Commercial

Sunday, March 25, 2012

Energy Manager Training

السلام عليکم
Event: Maesco Energy Manager Training Course 
Date: 19-23 March 2012
Venue: Eastin Hotel, Penang 


1. First thing, don't get the wrong idea. Aku bukan manager di kilang ya, aku masih engineer/executive. Thank you.

2. Pihak company telah menugaskan aku bagi menjalankan aktiviti pengurusan & penjimatan tenaga (baca sebagai elektrik). Keperluan ni adalah berdasarkan Peraturan-peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Dengan Cekap 2008 [P.U.(A) 444/2008]
dibawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447). Tapi ada syarat...

3. Peraturan di atas menetapkan, secara kesimpulan, yg mana kilang (dan seumpama) yang mengunakan atau menjana elektrik melebihi 3,000,000 kWh dalam tempoh enam (6) bulan berturut-turut adalah tertakluk kepada peraturan di atas.

4.Peraturan di atas menetapkan, keperluan untuk melantik seorang Pengurus Tenaga (Energy Manager) yg berdaftar dgn Suruhanjaya Tenaga (ST). Energy Manager ni perlu menjalankan tugas secara kasar seperti dibawah:
(a)-audit & analisis penggunaan tenaga elektrik
(b)-nasihat untuk pelaksaan aktiviti pengurusan/penjimatan tenaga
(c)-pantau keberkesanan aktiviti di atas
(d)-simpan & selia rekod pengurusan tenaga
(e)-buat laporan berkala (6 bulan/1 tahun/ 2tahun)

5.Kelayakan untuk menjadi Energy Manager? 
(a)-warga negara berusia 23 tahun ke atas, dan
(b)-seorang Professional Engineer (Ir) yg berdaftar  bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138] dengan 6 bulan pengalaman bekerja berkaitan, atau
(c)-pemegang ijazah Sains, Kejuruteraan, Seni Bina atau yang setaraf dengan pengalaman kerja berkenaan selama 1 tahun, atau
(d)-ada Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh  Suruhanjaya sebagai seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik atau Jurutera Elektrik Kompeten dan mempunyai sekurang-kurangnya sembilan bulan pengalaman kerja berkaitan

so aku dikira dalam kategori (c) la, tapi tak ada satu pengalaman -_-

6.Ops, belum tamat lagi. Untuk bertindak sebagai Energy Manager, seseorang tu kena buktikan pengalaman kerja dgn submit report kerja/projek/study ke ST untuk penilaian. Lepas tu candidate akan di-interivew oleh panel ST. Bila dah lulus interview barulah boleh register sebagai Energy Manager yg legal & bertauliah. Jauh lg perjalanan aku. Dalam negara ni tak ramai Energy Manager: sila clik dan pilih ikut negeri.

6.Tak apa, sebab tu kena attend course ni untuk bagi idea & knowledge berkaitan. Pergh yg attend suma otai dalam industry, ada dua orang saja yg fresh grad termasuk aku, sorang safety officer dan yang lain tu suma well experienced engineer dgn sorang senior lecturer UTeM berpangkat Ir. Hadoi. Mostly dari Utara dgn lain-lain dari Tengah & Selatan.

7. So 5 hari duduk hotel, ehem aku dok rumah saja sbb venue tu dekat sangat dgn rumah. Aku di Batu Uban & hotel tu di Queensbay saja. Jalan pi kilang hari-hari. Banyak belajar benda baru especially pasal motor, air cond, air compressor etc.

8. Yang datang jadi trainer pun bukan calang-calang:
Principal Trainer: Ir Dr Prof KS Kannan, 
National Coordinator United Nation-Industrial Development Org
Trainer 1: Ir Francis Xavier: 
former Director of Energy Commission Malaysia, currently EC adviser & EM interviewer
Trainer 2: Ir Kumarason:
ESCO consultant

9. Ir Francis Xavier ni juga panel interview, so sempat tanya (korek) soalan interview haha. Mostly berkenaan pemahaman Peraturan, Akta & berkaitan projek yg kita buat. Dr KS Kannan pun pemeriksa report yg candidate hantar ke ST.

10. Energy Manager ni sebenarnya mcam konsultan yg akan advise & guide projek pengurusan & penjimatan tenaga. So dia boleh buat company mcam Maesco dah jadi adviser/consultant kepada beberapa bnyak company yg dia mampu handle. Tapi aku masih terlalu jauh untuk idea di atas sbb masih lack of experience. Tak apa, doakan aku. Amin.

