.

“Besides everyone knows who Anwar Ibrahim is,” he said.

Amirudin said the cutout was initiated by activists and residents in the Batu Caves constituency to wish the people Selamat Hari Raya and it would be taken down once the duration date was up.

In Malacca, Umno vice president Datuk Seri Mohd Ali Rustam said the cutout showed that Anwar was idolised by PKR.

“I want to ask PAS whether the party gave the approval for the erection of the cutout,” he told reporters after a visit to the Kota Gemilang project in Ayer Keroh yesterday.

Perlis Mufti Dr Asri Zainul Abidin advised Anwar’s supporters not to be too extreme in their actions such as idolising the PKR leader.

“The action should be stopped immediately for fear that it would become a practise within the society.

“It can deviate the Muslim’s faith.

“I don’t blame Anwar because it was not him who put up the cutout but his supporters should not idolise too much.

“The structure must be brought down immediately,’’ said the mufti.


Kepada politician :
Agama tidak boleh dipermainkan demi kepentingan politik masing-masing tak kira la BN ke PR ke

Kepada rakyat :

Jangan buta!!!
Salah tetap salah walau apa pun niat dihati



Di dalam dan di luar gelangang

Dalam apa - apa juga situasi, perlawanan, pertandingan, majlis, atau tugasan kerja sekalipun, akan wujud golongan "diluar gelangang". Mereka duduk di luar, sama ada pernah masuk "gelangang" atau sebenarnya seumur hidup pun tidak pernah cecahkan kaki ke dalam "gelangang". Contohnya dalam perlawanan bola, yang main mestilah pemain bola sepak dan yang menonton : sebagai penonton, peminat, penyokong/penyorak pun majoritinya adalah pemain juga. Tetapi tidaklah professional pemain di dalam "gelangang". Lumrah , kebiasaanya orang yang di luar "gelangang" tidak akan pernah puas hati melihat prestasi orang di dalam "gelangang". WAJIB!!! mesti ada yang salah, dan dalam dunia dia sorang sahaja yang betul.

Dia akan menyorak gembira kalau perkara/keputusan dalam "gelangang" memihak kepada dia padahal orang lain yang berhempas pulas untuk mendapatkan keputusan berkenaan. Tetapi jika perkara/kesudahan/keputusan di dalam "gelangang" tidak memihak kepada dia, maka dia (yang di luar "gelangang") akan mula memaki hamun.
"Woi macam pondan!! "
"Itu pon x reti ke!!! "
"Itu pun tak tau ke!! "
"Adik aku pon boleh buat la"
"Kalo aku masuk la...ha ko mesti kagumnye..."
Cuba suruh orang tadi, yang kuat sorak tu masuk ke dalam "gelangang". Cuba tengok, adakah dia sehebat apa yang dia cakap di luar "gelangang" tadi??? Adakah dia lebih hebat dari orang yang di dalam "gelangang"?? Atau dia cuma hebat bersorak sahaja.

Selalunya mereka ini hanya pandai dan menang sorak sahaja. Cakap besar: dia tahu semua benda, dia boleh buat semua benda. Tapi bila dicabar masuk "gelangang" untuk "beraksi", alasan yang infiniti akan diberi.

Bila dicabar :

Penakut dan Pengecut : akan memberi sejuta helah untuk mengelak padahal dia yang cakap besar di luar "gelangang". Sebenarnya dia pun tidak tahu pun dan tidaklah sehebat mana. Cakap je besar, cakap nak gempak.

Pejuang sebenar : akan menerima cabaran untuk "beraksi" di dalam "gelangang". Dia akan cuba sedaya - upaya untuk membuktikan teorinya adalah benar. Dia akan merealisasikan teorinya semasa di luar "gelangang". Jika teori/rancangannya menjadi atau terbukti benar, maka dia akan menuai kejayaan dan ganjaran setimpal atas apa yang dilakukan. Pejuang sebenar tidak akan hanya menyorak di luar "gelangang". Tetapi, jika terbukti bahawa teorinya adalah salah dan tidak berupaya direalisasikan, dia sanggup menerima tanggungjawab dan memohon maaf.

Tidak semudah yang disangkakan sebenarnya. Di luar, kita lihat "gelangang" itu lantainya rata, cantik dan lancar dan orang di dalam "gelangang" itu yang bodoh. Bila berada di dalam "gelangang" barulah kita nampak bertapa bergunung-ganangnya "medan permainan". Penuh ranjau dan "drama".

Penyorak di luar "gelangang" tidak mempunyai hala tuju, perjuangan yang tidak ke mana. Penat sahaja yang dapat. Tetapi jika dia benar seorang pejuang, jangan hanya bersorak, masuk "gelangang" dan buktikan!!!


