Commercial

Saturday, July 30, 2011

Dilemma




Introduction 

1. Hmm saja tak update blog sebab bukan tak ada idea, malas & tak ada xtvt sangat nak update. Lepas tamat study, masih stay kt KL sebab masih dalam mode happy & masih nak berhuha huha lagi. Lepas huha huha ramai pulak yang susah hati. What to do with your life. Sudah tentu ada plan sendiri, tp kita hanya merancang & cuba untuk laksanakan, tapi Allah juga yang menentukan.

2. Lepas huha huha tu aku masih stay dekat rumah sewa sementara masih ada tempoh untuk duduk situ. Bagi selesai segala isu dokumentasi nak tamat belajar, isi macam-macam form, cari adviser la, dapatkan pengesahan la, pastu baru submit ke office kt campus. Pastu baru aku balik. Sebab duduk KL pon tak ada benda nak buat, duit berjalan macam air tapi duduk lepak ja.

3. Ingat dah selesai, rupanya ada lagi form tak isi, masih ada benda tak ambik kat campus macam form claim, surat tamat belajar, form nak konvo dengan transcript result sem last. Kena la naik balik ke KL. Lepak jab sebab academic adviser tak available sebab pegi audit kolej lain kat Sarawak. 

4. Cakap pasal result ni yang tak best ni, ingat boleh la graduate dengan first class degree, sekali dapat second class upper sebab sistem sekarang dah guna kuota untuk result A. Pulak dah. Sebab kadang-kadang terlalu banyak cemerlang & terlalu banyak result memuaskan untuk sesetengah subject. Kononnya tak mematuhi graph normal distribution. Dalam masa yang sama nak jaga standard la sejak dapat status universiti cemerlang ni, aduh. Final year project (FYP) tu 6 credit hour kot, CGPA aku semester sebelum dah 3.45, kalau FYP dapat A, CGPA akan naik lah. Adus. Sudah la soalan final subject lain semuanya ke bulan, ke marikh....(berapa kali aku nak cakap pasal benda ni adui)

Dilemma 

5. Tamat belajar ni dilemma terbesar adalah pasal kerja la. Hmm and yes, I'm still unemployed. Secara positive belom ada rezeki. Hmm. Dulu masa campaign universiti suma mulut manis, Yes! anda dikejar oleh industri. Memang la, ada cycle dalam demand la. Kalau bukan tengah cycle, memang tak laku la jawabnya. 

6. Apply kerja tu suma benda apply even kelihatan not related. Got one call form recruitment company: "The position that you have applied is not related at all to your background!?, why r?" Karang aku pilih yang betul-betul dalam scope, kata graduan sekarang memilih sangat, aku apply tuh yang related la sebab ada juga aku belajar especially dalam hal management (project management etc). 

7. Tanya nya (apply) banyak, respond-nya (reply) tak banyak . Apa yang aku bimbang adalah macam illustration kat atas tu. Mula-mula memang tak ada respond, senyap lama, lepas bila dia mula respond, tak menang tangan. Ni dah mula panggil interview, ok lah, ada jugak panggil nak jumpa kan. At least respondlah dengan email : "Sorry, we are regret bla bla" at least ada jugak respond dari senyap saja.

8. Owh, yes, aku pon ada buat silap dalam excited-nya apply. Satu company iklankan banyak position, so aku apply semua yang related. Lepas tu dapat panggil untuk interview dah pening dah position mana pulak yang aku apply ni. Adus, dah kena sedas masa interview.

"kesilapan = pengalaman = pengajaran = jangan ulang"

Rezeki

9. Serius those yang nakal-nakal lebih bertuah & stabil haha. Geng-geng lawan cikgu lah yang jadi cikgu. Geng yang huha huha tulah yang jadi polis & tentera. Geng yang nampak relax & "survive" tu lah yang laju saja dapat kerja sana sini. Hmm banyak faktor mempengaruhi juga. 

