Commercial

Wednesday, June 23, 2010

10 Year Later : Reunion Class of 2000


Salam

Fuh berjaya gak akhirnya, walaupon tak penuh korum huhu. Ok la, benda baru nak start, kalo tak start sampai bila tak akan jadi.Ok Sabtu lepas, 19 Jun, dapat la kumpul jugak bdak2 kelas darjah 6 dulu dkt Skolah Keb Buluh Lima.

Even tak ramai, tp still ok dr yg first time. Yg first time buat taun lepas dlm 13 July 09. Kira ok la hampir genap setaun. Yg edisi taun lepas tu tak ramai la, kurang 10 orang.

Yg tahun ni punya kena ucap terima kasih banyak2 dkt organizer @ tuan rumah @ ketua pengawas zaman kami dlu : Shazana sbb initiate program reunion ni. Benda ni plan dlm seminggu dua sblom reunion. Hmm aku ada la tolong cikit sebnyak dlm jemput2 & prepare tempat. Huhu utk venue, kami guna rumah Shazana, sbb dia yg offer rumah dia, lg satu agak strategik, ruang luas & agak privasi sbb duduk paling ujung dlm taman kami. Haha duduk setaman pon nk buat reunion haha. Memang la kalau tidak jangan harap la nak jumpa sbb semua balik cuti hilang camtu ja. Actually semua agak busy, most yg tgah study skarang ni tgah praktikal atau amek short course. Yg dah gheja plak, dgn komitmen gheja la. Tp salute la yg sanggup balik dr jauh2 utk join.

Shazana : Tuan rumah @ organizer

Kalau taun lepas just makan2 kt KFC pastu lepak2 kt Aloq Staq, this year punya edition, kami buat BBQ!!! Thanks to Sabrina dgn resipi ayam BBQ dia tu memang sedap. Haha actually bdak pompuan yg bnyak buat gheja. Eh bdak laki pon tolong gak, hmm pagi2 aku dah kejar Nizam & Hamizan utk tolong set-up tmpat BBQ, buatkan bara pastu bakar la ayam etc. Hmm last2 kami yg berbau asap. Dlm tgahari tu siap la smua. Bdak2 pompuan len dah setelkan bab makanan yg lain.


Hamizan & Nizam berBBQ

Makmal proses ayam BBQ haha

Hasil BBQ yg yum yum!


Dlm pkul 3 tu, baru la semua sampai & start makan2. Hmm maklum la dah 10 taun tak jumpa ada yg dah tak kenal sama sendiri, aku pon ingat2 lupa dgn 2-3 orang. Muka cam kenal tp nama tak ingat. Nasib baik ada gambar2 kelas lama2 pastu tampal utk semua orng refresh balik memori masing2. Ya la, habes sja UPSR, naik form 1 smua dah berpisah, masuk skolah jauh2.Pastu msuk U plak pon jauh2. Hehe last2 diadakan sesi refresh, suma orang datang dpn utk introduce diri balik haha teruk gila bdak2 kelas aku nieh. (-_-"

Antara gurls yg mai

Lepas men game cikit, dah lewat petang baru la,kami kemas2 compound rumah Shazana. Nk kena pulangkan balik kerusi meja & tong minuman yg kami pinjam dari stor Persatuan Penduduk Taman, bersihkn tmpat BBQ dan last sekali & acara wajib, photography session!!!. Erk pastu camera aku buat hal lak, lupa nk charge bateri lol.

Eh? lepa ni lagi...

Best gak dpt jumpa balik, sbb dapat update balik perkembangan masing2, ramai dah kerja dah pon, ada yg bakal nurse, lawyer, engineer, architect, cekgu, some of them got potential to be politician!, sapa tau kan? ramai gak yg tgah study, yg len tu ada gak yg join polis & tentera & ada gak yg dah jd atlit huhu tp ada gak yg kecundang....

heheh makan!!!

Hmm lanjutan dr reunion ni, dlm senyap2 pihak skolah tau yg kami buat reunion & guru besar jemput kami utk bg talk & motivasi utk bdak2 UPSR huhu. Ok plan dah siap, sok Jumaat ada meeting utk suma Fasi & hari Sabtu adalah the day!

To alumni:
Trimas sbb hampa suma mai, yg xleh mai tu taun depan kita buat lg...

