Salam
Untuk kali pertamanya, aku p Dataran untuk tngok LIVE
Istiadat Mengarak Panji - Panji Di-Raja
sempena Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong
aku actually sampai lambat cikit,
dari atas Star boleh nampak pembawa panji-panji dah beratur depan Agong
hmm tp sempat lagi, sempat la tgok dlm 2-3 round perarakan
diorng akan menerima panji-panji dan akan mengarak panji-panji
dengan berkawat mengelilingi padang Dataran
tujuanya utk tunjukkan kepada semua Panji-panji tuh
lepas habis pusingan padang, berulah menghadap semula Agong
untuk kawad mara menghadap, untuk serahkan panji-panji
kepada pegawai unit masing-masing
sebagai tanda istiadat dah tamat.
Panji-panji Di-Raja dikurniakan oleh Agong
kepada unit-unit tertentu dlm ATM sebagai pengiktirafan
terhadap sumbangan unit-unit berkenaan kepada negara
Unit yg menerima panji-panji akan menerima gelaran "Di-Raja"
Panji-panji akan disimpan di pejabat pemerintah unit masing-masing
dan perlu dibawa ke medan perang kalo perang meletus
sebagai simbol maruah unit dan angkatan tentera
untuk anggota unit berjuang bermati-matian bg
mempertahankan panji-panji
Panji-panji sebagai ganti diri kepada Agong
jadi panji-panji perlu dijaga sebaik mungkin
umpama Agong itu sendiri
Panji-panji yang rosak dan perlu diganti akan
dikembumikan dlm satu istiadat khas
disebabkan statusnya sebagai lambang maruah unit
Jika panji-panji terkoyak, hanya isteri
kepada pegawai memerintah sahaja yg boleh
menjahit / membaiki kerosakan / koyak pada
panji-panji, ini satu penghormatan dan
lambang ketertinggian panji-panji.
so kat bawah ni adalah koleksi gambar2 yg sempat
aku snap, walau orng ramai dan kawalan yg
agak ketat dari polis dan polis tentera
Layan!!
2nd round RAMD membawa panji-panji
RAMD semakin menghampiri
5 Bintang adalah khas untuk Agong
bukan la, ni simbol pangkat bagi Leftenan Jeneral bg Tentera Darat
This is Diplomatic Mission of USA
(battle ensign)
2 comments:
wei..
ko dtg sini sama sape??
jadilah followers aku..
datang nel lrt la
ko jd follower aku dlu
baru ak jd follower ko
haha
Post a Comment