Commercial

Sunday, September 5, 2010

Puasa tak!?

Assalamualaikum

1.Hurgh ntah knapa malas sangat nak update blog bulan posa ni. Kelas pon dah pendek jd 40min, buat jd lg malas. Sem ni dah Sem 7, sebok nak setel 1st stage final year project. Tp masih bnyak benda pending lg dgn pihak kilang, especially bab finance. Nasib baik ada Zainal @ Pok Nal yg banyak link dgn industry.

2.Banyak actually benda terjadi masa bulan puasa ni tp lebih banyak dikaburi dgn aktiviti tidoq hahaha. Maybe sbb tempat baru kot, tu yg jd cam malas. Environment campus "baru" pon cam tak seberapa kena, ntah la, xtau nak ckap apa. Dlu ok & tak kisah kalo kena stay kt campus (main campus). Skarang di campus ni kalo kena stay pon blur, xdak tempat a.k.a port nak lepak atau nak duduk2, nak buat serious academic discussion pon xda tempat yg proper. Maklumlah campus masih belum establish. Student level kt Level 3 tu ntah bila nak siap. Delay bukan seminggu-dua, tahun!

3.Posa di Cheras ni (baru pindah) kena explore cikit2. Dlu nak p bazar Ramadan, just turun lif dah sampai, terhidang dpn pagar. Skarang kena travel la ckit, kalo malas p yg dekat sja, kt tmn perumahan depan nu. Dah boring, gerak p bazar Pandan Jaya atau Pandan Indah. Tempat2 ni dekat sja actually tp jd jauh gila sbb ada "great wall" of MMR2. Hari tuh, tgah jalan kt bazar ada la satu group awek tegur. "Eh tak kenal ke?" Aku dlm hati : "Erk sapa pulak ni?" huhu "Sori la,sape tah ni?" "Ala junior la, apa punya senior hehe". Apa yg buat aku konfius, aku hari tu terpakai baju OC (faci) utk oreintasi junior ak di kolej matrix UniKL. So mcam mana lak bdak2 tu bleh ada di KL pada waktu lepa tu patut ada di Kuala Nerang!. Owh, lepas jumpa dicampus bru perasan, tu junior intake lepas, hehe aku dlm sekretariat, xda pegang mana2 group, thats why aku tak perasan. Aku just direct dgn junior bila ada event rasmi sja.Aiya xsangka ramai yg ingat aku pd waktu aku bnyak membebel ingatkan mcam2 benda setiap malam huhu.

4.Dlm schedule, sesi FYP adalah pd hari Jumaat, tgah hari slepas solat Jumaat. First session (suppose to be) dah cancel. Pastu second session buat di city campus, tu blom posa lg. Dah posa buat gak lepas Jumaat, tp lewat petang. Dah lewat petang mana sempat nak merayau kt bazar. Sudahnya kelas habis dlm 1 jam gitu sblom buka posa. Pastu hujan lak, memang terbaik la, last2 buka di KFC Jusco la jawabnya.Adeh. Sekurang2nya 3 kali buka posa di situ disebabkn mcam2 faktor. Ada sekali tu hampir tak dpt tempat, nsib baik sempat kawtim dgn 1-2 orang auntie yg tgah makan. Choop tempat lepa awal2. Sambil tu sempat lg orang gila mana tah msuk & bedal makanan orang yg tgah tunggu waktu berbuka.Ntah kt mana cuai pihak KFC. Bukan sekali, dah 2-3 kali orang gila tu dpt lolos & amek makanan orang. First dia amek yg orng dh sudah makan, yg second tu yg amek dr orang yg tgah tunggu waktu berbuka.

5.Buka posa kt rumah lak just mcam biasa ja. Rutin harian pkul 5.30 ptng gerak ke bazar, dlm pkul 6 lebih dah sampai rumah.Lepak2 online sampai pkul 7 lebih pastu baru la kelam kabut nak siapkan ayaq la etc. Pastu duduk keliling ramai2 tunggu azan. Lepas tu pakat2 semayang maghrib lak, rajin p tarawih,kalo malas ckit ponteng haha tak pon buat kt rumah ja.