10. Statement aku kat atas (no 9) tu bahaya actually, nanti ada pulak sapa-sapa yang merajuk & kecikl hati la. Maaf la, tu bukan maksud aku. Ni aku baca dari perspektif cikgu masa sekolah & lecturer masa study. Geng yg lecturer panggil engineer tidoq tu la yang "jauh melangkah" sekarang ni. Tahniah, aku jealous!!!. 

Perancangan

11. Pasal kerja ni patut budak-budak dah didedahkan dengan reality sejak dari sekolah. Laluan kerjaya, positive negative, reality susah senang, bukan asyik promote positive aspect saja, asyik bercakap pasal glamour-nya sesuatu kerjaya. Nanti menyesal kemudian hari. Aku attend Hari Cemerlang sekolah menengah aku baru ni, adik aku dapatlah. Kalau diberi peluang bercakap depan junior, soal perancangan pengajian & kerjaya lah aku nak cakap. Jangan terlalu stereotype & jangan terlalu kejar benda yang kelihatan glamour, yang ternama tu belom tentu berjaya tau! 

12. Masa aku form 5, awal tahun aku dah menghadap kaunselor sekolah untuk minta pendapat pasal laluan kerjaya, pilihan kursus di universiti. Aku spend masa berjam juga review semua prospective universiti. Tengok choice apa yang ada, apa yang aku perlu score untuk capai suma tu. Tapi silapnya aku kurang istiqamah, di tengah jalan cepat teruja dengan tarikan lain. Tak "setia" haha

Pilihan lain

13. Trend yang aku nampak bila graduate & tak ada kerja, ada dua trend: 
    a)sambung master 
    b)jadi cikgu (KPLI)

14. Erk, kalau nak jadi lecturer tu mungkinlah sambung master. Master sama ada by course (belajar  ikut class) atau by research. Aku tak ada bakatlah nak jadi lecturer ni, nanti students lagi besar dari aku -_-". Lagi satu aku dah tak berapa minat nak sambung belajar lagilah. Mungkin kemudian, part time, mungkin...

15. Jadi cikgu?, kalau aku nak jadi cikgu baik aku tak accept offer masuk universiti tapi aku terima saja offer ke maktab perguruan dulu, sama ada Tesol atau ajar math. Dah confirm study untuk jadi cikgu. Tapi family aku dah penuh dengan cikgu lah. Balik raya macam mesyuarat panitia sekolah.  Ayah & majoriti pakcik makcik, sepupu yang jadi cikgu, coming soon pon ada. Masuk bidang lain pula lah.

Positive thinking 

16. InsyaAllah, adalah tuh, tak ada sekarang, Dia bagi kemudian, mungking Dia nak duga, Dia nak bagi something better? rite?

Note: 
Sambung master is not an option sekarang, okay

Thanks to : 
Ayah & Abng Joe, my cousin for the interview.

Selamat Berpuasa!!!


till then, assalamualaikum

Thursday, June 2, 2011

Mencandat Sotong!!!



1. Hmm actually benda ni last minute ak setuju nak join. Sbb tak pernah join & segan2 ckit nak join dgn geng yg tak kenal. Plannya nak pi ramai2 budak rumah. Kira xtvt rumah sewa lah konon, isi masa lapang lepas final.

2. Plan asal, lepas budak2 PDE sampai ke tanah besar dr Redang, rehat jab, petang tu diorang gerak balik KL kecuali yg nak join ja. Pastu dlm masa yg sama budak2 rumah aku yg join akan turun KT dr KL & KB. Sekali tak brapa jd lak, Pali Aman tak jd turun dr KB & Azim lak xjd join, Pakya lak ada hal. So aku sorang ja turun dr KL. Ingat nak ajak lg tp Sablu dah cakap full kuota dah. 

