Commercial

Saturday, October 15, 2011

Aku sudah konvo!


السلام عليکم

Yahooooooooooooooo!!!!!
Akhirnya turn aku pulak yang konvo. Wah gumbiranya!
Amaran: Posting panjang sebab aku on the mood nak menulis :P


PREPARATION

1. Punya semangat nak konvo sampai jadi tukang hebah/cakap tak bertauliah untuk fakulti aku. Jenuh menjawab soalan dekat Facebook dengan jawab call tanya itu ini pasal urusan konvo (bongkak) Hehe. Aku selesaikan semua urusan konvo dalam masa satu hari. Senang cerita. Tangguh nanti lupa pulak.

2. Cuti untuk attend konvo dah mintak awal siap attach dengan invitation letter lagi. Cuti cover hari rehearsal dengan hari nak travel balik. Family mai ambil aku di Penang sebelum bermalam di Shah Alam, rumah pakcik.

3. Jumaat pagi adalah hari untuk briefing pasal tatacara konvo dengan rehearsal sebelum ambil jubah. Sebab aku VIP -_- so sampai lambat “sikit”. Briefing dah tamat dan semua dah keluar dari Plenary Hall, Putrajaya International Convention Centre menuju ke Hall 8-9-10 untuk ambil jubah huhu.

4. Ramai gila orang. Nampak ramai kawan dari fakulti lain, tapi tak sempat dan tak terlayan nak tegur dan sembang lama-lama. Semua rushing sebab dah nak kejar solat Jumaat dan ramai nak balik huhu.

5. Sebagai mahasiswa ijazah sarjana muda, aku dapat jubah (robes), selendang (hood) dengan topi (mortar board). Hood fakulti aku warna hijau kuning hehe Kedah beb. Owh company yang provide robes adalah Ede and Ravenscroft, company yang berkhidmat untuk keluarga di-raja United Kingdom sebagai penyedia dan pembekal jubah/pakaian istiadat rasmi termasuk baju uniform yang dipakai Prince William, Duke of Cambridge semasa Royal Wedding haritu.




6. Company dah gempak, Cuma service kurang memuaskan especially dalam handle pengambilan jubah dekat Hall 8, 9 & 10. Ramai serbu, bersesak dan berdiri dengan lama. Kadang sampai tak berganjak lansung untuk berapa lama. Ramai tak tahan, apa lagi riuh rendah bersorak. Last sekali, budak-budak ni rempuh masuk jugak Hall 9.

Bukti kehuru-hara-an
7. Jadi lambat rupanya sebab setiap graduan kena cuba pakai penuh academic dress, sebab nanti kalau tak sesuai boleh tukar on the spot. Tu punca dia. Nasib staff kat dalam okay. Melayan saja aku yang banyak karenah nak cuba satu-satu sebab mortar boards aku salah saiz. Selesai dekat jubah etc.

8. Keluar jumpa budak UniKL MIAT, sebelum tu budak-budak UniKL MFI dengan UniKL MICET. Sembat sembang-sembang sebelum ayah aku call nak balik sebab penat. Malam tu pi tengok i-city Shah Alam dengan family sebab lepa belum pernah sampai situ. Pakcik dengan makcik aku pun ikut untuk guide jalan.

CONVOCATION: FIRST DAY

9. Actually aku punya session hari kedua. Tapi hati ni memberontak jugak nak pi tengok session first day sebab ramai graduan degree akan ambil scroll hari first. Selalunya semua graduan degree akan ditempatkan dalam satu sesi dengan penghormatan bila semua graduan akan dapat scroll dari Tuanku Canselor, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Tapi tahun ni pecah jadi dua hari. Owh kecewa. Kalau tak dapatlah menghadap sendiri Tuanku Canselor.

10. Sebab? Mungkin tahun ni beberapa fakulti-kampus untuk pertama kalinya graduan masing-masing konvo, macam UniKL Mestech (first bacth diploma/pioneer batch), UniKL MITEC pon sama jugak. Jadi untuk honour generasi pertama ni lepa diberi ruang dengan Tuanku. huhu

11. Hasrat nak pi tengok tu tercapai bila Afiq, bekas budak rumah (design engineer dyson) call cakap nak ajak teman tengok first session. Sebab ramai gila geng dari fakulti-kampus lain dalam sesi tu. Sebab jalan jem di Shah Alam, jadi sampai lambat huhu sempatlah aku pulangkan jaket Amer UniKL MFI yang dia tertinggal dekat rumah aku haritu, bagi kat adik dia budak UniKL MIMET, jumpa sikit budak-budak UniKL MFI dengan MIAT. Petangnya pi lepak Keramat dengan bekas budak rumah, Pakya

CONVOCATION: SECOND DAY: My Turn!


