Commercial

Sunday, March 25, 2012

Energy Manager Training

السلام عليکم
Event: Maesco Energy Manager Training Course 
Date: 19-23 March 2012
Venue: Eastin Hotel, Penang 


1. First thing, don't get the wrong idea. Aku bukan manager di kilang ya, aku masih engineer/executive. Thank you.

2. Pihak company telah menugaskan aku bagi menjalankan aktiviti pengurusan & penjimatan tenaga (baca sebagai elektrik). Keperluan ni adalah berdasarkan Peraturan-peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Dengan Cekap 2008 [P.U.(A) 444/2008]
dibawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447). Tapi ada syarat...

3. Peraturan di atas menetapkan, secara kesimpulan, yg mana kilang (dan seumpama) yang mengunakan atau menjana elektrik melebihi 3,000,000 kWh dalam tempoh enam (6) bulan berturut-turut adalah tertakluk kepada peraturan di atas.

4.Peraturan di atas menetapkan, keperluan untuk melantik seorang Pengurus Tenaga (Energy Manager) yg berdaftar dgn Suruhanjaya Tenaga (ST). Energy Manager ni perlu menjalankan tugas secara kasar seperti dibawah:
(a)-audit & analisis penggunaan tenaga elektrik
(b)-nasihat untuk pelaksaan aktiviti pengurusan/penjimatan tenaga
(c)-pantau keberkesanan aktiviti di atas
(d)-simpan & selia rekod pengurusan tenaga
(e)-buat laporan berkala (6 bulan/1 tahun/ 2tahun)

5.Kelayakan untuk menjadi Energy Manager? 
(a)-warga negara berusia 23 tahun ke atas, dan
(b)-seorang Professional Engineer (Ir) yg berdaftar  bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138] dengan 6 bulan pengalaman bekerja berkaitan, atau
(c)-pemegang ijazah Sains, Kejuruteraan, Seni Bina atau yang setaraf dengan pengalaman kerja berkenaan selama 1 tahun, atau
(d)-ada Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh  Suruhanjaya sebagai seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik atau Jurutera Elektrik Kompeten dan mempunyai sekurang-kurangnya sembilan bulan pengalaman kerja berkaitan

so aku dikira dalam kategori (c) la, tapi tak ada satu pengalaman -_-

6.Ops, belum tamat lagi. Untuk bertindak sebagai Energy Manager, seseorang tu kena buktikan pengalaman kerja dgn submit report kerja/projek/study ke ST untuk penilaian. Lepas tu candidate akan di-interivew oleh panel ST. Bila dah lulus interview barulah boleh register sebagai Energy Manager yg legal & bertauliah. Jauh lg perjalanan aku. Dalam negara ni tak ramai Energy Manager: sila clik dan pilih ikut negeri.

6.Tak apa, sebab tu kena attend course ni untuk bagi idea & knowledge berkaitan. Pergh yg attend suma otai dalam industry, ada dua orang saja yg fresh grad termasuk aku, sorang safety officer dan yang lain tu suma well experienced engineer dgn sorang senior lecturer UTeM berpangkat Ir. Hadoi. Mostly dari Utara dgn lain-lain dari Tengah & Selatan.

7. So 5 hari duduk hotel, ehem aku dok rumah saja sbb venue tu dekat sangat dgn rumah. Aku di Batu Uban & hotel tu di Queensbay saja. Jalan pi kilang hari-hari. Banyak belajar benda baru especially pasal motor, air cond, air compressor etc.

8. Yang datang jadi trainer pun bukan calang-calang:
Principal Trainer: Ir Dr Prof KS Kannan, 
National Coordinator United Nation-Industrial Development Org
Trainer 1: Ir Francis Xavier: 
former Director of Energy Commission Malaysia, currently EC adviser & EM interviewer
Trainer 2: Ir Kumarason:
ESCO consultant

9. Ir Francis Xavier ni juga panel interview, so sempat tanya (korek) soalan interview haha. Mostly berkenaan pemahaman Peraturan, Akta & berkaitan projek yg kita buat. Dr KS Kannan pun pemeriksa report yg candidate hantar ke ST.

10. Energy Manager ni sebenarnya mcam konsultan yg akan advise & guide projek pengurusan & penjimatan tenaga. So dia boleh buat company mcam Maesco dah jadi adviser/consultant kepada beberapa bnyak company yg dia mampu handle. Tapi aku masih terlalu jauh untuk idea di atas sbb masih lack of experience. Tak apa, doakan aku. Amin.

Participant with Principal Trainer (seated middle) and President of Maesco


Aku berharap aku dapat survive & success dalam perjalanan ini.

till then, assalamualaikum


1 comments:

aidil said...

assalam bro. kalau still aktif harap dapat bagi nombor telefon untuk dihubungi. nak bertanya beberapa soalan berkaitan energy manager ni. sebab cerita kita macam sama. huhu

Post a Comment