3. Petang tu aku sampai KT lepas 5-6 jam perjalanan dr Hentian Putra. Tgok signboard kt Kuantan, KT lg 117km, mak ai, jauhnya. Apa ak nak buat atas bas ni. Nasib ak bawak novel Sutera Bidadari, hmm dekat nak habes gak novel tu aku baca punya boring. Sampai KT budak2 PDE dah berkumpul dkt Maidin KT. Sja brkumpul sblom pecah 3: 1 group balik KL, 1 group stay KT & 1 group balik Kelantan.
Peralatan Candat

4. Sbb penat kt pulau blom habes siap dah gelap sorang2 main pantai, budak2 ni nak rehat dlu. So ak layan saja. Esok pagi baru keluaq pusing KT cari barang candat. Maklulamlah suma tak penah candat, nasib kawan Sablu penah & guide nak beli apa utk candat. Siap beli balik rumah Sablu tuk siapkan suma peralatan. Haha lg sekali, masing2 bukan kaki pancing atau background nelayan, pakcik sablu lak yg tolong ajaq mcam mana nak ikat la, pasang la etc etc last2 siap suma 6 set candat pakcik dia buat, kami tolong cikt2. huhu
Jeberg belajar dgn pokcik Sablu


5. Cerita asalnya nak naik bot lepas zohor, dlm kul 3 petang. Fuh awal gila. So tangguh lepas asar dlm kul 5 petang. Naik di Seberang Takir. Macam mana Syazwan, bdak KT gak yg join, bdak fakulti aku gak bleh miss info, siaplah beliau kt tempat tak jauh dr jeti haha sian. Sablu amek bawak balik rumah utk tolong siapkan alat candat.
Nak gak bergambar tgah setup alat candat

6. Kul 5 petang camtu kami dah sampai dkt jeti, join kawan2 Sablu yg lain. Sablu ni memang orang KT. Kawan2 dia ni jenis suka xtvt camni, pancing etc. Sempat asar kt masjid dkt jeti. Angkut barang naik bot dlm kul 5.30 petang. Sempat lah aku interview 2-3 orang kawan2 Sablu ni, & lepa mengaku dah penah candat sotong. Boleh belajaq ckit mcam mana nak mencandat.
Bot yg kami naik

7. Pakcik Sablu pesan, masa nak candat, lepaskan tali dgn mata kail sampai jejak ke dasar laut, lepas tu tarik tali tu naik dlm 2-3 kaki dr dasar sbb sotong bnyak kk kedalaman tu. Tekong bot pon cerita benda yg sama. Ok. dah ada petua, lepas tu main2kan tali dgn tarik ke atas pastu lepas utk buatkan umpan tu mcam hidup, tarik perhatian sotong & bila sotong dah dekat dgn umpan, pergerakan naik turun tu akan sotong sangkut dkt mata kail. Camtulah ceritanya.

8. Naik sja bot suma nampak excited & cool je padahal masing2 dah telang 2 biji ubat tahan mabuk huhu. Tak lama, dlm 30-45 min keluaq dr kuala sungai Terenggau kami dah sampai ke port sotong. Bnyak gak bot parking kat situ tak kira besaq kecik. Meriah lah. Sampai ja terus start candat. terkejut gak sbb bayangkan candat start awal pagi dlm kul 1 pagi. Kami pon layan sja.

9. Sekejap ja dah ramai dapat tangkap sotong. Memula ja bdak2 Sablu dapat dlu, kami panggil geng belakang sbb ramai2 dok kt belakang bot, kami lak geng depan sbb ramai2 dok kt haluan bot. Lepas tu turn kami la pulak, kalo geng belakang boleh naikkan satu sotong, kami naikkan 2 sotong serentak sbb pakai 2 cangkuk sekali gus haha Ustad Syafiq panggil combo.


