Commercial

Showing posts with label my opinion. Show all posts
Showing posts with label my opinion. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Side mirror hilang

السلام عليکم 

1. Bagi pemandu & penunggang bertamadun & berakal logik sehat walafiat, side mirror perlu untuk bantu pemanduan dan jugak untuk navigasi kenderaan. Payah especially nak potong atau masuk ke lane sebelah tanpa side mirror.

2. Pada 28 April lepas, malam tu housemate aku balik lewat, bagitau something kt aku, tapi tengah tido so tak ambil peduli sangat. Esok aku tak pegang motor hampir seharian sebab pergi Seberang Prai (Butterworth) dengan housemate, ada kenduri geng kilang.

3. Balik kenduri tu baru aku sedar motor LC aku dah tak bertelinga, tak ada side mirror, ke dua-dua belah terus. Side mirror original kot. Geram betul, maki pun tak guna. Sakit hati aku. Dalam banyak motor LC, kenapa motor aku jugak jadi target?

Hilang April 2012

4. Dengan side mirror yang lama, pasang & pi terus Bukit Jambul cari baru. Niat nak yang original, sama dengan yang lama. Tapi tak jumpa. Ambil lah mana yang ok.

5. Yang baru ni pulak, budak-budak kat bawah flat suka main-main & kepak sebab dia flexible. Lagi satu hal setiap pagi nak betulkan balik. Tekanan betul. Lastnya join dia dah lose. So tak boleh pakai. Bila bawa laju side mirror tu jadi lembik.

6. Beli baru lagi 27 July petang lepas beli makan buka puasa kt bazar Ramadan Bayan Baru. This time dapat yang original. Memang seronok la sebab LC aku tu dapat rupa asal balik. Dalam senang hati pun ada rasa cuak juga takut hilang lagi.

7. Apa yang terdetik di hati tu memang betul jadi. Next morning aku siap nak balik Aloq Staq menang betul hilang. Tak sampai 24 jam pun. Banyak lagi kot motor LC lain. Geram sungguh rasa. Nasib berpuasa, tapi kalo maki mencarut sekalipun memang tak guna. Punya excited nak balik Aloq Staq dengan siap service motor, basuh siap dengan side mirror baru. Last-last balik dalam sakit hati. 

Hilang Julai 2012
 8. Sampai Aloq Staq, aku cari side mirror murah-murah saja supaya tak jadi target lagi. Apa la nak jadi, side mirror pun nak curi, bukan mahal mana pun.

Semoga si pencuri mendapat balasan yang setimpal, tidak di dunia, di alam sana.

till then, assalamualaikum

 -Duke of Black Antz-

Friday, April 13, 2012

Gempa Bumi!

السلام عليکم

1. Sepatutnya 11 April 2012 adalah hari yg gembira bagi Malaysia dgn pertabalan Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Itu cerita di pagi hari. Tapi lain cerita di petang.

2. 11 April adalah non-compulsory public holiday. Bagi aku, Hari Pertabalan patut dijadikan cuti umum wajib sbb hanya sekali dalam 5 tahun. So hari tu aku bekerja sbb kilang replace hari lain.

3. Petang tu ada Maintenance Review, meeting dengan Deputy General Manager. This time adviser company pun ada. So macam biasa kami dari maintenance team key person ada di Meeting Room 3. Semua seperti biasa, meeting pun jalan macam biasa sampailah...

4. Secara tiba-tiba aku rasa lantai bergegar. Tapi aku masih positif sbb selalu sngat dkt office maintenance lantai bergegar sbb forklift lalu. Tapi dlm masa yg sama minda aku menafikan, mana mungkin meeting room 2nd floor boleh bergegar mcam tu?

5. Semua orang mula kecoh bila meja meeting berlanggar sama sendiri. Eh ni lain macam ni. Gempa bumi ni!!! Semua bangun keluar dr meeting room ke Production Office tgok smua orang berdiri dlm keadaan tergamam sbb seseorang arah semua orang keluar dari bangunan.

6. Dalam masa yg singkat majoriti dah keluar dr bangunan. Boleh nampak safety officer kami Hakimie sebok calling sana-sini. Aku pun tergerak nak call family di Alor Setaq. Adik aku angkat tapi tak ada cerita pasal gempa di sana sampai mak aku call balik confirmkan yg di Alor Staq pun rasa gegaran macm di Penang. 

7. Selama ini aku tertanya-tanya mcam mana rasa gempa bumi. So itulah rasa gempa bumi. Bergegar & bergoyang. Rasa nak balik rumah serta merta tapi tiada kebenaran utk kosongkan kilang. Lagi pun cuma tinggal kurang 15minit sebelum jam 5.00 petang. Dah semua clear selamat, barulah masuk semula ke dalam bangunan.

8. Sambung semula meeting, tapi meeting ramai, tapi sekarang tinggal lebih kurang 1/4 saja. Hampeh. Department clerk rupanya dah lari balik office dept awal2 lagi haha. 

9. Gegaran ke-dua tak berapa rasa maybe sebab tgah bawak motor di highway tepi pantai nak balik rumah. Sampai di flat, tgok ramai orang kat bawah. Aku pun jadi cuak jugak. Lepas parking pegi tanya jiran-jiran lain boleh naik ka tidak, atau ada arahan suruh turun? Xdak arahan cuma lepa saja yg rasa takut lagi nak naik atas kalau ada gegaran susulan. 

10. Tanya housemate aku lagi hampeh. Mentang-mentang cuti dia tidoq & tak sedar langsung gegaran. Sebok buka Astro Awani & google beberapa web berita international nak monitor keadaan. 

11.Agak kecoh dunia internet dgn gegaran kali ni di Acheh. Masalahnya banyak kecoh dgn berita palsu, amaran palsu, gambar & video palsu konon tsunami dah tercetus & melanda sekian-sekian pantai.

12. Malam tu agak takut nak makan di kedai biasa dkt rumah sbb tak jauh dari pantai walaupun pantai menghadap ke tanah besar. So dalam takut-takut kami makan di Batu Lancang. Kedai Nasi Lemak Liverpool, memang Liverpool habes la kedai tu, nasi lemak pun sedap.

