Commercial

Wednesday, September 23, 2009

Konflik kepentingan media, fakta & kematangan berfikir


Indonesia - Malaysia - Singapura
(tiga serumpun)

Belum habis isu Ambalat, timbul isu Manohara, timbul pulak isu Tarian Pendet, dijadikan modal media Indonesia untuk menyerang Malaysia. Belum selesai isu tanah KTM, duit caruman pekerja, rundingan harga air dgan Singapura, timbul pulak isu makanan. Mangsanya Malaysia.

INDONESIA - MALAYSIA

Tamatnya Konfrontasi yang berpaksikan Parti Komunis Indonesia dengan tumbangnya rejim Sukarno, disangkakan tiada lagi masalah berbangkit antara dua negara. Malaysia pada waktu itu memandang tinggi Indonesia sebagai sebuah negara yang besar, kuat, dan maju dari aspek ekonomi. Didiami dengan satu bangsa yang punya harga diri yang tinggi dan bertamadun. Tetapi semua itu dahulu. Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) tidak segah dulu. Rakyat NKRI tidak lagi sematang generasi dahulu. Semuanya berasaskan emosi bukan lagi logik dan fakta. Tengok ja drama@sinetron, semuanya berteraskan emosi. Emosi yg berfikir, bukal akal. Marah cikit, bergaduh; apa yg dituduh semuanya betul. Padahal isu kecik ja. Semuanya terima kasih kepada Suharto. Negarawan yg membenarkan demo berleluasa di NKRI. Tak puas hati demo, marah cikit demo. Akhirnya dia sendiri tumbang dengan demo mahasiswa yg mengepung Istana Merdeka. Isu tarian pendet jugak berteraskan emosi, bukan fakta.

Faktanya:
  1. Tarian itu memang milik NKRI. Malaysia tidak pernah mendakwa tarian itu berasal dari sini.
  2. Syarikat Singapura yg menghasilkan iklan tu, bukan Malaysia.
Berapa ramai keturunan dari pelbagai suku kaum puak Indonesia yg menetap di Malaysia, salahkah jika orang Jawa Malaysia menari dan makan dgn tarian & makanan Jawa di Malaysia, salahkan orang Minang di N9 mengamalkan budaya Minang di Malaysia. Republik Rakyat China pon tak pernah marah dan melarang orang Cina di Malaysia menarikan tarian naga semasa CNY, malah berbangga lagi. Tanda suatu bangsa dan budaya itu hebat adalah ia diterima ramai di serata pelusuk dunia. Bukan menghadkan budaya berasaskan sempadan politik. Sebenarnya banyak budaya Indonesia itu sendiri tidak asli, bnyk yg ditiru dari India. Kain pelikat, sirih, segala adat dan tradisi Hindu berasal dr India, bukan Indonesia

MEDIA & INTERNET

Suatu perkara yg rakyat Malaysia harus sedar, media di Indonesia tidak sekecil di Malaysia. Di sini pusing2 jumpa balik BH, Utusan, The Star, NST, Nan Yang Siang Pau, Tamil Nesan etc. Dekat sana tak terkira banyaknya surat khabar, belum kira tabloid; stesen TV berapa banyak, stesen radio lak berapa bnyak. Jadi persaingan sengit. Media mesti memberi berita yg baru, eklusif dan tak sama dgn pesaing, Demo 5 orang pon masuk TV. Nampak tak?? Media perlu cipta suatu isu, walau kecil utk persaingan. Media yg mengapi2kan sentimen anti-Malaysia di NKRI. Berita mesti panas, utk bikin orng lg panas, so rating TV akan naik, surat khabar akan laku. Di tambah lg orng NKRI yg emosional lg senang media cari makan. Nak tambah perisa lg, buka lak portal berita online. Lg kecoh la dunia maya dengan perang maya dua negara. Nak tunjuk patriot lg serang dan hack website kerajaan dgn agensi perlancongan Malaysia. Ada kumpulan2 jalanan yg nak tunjuk hero dgn mengepung bangunan milik Malaysia; kedutaan, konsul2 diplomatik, pejabat perwakilan, kediaman rasmi & persendirian, bank & pejabat komersil. Ada orng Malaysia buat macm tu disini??

Lebih baik Indonesia tumpukan kpd negara sendiri dr sibuk kacau negara orng. Banyak rakyat disana yg tak cukup makan, banjir, gempa, rasuah & penindasan .Itu lg berfaedah.

MALAYSIA - SINGAPURA

Merlion, Singapore


Belum reda isu Malaysia - Indonesia, timbul pulak isu Malaysia -Singapura. Isu2 penting sebelum ni pun belum habis, timbul lak isu makanan. Kononnya coti canai, nasi lemak, nasi ayam ngan tah apa lagi sebenarnya berasal dr Singapura. setidak-tidaknya lg sedap dr Malaysia. Hadoi...tolonglah. Rmai family aku kt Singapura actually. Tak pernah pon bising pasal hal ni. Datng sini makan ok je. Singapura hakikatnya adalah jajahan Empayar Melaka dngn Johor. Jelas bahawa orng Malaysia yg membuka Singapura, bukan Stanford Raffles. Raffles cuma buka pulau tu kepada Eropah. Jelas bahawa Singapura mewarisi budaya Melayu Malaysia semasa pemerintahan Johor dahulu. Sama kes macam orng Indonesia ke Malaysia dan bawa budaya bersama. Roti canai tu bukan Melayu yg punya, India yg bawa, jd tak da hak sesiapa pun nk mengaku coti tu mereka yg punya.

Dari kita fokus isu kecil macam makanan ini baik settle isu besar macam isu kedaulatan pulau2, isu air, tanah, jambatan, dgn duit caruman pekerja.

-Black Antz-

1 comments:

Zikri Husaini said...

isu jpm iprom....tak warwarkan??? tiada pengganti ingin mengantinya...

Post a Comment