Geng depan: Afiq, Jeberg, Syazwan, Syafiq, aku , Sablu

Geng belakang

10. Leka bercandat, sampai gelap pon tak perasan. Memula ramai bersaing sapa dapat naikkan sotong & berapa bnyak sorang, lepas suma dah dapat, dah tak dak pertandingan lg dah, masing2 dapat naikkan sotong lepas tu campak dlm bakul. Dah tak kira sapa punya dah.
Start mencandat

11. Sambil candat sambil sembang2. Tekong bot lak tak habes2 gelak nak tgok sapa tumbang dlu, sapa mabuk & muntah dlu. Sampai pagi esok suma steady je. Ni kira rekod gak, sbb suma maintain sampai habes. Sbb selalunya mesti ada yg tumbang punya. Kalo mabuk laut memang dah tak boleh buat apa. Aku dah rasa dah dlu masa belayaq satu minggu penuh di laut dgn TLDM dlu, Lumut-Langkawi-Lumut 2003.
Ni dalam pkul 2.00am

12. Bila lama2 sotong dah mula kurang. Bila sotong dah berkurang sumpah boring. Sampai naik lenguh tangan. Aku rehat jab nak solat & makan. Solat jamak sbb masih musafir. Itu pon solat dlm keadaan bergoyang, hampir nak jatuh bila bot teroleng dgn ombak. Sampai kul 1pagi sotong tak muncul.

13. Kul 2pagi bot berubah tempat ke port sotong yg baru, tak jauh dlm 5-10 min belayaq. Tu pon tak banyak. Fuh memang boring lah, silap ak tak bawak earphone, bleh gak dgaq lagu. Geng aku yg lain suma dah hanyut tidoq, dgn sedap angin laut tambah bot oleng kiri kanan mca dodoi tidoq lak. Yg bertahan cuma aku, Syazwan, Sablu. Yg dah hanyut, Afiq (sbb penat drive & demam), Jeberg & Syafiq. Tidoq dkt tingkt paling atas bot.

14. Boring punya pasal aku tertidoq dr kul 3 pagi sampai kul 4 pagi. Barulah ak try balik candat sotong. Geng belakang pon senyap ja. Kalo tak riuh sembang & sorak sbb dpt sotong. Ak tgok ramai dah yg dah terlena atas lantai bot & atas pukat. Bantai tidoq ja, aku pon layan lena atas gumpalan tali bot. 

15. Memang luck aku huhu. Aku campak ja candat trus dapat & berulang berterusan sampai 9 kali. Kalo tak terus dpt pon tempoh aku tunggu tak lama. Kadang2 siap dapat 2 ekor terus. Bengang geng belakang tgok aku berterusan dapat huhu Alhamdulliah. Ak tunggu turn yg ke-10 tp tak kesampaian sbb dah kul 6pagi lebih & bot kena bergerak tuk balik ke pantai. 

16. Tangkapan kami ni memang terbaik lah. Kami berjaya naikkan dekat 66 kg. Gila bnyak, Tekong bot pon kagum sbb selalu kira bertuah kalo dpt kurang 10 kg walaupon ramai2 candat. Lepas tu blurr jab, nak buat apa dgn sotong bnyak2 ni. Dah la besaq2 & panjang lengan. Satu 2 ekor dah kenyang kalo nak makan. 
Syazwan dgn hasil candat keseluruhan
17. Naik darat suma dah penat. Balik rumah dulu hantar barang lepas tu pg rumah kawan Sablu tuk agihkan sotong. Kira ada 15 orang, lepas timbang2 & kira2 adalah sorang dpt 4.4kg. Waktu nak balik, kami bg 1 lg plastik dkt Syazwan sbb dia orang tempatan. So balik lg 4 plastik kt rumah. Kami siang 2 plastik ja, lg 2 tu pandai2 la bg kt orang kampung huhu.
Budak bujang bersiang
18. Menu sepanjang hari tu suma sotong sja. Pagi tu kami buat sotong goreng resipi Johor dr Jeberg, aku tolong buat megi sotong haha. Memang sedap r Jeberg buat sotong goreng tuh. Habes tunggang langgang dapoq rumah Sablu. Mak dia cikgu, so xdak kt rumah pagi tuh. Tgahari tu lepas suma terbongkang penat, mak Sablu balik & masak pastu kejut solat zohor. Sambil ajak makan, sambil tergelak, mak dia cakap lauk sotong la, sotong singgang & sambal sotong. Sotong lagi. Malam tu buat BBQ sotong huhu 







19. Apa2 pon ni satu pengalaman baru yg aku tak lupakan. Best gak actually huhu. Alhamdulillah dgn rezeki yg Allah bg malam tuh. Bdak2 ni dah sumpah xmau makan sotong lg haha.

Nak gak enterframe haha

To Sablu @ Syubli Muhammad:
Thanks sbb organize xtvt ni & sori sbb tunggang langgangkan rumah mu haha

till then, assalamualaikum

Tuesday, May 31, 2011

Dah abes study...yay!!!



Salam

1. Fuhh busy gila dlm seminggu dua ni, tak sempat nak online lama2, especially sbb final exam, completekan thesis, pastu merayau separuh Semenanjung Malaysia, xdan nak update blog, bnyak gila benda nak ak kongsi huhu.

2. 12 May lepas adalah hari terakhir aku masuk dewan exam sebagai student Degree huhu. Subject last adalah Project Operation & Management (POM) yg diajaq sendiri oleh Deputy Dean, Assoc Prof Dr Razif. Paper aku utk last sem ni ada 4 ja, start dgn Quality Management (QM), Innovation Management (Inno), Six Sigma Methodology (6S) pastu POM. Suma subject management, fuh, nak jd engineer la katakan.

Academic for final sem

3. Yg bestnya subject2 ni di-pack dlm satu hari, hari Isnin semuanya tuk lecture, hari lain cuma satu sesi sehari tuk tutorial. So Isnin adalah hari sebok dr pagi sampai petang dgn lecture. Apa yg buat lg menariknya, disebabkan suma subject ni related & completing each other, lecturer cam berpakat lak, setiap Isnin mesti ada tema, iaitu issue yg sama dikongsi/dijadikn contoh dr lecture 1st sampai last. Contoh pasal buat batik, start dgn POM cerita pasal operation, sambung 6S camna nak improve, sambung dgn Inno camna nak bg menarik/variety pastu sambung dgn QM camna nak control quality. Fuh camtu lak. Kalo tak paham xtau lg nak cakap pa.

Typical scene inside the class

Final exam for final sem

Suasana study utk paper last kt rumah sewa, ni actually classmates yg datang rumah ramai2

4. Final exam yg paling final ni agak ber-drama cikit. Selama 4 taun jd student degree ak tak penah terpengaruh dgn soalan ramalan, hint & bukan amalan ak utk study past year/sem question paper melainkan utk tgok format & cara soalan ditanya. Tp sem last ni ak bleh terpengaruh lak. huhu. Sbb kali ni cam bnyak lak hint dibagi, so sedikit sebanyak ak terpengaruh gak utk scrutiny hint tuh.

5. Ntah mcamana ak bleh buat note complete pasal berdasarkan hint tu pastu tersebar satu batch aku huhu. Suma dok pakat guna note aku tuh, sbb ak buat dlm softcopy, memang senang la tersebar. Memula bg kt bdak2 umah ak ja, pastu sampai campus tgok classmates siap print color lg note aku tu, hampagas haha camna bleh dpt note aku yg latest gila tanpa pengetahuan aku, sbb yg paling latest ja ada color2 suma tuh. Xpa2, kongsi ilmu, dpt pahala huhu

6. Abemu cakap dia hack laptop aku. Yelah tuh, second paper ak tak bg note dah, cakap pandai hack, ambek la sendiri hahaha

7. Apa yg jd dramanya kat sini, disebabkan terlalu taksub dgn hint tuh, ramai la yg dok study note tu saja. Pastu suma masuk dewan exam dgn excitednya sbb memang confident. Sekali soalan keluaq lain atau hanya hampir 40% sja sama. hahaha bengang suma.

8. Alhamdullilah ak bleh jawab sbb ak tak berapa bergantung kpd hint suma tuh. Ada gak ak goreng pakai theory subject lain sbb suma subject adalah related sesama sendiri. Ramai keluaq dewan dlm keadaan kuciwa, balik rumah suma pakat lepas geram kt FB huhu.

9. Ak tak suka tgok last sem punya paper sbb soalan universiti xdak pattern cam soalan SPM yg kita bleh ramal naik apa. Lg satu setiap lecturer lak ada style masing2, so lain lecturer lain style. Lecturer yg sama setiap sem bleh berubah bentuk soalan bergantung kpd keperluan semasa subject tu pada sem tu. Sem lepas bleh jd mudah/payah dah sebaliknya sem ni. Apatah lagi bila subject yg sama tp diajar oleh lecturer yg berbeza. Contoh, fixture 2 sem lepas diajar oleh Dekan, 1 sem lepas diajar oleh Sir Sangeth, so corak & cara soalan akan berubah. 

10. Ak tgok ramai yg suka bergantung dgn soalan lepas, study gila2 pastu soalan taun ni tak sama atau lain dari expectation. Akhirnya frust. Jd pengajaranya, study lah betul2 huhu Setakat nak tgok format soalan & cara soalan ditanya tu boleh la, tp jagn harap soalan tuh sama akan keluaq walaupon soalan yg sama ditanya utk 3-4 sem sbb segala kemungkinan bleh terjadi.

Final Year Project Thesis

My Thesis

11. Alhamdullilah ak dpt completekan thesis aku walaupon submit lepas minggu ke-17. Sebab? sbbnya adviser ak, Sir Noji baru balik dr German dan waktu dia balik memang tgah2 final exam. So team ak hanya dpt submit thesis bila dah lecturer check & bg approval. Sir sendiri ckp inform admin kalo ditanya knapa lambat sbb adviser baru balik dr oversea huhu.

12. Fuh berakhirnya life ak sebagai student degree bila submit thesis & buat clearance. Rasa cam baru seminggu dua register huhu. Layan gambar masa orientation.

Group aku masa orientation: ni kat Tasik Perdana KL, Treasure Hunt

Ni masa briefing kt UniKL City Campus

Kenangan orientation: cari aku haha mudah ja
To classmate:
Ntah bila kita dapat jumpa ramai2 lagi huhu & selamat cari kerja

To adviser:
Thanks a lot Assoc Prof Mat Noji

Hope for this sem result:
Hopefully dapat naikan CGPA supaya dpt grad 1st class.Amin!

till then, assalamualaikum

Tuesday, May 17, 2011

A New Tomorrow




1. Ak jumpa satu senarai lagu yg compete dlm Eurovision 2011 dlm paper Telegraph online, saja try dgaq top 3. Lepas tu ak yg ni cam best, inspirational gak, kena dgn tema blog ak ni, "Today's fight for future". Apa yg kita buat hari ni lah yg menentukn masa depan.

2. Jd enjoy lagu ni. Band ni dari Denmark: A Friend in London dgn lagu New Tomorrow 

A Friend in London: Taken from Google




Come on boys, come on girls
In this crazy, crazy world
You’re the diamonds, you’re the pearls
Let’s make a new tomorrow, today

Wake up, slow down
Do nothing right now
Breathe in, breathe out
Did we forget how to live, to dream
And what it all means
It’s like we don’t care

Who’s hot, who’s not
Who’s got the right upside down
Tonight, tomorrow
You’re out of time
Upstyle, you are back in the line
A race to nowhere

Come on boys, come on girls
In this crazy, crazy world
You’re the diamonds, you’re the pearls
Let’s make a new tomorrow

Come on girls, come on boys
It’s your future, it’s your choice
And your weapon is your voice
Let’s make a new tomorrow, today

Turn left, turn right
Don’t make up your mind
Your way to fame is all in vain
You get in the spot
Then you run out of luck
You’re going nowhere
We can change it all today

Come on boys, come on girls
In this crazy, crazy world
You’re the diamonds, you’re the pearls
Let’s make a new tomorrow

Come on girls, come on boys
It’s your future, it’s your choice
And your weapon is your voice
Let’s make a new tomorrow, today

Come on boys
Let’s make a new tomorrow

Come on boys, come on girls
In this crazy, crazy world
You’re the diamonds, you’re the pearls
Let’s make a new tomorrow

Come on girls, come on boys
It’s your future, it’s your choice
And your weapon is your voice
Let’s make a new tomorrow, today

Tu sja posting kali ni



till then, assalamualaikum

Monday, April 18, 2011

Di Penghujung Jalan



FYP

1.Hmm baru ada mood nak update blog. Bkan stakat mood actually, busy sngat. Ak bukan berblog sngat bak kata ariffshah, ni lebih kpd private journal, hmm xpalah.

2.Fuhh sngat busy nak siapkan Final Year Project (FYP) sblom presentation FYP. Tu pon nasib baik gila present delay seminggu, sempat lg dpt buat final trial utk project. Team ak buat checking fixtures utk lubang lampu kereta Saga BLM, project sedia ada cuma guna material bukan traditional (selalu pakai aluminium, kami pakai composite). Kami fokus mcamna nak produce bnda tu guna method baru. Bnyak orang salah faham kami nak ukur lampu kereta walaupon kami nak ukur lubang lampu belakang : assembly body Saga BLM tu actually.

Zainal aka Poknal tgah pening buat programming & machining

3. Bnyak dugaan nak siapkan FYP, process, machinery, material & management etc. Kami buat dkt laboratory composite UniKL MIAT kt Sepang, sbb campus aku UniKL IPROM xdak facilities & expertise utk handle benda composite. Yelah bukan focus fakulti ak, campus UniKL lain yg ada kemudahan yg sama di Lumut, UniKL MIMET. 

Balut dgn fiberglass
Proses vacuum bag

Azim(left) mould(top) and finished product(down)
4. Dugaan besaqnya dari segi facilities kt campus ak sendiri, machine gempak2, canggih lagi sophisticated & mahal gila, tapi xleh pakai sbb masalah expertise, training & masih under maintenance dah bertaun sbb supplier pon sama tak expert pasal machine tu. Bengong punya supplier. Adoi la, hari perjumpaan campus nnti memang ak bangkitkan isu ni dkt Dekan.

5.Satu lg dr segi material request, sbb policy "Tolong Melayu menyusahkan Melayu" Malaysia amalkn di universiti & kerajaan. Supplier universiti lembab gila, ya la orang tgah yg search sana sini lak cari barang. Nak bela orang tgah camni la barang mark-up sana sini, tu yg jd tolong Melayu menyusahkan Melayu tu.  

6. Management sama management UniKL pon problem, adus. Tp nsib baik technician MIAT, Cik Harzy yg attach dgn kami memang terbaik. Senang urusan dgn dia, tak lokek bg tunjuk ajaq sana sini. Layan sja kami & bnyak tolong. Terima Kasih bnyak2!!!.

Presentation FYP

Our Team with finished product
From left: Me, Azim, Mazni & Zainal
7. Ok, kami kna present pd 9 April 11, pkul 2.30 petang, group first utk sesi petang dkt bilik 1024. Panel kami adalah Prof Dr Ahmad Zakaria (former Dean), Mr Zaid, & sorang panel external dr industry, hmm tak ingat nama dgn time keeper lak Miss Siti Marhainis. 

The Bachelors: Me, Azim & Zainal
8. Presentation yg terbaek lah. Cepat, specific & teratur. Prof Ahmad pon puji: "Good presentation and good job division". Sbb kami buat slide presentation mmng gila skema ikut requirement yg Dean's Office mintak smpai panel pon kedu nak tanya soalan. Lg satu sbb kami bersikap terus terang dlm presentation, ada masalah sepanjang process kami tak tipu, explain baik2 & bgtau apa solution kami. Fuhh lepas! Lg bangga bila Miss ckap kami team first utk bilik 1024 yg dpt komen "Good" instead of "Okay". Terbaeklah suma team member! Azim, Mazni & Zainal!!!