12.Siap subuh terus bertolak ke Putrajaya. Huhu sampai awal jugak. Sampai saja dekat level Concourse, terus siap pakai blazer, jubah etc. Siap awal senang, dah la renyah sikit nak pakai semua tu. Pin sana pin sini.

13. Siap pakai, apa lagi sesi bergambar lah. Tak tahu macam mana nak describe perasaan bila pakai penuh jubah tu, bergambar dengan mama dengan ayah huhu. Semakin lama makin banyak yang sampai, tapi relax ja tak pakai pun jubah. Sebab tak tahu macam mana nak pakai haha.

14. Dengan muka tak malu aku jadi advisor budak-budak ni macam mana nak pakai. Tolong si Afiq tuh dengan geng-geng lain. Dah siap pakai pon semua masih dengan muka tak bersalah duduk lepak dibawah padahal dah pukul 7.45pagi, patut semua dah beratur dekat level atas ikut course dan fakulti-kampus masing-masing. Staff universiti pon relax je, tak ada rushing kejar kami, maka kami pon sambung sembang hahaha -_-

15. Bila dah pukul 8.00am lebih barulah mula bergerak naik level atas. Hmm sesi aku ni disempurnakan oleh Pro-Canselor II Universiti Kuala Lumpur, Dato’ Idris Jusoh selaku Pengerusi MARA. Semua Pengerusi MARA secara ex-officio(automatik) menjadi Pro-Canselor II. Menteri di Kementerian yang bertanggungjawab ke atas MARA pula secara secara ex-officio(automatik) akan menjadi Pro-Canselor I, sekarang ni Menteri di Kem Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Shafie Afdal. Sebelum ni Pro-Canselor I adalah menteri-menteri di Kem Pembangunan Usahawan dan Kooperasi (MeCD) sebelum MekD (MeCD) dibubarkan dengan bangganya oleh PM Dato’ Najib Razak. Dato Shafie Afdal tak nampak lansung sepanjang dua hari konvo, tak tau la dia pi mana.

16. Woohh bestnya bila perarakan masuk graduan ke dalam dewan. Pergh! rasa puas sangat dapat sampai ke hujung pengajian on-time huhu. Selesai masuk semua, masuk pulak Pro-Canselor II dengan iringan Vice Canselor/CEO/President UniKL, Pengerusi Majlis Senat dan Lembaga Pengarah UniKL dengan para dekan. (Sebenarnya Majlis Senat dengan para dekan tu adalah orang yang sama :P)

17. Hmm macam biasa, nyanyi lagu Negaraku, lagu UniKL (Nakhoda Kemajuan), lagu MARA, baca doa dan ucapan VIP. Dato’ Idris Jusoh boleh pula bagi tiga pantun, secara ringkasnya: Pertama pasal balas jasa ibubapa, kedua pasal berbakti pada negara, dan yang ketiga yang buat satu dewan gelak: Jangan lupa bayar hutang MARA hahaha siot.

18. Sesi start dengan graduan degree UniKL MIIT (IT) dulu, baru kami, UniKL IPROM (manufacturing/business management/design) diikuti oleh UniKL MICET (bio-chemical). Then baru graduan diploma pulak. Sesi selang seli dengan persembahan nyanyian dari koir UniKL yang memang class.

19.Nama sorang-sorang dipanggil ke atas pentas. Gemuruh rasa, budak rumah aku, Pali yang lead senarai untuk course aku sebagai course pertama dari fakulti aku naik ke pentas. Apa yang lawaknya Pali ni, mulut masih dok mengunyah muffin (dari goodies bag) haha bengong. Untuk setiap fakluti-kampus, dekan masing-masing akan teman dekat atas pentas huhu so Assoc Prof Dr Raja Aziz Maarof yang juga lecturer aku berdiri dekat podium sambil wish tahniah dengan muka gembira, ada sebab kenapa beliau antara dekan paling happy sesi konvo tahun ni.

20. Sampai turn aku, berjalan ke arah Pro Canselor, salam, ambil scroll dengan posing dekat photographer. Wah aku dah konvo!!! Mama dengan ayah ada juga dalam dewan mesti terharu punya T_T. Adik-adik aku tak dapat masuk sebab quota cuma dua orang, tengok dari screen besar dekat luar.