6.Hari tu Alia Lili ajak bekas "menteri-menteri kabinet" (JPM sesi 0809) UniKL IPROM yg lepas dibawah presidency Pakya utk bersidang, eh utk bukak posa. Sbb hampir keseluruhan bekas JPM pergi industrial training satu sem. So agak lama kami tak dapat duduk ramai2 makan2 & sembang. Yg attend just sapa yg available sja la. Selepas banyak cekadak utk tetapkn tarikh & venue,last2 berkumpul gak di Pizza Tesco Ampang. Yg ada aku, Pakya , Alia Lili , Gumon , Anoom , Nazirul & Madam Nash (kaunselor) pon join gak. Er, dah mcam orang gila bila suma berkumpul, Madam Nash lak sempoi ja. Riuh rendah pizza tu mcam kedai tu kami sja yg ada. Gelak tak ingat dunia, smpai makcik2 meja sebelah siap tgok2 lg haha. Memang best dpt sekali sekala duduk mcam tu. Hoho thanks gak kt Madam Nash sbb seponsor hari tu. Lepas raya ni lg skali bleh madam? haha

Former President Pakya & me,Deputy President II for 08/09

Incumbent : Nazirul, President for 09/10

Former Exco : Alia & Madam Nash (Counselor)

Former Deputy President I : Gumon, Former Exco : Anom, Alia

again...

And again...(-_-"

sori la gambar tak brapa clear,amek pakai hp je,pastu edit2 ckit pkai Photoshop

7.to be continue...





till then, assalamualaikum

Thursday, August 12, 2010

Taktik elak Ulat Tiket

Salam,

"Taktik elak Ulat Tiket!!!" (sila sebut dgn gaya Doremon) haha

1.Hari ni dah msuk hari ke-2 puasa, selain topik apa nak makan masa berbuka, baju raya, kueh raya etc etc, bg orang merantau cam ak ni, isu tiket raya dah jd stu isu penting dan boleh mnjadi amat menakutkan : tiket habis!

2.Ayah ak dah asyik remind suruh beli tiket awai2 takut satgi tiket habis. Dlu boleh la kalo sesak2 bleh tumpang Cik Dan (paksu) balik Kedah masa dia masih blom kawin & stay kt KL. Ni lepas kawin stay sat di KL sblom pindah ke Shah Alam. Huhu malas la nk kacau sbb susah nnti nak adjust masa.

3.Masa stay di Kg Baru dlu, ak selalu pi Puduraya utk beli tiket, bila pindah dok apartment di Sentul Timur ada masa ak beli sja dkt Hentian Putra (PWTC) kalau malas nk p Pudu. Ni dah pindah lg ke Cheras, ak try beli di Bukit Jalil yg la ni jd hentian sementara Pudu tgah renovate. Pelik gak, Pudu tu baru ja renovate pastu la ni runtuh & bina semula. Tak ka membazir duit?. KL Sentral lak hanya megah dr segi nama tp gagal berfungsi sbgai "One Stop Centre" utk semua mode pengangkutan.Fail!

4.Untuk musim raya ni, utk ke Utara, kena naik di Hentian Duta. Ckap pasal Duta ni ak actually malas gila nak pi situ sbb susah nak access. Duduk jauh di pintu msuk KL dgn tak dak langsung train service, taxi yg charge mahal, & shuttle Rapid-KL yg kurang. Ukt ke Selatan akan bertolak dr Bukit Jalil sementara tunggu stesen besar di Salak Selatan siap. Utk ke Pantai Timur lak bertolak di Hentian Putra sebelah PWTC.

5.Ok, balik ke topik tiket td. Beli kt mana pon msti ada ulat tiket atau ejen tiket yg bersepah2 sebok tanya sana-sini, "Nak ke mana ni", "Sya tanya sja". Tak pon bising menjerit "JB, JB, JB" atau mana2 tempat lain. Kadang2 annoying gak, sbb nak jalan susah sbb kena "interview" dgn ramai ejen tiket dgn macam2 cara & taktik. Aku memang tak kan beli punya tiket dr ejen/ulat ni. Susah kalo tiket tu tiket tipu & tak wujud. Tiket/duit burn, last2 terperangkap dkt stesen.Buat naya.

6.Ak teringat cerita kwan ak, Ikram, bdak aviation. Dia penah crita masa tunggu bas di stesen bas Ipoh nak balik Kulim. Waktu tu kami masih di Foundation UniKL, ala versi lain bagi matrix, kiranya Matrix UniKL la di Kulim. Dia kata ada sorang makcik ni tgah bengang dgn ulat2 yg tak habis2 interview makcik ni. Habis sorang, datang lg sorang lg tanya "Makcik nak pi mana?". Akibat bengang, bila ditanya nak pi mana, makcik tu bg jawapan yg buatkan ejen/ulat tiket tu speechless dan terkedu seketika. Makcik tu jwab apa? "Makcik nak pi Padang Arafah, ada tiket dak?". Ok senyap ulat tu. haha padan muka.

7.Aku selama ni ada cara ak sendiri utk elak ulat2 tiket ni. First cara yg aku try adalah dgn jgan tgok muka & mata ulat2 ni. Buat2 tak nampak. Tapi memang la kita yg buat2 tak nampak, tp lepa tu nampak gak kita ni. huhu. Ok.

8.Second tactic & amalan aku sejak 2-3 tahun kebelakangan ni utk elak ulat tiket adalah dgn pengang tiket olok2. Ala selalu kalo naik bas mesti tiket tu akan dikoyak jd 2, satu utk passenger copy, satu lg copy utk staf bas. Aku lak selalu simpan tiket2 lama dlm wallet aku. So bila jalan di Pudu atau mana2 stesen bas utk beli tiket, ak akan pegang tiket tu buat2 aku dah ada tiket. So ulat2 tu tak akan interview lg sbb dlm otak lepa tu aku dah ada tiket. Buang masa ja huhu. Dan terbukti aku tak lg dikacau ulat2 tiket. Bila ak dkat sja lepa tu dah nmpak tiket tipu yg ak pengang. Lagi satu lepa tu mana ada authorization tuk check tiket aku tu.Jd selamat & cepat cikit urusan ak.hehe.

To all:
selamat beramal!
cepat beli tiket sblom abis!

till then, assalamualaikum

Tuesday, August 10, 2010

3 kali kena campak! gila! tp best!

Salam

Misi : Ops. Piknik Suka-suka
Lokasi Operasi : Teluk Kemang PD
Keanggotaan : 13 out of 30 bdak2 Bachelor TND 7 (-_-"

1.Sabtu lepas, satu gerombolan hamba Allah telah menduduki pantai Teluk Kemang, PD, Nogori Sembilan. Plan asalnya patut satu kelas diangkut ke PD, last2 minit dlm 13 orang dgn 3 gheta sja yg sampai ke PD.Aiya! Sembang punya kemas, huha huha, alih2 tak pi pon, caik.



2.Terima kasih la kt makcik organizer Mazni Salim @ A'an yg initiate program ni. Cepat ja cik kak ni buat gheja, tup2 dah sampai PD. Patutnya 14 orng, tp Pali Aman, cancel last minute sbb kena balik umah makcik dia kt Gombak. 2 gheta (kereta) berkumpul di campus dlu sblom bertolak pi PD, sbb satu lg gheta, A'an dah ada di N9 utk prepare apa2 yg patut.

3.Ak nek gheta Bob & Bob yg lead convoy 2 kreta (convoy ka?) pi PD. Balik nnti A'an yg lead. Sampai di tol PD, A'an bleh lak buat request yg sangat brilliant, "Apo kato korang cari port yg best kt pantai?" Apa kejadahnya, kami smua outsiders (bukan N9) mana la tau port mana best kt pantai PD. Bob decide utk redah sja ke Teluk Kemang, jumpa mana ok, trus parking,habis crita.

4.Sampai sana rupa2nya A'an dh sampai pon dgn Ecah, Kay & Syuk. Kami pon trus ke pantai, cari port yg ok ckit, letak & susun barang,pastu cpat2 set-up utk BBQ. Shah & Bob yg bnyak trlibat utk BBQ ni, yg len dah hanyut men bola pantai & mandi manda. Nak jd cerita, wktu ramai2 berendam, tinggal la Harun dgn A'an & Ecah. So dia pon cam besa, layan sja la BBQ tu, direnjis2 ckit ayaq rendaman rempah ayam tu. Pastu dia nmpak satu botol ayaq mineral dlm tu ada cam cecair warna kuning camtu, ingatkan minyak, dia pon dgn rasa tak bersalahnya renjis2 la "minyak" tu atas ayam2 BBQ tu. Ha, Hadi lak baru naik ke pantai pelik tgok isi botol tu dah kurang, rupanya Harun dah tuang campoq skali dgn campuran rempah ayam. Si Hadi ni gelak2 sambil marah2 Harun, rupanya tu ayaq teh Hadi, haha ayam BBQ perisa teh! lolz

BBQ

Dehe bg ceramah safety BBQ, lol

5.Sambil bermandi-manda tu, ada la brader2 banana boat dok mengorat2 & promote2 banana boat lepa tu. Mula2 tak tergoda pon, even mcam2 offer lepa tu bg. Buat xtau ja. Kt mana kami bergerak kt situ ada brader2 tu sambil naik bot heret banana boat tuh. Ok lah, last2 si A'an tergoda gak nak nek kayak. Ak pon tak penah nek, nak gak rasa. Ok, set! Kayak satu. Kayuh la kami 2 orng ni cam orang tak betul tgah2 laut. hahaha ya la orng xdak pengalaman. Penat tp best. RM10 satu jam,tak larat layan sejam, setengah jam sja pastu berhenti & tukaq orang, Hadi & Azam lak ganti.

Kami berjiran dgn budak2 Tadika (-_-"

Bdak2 ni layan bola pantai dgn pantai yg kosong

6.Rupanya brader banana boat tu masih tak mau kalah. Di-promotenya banana boat dia tuh. Lg mcam2 offer dia bagi. hehe actually kami memang nak naik pon, sja tgah tunggu offer harga best baru naik haha. Last2 kami dpt harga RM10 utk pakej RM15 & free sorang huhu. Ok, set, banana boat!!! Dlm ramai2 tu, rupanya sorang tak muat nk naik banana boat tu, so sorang kena naik dlm bot laju yg heret banana boat. Bob akhirnya volunteer naik sbb dia tak muat nak pakai life jacket huhu cian Bob. Bila dah ready suma, brader tu tanya, nak kena campak ka tak? ramai, eh bukan ramai smua geleng kepala, tak mau!

7.Tp mana lengkap naik banana boat tak kena campak ke laut huhu. Brader tuh bwak punya la laju ke tengah laut. Best rupanya!. Banana boat tu dibawak pusing2 pulau & sampai ke satu teluk. Dengan tanpa ada rasa curiga, tetiba brader tu kona tajam & sekelip mata kami smua dah tercampak ke dlm laut!. Hu tenggelam la jwabnya. Tp alhamdulillah, ak tak la panik. Ak layan & biaqkan ak tenggelam sambil cuba stabilkan diri sebelum cuba kuak tangan berenang ke permukaan. Ak pengang life jacket tuk terapung. Bila sampai ke permukaan, dgaq riuh rendah, rupanya A'an tgah panik gila cuba apungkan badan. Padahal dia dah memang terapung,cuma rasa panik sbb kaki tak cecah dasar. Memang la tgah2 teluk yg ayaq laut sangat hijau!

Yay! lepas kena campak 1st time.

Pastu enjin rosak lol

8. Brader td & Bob relax ja atas bot laju. Memang la, sapa yg campak sapa, cis!. Dah smua dpt panjat balik naik ke banana boat, kami ready utk bergerak, tp tak leh sbb enjin bot rosak! Aiya camna nak balik? kalo tak dpt start memang kami terpaksa berenang ke pantai & jalan kaki balik ke pantai utama. Brader tu siap suruh terjun & mandi laut smentara tunggu bot ok. haha sumpah kami tak terjun, dalam kot!. Lepas try & error, brader tu siap turun ke bawah bot utk check enjin sblom boleh start. Ok lepas kna campak tu, dlm otak kami suma pikiaq nak balik pantai ja. Brader tu lak ckap "Jom balik", tipu!

9.Tak sampai 5 minit kami bergerak laju, skali lg brader tu kona tajam & sekelip mata suma tercampak lg skali ke dlm laut.Cis! bagi la signal, adoi. Kami memang tak ready utk kena campak lg skali. Tp best gak sebenarnya haha apa la. Indirectly, dpt create water confidence dlm diri. Mula2 tak berani utk msuk ke laut dalam, tp lepas kena campak tu rasa ok lak, sbb dapat atasi rasa panik & gelabah di laut. Sbb dah pernah kena campak, ak practicekan cara aku stabilkan diri cam first time td. Ok dpt terapung semula. Kuncinya relax & tak panik. Tp A'an sorang masih panik & tak belajar dr pengalaman pertama td. Cepat2 A'an ditarik ke banana boat tuk berpaut.

2nd campak.