13. Keadaan di Tanjung atau Georgetown masih tenang & terkawal. Saja nak lalu sepanjang pantai dari Georgetown sampai ke Queensbay. Area Padang Kota, Fort Cornwallis dah ditutup, Polis, Rela & JPAM dah secure area tu.

14. Kedai makan sepanjang pantai semua ditutup polis, siap no crossing line lagi. Tapi satu opera cina masih berjalan dgn pantauan polis. Dari jalan tak nampak sebarang pergerakan di Jambatan Pulau Pinang.

15. Sampai di Queensbay, kosong!. Selalu penuh stall jual makan & orang ramai tepi pantai. Polis & Rela ada kat mana-mana. Berhenti kat kedai tomyam nak tengok pantai kena halau dgn polis hehe. So balik rumah huhu.

Jadi macam tu lah gempa bumi. Tak sangka akan merasa juga. 
Semoga Malaysia selamat dari segala malapetaka alam. Amin
 
 till then, assalamualaikum 
 
-Duke of Black Antz-

Thursday, February 16, 2012

No to Valentine

السلام عليکم

1. Sehari dua ni ada lah post mengharamkan Valentine Day (yg memang haram), kebanyakan berbunyi mcam ni:

"Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim."

2. Ramai yg tak peduli betul atau tak, tp terus ctrl-c & ctrl-v dgn ayat: mohon kebenaran admin utk share; ya Allah baru tau haram; wajib sebar/share; tak tak share tak sayang Islam, hmm selidik la dulu mak nenek oi
 
3. Maaf, aku tolak kenyataan di atas dgn sbb berikut:

I. St Valentine (kemungkinan besar) mati pada 269M, di Rome.
Mcm mana paderi ni boleh hidup & pi duduk kt Spain pada taun 1492M?

II. No such thing as "Kerajaan Islam Andalusia". Andalusia adalah rujukan kpd wilayah Islam yg merangkumi sebahagian besar Spain, Portugal & France di bawah kerajaan Umaiyah (tahap ke-2) sebelum berpecah belah kpd berpuluh kerajaan kecil/emirate.
So kerajaan Islam mana yg dimaksudkan?

III. Emir Muhammad XII (atau Muhammad Boabdil ), Emir terakhir Emirate of Granada (kerajaan Islam yg last) serah kalah 2 January 1429 (sejarah umum).
Mcm mana kerajaan Islam tumbang pada 14 Feb 1429?

4. Ini fakta dr sejarah umum, (peminat sejarah teori konspirasi kontroversi, sila pg jauh) maap ye, Valentine tetap haram, jgan salah faham maksud aku. Tp kemukakanlah bukti yg sebaiknya, jgn selamatkn orang dgn sesatkn mereka 

5. Kenapa kita umat Islam dalam dunia maya suka sangat share bnyak benda yg kelihatan Islamik siap dgn arahan/ancaman: sila share, wajib share bla bla. Lagi sekali selidik la dulu. Aku tak kata fakta aku 1000% tepat. At least aku baca, selidik & compare dari membuta tuli share something tanpa sure betul atau tak. 

6. Valentine Day tidak disambut oleh umat Islam sbb itu bukan amalan & budaya yg dianjurkan oleh ajaran Islam. Islam memuliakan ikatan perkahwinan & tak mengalakkan budaya couple. Ada paham.

Google before post/share/tweet is like think before speak.

# Kalau salah, mohon diperbetulkan, tenkiu :D

p/s: tak paksa pun korang share benda ni :P

till then, assalamualaikum 
-Duke of Black Antz-

Friday, February 10, 2012

Plan 2012


 السلام عليکم

1. Ok haha dah sebulan tak update, last update last year haha mcam lama gila.

2. Dah nak masuk tengah bulan February 2012. Sejak masuk tahun baru aku dok terfikir pasal plan hidup lepas grad. Waktu habis study pening nak cari kerja. Dah dapat kerja kena atur hidup pulak. Kadang-kadang aku rasa canggung lak lepas dah hilang title student ni.

3.Ada beberapa perkara yang aku plan nak buat tahun ni. Especially perkara-perkara yang dah lama menghantui aku. Cuma tunggu masa dan peluang saja.

4.Ni plan aku untuk tahun ni. Dan harap bukan sekadar coretan tak bermakna dalam blog. Bila aku dah tulis, makna aku kena buat.

I-Ganti motor: 
Status: All right, done. Yahama Sports upgrade ke Yamaha LC135 baru. 
Reason: Kena upgrade sbb Yahama Sports tu dah lama dan tak sesuai lagi untuk aku travel Kedah-Penang. So kena jagalah motor baru.

II-Hair treatment:
Status: Dah start sejak December last year. Aku attach dengan 101Haircare.
Reason: Ini pun wajib buat. Aku muda lagi tapi kepala aku dah tua. Erk -_-". Dah nampak perubahan positif.
Orang selalu jumpa aku, akan faham yg aku ada masalah rambut. Tp bagi yg dah lama tak jumpa & bila tgok gambar ni akan komen yg aku ni mengada2. Please, sejak 2010 lagi aku ada masalah keguguran rambut (M-shape & O-shape). Korang yg sehat tu bersyukurlah

III-Kesihatan:
Status: Belum. Hmm masih dalam survey dan study lg 
Reason: Aku rasa lifestyle aku tak sihat. Dulu kt Pandan Jaya ada park (Pudu Ulu) untuk aku jogging. Kat Penang (island) ni payah, ada park pun jauh-jauh. Final year menjadikan berat badan aku bertambah. So kena kurangkn dan pemakanan yg banyak bergoreng/berminyak ni pun tak ok la untuk long term. Hmm hari-hari aku pusing kilang sbenarnya smpai operator pun penah tegur, aik nampak susut sikit, yaka? Facial pun kena buat something gak. Kurangkn parut kt muka ni.

IV-Financial:
Status: Dalam pertimbangan
Reason: Banyak saving aku dlm ASB & Tabung Haji yang aku guna masa tanam anggur dlu & untuk mula hidup lepas pindah ke Penang. Tu juga modal untuk aku tukar motor & start buat hair treatment. Aku rasa mcam "berhutang" dengan diri sendiri. So kena ganti baliklah. Tak banyak mana, tp kena buat saving & invest sikit2 lah. Si Azim tu sebok dok promote Public Mutual, si Gus lak dah ter-sign pelaburan RM68k (tak silap) untuk masuk dlm ASB. Hmm aku tngah dok perhati mana yang ok. Dinar emas pun macam ok. MLM? Ejen MLM sila pergi jauh2.

V-Career Planning:
Status: Pr-study & consideration stage
Reason: Mula-mula ingat nak cari pengalaman sebelum lompat haha, tapi pihak company mcam bagi chance untuk self improvement- utk dapatkan certification. Tp luar bidang study la. Banyak benda nak kena belajar. Ikut kata bos, February dah kena start, walaupun tak ada significant changes, but at least ada improvement compare dengan previous year.

VI-Tulang Rusuk:
Status: Mencari atau biar datang sendiri???
Reason: Heh, bab yang malas nak komen. Usia kian berganjak, kawan2 dah start settle down. Hmm...

To me: Buat, jangan cakap saja :P
Moga2 dipermudahkan urusan & ditemukan dgn solution terbaik.Amin

till then, assalamualaikum 
-Black Antz- 

Wednesday, September 14, 2011

Tolong Sebarkan!!!

السلام عليکم

'TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DALAM BISKUT .. TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM & KEPENTINGAN UMAT ISLAM. 
 
DR PEG. JAKIM-HJ. JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)'

1.Selalukan terbaca atau dapat mesej macam ni sama ada dalam dunia online (FB, emel, forum, blog & etc) atau pon SMS. Ayat paling famous of course: Tolong Sebarkan!

2.Lagi best bila disertakan hadis Rasulullah: "Sebarkanlah walaupon sepotong ayat". Lagi gempak bila ada ayat ni: Sebarkan atau akan ditimpa bencana!

3.Apa anda buat?
a) Percaya bulat-bulat & sebarkan?
b) Siasat dahulu
c) Abaikan

4. Kebanyakan orang akan percaya bulat-bulat dan mula sebok post/forward mesej tu. Tak boleh ke siasat dulu? Cuba Google/search kat Yahoo dulu, tengok apa result yang keluar, apa orang ramai cakap, especially dari pihak berkuasa, dalam kes ni pihak berkuasa agama berkaitan.

5.Jadi sahih atau tidak dakwaan di atas? Jawapan? Klik Sini

6.Simple sangat. Hairan & pelik. Sebagai seorang yang educated, sudah semestinya anda sudah terbiasa buat report/laporan/research masa zaman universiti/kolej setidak-tidaknya buat kerja kursus/folio zaman sekolah. Semua tu memerlukan anda state & declare SUMBER maklumat dari mana anda dapat. Tetapi ramai yang gagal bagi sumber yang sah lagi sahih dalam situasi ni sebaliknya bagi jawapan : 

"Eh aku dengar orang cakap" 
"Orang ramai asyik sembang, betul lah tu"
"Betul, pakcik/makcik/jiran/ipar aku yang kerja di (sila letak agensi berkaitan) yang bagitahu"
"Ntah, orang forward, aku forward"

7.Bagi link pon jadilah at least kan?. Jadi, dalam keadaan macam ni tolonglah behave sebagai seorang yang bertamadun lagi educated. Cari sumber, jangan percaya bulat-bulat. Sebabnya silap hari bulan bukan dapat pahala sebab sebarkan benda baik tetapi dapat dosa sebab bersubahat sebar fitnah.

8.Lagi satu dari struktur ayat pon dah boleh agak ni betul atau sekadar syak wasangka. Aku tak kata fitnah. Ayat yang beremosi dengan niat memburukan sesuatu atau mempromote sesuatu tu sah rekaan. Selalunya sumber adalah sipolan yang tak dikenali sebagai pegawai sekian-sekian, bila di cari, tak wujud orang itu. Atau, sumber dari sipolan yang dikenali umum tetapi lastly orang tu nafi. Sebab kalau betul dakwaan tu sah, ayat dia patut lebih formal, teratur, ejaan betul & tak ada sentimen/emosi.

9.Aku memang reject setiap benda yang ada Tolong Sebarkan. Perkataan tu dah jadi jijik. Dulu pernah baca satu note di Facebook konon fast food jenama "K" itu haram lah. Konon kenal dengan seorang hamba Allah, anak sedara dia (tak ada nama) konon kerja situ, berhenti sebab tak sanggup bersubahat. Siap lampir kononnya komen/surat dari seorang berjawatan tinggi dalam pihak berkuasa agama yang turut mengakui dakwaan berkenaan. Tapi dihujung note dia tu, sebok pulak promote makanan jemana "sekian" yang kononnya Islamic habes, Bumiputra habes, hahal habes, sehat walaafiat, makan je jenama tu akan sihat dari dunia sampai Padang Masyhar. Tu dia habaq hang. Perlukah kita promot sesuatu dengan memburukan sesuatu? Kecualilah perkara itu memang umum tahu buruk. Contoh dadah.

10.Tolonglah jangan percaya bulat-bulat. Sebaliknya buat kajian sendiri, nilai dengan baik & rujuk pihak berkaitan. Kadang kita mudah terpedaya dengan pengunaan nama pihak berkuasa berkaitan selalunya berkaitan agama contohnya Jakim etc. Contoh: Telah diserbu/ditangkap/didakwa/disaman/disita oleh XXX (pihak berkuasa). Betulkah pihak berkuasa itu betul-betul ada kuasa untuk mengeledah/tangkap/dakwa etc? Tengok dulu sejauh mana & seluas mana bidang kuasa pihak berkuasa berkenaan. Check saja di website mereka. Sebab dari situ kita boleh tahu dakwaan itu benar atau tidak. 

12.Contoh statement di atas, serbuan berlaku di Batu Pahat, Johor, adakah benar Jakim ada kuasa di negeri Johor? Sebab kuasa agama di bawah bidang kuasa negeri. Dalam kes ni, pihak berkuasa yang dikaitkan dengan dakwaan ini perlu pro-aktif, perlu ada satu team yang alert & update dengan cepat, sama ada nafi atau sahkan secara rasmi. Barulah orang awam tenteram & tidak terkeliru.

Akhir kata:
Jangan mudah terpedaya dengan mesej berantai ni.
Lebih baik diam, dari subahat sebar fitnah
Semoga kita terselamat dari fitnah & terpelihara dari terlibat sama.
Amin!

p/s: baca tulisan caps lock pon dah menyampah

till then, assalamualaikum 

Sunday, August 28, 2011

Uncertainty

السلام عليکم 


pray for my good & successful future in my career


 till then, assalamualaikum

Saturday, July 30, 2011

Dilemma




Introduction 

1. Hmm saja tak update blog sebab bukan tak ada idea, malas & tak ada xtvt sangat nak update. Lepas tamat study, masih stay kt KL sebab masih dalam mode happy & masih nak berhuha huha lagi. Lepas huha huha ramai pulak yang susah hati. What to do with your life. Sudah tentu ada plan sendiri, tp kita hanya merancang & cuba untuk laksanakan, tapi Allah juga yang menentukan.

2. Lepas huha huha tu aku masih stay dekat rumah sewa sementara masih ada tempoh untuk duduk situ. Bagi selesai segala isu dokumentasi nak tamat belajar, isi macam-macam form, cari adviser la, dapatkan pengesahan la, pastu baru submit ke office kt campus. Pastu baru aku balik. Sebab duduk KL pon tak ada benda nak buat, duit berjalan macam air tapi duduk lepak ja.

3. Ingat dah selesai, rupanya ada lagi form tak isi, masih ada benda tak ambik kat campus macam form claim, surat tamat belajar, form nak konvo dengan transcript result sem last. Kena la naik balik ke KL. Lepak jab sebab academic adviser tak available sebab pegi audit kolej lain kat Sarawak. 

4. Cakap pasal result ni yang tak best ni, ingat boleh la graduate dengan first class degree, sekali dapat second class upper sebab sistem sekarang dah guna kuota untuk result A. Pulak dah. Sebab kadang-kadang terlalu banyak cemerlang & terlalu banyak result memuaskan untuk sesetengah subject. Kononnya tak mematuhi graph normal distribution. Dalam masa yang sama nak jaga standard la sejak dapat status universiti cemerlang ni, aduh. Final year project (FYP) tu 6 credit hour kot, CGPA aku semester sebelum dah 3.45, kalau FYP dapat A, CGPA akan naik lah. Adus. Sudah la soalan final subject lain semuanya ke bulan, ke marikh....(berapa kali aku nak cakap pasal benda ni adui)

Dilemma 

5. Tamat belajar ni dilemma terbesar adalah pasal kerja la. Hmm and yes, I'm still unemployed. Secara positive belom ada rezeki. Hmm. Dulu masa campaign universiti suma mulut manis, Yes! anda dikejar oleh industri. Memang la, ada cycle dalam demand la. Kalau bukan tengah cycle, memang tak laku la jawabnya. 

6. Apply kerja tu suma benda apply even kelihatan not related. Got one call form recruitment company: "The position that you have applied is not related at all to your background!?, why r?" Karang aku pilih yang betul-betul dalam scope, kata graduan sekarang memilih sangat, aku apply tuh yang related la sebab ada juga aku belajar especially dalam hal management (project management etc). 

7. Tanya nya (apply) banyak, respond-nya (reply) tak banyak . Apa yang aku bimbang adalah macam illustration kat atas tu. Mula-mula memang tak ada respond, senyap lama, lepas bila dia mula respond, tak menang tangan. Ni dah mula panggil interview, ok lah, ada jugak panggil nak jumpa kan. At least respondlah dengan email : "Sorry, we are regret bla bla" at least ada jugak respond dari senyap saja.

8. Owh, yes, aku pon ada buat silap dalam excited-nya apply. Satu company iklankan banyak position, so aku apply semua yang related. Lepas tu dapat panggil untuk interview dah pening dah position mana pulak yang aku apply ni. Adus, dah kena sedas masa interview.

"kesilapan = pengalaman = pengajaran = jangan ulang"

Rezeki

9. Serius those yang nakal-nakal lebih bertuah & stabil haha. Geng-geng lawan cikgu lah yang jadi cikgu. Geng yang huha huha tulah yang jadi polis & tentera. Geng yang nampak relax & "survive" tu lah yang laju saja dapat kerja sana sini. Hmm banyak faktor mempengaruhi juga. 

10. Statement aku kat atas (no 9) tu bahaya actually, nanti ada pulak sapa-sapa yang merajuk & kecikl hati la. Maaf la, tu bukan maksud aku. Ni aku baca dari perspektif cikgu masa sekolah & lecturer masa study. Geng yg lecturer panggil engineer tidoq tu la yang "jauh melangkah" sekarang ni. Tahniah, aku jealous!!!. 

Perancangan

11. Pasal kerja ni patut budak-budak dah didedahkan dengan reality sejak dari sekolah. Laluan kerjaya, positive negative, reality susah senang, bukan asyik promote positive aspect saja, asyik bercakap pasal glamour-nya sesuatu kerjaya. Nanti menyesal kemudian hari. Aku attend Hari Cemerlang sekolah menengah aku baru ni, adik aku dapatlah. Kalau diberi peluang bercakap depan junior, soal perancangan pengajian & kerjaya lah aku nak cakap. Jangan terlalu stereotype & jangan terlalu kejar benda yang kelihatan glamour, yang ternama tu belom tentu berjaya tau! 

12. Masa aku form 5, awal tahun aku dah menghadap kaunselor sekolah untuk minta pendapat pasal laluan kerjaya, pilihan kursus di universiti. Aku spend masa berjam juga review semua prospective universiti. Tengok choice apa yang ada, apa yang aku perlu score untuk capai suma tu. Tapi silapnya aku kurang istiqamah, di tengah jalan cepat teruja dengan tarikan lain. Tak "setia" haha

Pilihan lain

13. Trend yang aku nampak bila graduate & tak ada kerja, ada dua trend: 
    a)sambung master 
    b)jadi cikgu (KPLI)

14. Erk, kalau nak jadi lecturer tu mungkinlah sambung master. Master sama ada by course (belajar  ikut class) atau by research. Aku tak ada bakatlah nak jadi lecturer ni, nanti students lagi besar dari aku -_-". Lagi satu aku dah tak berapa minat nak sambung belajar lagilah. Mungkin kemudian, part time, mungkin...

15. Jadi cikgu?, kalau aku nak jadi cikgu baik aku tak accept offer masuk universiti tapi aku terima saja offer ke maktab perguruan dulu, sama ada Tesol atau ajar math. Dah confirm study untuk jadi cikgu. Tapi family aku dah penuh dengan cikgu lah. Balik raya macam mesyuarat panitia sekolah.  Ayah & majoriti pakcik makcik, sepupu yang jadi cikgu, coming soon pon ada. Masuk bidang lain pula lah.

Positive thinking 

16. InsyaAllah, adalah tuh, tak ada sekarang, Dia bagi kemudian, mungking Dia nak duga, Dia nak bagi something better? rite?

Note: 
Sambung master is not an option sekarang, okay

Thanks to : 
Ayah & Abng Joe, my cousin for the interview.

Selamat Berpuasa!!!


till then, assalamualaikum

Tuesday, May 31, 2011

Dah abes study...yay!!!



Salam

1. Fuhh busy gila dlm seminggu dua ni, tak sempat nak online lama2, especially sbb final exam, completekan thesis, pastu merayau separuh Semenanjung Malaysia, xdan nak update blog, bnyak gila benda nak ak kongsi huhu.

2. 12 May lepas adalah hari terakhir aku masuk dewan exam sebagai student Degree huhu. Subject last adalah Project Operation & Management (POM) yg diajaq sendiri oleh Deputy Dean, Assoc Prof Dr Razif. Paper aku utk last sem ni ada 4 ja, start dgn Quality Management (QM), Innovation Management (Inno), Six Sigma Methodology (6S) pastu POM. Suma subject management, fuh, nak jd engineer la katakan.

Academic for final sem

3. Yg bestnya subject2 ni di-pack dlm satu hari, hari Isnin semuanya tuk lecture, hari lain cuma satu sesi sehari tuk tutorial. So Isnin adalah hari sebok dr pagi sampai petang dgn lecture. Apa yg buat lg menariknya, disebabkan suma subject ni related & completing each other, lecturer cam berpakat lak, setiap Isnin mesti ada tema, iaitu issue yg sama dikongsi/dijadikn contoh dr lecture 1st sampai last. Contoh pasal buat batik, start dgn POM cerita pasal operation, sambung 6S camna nak improve, sambung dgn Inno camna nak bg menarik/variety pastu sambung dgn QM camna nak control quality. Fuh camtu lak. Kalo tak paham xtau lg nak cakap pa.

Typical scene inside the class

Final exam for final sem

Suasana study utk paper last kt rumah sewa, ni actually classmates yg datang rumah ramai2

4. Final exam yg paling final ni agak ber-drama cikit. Selama 4 taun jd student degree ak tak penah terpengaruh dgn soalan ramalan, hint & bukan amalan ak utk study past year/sem question paper melainkan utk tgok format & cara soalan ditanya. Tp sem last ni ak bleh terpengaruh lak. huhu. Sbb kali ni cam bnyak lak hint dibagi, so sedikit sebanyak ak terpengaruh gak utk scrutiny hint tuh.

5. Ntah mcamana ak bleh buat note complete pasal berdasarkan hint tu pastu tersebar satu batch aku huhu. Suma dok pakat guna note aku tuh, sbb ak buat dlm softcopy, memang senang la tersebar. Memula bg kt bdak2 umah ak ja, pastu sampai campus tgok classmates siap print color lg note aku tu, hampagas haha camna bleh dpt note aku yg latest gila tanpa pengetahuan aku, sbb yg paling latest ja ada color2 suma tuh. Xpa2, kongsi ilmu, dpt pahala huhu

6. Abemu cakap dia hack laptop aku. Yelah tuh, second paper ak tak bg note dah, cakap pandai hack, ambek la sendiri hahaha

7. Apa yg jd dramanya kat sini, disebabkan terlalu taksub dgn hint tuh, ramai la yg dok study note tu saja. Pastu suma masuk dewan exam dgn excitednya sbb memang confident. Sekali soalan keluaq lain atau hanya hampir 40% sja sama. hahaha bengang suma.

8. Alhamdullilah ak bleh jawab sbb ak tak berapa bergantung kpd hint suma tuh. Ada gak ak goreng pakai theory subject lain sbb suma subject adalah related sesama sendiri. Ramai keluaq dewan dlm keadaan kuciwa, balik rumah suma pakat lepas geram kt FB huhu.

9. Ak tak suka tgok last sem punya paper sbb soalan universiti xdak pattern cam soalan SPM yg kita bleh ramal naik apa. Lg satu setiap lecturer lak ada style masing2, so lain lecturer lain style. Lecturer yg sama setiap sem bleh berubah bentuk soalan bergantung kpd keperluan semasa subject tu pada sem tu. Sem lepas bleh jd mudah/payah dah sebaliknya sem ni. Apatah lagi bila subject yg sama tp diajar oleh lecturer yg berbeza. Contoh, fixture 2 sem lepas diajar oleh Dekan, 1 sem lepas diajar oleh Sir Sangeth, so corak & cara soalan akan berubah. 

10. Ak tgok ramai yg suka bergantung dgn soalan lepas, study gila2 pastu soalan taun ni tak sama atau lain dari expectation. Akhirnya frust. Jd pengajaranya, study lah betul2 huhu Setakat nak tgok format soalan & cara soalan ditanya tu boleh la, tp jagn harap soalan tuh sama akan keluaq walaupon soalan yg sama ditanya utk 3-4 sem sbb segala kemungkinan bleh terjadi.

Final Year Project Thesis

My Thesis

11. Alhamdullilah ak dpt completekan thesis aku walaupon submit lepas minggu ke-17. Sebab? sbbnya adviser ak, Sir Noji baru balik dr German dan waktu dia balik memang tgah2 final exam. So team ak hanya dpt submit thesis bila dah lecturer check & bg approval. Sir sendiri ckp inform admin kalo ditanya knapa lambat sbb adviser baru balik dr oversea huhu.

