1. Fuhh busy gila dlm seminggu dua ni, tak sempat nak online lama2, especially sbb final exam, completekan thesis, pastu merayau separuh Semenanjung Malaysia, xdan nak update blog, bnyak gila benda nak ak kongsi huhu.
2. 12 May lepas adalah hari terakhir aku masuk dewan exam sebagai student Degree huhu. Subject last adalah Project Operation & Management (POM) yg diajaq sendiri oleh Deputy Dean, Assoc Prof Dr Razif. Paper aku utk last sem ni ada 4 ja, start dgn Quality Management (QM), Innovation Management (Inno), Six Sigma Methodology (6S) pastu POM. Suma subject management, fuh, nak jd engineer la katakan.
Academic for final sem
3. Yg bestnya subject2 ni di-pack dlm satu hari, hari Isnin semuanya tuk lecture, hari lain cuma satu sesi sehari tuk tutorial. So Isnin adalah hari sebok dr pagi sampai petang dgn lecture. Apa yg buat lg menariknya, disebabkan suma subject ni related & completing each other, lecturer cam berpakat lak, setiap Isnin mesti ada tema, iaitu issue yg sama dikongsi/dijadikn contoh dr lecture 1st sampai last. Contoh pasal buat batik, start dgn POM cerita pasal operation, sambung 6S camna nak improve, sambung dgn Inno camna nak bg menarik/variety pastu sambung dgn QM camna nak control quality. Fuh camtu lak. Kalo tak paham xtau lg nak cakap pa.
Suasana study utk paper last kt rumah sewa, ni actually classmates yg datang rumah ramai2 |
4. Final exam yg paling final ni agak ber-drama cikit. Selama 4 taun jd student degree ak tak penah terpengaruh dgn soalan ramalan, hint & bukan amalan ak utk study past year/sem question paper melainkan utk tgok format & cara soalan ditanya. Tp sem last ni ak bleh terpengaruh lak. huhu. Sbb kali ni cam bnyak lak hint dibagi, so sedikit sebanyak ak terpengaruh gak utk scrutiny hint tuh.
5. Ntah mcamana ak bleh buat note complete pasal berdasarkan hint tu pastu tersebar satu batch aku huhu. Suma dok pakat guna note aku tuh, sbb ak buat dlm softcopy, memang senang la tersebar. Memula bg kt bdak2 umah ak ja, pastu sampai campus tgok classmates siap print color lg note aku tu, hampagas haha camna bleh dpt note aku yg latest gila tanpa pengetahuan aku, sbb yg paling latest ja ada color2 suma tuh. Xpa2, kongsi ilmu, dpt pahala huhu
6. Abemu cakap dia hack laptop aku. Yelah tuh, second paper ak tak bg note dah, cakap pandai hack, ambek la sendiri hahaha
7. Apa yg jd dramanya kat sini, disebabkan terlalu taksub dgn hint tuh, ramai la yg dok study note tu saja. Pastu suma masuk dewan exam dgn excitednya sbb memang confident. Sekali soalan keluaq lain atau hanya hampir 40% sja sama. hahaha bengang suma.
8. Alhamdullilah ak bleh jawab sbb ak tak berapa bergantung kpd hint suma tuh. Ada gak ak goreng pakai theory subject lain sbb suma subject adalah related sesama sendiri. Ramai keluaq dewan dlm keadaan kuciwa, balik rumah suma pakat lepas geram kt FB huhu.
9. Ak tak suka tgok last sem punya paper sbb soalan universiti xdak pattern cam soalan SPM yg kita bleh ramal naik apa. Lg satu setiap lecturer lak ada style masing2, so lain lecturer lain style. Lecturer yg sama setiap sem bleh berubah bentuk soalan bergantung kpd keperluan semasa subject tu pada sem tu. Sem lepas bleh jd mudah/payah dah sebaliknya sem ni. Apatah lagi bila subject yg sama tp diajar oleh lecturer yg berbeza. Contoh, fixture 2 sem lepas diajar oleh Dekan, 1 sem lepas diajar oleh Sir Sangeth, so corak & cara soalan akan berubah.
10. Ak tgok ramai yg suka bergantung dgn soalan lepas, study gila2 pastu soalan taun ni tak sama atau lain dari expectation. Akhirnya frust. Jd pengajaranya, study lah betul2 huhu Setakat nak tgok format soalan & cara soalan ditanya tu boleh la, tp jagn harap soalan tuh sama akan keluaq walaupon soalan yg sama ditanya utk 3-4 sem sbb segala kemungkinan bleh terjadi.
Final Year Project Thesis
My Thesis |
11. Alhamdullilah ak dpt completekan thesis aku walaupon submit lepas minggu ke-17. Sebab? sbbnya adviser ak, Sir Noji baru balik dr German dan waktu dia balik memang tgah2 final exam. So team ak hanya dpt submit thesis bila dah lecturer check & bg approval. Sir sendiri ckp inform admin kalo ditanya knapa lambat sbb adviser baru balik dr oversea huhu.
12. Fuh berakhirnya life ak sebagai student degree bila submit thesis & buat clearance. Rasa cam baru seminggu dua register huhu. Layan gambar masa orientation.
Group aku masa orientation: ni kat Tasik Perdana KL, Treasure Hunt |
Ni masa briefing kt UniKL City Campus |
Kenangan orientation: cari aku haha mudah ja |
To classmate:
Ntah bila kita dapat jumpa ramai2 lagi huhu & selamat cari kerja
To adviser:
Thanks a lot Assoc Prof Mat Noji
Hope for this sem result:
Hopefully dapat naikan CGPA supaya dpt grad 1st class.Amin!
till then, assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment