Commercial

Saturday, June 6, 2009

Perarakan Panji - Panji Di-Raja SPB Yg Di-Pertuan Agong


Yang Di-Pertuan Agong
Sultan Mizan Zainal Abidin


Salam

Untuk kali pertamanya, aku p Dataran untuk tngok LIVE
Istiadat Mengarak Panji - Panji Di-Raja
sempena Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong
aku actually sampai lambat cikit,
dari atas Star boleh nampak pembawa panji-panji dah beratur depan Agong
hmm tp sempat lagi, sempat la tgok dlm 2-3 round perarakan
diorng akan menerima panji-panji dan akan mengarak panji-panji
dengan berkawat mengelilingi padang Dataran
tujuanya utk tunjukkan kepada semua Panji-panji tuh
lepas habis pusingan padang, berulah menghadap semula Agong
untuk kawad mara menghadap, untuk serahkan panji-panji
kepada pegawai unit masing-masing
sebagai tanda istiadat dah tamat.

Panji-panji Di-Raja dikurniakan oleh Agong
kepada unit-unit tertentu dlm ATM sebagai pengiktirafan
terhadap sumbangan unit-unit berkenaan kepada negara
Unit yg menerima panji-panji akan menerima gelaran "Di-Raja"
Panji-panji akan disimpan di pejabat pemerintah unit masing-masing
dan perlu dibawa ke medan perang kalo perang meletus
sebagai simbol maruah unit dan angkatan tentera
untuk anggota unit berjuang bermati-matian bg
mempertahankan panji-panji

Panji-panji sebagai ganti diri kepada Agong
jadi panji-panji perlu dijaga sebaik mungkin
umpama Agong itu sendiri
Panji-panji yang rosak dan perlu diganti akan
dikembumikan dlm satu istiadat khas
disebabkan statusnya sebagai lambang maruah unit

Jika panji-panji terkoyak, hanya isteri
kepada pegawai memerintah sahaja yg boleh
menjahit / membaiki kerosakan / koyak pada
panji-panji, ini satu penghormatan dan
lambang ketertinggian panji-panji.

so kat bawah ni adalah koleksi gambar2 yg sempat
aku snap, walau orng ramai dan kawalan yg
agak ketat dari polis dan polis tentera
Layan!!




poster di jalan

1st round


2nd round RAMD membawa panji-panji


RAMD semakin menghampiri

Pembawa panji - panji sedang melintas

Tentera Udara Di-Raja

Tentera Udara Di-Raja

mara menghadap

Pengacara TV 1 buat liputan

King's car view from front

King's car view from back

VVIP motorcar parade

pegawai - pegawai tentera keluar lepas abes perarakan

pegawai - pegawai tinggi Polis

Dato' Ideris Jusoh (x-MB Terengganu) Pengerusi MARA

motor Polis yang baru

kereta rasmi Panglima Tentera Darat (Jeneral 4 Bintang)

kereta rasmi Panglima Tentera Udara (Jeneral Udara 4 Bintang)

kereta rasmi Panglima Tentera Laut (Laksamana 4 Bintang)

5 Bintang adalah khas untuk Agong

bintang tiga??? komunis???
bukan la, ni simbol pangkat bagi Leftenan Jeneral bg Tentera Darat

Diplomatic Mission of Bosnia

Diplomatic Mission of North Korea

US President Barrack Obama????
This is Diplomatic Mission of USA

Diplomatic Mission of Islamic Republic of Iran

Diplomatic Mission of People's Republic of China

Pentas Di-Raja

hehehe time utk aku posing atas Pentas Di-Raja

Kerusi Agong

Kerusi Najib

Bendera rasmi ATM
(battle ensign)

Thursday, June 4, 2009

RESULT!!!???

Salam

huh ari ni yg x di sangka, cempedak jd nangka
tp x buleh goreng buat cucoq,
kalo dak lama dah aku makan

jeng3x!!

rupa2nya result exam keluaq ari nieh
CEH!!
baru semalam aku tnya brader Academic Division
dia cakap "Bole check mulai next week"
sekali dah keluaq kt UniKL E-Citie ari ni, peh
sakit dowh tgok result, dah makin turun
subjek yg makin berat atau aku yg malas study??
subjek memang makin berat, banyak 3 kredit,
sem depan da 2 subjek 4 kredit

subjek sem dpan

hmmm

usaha - tawakal - doa

geng lean camna result???

-Black Antz-

Wednesday, June 3, 2009

Hari yang penat & program baru

Sambung cerita semalam, program Untukmu Wanita dah ok
just tambah satu lg, untuk lelaki plak, cadangnye nak ltak
MEN ONLY, pastu bincang2 dgan madam Lina, tukaq plak
jadi PRIA TERHEBAT, haha cam lagu Sheila On 7 plak
dengan tema "Boys to Men" haha lagi skali cam nama group
boy band, ada cadangan laen yang lg gempak ??


tadi jejalan masuk Sime Dardy dekat Jalan Raja Laut, msuk p cari
kementerian penerangan, aik kat sini tersorok kt dlm Sime Darby
pun ada kementerian?? haha aku pun xtau, tu pun tnya orang,
p sana nak cari info pasai semua kementerian, ingat nak mintak
contact la, sbb nak mintak sponsor dari kementerian berkaitan
sekali dia cakap "Cik boleh layari website kami"
hmm ok la, camtu kat umah pun aku boleh msuk website lepa ni
penat saja p citulepas tu p la jalan p LPPKN, pun nak tnya pasai sponsor,
sbb cam da kaitan dngan program ni,dan lepa ni penah mai campus
time SCAD dulu, so tanya p la dia punya prosedur nak mintak
sponsor

haha ingat lg time form 4, cikgu praktikal fizik, huhu
cikgu lawa, tp yg jd x lawa sbb dia selalu tersasul time xperimen,
prosedur jd produser hahaha memang kena gelak satu lab ler
pastu marah sambil control ayu haha

sambung balik,
sampai2 kt citu, dapat jawapan nih "Maaf dik, pegawai berkenaan keluar"
argh!! tension, dah la kt campus cari cik Hafis die keluar, cari Black Hems
pun keluar, pastu HEMs city campus plak nak kuar reramai g Bentong
abes sape tinggal dlm ofis??

-Black Antz-

Tuesday, June 2, 2009

Program Untuk Next Sem



huh semalam baru dapat print dan dapatkan
tandatangan pengesahan utk proposal program
"Untukmu Wanita 2" dengan tema "Wanita: Kekuatan disebalik kelembutan"
lepas ni untuk lelaki plak
hahaha tajuk dia "MENS ONLY"
biaq kontroversi ckit tajuk
baru ramai yg nak mai
hopefully kedua-dua program bleh berjalan dengan lancar
dan dapat sponsor yg baek punya, dan semua guest dapat hadir
ada penampilan istimewa selebriti
hah sapa dia tunggu!!

-Firdaus-

Percubaan Pertama


Salam

Percubaan pertama, huhu cam tajuk album Aizat AF plak
yeah selepas 2-3 kali terkial-kial nak buat account
akhirnya dapat jugak

selama ni baca blog orng ja, so skang time aku plak bkak blog sendiri
pape latest pasal aku, bleh la aku update kat cini

awat Black Antz Castle???
sbb aku asal dari Kota Sarang Semut, Alor Staq,
jd sesuai sangat la unsur "Antz" dgan "Castle" tuh
lg satu sbb adik aku dah pakai nama red antz
dia semut merah,aku semut hitam la plak hahaha
adik aku lg 2 orng nak pakai nama apa plak
lantak p kat lepa la

-Firdaus-