12. Fuh berakhirnya life ak sebagai student degree bila submit thesis & buat clearance. Rasa cam baru seminggu dua register huhu. Layan gambar masa orientation.

Group aku masa orientation: ni kat Tasik Perdana KL, Treasure Hunt

Ni masa briefing kt UniKL City Campus

Kenangan orientation: cari aku haha mudah ja
To classmate:
Ntah bila kita dapat jumpa ramai2 lagi huhu & selamat cari kerja

To adviser:
Thanks a lot Assoc Prof Mat Noji

Hope for this sem result:
Hopefully dapat naikan CGPA supaya dpt grad 1st class.Amin!

till then, assalamualaikum

Saturday, March 19, 2011

Tak Ada Tempat!!!


1. Mesti pernahkan kalo pi kat tmpat tumpuan ramai orang, supermarket ka, food court ka, restoran ka, RnR ka mesti penuh, ramai orang dan kalo tak da tempat nak duduk tu benda biasalah. Tunggu la sat, nnti ada la,kan?

2. Nak duduk, nak makan, nak minum atau nak sembahyang, tp tak da tempat, kita ni kadang2 nak rushing. Sakit ja hati tgok orang ramai bleh duduk relax2, cam tak consider orang langsung. 

3. Tu utk tempat2 yg memang dah diketahui umum memang ramai orang. Sama ada mai awai utk dptkan tempat atau tunggu la sat. Kesebokan tempat tu selalunya berpanjangan sepanjang tahun, selagi beroperasi. Tapi mcam mana kalo mcam event, majis, pesta yg cuma ada utk tempoh beberapa jam atau 1-2 hari, maksudnya tak lama lah. 

4. Mcam semalam ak dngan bdak2 rumah pi tgok Hot Air Balloon Fiesta kt Putrajaya. Awal pagi kami dah sampai, orang ramai & masing2 berebut nak sarap waktu tu kt situ gak. Bila orang ramai mesti tempat penuh. So kami hnya dpat 2 kerusi, 1 meja tp ada 5 orang. Cari punya cari, tanya sana sini, suma kerusi ada orang. Ok fine. Dah faham situasi camtu. Bergilir lah makan.

5. Tp yg sakit hatinya bila ada yg tak makan atau tak ada keperluan mendesak utk duduk, boleh lak duduk, relax2, gelak2 mcam kerusi tu dia bwak dr rumah, hak dia. Bleh lak belek2 camera tanpa ada rasa bersalah tgok punya ramai orng berdiri dgn pegang makanan, minuman, family ramai & siap dukung anak. 

6. Assalamualaikum, tolong la consider ckit. Kalo nak lepak, pi la duduk bwah pokok kt Putra yg lawa2, padang yg cantik, tasik yg bersih. Dlm event yg ramai camtu, patut consider orng lain, sbb tempat terhad!!!

7. Camtu gak kalo kt kedai makan.Ok tak dinafikan yg aku & bdak2 rumah pon slalu lepak kt kedai, lepas mkn duduk tgok tv ckit, sembang2, kdang2 tunggu geng yg merokok habes rokok dlu. Tapi kalo orang ramai, & ada lg orang msuk ke kedai utk makan, selalunya kami bangkit & bagi sja seat & meja tu kt diorng, sbb dah abes makan, nak sembang kt rumah pon bleh. Pergh sivik gila kami haha.

8. Sama la gak mcam solat. Ruang surau mesti sempit punya. Surau ada buat syarat sja.Konon negara Islam yg baik serta diiktiraf oleh US, ptuih!. Kalo orang ramai contoh masa pendaftaran atau apa sja, buat yg wajib sudah lah, bg ruang tu utk orang len pulak nak solat. Masjid luas tu lain cerita. 

9. Kalo solat jemaah, Imam kena mainkan peranan. Baca surah simple2, bagi salam, doa pendek dan selesai. Tak payah wirid panjang2. Sbb ramai lg tunggu turn nak solat. Pernah masa register ak sem satu dlu ada pakcik ni jd Imam, dah la surau hostel tu sempit, ramai gila parent beratur nak solat, bleh lak dia baca surah panjang2, habes solat, sambung wirid, selawat suma lama2 dgn doa panjang. Bukan tak bagi, cuma tak kena dr segi masa & tempat. 

10. Benda simple mcam ni ramai yg amek tak endah, tp bila kna batang hidung sendiri baru la rasa marah. So consider la orang lain ok!

till then, assalamualaikum

Sunday, February 27, 2011

Aku tak stereotype


Salam 

1.Ntah kenapa aku rasa ak mcam terkeluar dr kebiasaan. Ak rasa ak tak stereotype. Ntah betul ke tak nak ckap camtu

2.Bdak2 umah suka tgok bola, aku tak suka. Even tak da mana2 team favorite pon kecuali team negeri, tu pon atas nama negeri. Selalu kalo duduk ramai2 kt kedai/mamak/etc tgok bola, aku tenung je la TV tuh huhu.

3.Tgok bola pon tak apatah lg men bola.Last aku men masa form 4 pastu trus berhenti sbb injured. Lutut aku lari kot, tak bleh jalan aku. Yg bengangnya cikgu PJ ak bleh buat muka tak bersalah walaupon nmpak cuak. Alah xdak apa pon tuh.Siot. Futsal? jejak pon tak penah. Dlm ramai bdk bachelor dlm course batch aku, aku & Pali je yg tak penah muncul kt mana2 court futsal. 

4.Aku xdak sports yg ak minat & aku ada bakat. 

5.Aku tak minat kereta atau motor. Yup. betul. Sapik Roslan (formerly known as Ustaz) slalu ckap ak tgok keta dgn pandangan kosong. Dah aku tak minat nak buat camna. Tp kdang2 ak tgok gak TopGear. Bdak2 len excited ja ble tgok keta. Itu ini, pergh dahsat la, keta rare la blablabla. Sama gak dgn moto. Ak rasa dah cukup & dah bahagia dgn moto Yamaya Sport aku tuh walau kena kutuk dgn geng kilang masa intern dlu. Asal bergerak.

