السلام عليکم
1. Ok haha dah sebulan tak update, last update last year haha mcam lama gila.
2. Dah nak masuk tengah bulan February 2012. Sejak masuk tahun baru aku dok terfikir pasal plan hidup lepas grad. Waktu habis study pening nak cari kerja. Dah dapat kerja kena atur hidup pulak. Kadang-kadang aku rasa canggung lak lepas dah hilang title student ni.
3.Ada beberapa perkara yang aku plan nak buat tahun ni. Especially perkara-perkara yang dah lama menghantui aku. Cuma tunggu masa dan peluang saja.
4.Ni plan aku untuk tahun ni. Dan harap bukan sekadar coretan tak bermakna dalam blog. Bila aku dah tulis, makna aku kena buat.
I-Ganti motor:
Status: All right, done. Yahama Sports upgrade ke Yamaha LC135 baru.
Reason: Kena upgrade sbb Yahama Sports tu dah lama dan tak sesuai lagi untuk aku travel Kedah-Penang. So kena jagalah motor baru.
II-Hair treatment:
Status: Dah start sejak December last year. Aku attach dengan 101Haircare.
Reason: Ini pun wajib buat. Aku muda lagi tapi kepala aku dah tua. Erk -_-". Dah nampak perubahan positif.
III-Kesihatan:
Status: Belum. Hmm masih dalam survey dan study lg
Reason: Aku rasa lifestyle aku tak sihat. Dulu kt Pandan Jaya ada park (Pudu Ulu) untuk aku jogging. Kat Penang (island) ni payah, ada park pun jauh-jauh. Final year menjadikan berat badan aku bertambah. So kena kurangkn dan pemakanan yg banyak bergoreng/berminyak ni pun tak ok la untuk long term. Hmm hari-hari aku pusing kilang sbenarnya smpai operator pun penah tegur, aik nampak susut sikit, yaka? Facial pun kena buat something gak. Kurangkn parut kt muka ni.
IV-Financial:
Status: Dalam pertimbangan
Reason: Banyak saving aku dlm ASB & Tabung Haji yang aku guna masa tanam anggur dlu & untuk mula hidup lepas pindah ke Penang. Tu juga modal untuk aku tukar motor & start buat hair treatment. Aku rasa mcam "berhutang" dengan diri sendiri. So kena ganti baliklah. Tak banyak mana, tp kena buat saving & invest sikit2 lah. Si Azim tu sebok dok promote Public Mutual, si Gus lak dah ter-sign pelaburan RM68k (tak silap) untuk masuk dlm ASB. Hmm aku tngah dok perhati mana yang ok. Dinar emas pun macam ok. MLM? Ejen MLM sila pergi jauh2.
V-Career Planning:
Status: Pr-study & consideration stage
Reason: Mula-mula ingat nak cari pengalaman sebelum lompat haha, tapi pihak company mcam bagi chance untuk self improvement- utk dapatkan certification. Tp luar bidang study la. Banyak benda nak kena belajar. Ikut kata bos, February dah kena start, walaupun tak ada significant changes, but at least ada improvement compare dengan previous year.
VI-Tulang Rusuk:
Status: Mencari atau biar datang sendiri???
Reason: Heh, bab yang malas nak komen. Usia kian berganjak, kawan2 dah start settle down. Hmm...
To me: Buat, jangan cakap saja :P
Moga2 dipermudahkan urusan & ditemukan dgn solution terbaik.Amin
till then, assalamualaikum
-Black Antz-
0 comments:
Post a Comment