First time khat khufi ak digunakan dgn cara serius, ni team FYP IDE mitak ak designkan huhu
9. Rasa lepas segala beban bila selesai presentation. Panel pon tak tnya bnyak, mgkin sbb kami buat industrial link project, maksudnya real life project walaupon tak meet suma objective. Kalo masa proposal presentation dlu ak tak lalu makan (dan kebuluq lepas present), time ni ak lapaq gila sblom present, kira present dlm keadaan lapaq r hahaha.

Kenduri Pulai

10. Esoknya 10 April, budak2 rumah konvoi pi Pahang, lebih specific budak2 x-Foundation UniKL batch ak yg buat degree kt UniKL IPROM ke Paya Pulai. Ni actually kenduri technician campus merangkap sorang photographer nama real Ruzani Shukor, nama FB Kerul Shukor, nama panggil Pulai huhu. 

Pulai & Isteri

11. Specialnya kt campus ak ni, staff & lecuter dah mcam kawan2 lak. Lg stu most staff/technician muda2, ada umur tak jauh mana. Pulai lak x-student diploma UniKL MSI  dan bnyak x-MSI yg sambung degree di IPROM & msuk class ak, so pusing2 situ gak huhu. Kami sampai sbb Pulai sendiri yg jemput, siap tunjuk umah dia kt google map pakai laptop ak lg msa kt workshop, ingatkan dia main2 huhu. Sedikit insiden lawak masa hari kenduri bila bnyak yg sesat termasuk satu keta budak umah aku & satu van staff fakulti sbb peta kt kad jemputan tu salah letak position sekolah, so ramai terkonfius. Keta ak naik guna GPS, key-in koordinat, tepat sampai ke rumah hehe.

Result Present

13. Hari ni 19 April dah keluaq result presentation & resultnya : PASS !!!!! Yeah!!! Alhamdullilah.

Penghujung Jalan

14. Skarang dah minggu akademik ke-14, maknanya minggu last akademik, next week dah study week, pastu dah final exam. Fuh ak dah dihujung jalan study ak sbgai student Degree. Hari Isnin 18 April jd hari last utk lecture sbb ak cuma ada lecture hari Isnin sja, pack satu hari 8.30pg-12.30tghari sambung 2.30-6.30ptng, cam pi keja lak. Hari len cuma ada satu slot utk tutorial tu pon waktu petang, pagi free.

15. Rasa cam awkward lak dah nak abes study. Lepas ni dah kna cari keja. Ak lebih focus utk join industry la, kilang lah, as engineer. Ak lbih prefer keja project based, sbb rasa cam best lak masa industrial training dlu. Sambung master? tak minat lah, jgn tanya isu ni.

16. Dah 4 tahun dlm university, dah sampai jalan penamat tertiary education ak. Lebih menarik, minggu ni, minggu first utk junior2 ak batch-8 Foundation UniKL utk ditempatkn ke campus2 UniKL pilihan masing2. Welcome to UniKL ak ucapkan. Korang bakal embark ke dlm dunia student degree dgn dlm masa yg sama ak lak bakal disembark dr dunia yg sama. 

Picture for last day lecture : SixSigma presentation
17. Mcam2 dah ak lalui sepanjang jd mahasiswa ni. Terlalu bnyak benda utk ak bnggakan & utk ak kesalkan, xpalah len kali ak detail kan.

To team FYP:
Thanks bnyak2 sbb kita sama2 dpt selesaikn project ni, xkan lupa pengalamn dgn korang


To team Technician UniKL IPROM
Especially Mr Salman Farisi Bin Samsudin yg bnyak tolong dr awal sampai habis, 
thank you!

To Pulai:
Congrats pengantin baru!!!

To juniors:
Welcome to UniKL, good luck & jgn tersasar dlm haluan korang.



till then, assalamualaikum