-Black Antz-


Sunday, July 26, 2009

Mandarin, Inggeris atau Bahasa??? dan silibus UniKL


Name tag : mesti submit 2 business card sebagai syarat mendaftar, card tak ada, JPM business card pon jadila hahaha

Bermula 23 - 26 Julai di PWTC berlansung tiga pameran iaitu
20th Malaysia International Food Processing & Packaging Exhibition 2009
20th Malaysia International Sign & Digital Printing 2009
Rubber, Plastic, Mould and Die Exhibition
: berkaitan makanan, percetakan dan pembuatan (manufacturing)

so aku pg la dgan 2 orang housemate/course mate utk tgok Rubber, Plastic, Mould and Die Exhibition atau Rubber PLAS 2009. Tujuannye sbb sem ni aku amek subject core course ak ; tool and die design dgan mould design dgn harapan dpt tambah pengetahuan pasal 2-2 subject tuh, lg satu kalo boleh nk tgok sendiri injection mould machine beraksi ato stamping machine. Last2 sebenarnye pameran jual machine hahaha ngok la tgok nama pameran pon patut dh awal2 tau ape sbenarnye pameran tu. Dkt Hall 1 & 2, (lpas register sbgai student padahal orng len register sbgai wakil industri/kilang haha) tgok keliling cam ade kt somewhere kat Taiwan ato China, nape?? sbb 90% adalah orang Cina. Dimana orang melayu??? Betapa orang kita lebih suka Jom Heboh, hiburan lembik!!!


Made in China

So disini wujud masalah bahasa, sbb bnyak sangat kami nak tanya. pg je msuk both ade la amoi2 atau wakil company sambut tunjuk itu ini. bile tanye dlm BI die jawab "Hah?!" , "Hmm?!", lg terbaik bile tanye trus die bagi katalog trus tunjuk spec machine, padahal tanye bende laen. Baru ak sedar betapa pentingnya Mandarin selain English ngan Bahasa. Memang patut MARA melalui UniKL jadikan Mandarin sebagai subject wajib universiti. Mase Miss Tan ajar dlm klas, sume orang gelak2, masuk lambat, test pon tiru, oral pon tipu, bile jd camni hmm x tau nak komunikasi cam mane.(aku seorang yg sangat beretika tau huhu)

Ade juga yg boleh speaking London, dan ade gak yg sbnarnye bole ckap Melayu. Tp most exhibitor datang dari China dan tak tau speaking pon. Yg cina Malaysia pun ade, dan Bahasa diorng pon lg bagus dari orang Melayu sendiri sbenarnye walaupun diorng adalah orang kilang yg kasar.Ye maybe diorng orang marketing, mulut manis, tp ade beza dr segi adab. Selain tu betapa perlunya kita boleh berkomunikasi dlm pelbagai bahsa laen especially dlm event yg libatkan orng luar. Tidak Allah ciptakan manusia berbeza-beza utk bermusuhan, ttp utk saling mengenali dan bertolak ansur.

Lagi satu pasal silibus UniKL. Ye aku mmang aku xde pengalaman industri, tp dr pengamatan ak td, betapa silibus UniKL memang seiring dgan kemajuan teknologi di luar campus. Ape yg tertulis secara teori terbentang secara practical dlm pameran td. Memang sebijik - sebijik ape yg dlm buku dgan ape yg ade kt pameran td. Tgok sendiri segala machinery dan harga satu-satu machine yg brnilai ratusan ribu ringgit, buat aku berasa mmang patut utk jage peralatan universiti yg jauh lbih mahal dr pameran td. Ye tu universiti punye, buat ape nk jage, tp ingat la junior kite pada mase dpan yg akan pakai machine tu akan maki :
"Sape la bodo sangat ni pakai bg rosak ni !!"

Pneumatic and hydraulic workbench


Kalo kite pun akan marah sbb x leh pakai sesuatu peralatan kerana dirosakan oleh orng sblom kita, so jgan buat cam tu. Satu digital vernier caliper dr jename x trname dr China pun RM280, ini kan famous Mitutoyo dr Jepun...huhu kt lab jd bahan mainan je...alatan precision kt lab satu kotak boleh beli Kancil..padahal xde la besar mana...huhu..satu workbench pneumatic or hydraulic pun kos RM 100,000 plus hmm ade berapa banyak workbench dkat Level 23 UniKL CC....dengan harga satu workbench boleh beli packing machine atau satu machine pemperosesan minuman, yg boleh cuci, isi, seal, label, pack trus dkt pameran tuh...dah boleh bukak kilang kecil dah....haha

Mitutoyo digital vernier caliper

Kepada student UniKL : hargailah peralatan yg kita ada walaupun rasa cam x best sbb susah gak sebenarnya nak dpatkan machine/facilities berkualiti, dah la sorang satu lg..

Kepada bangsaku : jgan terlalu mengejar hiburan, kitakan ketinggalan


-Black Antz-