Struggle nak naik banana boat

10. Ok, dgn terkial2 kami dpt naik balik ke atas banana boat. Tetiba, alamak! awat lak ak last skali & blakang sekali lak tuh! Whoopp! nahas la kalo ak terlepas pangangan dkt handle tu,alamatnya ak tercampak ke laut la, dah la brader tu bwak laju gila utk balik ke pantai siap layan lap kiri kanan lg. Brader tu bg signal suruh tundukan badan ikut arah lap bot & ramai ikut, tp dlm hati terdetik yg mana tau actually tu cuma trick utk campak kami utk 3rd time. Fuh!!! kus semangat. Ok, dah dekat sikit dgn pantai baru la bot tu kona tajam lg skali & kami tercampak tuk kali terakhir. Owh tidak!, tenggelam lagi. Tp this time dapat jejak dasar, owh dah sampai pantai rupanya. Bila berdiri, tgok2, A'an masih struggle & panik padahal kaki dah jejak pantai & dia dah berdiri dgn separuh badan dlm air. Haish! (-_-"






11.Lepas pack2 dlm kul 4 lebih kami bertolak balik, tp singgah dlu rumah A'an di Senawang utk rehat2 & melawat family dia. Dah pukul 7 petang bru kami bertolak blik KL.Owh sebelum tu, on da way ke umah A'an, dia yg lead, punya la laju bawak sampai gheta Shahrol terlepas ke belakang. Bob punya la angin, call & skolah kan si A'an camna nk lead convoy haha. Ok dia xpenah join convoy, ala bukan bnyak pon, 3 gheta ja huhu. Kami singgah RNR Seremban utk Maghrib sblom sampai KL dlm kul 9 lebih.Ok dah penat, ni yg baru update blog haha :P




To organizer :
Trima kasih daun keladi!

To all yg join:
Fuh! enjoy!

To other class mates:
Ok, next time kita pi bercanda di pulau lak, Werda dah plan baik punya.
Sila support Werda!

till then, assalamualaikum

Friday, July 30, 2010

Misteri bekalan air

Salam

1.Hari ni actually kalo diikut atas kertas, xdak class @ sesi academic. So bangun lambat la hari ni. House mates yg course lain pagi2 buta dah lesap ke campus sbb ada class pagi. Cuma lepas solat Jumaat ada briefing tuk Final Year Project (FYP) di campus bersama Dekan Assoc. Prof. Dr. Raja Aziz & Timbalan Dekan Assoc. Prof. Dr. Razif.

2.Tgah sedap tido tetiba bunyi alarm. Ak pon terbangun, tgok Pali (roommate) tgah siap2 nk g class sbb dia subjek lain yg tercicir dua sem lepas. Dia cakap ayaq xda. Ak pon tgah mamai, ak ckap "Owh!" ja la. Si Pali ni rupanya siap update kt Fesbuk lg yg xda ayaq .Buat malu ja orang kutuk tak mandi, hampeh tul Pali.

3.Dah lama ckit ak bangun, tgok Pak Ya pon dah bangun. Ak tgok bkas presiden tu pon tgah mamai2 ckap ayaq xda dkt tandas, tp ayaq ada dkt paip dapur, pastu nmpak cam dah perlahan. Haish, camna ni, dah la hari Jumaat, jab lg nak solat Jumaat, pastu ada sesi dgn Dekan plak, camna ni. Pak Ya cadang pegi serang umah kawan kami, si Ustad (Capik) yg tinggal kurang 1km dr rumah utk tumpang mandi.

4.Tapi terlintas dihati yg maybe satu taman xda ayaq, jd Pak Ya pon call la Syabas utk check tgok kalo kena potang ayaq ka hapa sbb kami baru sangat msuk sewa rumah ni & bil bulan lepas xda dlm tangan kami ataupon memang ada gangguan bekalan. Sambil tunggu tu, aku dah lemas tak bermandi, pg dapoq tadah ayaq di singki yg masih berbaki, dpat la dlm separuh baldi lebih utk buat mandi. Mandi pon jimat2 saja, sempat la aku & pastu Azim lak mandi.

5.Dlm setengah jam camtu Syabas sampai tuk check meter ayaq kt luaq rumah. Tgok xda masalah pon, pastu dia cakap ni bukan masalah bekalan ayaq, ni masalah tangki ayaq rumah. Tersipu2 malu dgn orang Syabas. Kami sebenarnya percaya yg rumah ni xda masalah dgn sistem paip sbb percayakan tuan rumah dah baiki semua benda, & dah ok sblum kami masuk.

6.Ak,Pak Ya & Azim pon pikiaq la dkt mana punca xda air ni, xlama lpas tu bdak2 rumah lain balik tgah2 orang Syabas bersyarah pasal bekalan ayaq tuh. Si Syubli panjat naik atas siling tuk check tangki. Kosong! dan xda ayaq mngalir keluaq dr paip.Iwan lak pg dapur & teringat kunci paip ayaq ke tangki, lepas dia pusing2 cikit terus Syubli yg masih di atas siling jerit dah ada air. Cis! rupanya ada orng tutup air. "Soalnya siapa?" Ala mcam tajuk movie lak hahaha.

7.Pastu dgn jujurnya junior kami (yg tumpang rumah kejab) bagitau yg Pali tutup malam td sbb kunci paip tu keluar air (bocor la). Lolz!. Pali yg tutup pastu dia lupa & sebok kecoh satu rumah yg ayaq xdak. Haha memang nak kena la Pali ni.Kebetulan waktu kecoh2 bila dah tau punca knapa ayaq xdak tu Pali sorang sja yg xda dkt rumah.

8.Tak lama lepas tu, si beruang tu (Pali) pon balik la tanpa tahu yg kami dah prepare nak hentam incik beruang tu. Heh, dgn muka tak bersala sambil gelak2, dia ckap dia lupa dia yg tutup paip tu. ceh! So ayaq dah ada, so siap2 la nk solat Jumaat lak & sesi dgn Dekan.

9.Sampai di campus dpt satu lg berita yg actually sesi tu CANCEL! sbb pihak pengurusan fakulti ada working visit dr pihak luar. Haiya!

To Pali:
Woit, hantar balik zoo gak si beruang ni haha

To all:
Siasat dlu sesuatu perkara dgn detail & refer pd pihak yg berkenaan.(-_-"

P/s: Ak mandi ok! kan ak dah tulis kt atas tu :P

till then, assalamualaikum

Wednesday, July 28, 2010

Lawak Jadual Kelas

Salam

1.Semester July utk UniKL IPROM baru sja bermula minggu ni compare dgn campus2 lain UniKL yg dah msuk 2nd week. Haha Knapa? Sbb perindahan ke campus "baru" di Shamelin Perkasa, Cheras ni sedikit makan masa.

2.Sebelum start sem, kecoh & huru hara dunia online sbb web e-citie utk IPROM tak boleh atau susah nak access. Ya la, nak register sem, nk add/drop subject, nak tgok jadual kelas etc.

3.Jadual kelas ni penting utk tau subjek apa & venue lecture hall especially kt tempat baru yg masih belom familiar dgn layout campus.

4.Pasal jadual ni, ada satu cerita sangat best telah terjadi semalam. Ok, mulanya mcamni, sorang house mate ni, Afiq pakai laptop Pak Ya (sorang lg house mate) utk log-in & view jadual kelas dia. Ok, dah habis view dia pon blah, tanpa tutup tab mozilla sbb Pak Ya ni ada bukak forum la & mcam2 web lg.

5.Nak jd cerita, sok paginya, Pak Ya (dan seluruh campus yg msih tak hafal jadual) nak tgok jadual kelas dia la, so tgok kt screen ada terpampang jadual di web e-citie. Tanpa tgok secara detail dia pon percayalah bulat2 jadual tu.

6.So dgn hati yg riang (cewah) Pak Ya pon pg la campus lalu dgn muka tak bersalahnya msuk ke lecture hall. Kemudian dia rasa pelik, apehal semua dlm lecture ni bdak course lain? Mana bdak course aku,"Ah, silap dah ni". Tepat rasa hati Pak Ya jd dia pon keluar la & tawaf satu building nak cari bdak2 kelas dia. Sambil tercari2 tu, Prof Ahmad (former Dean of IPROM) baru keluar dr kelas aku. Prof Ahmad nampak "aura" kesesatan kelas Pak Ya pastu Prof tanya Pak Ya, "Pak Ya, awak sesat ke?" hahaha "Erk, ye Prof huhu" direct giler soalan Prof Ahmad haha

7.Dah "sesat" Pak Ya pon balik la rumah sewa kami, utk check lg skali jadual kelas. Lepas tgok dgn detail baru la dia perasan yg e-citie tu account Afiq yg tak di log-out. Rupanya dia xda kelas & silap msuk kelas orang lain, course lain (kelas Afiq la). Maka petang yg indah itu, Afiq gelak guling2 sambil menahan telinga dgar segala makian Pak Ya yg sengal tak baca jadual betul2.Haha

8.Apa yg membuatkan sapa pon confius dkt sini, jadual dlm web fakulti cuma letak code subject & code venue sja selain waktu kelas & singkatan nama lecturer.Sapa la yg nk hafal code subject? kan. huhu

To all:
Tgok bagi betul2 taw haha

till then, assalamualaikum