Participant with Principal Trainer (seated middle) and President of Maesco


Aku berharap aku dapat survive & success dalam perjalanan ini.

till then, assalamualaikum


Saturday, February 18, 2012

Lagu dan Zaman

السلام عليکم 

1. Lagu sedap atau tidak akan lekat dlm ingatan, especially lagu favorite lah. Tapi kadang-kadang kita tak minat pun lagu tu, tp sbb dah selalu dengar, minat tu bukan, tp dah jd selesa dgn lagu tu.

2. Bagi aku, lagu bukan sekadar hiburan tp penanda masa yg akan buat kita teringat & trkenangkan sesuatu bila kita dgar lagu-lagu trtentu.

3. So ni list lagu yg bagi aku secara personal, mark zaman-zaman trtentu dalam hidup aku.

i.Westlife - When you looking like that : wakil zaman sekolah menengah rendah (F1-F3)

ii.Avril Lavigne - Skater Boy : teringat zaman sekolah menengah atas (F4-F5)

 iii.Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu : ni zaman first year (2007), trkenang hostel/kolej kediaman universiti kt Bangsar (Jlan Pantai Indah)

iv: Maher Zain - Insha Allah : ni represent waktu praktikal (2010) & lagu-lagu Maher Zain mewarnai final year aku (2011)





4. Itu aku lah, korang xtaulah huhu mesti ada satu-dua lagu yg bila trdengar akan buat teringatkan sesuatu.

Sekian untuk halwa telinga kali ni
till then, assalamualaikum 
-Duke of Black Antz-

Thursday, February 16, 2012

No to Valentine

السلام عليکم

1. Sehari dua ni ada lah post mengharamkan Valentine Day (yg memang haram), kebanyakan berbunyi mcam ni:

"Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim."

2. Ramai yg tak peduli betul atau tak, tp terus ctrl-c & ctrl-v dgn ayat: mohon kebenaran admin utk share; ya Allah baru tau haram; wajib sebar/share; tak tak share tak sayang Islam, hmm selidik la dulu mak nenek oi
 
3. Maaf, aku tolak kenyataan di atas dgn sbb berikut:

I. St Valentine (kemungkinan besar) mati pada 269M, di Rome.
Mcm mana paderi ni boleh hidup & pi duduk kt Spain pada taun 1492M?

II. No such thing as "Kerajaan Islam Andalusia". Andalusia adalah rujukan kpd wilayah Islam yg merangkumi sebahagian besar Spain, Portugal & France di bawah kerajaan Umaiyah (tahap ke-2) sebelum berpecah belah kpd berpuluh kerajaan kecil/emirate.
So kerajaan Islam mana yg dimaksudkan?

III. Emir Muhammad XII (atau Muhammad Boabdil ), Emir terakhir Emirate of Granada (kerajaan Islam yg last) serah kalah 2 January 1429 (sejarah umum).
Mcm mana kerajaan Islam tumbang pada 14 Feb 1429?

4. Ini fakta dr sejarah umum, (peminat sejarah teori konspirasi kontroversi, sila pg jauh) maap ye, Valentine tetap haram, jgan salah faham maksud aku. Tp kemukakanlah bukti yg sebaiknya, jgn selamatkn orang dgn sesatkn mereka 

5. Kenapa kita umat Islam dalam dunia maya suka sangat share bnyak benda yg kelihatan Islamik siap dgn arahan/ancaman: sila share, wajib share bla bla. Lagi sekali selidik la dulu. Aku tak kata fakta aku 1000% tepat. At least aku baca, selidik & compare dari membuta tuli share something tanpa sure betul atau tak. 

6. Valentine Day tidak disambut oleh umat Islam sbb itu bukan amalan & budaya yg dianjurkan oleh ajaran Islam. Islam memuliakan ikatan perkahwinan & tak mengalakkan budaya couple. Ada paham.

Google before post/share/tweet is like think before speak.