6.Aku tak minat gadget & segala technologies stuff. Ntah. Ak cukup malas msuk Loyat. Sama & serupa sja bg aku. Laptop/PC/hanset etc. Baru lama, lawa buruk, mahal murah, latest outdated. Thats it! Black Berry? Blackcurrent lg kenyang (-_-" Habis ak nak upgrade/update pon laptop aku ni kot. Tu pon sayang sbb ayah bg huhu.

7.Aku xda mana2 artis favorite. Mana sedap sja ak layan la. Skarang ni habis2 pon Aizat AF & Maher Zain sja kot. Sbb lagu2 kedua-dua ni bg aku tak stereotype dlm kelas masing2. Actually ni aku bru balik dr karok dgn bdak2 umah. Ak satu lagu ja la. Tu pon habis kena push bru ak terniat nak cari satu lagu. Sama gak ak xda excited mana nak karok cam housemates yg lain.

8.Sblom ni aku suka dgar Xfm (Xfreshfm) tp aku stop sbb Xfm dah jadi murtad dr matlamat asal & jadi bangang sbb Era. So aku turn ke Hitz lak. Ak suka Xfm yg dulu sbb best dgn lagu2 indie yg tak kuar kt radio lain. Lagu2 yg len dr lagu mainstream.Knapa ak salahkan Era? Sbb bnyak sngat iklan promote Era yg bodoh tahap celaka yg diulang2 berkali. Pastu suma dejay best Xfm mesti akan kena kidnap gi Era. Dr glamer di XFm trus tenggelam di Era. Pastu tinggal Xfm terkontang-kanting cam management bdak skolah rendah punya radio.

9. Aku xda minat sngat apa2 jenama atau style. Senang cakap aku ni xdak taste dr segi fesyen, makan & lifestyle. Ramai ckap aku ni xdak life. Tp bg aku, ni la life aku dan tu life korang. Kdang2 aku rasa cam ramai lak orang kt luar sana yg rasa cukup penuh dgn taste, style tp sbenarnya hamba kpd kapitalis. Jadi orang hamba jajahan minda. Orang buat kita pon nak buat. Orang beli BB suma pakat beli BB. Satu puak men futsal, yg len pon nak gak. Cam xda pendirian hidup. Mcam lalang. Bg aku la.

10. Dr kecik lg aku ketinggalan dr trend semasa. Msa dlu ramai suka DragonBall etc. Sanggup kumpul komik dia. Minat Digimon. Satu skolah masa skolah rendah gila benda tuh. Aku? Buat bodo la hahaha. Sama gak cam game2 online ka hapa ka. Ak xdak bernafsu pon nak try.

11. Humble & zuhud sngatkah aku ni dgn langsung xdak minat kt duniawi ni? 

12. Bab makan pon sama. Telan sja. Kalo orang len, (bila makan benda yg sama) owh rasa tak kena la, masam la, masin sngat la. Pastu tak abes & tinggalkan saja. Aku? Licin. Pastu bila orang tanya sedap tak? Jawapan standard aku: Ok!. Selagi tak memudaratkan aku. 

13. Secara keseluruhan aku rasa ada baik & ada buruknya sifat ak nih. Bg ak, ak tak spend masa, komitmen & duit tuk penuhi mcam2 kehendak (yg diassume sebgai lifestyle). Tp dr segi buruknya aku terkeluar dr mana2 group. Ye la dah tak join apa2 yg berteraskan minat. So orang tgok bola aku tak. Bila sembang pasal bola aku lak no comment. Bdak2 class lepak ramai kt Ampang, Setapak etc lepas men futsal, aku lak xdak kt situ. Lg stu aku semacam akan terlepas segala benda yg jd memori bg orang len. Hmm...

14. So aku adalah sorang yg nerd, lg skema, kaki bangku, xdak life, xdak style, xdak taste & aku survive!

Jgan hukum orang len dr perspektif hidup kita semata2 perbezaan perkara yg remeh temeh, sbb kita hidup atas nilai & perspektif yg berbeza & memang kita dijadikan saling berbeza.


till then, assalamualaikum

Monday, February 7, 2011

Traffic Jam di musim perayaan

Salam.
Pic from Google : traffic jam
1. Kecoh & penuh kt Facebook dgn status2 pasal traffic jam sana-sini kt seluruh Malaysia. Huhu bagi aku perkara biasalah especially waktu2 perayaan, tak kisah la raya apa pon. Raya Aidilfitri, orang Islam beraya dgn yg bukan Islam pon amek kesempatan tuk bercuti gak. Sama la Chinese New Year ni, non Chinese pon sama2 cuti gak.

2. Kebetulan hari Selasa 1 Feb cuti Hari Wilayah, pastu CNY lak 3 & 4 Feb (Khamis/Jumaat). So bleh sambung cuti la haha Ikutkan hati hari Isnin tu pon nak cuti sendiri (ponteng class) tapi sayanglah, dah last sem ni, lg stu hari Isnin sja full day lecture, nak kena ganti lak kalo cuti nnti malas lak. Rabu memang xda class (dah kautim awal2).

3. Yg bestnya pasal lecture hari Isnin adalah bila second lecture, Six-Sigma, kami tunggu la dkt lecture hall, lectuternya tak mai pon msuk. Pelik, Mr Zaid ni punctual. So aku dgn Werda pon pi lah tgok kt bilik dia dkt office. Tgok2 Mr Zaid tgah gelak2 dgn lecturer lain terkejut bila Werda tanya "Sir tak nak buat class ke?". Zaid jawab "Eh bkan ada bdak class you all ckap tak nak ada class hari ni, so I tak turun lah. Dia tak da bgtau kat you all?" "Mana ada Sir, kami xde plan pon, tak tau lak sape orang tu". Hmm hampeh, sapa la manusia tuh yg pandai2 pi pakat dgn sir tuh. Best la dia cuti sorang, ceit. So buat gak lah lecture pagi & tutorial petang tuh. Tp orang tu dah di-consider ponteng tau oleh sir haha

4.Erk lari topik hahaha

5. Ni aku nak habaq pasai jem. Most status kt FB bnyi camni

gigih gila aku carik & kumpul status2 ni haha

6. Ak lak sempat gak menyibok haha

7. Tahun ni aku kena tak la seteruk tahun lepas sbb ak dah amek pengajaran. This year just jem cikit kt Perak dlm pukul 3.00pagi sbb ak bertolak kul 11.30malam dr Alor Staq.Kul 5.00pagi sampai KL. Tahun lepas aku kena agak teruk. Jem CNY gak tapi on the way balik Aloq Staq. Naik di Kajang pkul 9.00pagi, nak keluaq KL dlm pukul 1.00 tgahhari, sampai Aloq Staq dlm pukul 11.30malam. GILA!!!.

