السلام عليکم
1. Sehari dua ni ada lah post
mengharamkan Valentine Day (yg memang haram), kebanyakan berbunyi mcam ni:
"Ia
dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine
merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan
kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine
dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan
Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka
menganggap Islam adalah agama yang zalim."
2. Ramai yg tak
peduli betul atau tak, tp terus ctrl-c & ctrl-v dgn ayat: mohon kebenaran
admin utk share; ya Allah baru tau haram; wajib sebar/share; tak tak share tak
sayang Islam, hmm selidik la dulu mak nenek oi
3. Maaf, aku tolak
kenyataan di atas dgn sbb berikut:
I. St Valentine
(kemungkinan besar) mati pada 269M, di Rome.
Mcm mana paderi
ni boleh hidup & pi duduk kt Spain pada taun 1492M?
II. No such thing as "Kerajaan Islam
Andalusia". Andalusia adalah rujukan kpd wilayah Islam yg merangkumi
sebahagian besar Spain, Portugal & France di bawah kerajaan Umaiyah
(tahap ke-2) sebelum berpecah belah kpd berpuluh kerajaan kecil/emirate.
So kerajaan Islam mana yg dimaksudkan?
III. Emir Muhammad XII (atau Muhammad Boabdil
), Emir terakhir Emirate of Granada (kerajaan Islam yg last) serah kalah 2
January 1429 (sejarah umum).
Mcm mana kerajaan
Islam tumbang pada 14 Feb 1429?
4. Ini fakta dr
sejarah umum, (peminat sejarah teori konspirasi kontroversi, sila pg jauh) maap ye, Valentine tetap
haram, jgan salah faham maksud aku. Tp kemukakanlah bukti yg sebaiknya, jgn selamatkn orang dgn sesatkn
mereka
5. Kenapa kita umat Islam dalam dunia maya suka sangat share bnyak benda yg kelihatan Islamik siap dgn arahan/ancaman: sila share, wajib share bla bla. Lagi sekali selidik la dulu. Aku tak kata fakta aku 1000% tepat. At least aku baca, selidik & compare dari membuta tuli share something tanpa sure betul atau tak.
6. Valentine Day tidak disambut oleh umat Islam sbb itu bukan amalan & budaya yg dianjurkan oleh ajaran Islam. Islam memuliakan ikatan perkahwinan & tak mengalakkan budaya couple. Ada paham.
Google before post/share/tweet is like think before speak.
# Kalau salah,
mohon diperbetulkan, tenkiu :D
p/s: tak paksa pun korang share benda ni :P
till then, assalamualaikum
-Duke of Black Antz-
0 comments:
Post a Comment