# Kalau salah, mohon diperbetulkan, tenkiu :D

p/s: tak paksa pun korang share benda ni :P

till then, assalamualaikum 
-Duke of Black Antz-

Friday, February 10, 2012

Plan 2012


 السلام عليکم

1. Ok haha dah sebulan tak update, last update last year haha mcam lama gila.

2. Dah nak masuk tengah bulan February 2012. Sejak masuk tahun baru aku dok terfikir pasal plan hidup lepas grad. Waktu habis study pening nak cari kerja. Dah dapat kerja kena atur hidup pulak. Kadang-kadang aku rasa canggung lak lepas dah hilang title student ni.

3.Ada beberapa perkara yang aku plan nak buat tahun ni. Especially perkara-perkara yang dah lama menghantui aku. Cuma tunggu masa dan peluang saja.

4.Ni plan aku untuk tahun ni. Dan harap bukan sekadar coretan tak bermakna dalam blog. Bila aku dah tulis, makna aku kena buat.

I-Ganti motor: 
Status: All right, done. Yahama Sports upgrade ke Yamaha LC135 baru. 
Reason: Kena upgrade sbb Yahama Sports tu dah lama dan tak sesuai lagi untuk aku travel Kedah-Penang. So kena jagalah motor baru.

II-Hair treatment:
Status: Dah start sejak December last year. Aku attach dengan 101Haircare.
Reason: Ini pun wajib buat. Aku muda lagi tapi kepala aku dah tua. Erk -_-". Dah nampak perubahan positif.
Orang selalu jumpa aku, akan faham yg aku ada masalah rambut. Tp bagi yg dah lama tak jumpa & bila tgok gambar ni akan komen yg aku ni mengada2. Please, sejak 2010 lagi aku ada masalah keguguran rambut (M-shape & O-shape). Korang yg sehat tu bersyukurlah

III-Kesihatan:
Status: Belum. Hmm masih dalam survey dan study lg 
Reason: Aku rasa lifestyle aku tak sihat. Dulu kt Pandan Jaya ada park (Pudu Ulu) untuk aku jogging. Kat Penang (island) ni payah, ada park pun jauh-jauh. Final year menjadikan berat badan aku bertambah. So kena kurangkn dan pemakanan yg banyak bergoreng/berminyak ni pun tak ok la untuk long term. Hmm hari-hari aku pusing kilang sbenarnya smpai operator pun penah tegur, aik nampak susut sikit, yaka? Facial pun kena buat something gak. Kurangkn parut kt muka ni.

IV-Financial:
Status: Dalam pertimbangan
Reason: Banyak saving aku dlm ASB & Tabung Haji yang aku guna masa tanam anggur dlu & untuk mula hidup lepas pindah ke Penang. Tu juga modal untuk aku tukar motor & start buat hair treatment. Aku rasa mcam "berhutang" dengan diri sendiri. So kena ganti baliklah. Tak banyak mana, tp kena buat saving & invest sikit2 lah. Si Azim tu sebok dok promote Public Mutual, si Gus lak dah ter-sign pelaburan RM68k (tak silap) untuk masuk dlm ASB. Hmm aku tngah dok perhati mana yang ok. Dinar emas pun macam ok. MLM? Ejen MLM sila pergi jauh2.

V-Career Planning:
Status: Pr-study & consideration stage
Reason: Mula-mula ingat nak cari pengalaman sebelum lompat haha, tapi pihak company mcam bagi chance untuk self improvement- utk dapatkan certification. Tp luar bidang study la. Banyak benda nak kena belajar. Ikut kata bos, February dah kena start, walaupun tak ada significant changes, but at least ada improvement compare dengan previous year.

VI-Tulang Rusuk:
Status: Mencari atau biar datang sendiri???
Reason: Heh, bab yang malas nak komen. Usia kian berganjak, kawan2 dah start settle down. Hmm...

To me: Buat, jangan cakap saja :P
Moga2 dipermudahkan urusan & ditemukan dgn solution terbaik.Amin

till then, assalamualaikum 
-Black Antz- 

Monday, December 12, 2011

Gerhana Bulan


السلام عليکم 

1. (Nyanyi) Bulan bintang capricon ♪♫...ok tak ada kaitan

2. Baru-baru ni, penduduk donia dilanda gerhana bulan, yaitu jatuh (tapi naik) pada 10 Dec 2011, Sabtu malam Ahad (waktu Malaysia).

3. Selama ni tak pernah pun aku excited pasal gerhana ni. Tapi malam terjadinya gerhana baru ni, kebetulan aku balik rumah. Ayah aku ada bagitau yang masjid akan buat solat sunat gerhana bulan lepas solat Isyak. Terus jadi excited nak buat jugak.