8. Okay, tu salah aku jugak, sbb timing ak beli tiket tak kena, sehari sebelum CNY yg mana petang tu suma Chinese nak balik utk makan besaq. Confirm la KL, Ipoh & Penang jem gila huhu. Masalah bas ak jadi lambat tu sbb amek masa berjam2 tuk isi minyak di KL. Habis satu KL pusing. Ntah apa masalah dgn bas tu pon ak tak tau. Memang baziaq masa sungguh. Patut pkul 1.00 tu aku dah kt Perak dgn tempuh jem Ipon/Penang, selewat-lewatnya pkul 5.30 petang ak dah patut sampai Aloq Staq.

9. Dah la jalan jem, RnR pon jem jugak, penuh dgn orang ramai. Tandas yg sedia ada tak cukup utk tampung pengguna sampai PLUS terpaksa bukak tandas sementara. Orang beratuq panjang utk tandas, makan & surau. Ada yg berkelah tepi kt RnR tuh. Bkan berkelah sbb suka, sbb terpaksa jalan penuh.

10. Okay, tu suma fenomena yg tak dapat nak elak dlm keadaan mcam ni. Apa yg buat aku bertambah panas, sakit hati lagi annoying adalah 4 orang penumpang kt blakang skali dlm bas tuh. Orang dewasa, tp hmm rasa2 mcam budak skolah first time nak bas express. Mak aih bising nak mampuih.

11. 4 orang KL yg (maybe first time pi Utara) buat bising, sembang kuat2 & ambil gambaq sana sini dgn DSLR mcam dlm bas tu ada lepa tu sja. Adoi. Ntah DSLR tu pon set auto. Tolong la respect orang lain sama. Apa yg buat aku annoying sangat bila lepa ni try cakap Utara guna loghat Kedah. Tapi tak jadi & lepa gelak dgn suka sangat. Tak tau la suka sbb cuba ckap Kedah atau gelakkan loghat & cara cakap orng Utara. Apa yg silap besaqnya kt sini. Lepa tuh naik bas yg full dgn orang Kedah!. Aku boleh nmpak dr seat aku penumpang lain bangun & toleh ke belakang dgn muka bengang. Nasib baik suma bleh sabaq, kalo tak memang makan maki dgn penumpang lain.

12. Tolong la, tolong sangat2 kalo tak tau cakap loghat/dialek negeri lain tolong jgan cuba. Annoying! Tak salah utk belajaq, tp buat dgn cara yg kena & dgn orang asal dr negeri tuh.

13. Lagi? Apa yg buat sakit hati & terbuka pemikiran aku bila manusia2 tuh bleh tertanya sesama sendiri (dgn suara yg kuat tp xdak sapa nak jawab sbb nyampah)
"Eh kat Kedah nanti tu ada kedai tak? "Kan hutan je banyak" 
"Alamak nanti tak de line handphone la bila sampai Kedah"
Eh bodoh, Kedah tu negeri dlm Malaysia la. Hang ingat kami duduk kt dalam hutan? Tinggal dlm pondok? Duduk atas pokok? Kedah tu xda tamadun ka? xdak kemajuan & ekonomi ka? Bonggok!

14. Panas! dah la jalan jem, bas gerak lembab tambah lg dgn sikap tak bertamadun segelitir rakyat Malaysia yg camtu, bertambah sakit hati aku. Dan makin ramai penumpang lain yg toleh & jeling ke belakang dgn muka marah.

15. Sampai sja di Sungai Petani, Allah bagi hidayah dkt manusia2 tuh dgn realiti di Kedah. Keluaq sja tol Sg Petani Selatan (yg dibaca sbgai Alor Star oleh orang2 itu, buta geografi) terus terpampang dpan mata Tesco, Giant, pasaraya2 & bangunan besaq sepanjang jalan nak ke stesen bas Sg Petani sblom msuk highway balik ikut tol Sg Petani Utara utk ke Aloq Staq. Baru senyap mulut2 tuh yg anggap Kedah ni kawasan kampung semata-mata, penuh dgn hutan/sawah padi. Sblom tu siap cakap menyesal mai Kedah sbb nak pi Langkawi, tak sangka Kedah ni jauh sangat. Tak jauh cuma timing hang yg tak kena.

16. Tapi, aku terfikir, nak marah lepa tuh pon tak bleh. Sbb mentaliti lepa tuh dah dibentuk mcam tuh oleh media massa. Asalkan background Kedah saja gambaran yg dibuat mesti stereotaip. Mesti hutan, kebun, sawah padi semata-mata, kampung sja, xdak kemajuan, xdak pekan/bandar. Sama sja kalau keluaq dkt drama ka, movie ka, tu sja imej Kedah. Tambah2 lagi  la ni PAS lak yg memerintah. Mesti Kedah = Kelantan dlm pemikiran ramai. 

17. Apa sja media tunjuk maka ditelan bulat2. Kalau suma paper promote arak tu baik utk kesihatan, maka ramai la percaya. Bodoh. Tolong layan setiap negeri tuh berbeza.Cuba kenali negara sendiri dari syok taksub puja/kagum dgn negara asing dan jangan terlalu telan apa yg ada kt media. Media patut lebih bertanggungjawab tuk betulkan persepsi. Bukan terlalu layan & ikut persepsi. Kebenaran ditanggan anda. Penipuan jugak ditangan anda. Tepuk dada tnya iman.

Note:
1.kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
2.persepsi tak semestinya betul, pengaruh media massa memang kuat
3.maaf kpd orang KL yg terasa, aku tak maksudkan smua mcam tu, so refer note no1 aku.

Quote aku:
Sesiapa yg berkuasa ke atas media, maka dunia didalam tangannya

Happy Chinese New Year!

till then, assalamualaikum