21. Dato’ Idris Jusoh sebelum tamat sesi ke tiga, hari kedua sempat berucap dan mintak kami semua bangun untuk ucap terima kasih dekat semua lecturer sebelum semua pusing belakang untuk honour parent masing-masing dengan lambai ke arah tempat duduk ibubapa di atas, ada graduan degree macam aku lambung mortar board (topi), termasuk aku la hehe rasa macam nak nangis saja waktu tu.

22.Dato’ Idris Jusoh ni nak jadi muda balik kot bila beraksi macam pop star bila perarakan keluar turun dari pentas bila beliau dengan selamba angkat tangan dengan isyarat peace (V) erk dato ni bukan pentas konsert -_-

23. Hmm kenapa dekan aku happy? Sebab fakulti aku adalah fakulti pertama dalam sejarah sepuluh tahun penubuhan UniKL melahirkan dua orang graduan sarjana (master), brother Firdaus dengan Shahrel. Dua orang ni actually student master bawah supervision dekan sendiri dan juga tutor untuk course dan kelas aku semasa sem 5 dulu. Memang kenalah secara peribadi walaupun tak rapat, sempat gak buka puasa sekali dengan satu kelas kami masa Ramadan 2009 di Steakhouse Kg Baru Lounge.

24. Lagi satu, sorang dari dua orang penerima Anugerah Majlis Universiti pun dating dari fakulti aku juga, Nur Hazlinda Azleen, aku pangil kak leen saja. Sekarang ni kerja dengan Shell Malaysia, jawatan tinggi gak, Dean’s List straight dari sem 1 sampai sem 8. Ha hambik hang. Sorang lagi recipient pon bukan orang lain, budak UniKL MIAT, sama-sama masa Foundation UniKL dulu, Qadijah Azdmir. Siap masuk paper lagi semua 4 orang ni. Sorang lagi, penerima Anugerah Canselor (anugerah di-raja), budak UniKL MITEC, lupa nama huhu. Apa-apa pun tahniah!

UniKL official report for this year convocation. Click here

Highlight for previous convocation, Clickhere

25.So layan gambar!

Top: Beratur ikut course, Pali (left) | Bottom: Dah masuk dewan
Sempat lagi bergambar masa beratur nak naik pentas
Alhamdulillah: akhirnya

Top: semasa VIP baru masuk | Bottom: semasa persembahan berlangsung
Penangguhan konvokesyen oleh Pro Canselor II
Bersama mama dan ayah: di dalam dan di luar dewan; sebelum dan selepas majlis
Kenangan manis: Top: bersama top person dalam universiti, from left Dato' President, Ayah, Pro Canselor II, aku dan Dato Pengerusi Majlis Universiti dan Lembaga Pengarah | Bottom: bersama keluarga tersayang
Left: dgn senior, Ron, bekas penerima Anugerah Majlis Universiti | Right: bersama Dato Dr Adham Baba, Pengerusi Majlis Universiti & Lembaga Pengarah UniKL
Top: bersama Dekan, Assoc Prof Dr Raja Aziz Ma'arof (center) | Bottom: bersama Dekan UniKL Mestech dan former Director of UniKL Center for Foundation Study; Prof Dr Rahim Md Noah
Bersama kawan-kawan satu fakulti dan dari fakulti lain (yg konvo first day)
L: tgah Azlan Syarif, UniKL Miit, color hood merah-kuning | R: bersama Pakya, budak rumah & bekas President Student Council yg skarang dah kerja dgn CIMB
Yeah!!!

CONVOCATION: Kronologi, aku dan tema warna

2007: baru masuk, belum actively involved dengan apa-apa event/secretariat

2008: Theme colour: Red
First time terlibat, waktu tu masih junior. Jadi secretariat biasa saja.

2009: Theme colour: Blue
Aku dah melonjak naik jadi program director (dah jadi senior sikit)
Macam biasa free access ke sana sini haha :P.

2010: Theme colour: Yellow
Aku just attend untuk celebrate senior-senior yang berkonvo dan ambil semangat sempena final year sebab fakulti aku dah pindah keluar dari City Campus, so main secretariat budak baru pulak ambil alih, no more free access -_-

2011: Theme colour: Red
Aku yang konvo! Yeah!!!


Flower from my lovely sisters
Kepada semua yang grad dan konvo bagi sesi tahun 2011 ni,
tak kira universiti mana, tahniah untuk semua, alam kerja menanti kita.

Kepada classmates yang masih berjuang, teruskan usaha! and good luck!


till then, assalamualaikum