4. Sebab solat sunat gerhana ni rare, ayah sempat korek koleksi buku agama, nak cari khaifiat iaitu cara menunaikan solat sunat gerhana. Rupanya kena "rukuk" dua kali. Owh, begitukah.

5. Sampai di masjid untuk solat Isyak, orang tak ramai. Just mcam biasa saja. Ok. Budak-budak sederhana ramai. Macam biasa juga -_-. Wu siap dapat saf pertama lagi hehe. Rare tu. 

6. Lepas Isyak, aku tgok jemaah lain berlagak biasa saja, macam tak ada apa-apa special pun. Sempat solat sunat dulu. Dalam suasana relax santai bak tepian pantai tu, barulah Imam Muda*, Ustaz Azahari keluar dari ruang solat utama ke tangga utama masjid.

*Note: Imam Muda tu jawatan utk Timbalan Imam ye, atau Imam ke-2 selepas Imam Besar, bukan rancangan realiti TV ok :P

7. Bila Ustaz Azahari dengan selamba meneropong bulan, barulah jemaah lain pun busybody jugak nak tengok status berapa percent-kah gerhana telah berlaku. mak ai ayat. Siap sorang pakcik tetiba buat announcement: "Gentlemen, this is called an eclipse" -_-. Bukti PPSMI berjaya, lol. 

8. Pastu Imam Muda masuk semula sebelum duduk dan summon semua jemaah yang ada untuk masuk ke ruang solat utama. Jangan ada sesiapa pun yg tertinggal dekat luar. 

9. Sebab Isyak masuk awal. Ustaz Azahari decide untuk tnggu sampai pukul 9.00am barulah solat sunat akan bermula. Konon nak bagi bulan ditelan gelap sikit. Sementara tu semua jemaah duduk dalam bulatan besar bersantai dalam dewan solat sambil pekena teh tarik, roti canai dan layan Majalah 3. Ok itu tipu.

10. Jemaah dok berspekulasi cara solat sunat yang betul sebelum Imam Muda activate microphone utk redakan suasana. Dari penjelasan, betullah ayah aku cakap yg rukuk dua kali setiap rakaat. 

11. Solat sunat 2 rakaat macam biasa, kecuali setiap rakaat 2 kali rukuk. Antara 2 rukuk tu, bangun dan baca Al-Fatihah. Lepas solat sunat ada khutbah. 

12. Pastu bermulalah sesi Q&A dengan Imam untuk masing-masing faham dengan detail khaifiat/cara solat. Macam-macam soalan, kelakar pun ada.

13. Suddenly pakngah aku mencelah, jump into conclusion: 
"Dia Imam, dia rukuk, kita ikut, dia sujud kita sujud, dia bagi salam, kita balik rumah hahahaha". 
Ok, nice conclusion -_-"

14. Heh first saf lagi (bongkak hilang pahala). Lepas solat sunat dengan lancar dengan izin-Nya. Ustaz Azahari baca khutbah. Isi kandungan khutbah yg di-release oleh Majlis Agama Negeri Kedah sentuh pasal kejadian gerhana dari perspektif sains dan pandangan agama, serta ingatkan untuk jauhkan diri dari kepercayaan karut-marut berkaitan gerhana.

15. Balik rumah dok teropong bulan lagi dengan family. Tok pun keluaq tengok jugak. Last aku ingat tengok gerhana malam-malam ramai-ramai dengan tok, nek suma masa skolah rendah dulu dekat rumah tok lama. Sanggup tnggu lama-lama nak tengok gerhana bulan. Jiran-jiran pun ada keluaq jugak.

16. Tok bercerita: Zaman anak dara dia dulu tak takut keluaq sampai awai pagi nak tengok gerhana. Zaman tu selamat. Waktu tu, zaman 50an, orang Cina akan ketuk gendang atau buat bunyi bising macam bakar mercun etc konon untuk takutkan naga yang nak telang bulang. (kecek Ganu weh). Selagi tak habes gerhana selagi tulah meriah dengan macam-macam bunyi. Orang Melayu pulak ketuk pokok buah. Konon pokok tu akan berbuah lebat kalau kena ketuk waktu gerhana lol. 

Begitulah ceriteranya. Sekian.

till then, assalamualaikum

-Duke of Black Antz-