Commercial

Monday, December 12, 2011

Gerhana Bulan


السلام عليکم 

1. (Nyanyi) Bulan bintang capricon ♪♫...ok tak ada kaitan

2. Baru-baru ni, penduduk donia dilanda gerhana bulan, yaitu jatuh (tapi naik) pada 10 Dec 2011, Sabtu malam Ahad (waktu Malaysia).

3. Selama ni tak pernah pun aku excited pasal gerhana ni. Tapi malam terjadinya gerhana baru ni, kebetulan aku balik rumah. Ayah aku ada bagitau yang masjid akan buat solat sunat gerhana bulan lepas solat Isyak. Terus jadi excited nak buat jugak.

4. Sebab solat sunat gerhana ni rare, ayah sempat korek koleksi buku agama, nak cari khaifiat iaitu cara menunaikan solat sunat gerhana. Rupanya kena "rukuk" dua kali. Owh, begitukah.

5. Sampai di masjid untuk solat Isyak, orang tak ramai. Just mcam biasa saja. Ok. Budak-budak sederhana ramai. Macam biasa juga -_-. Wu siap dapat saf pertama lagi hehe. Rare tu. 

6. Lepas Isyak, aku tgok jemaah lain berlagak biasa saja, macam tak ada apa-apa special pun. Sempat solat sunat dulu. Dalam suasana relax santai bak tepian pantai tu, barulah Imam Muda*, Ustaz Azahari keluar dari ruang solat utama ke tangga utama masjid.

*Note: Imam Muda tu jawatan utk Timbalan Imam ye, atau Imam ke-2 selepas Imam Besar, bukan rancangan realiti TV ok :P

7. Bila Ustaz Azahari dengan selamba meneropong bulan, barulah jemaah lain pun busybody jugak nak tengok status berapa percent-kah gerhana telah berlaku. mak ai ayat. Siap sorang pakcik tetiba buat announcement: "Gentlemen, this is called an eclipse" -_-. Bukti PPSMI berjaya, lol. 

8. Pastu Imam Muda masuk semula sebelum duduk dan summon semua jemaah yang ada untuk masuk ke ruang solat utama. Jangan ada sesiapa pun yg tertinggal dekat luar. 

9. Sebab Isyak masuk awal. Ustaz Azahari decide untuk tnggu sampai pukul 9.00am barulah solat sunat akan bermula. Konon nak bagi bulan ditelan gelap sikit. Sementara tu semua jemaah duduk dalam bulatan besar bersantai dalam dewan solat sambil pekena teh tarik, roti canai dan layan Majalah 3. Ok itu tipu.

10. Jemaah dok berspekulasi cara solat sunat yang betul sebelum Imam Muda activate microphone utk redakan suasana. Dari penjelasan, betullah ayah aku cakap yg rukuk dua kali setiap rakaat. 

11. Solat sunat 2 rakaat macam biasa, kecuali setiap rakaat 2 kali rukuk. Antara 2 rukuk tu, bangun dan baca Al-Fatihah. Lepas solat sunat ada khutbah. 

12. Pastu bermulalah sesi Q&A dengan Imam untuk masing-masing faham dengan detail khaifiat/cara solat. Macam-macam soalan, kelakar pun ada.

13. Suddenly pakngah aku mencelah, jump into conclusion: 
"Dia Imam, dia rukuk, kita ikut, dia sujud kita sujud, dia bagi salam, kita balik rumah hahahaha". 
Ok, nice conclusion -_-"

14. Heh first saf lagi (bongkak hilang pahala). Lepas solat sunat dengan lancar dengan izin-Nya. Ustaz Azahari baca khutbah. Isi kandungan khutbah yg di-release oleh Majlis Agama Negeri Kedah sentuh pasal kejadian gerhana dari perspektif sains dan pandangan agama, serta ingatkan untuk jauhkan diri dari kepercayaan karut-marut berkaitan gerhana.

15. Balik rumah dok teropong bulan lagi dengan family. Tok pun keluaq tengok jugak. Last aku ingat tengok gerhana malam-malam ramai-ramai dengan tok, nek suma masa skolah rendah dulu dekat rumah tok lama. Sanggup tnggu lama-lama nak tengok gerhana bulan. Jiran-jiran pun ada keluaq jugak.

16. Tok bercerita: Zaman anak dara dia dulu tak takut keluaq sampai awai pagi nak tengok gerhana. Zaman tu selamat. Waktu tu, zaman 50an, orang Cina akan ketuk gendang atau buat bunyi bising macam bakar mercun etc konon untuk takutkan naga yang nak telang bulang. (kecek Ganu weh). Selagi tak habes gerhana selagi tulah meriah dengan macam-macam bunyi. Orang Melayu pulak ketuk pokok buah. Konon pokok tu akan berbuah lebat kalau kena ketuk waktu gerhana lol. 

Begitulah ceriteranya. Sekian.

till then, assalamualaikum

-Duke of Black Antz-

0 comments:

Post a Comment