To all:
Hehe tunggu update utk motivasi UPSR bersama Alumni

till then, assalamualaikum

Tuesday, June 15, 2010

Class-Holiday-Raya-Final

Salam

Hmm Academic Affairs dah release academic calendar official utk sem July 2010 selepas lama tertanya2 bila class bukak, bila cuti hehe

So tarikh2nya cam kt bawah setelah diperkenankan oleh Senat Universiti (cam raya plak)

Classes : 19 July - 9 Sept 2010
Raya : 10 Sept 2010 (cuti awal!!! blogger-emoticon.blogspot.com)
Mid-Sem Break : 13 Sept - 17 Sept 2010
Classes : 20 Sept - 29 Oct 2010
Revision : 1 Nov - 5 Nov 2010
Final Exam : 8 Nov - 19 Nov 2010
Raya Haji : 17 Nov 2010 blogger-emoticon.blogspot.comtgah2 final
Sem Break : 22 Nov - 31 Dec 2010

Comment :
Huhu selepas bertahun2 akhirnya study week dikembalikan ke dlm kalendar. Kalau tak sebelom ni mana ada study week, habes lecture trus final exam. Fuh sekurang2nya ada masa bertenang sblom exam, plus this year aku ada FYP lak tuh, so ada one week extra la.

To me:
okay, sila plan schedule anda

To korang:
Er, sapa nak join cuti awal utk raya puasa sila angkat tangan!


jumpa lagi, assalamualaikum
blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, June 7, 2010

Soalan TERAGUNG UniKL IPROM akhirnya terjawab

Salam

Untuk sekian kalinya dalam sejarah Ins. Product Design and Manufacturing (Fakulti Manufacturing,Management,Product Design) Universiti Kuala Lumpur (IPROM UniKL) bertapak di UniKL City Campus, Bandar Wawasan, Kuala Lumpur, soalan teragung siri ke-2 akhirnya terjawab. Soalan teragung siri pertama IPROM UniKL telah terjawab dengan berpindahnya IPROM UniKL ke UniKL City Campus setelah menumpang kasih di kampus UniKL MIAT, Sepang sejak 2002 hingga 2006 (kalo tak silap).


Bendera IPROM UniKL
Hingga saat ini, 3 fakuti/institut UniKL belom mempunyai kampus yg sempurna & sesuai berbanding 8 fakuti/institut yg telah ditempatkan di kampus sendiri yg besar di serata Semenanjung iaitu : UniKL MESTECH di Kajang, UniKL MITEC di Pasir Gudang (kampus besar MITEC hampir siap) & IPROM UniKL. Smua fakuti/institut ini adalah fakulti baru.

Cubaan IPROM berkampus sendiri kelihatan dgn perancangan utk mengambil-alih Technology Park Malaysia College di Technology Park Malaysia (TPM) Bukit Jalil. Disebabkan masalah kewangan, TPM pon melepas. TPM sangat strategik kerana TPM College adalah pusat kecemerlangan dlm bidang berkaitan industri & mempunyai pusat latihan dgn kmudahan & peralatan termaju. Beruntunglah IPROM jika dapat ambil alih TPM.

Perjalanan & perjuangan untuk mendapat kampus sendiri bagi fakulti kami kelihatan hampir menuju penamat apabila, Pro-Canselor I Universiti Kuala Lumpur pada masa itu, Dato' Noh Omar, ketika sesi Istiadat Konvokesyen UniKL pada tahun 2008 telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk membina kampus kota UniKL yg lebih sempurna di Kuala Lumpur dgn peruntukan RM300juta. Dato' Noh Omar selaku Menteri MeCD menyatakan di hadapan Tuanku Canselor, DYTM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bahawa tiga lokasi di Kuala Lumpur telah dikenalpasti oleh Kerajaan Persekutuan sebagai lokasi kampus besar UniKL. Semua Menteri MeCD adalah secara automatik menjadi Pro-Canselor UniKL dgn Pengerusi MARA juga secara auto menjadi Pro-Canselor II UniKL.


Academic+Convocation Robes for IPROM UniKL
(Degree holder)
Harapan itu hancur lebur apabila kerusi Perdana Menteri bertukar pemilik. PM Dato' Najib bertindak membubarkan Kementerian MeCD sekali gus UniKL kehilangan penaung. Sekali gus perancangan pembinaan kampus & peruntukan itu hilang lenyap begitu sahaja. PM kemudian mengumumkan UniKL ditukar status menjadi Insitusi Pendidikan Tinggi Awam @ IPTA ke-21(ketika itu) tanpa rundingan dgn MeCD, MARA(sebagai pemilik UniKL), UniKL dan mahasiswa UniKL. MARA membantah kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. MARA telah kehilangan ITM (sekarang UiTM) dan tidak mahu kehilangan UniKL pula. Sekali gus mencetuskan suasana tidak menentu kerana tiada penjelasan lanjut utk isu itu. Suasana tidak menentu berlanjutan selama seminggu apabila PM Dato' Najib menarik balik status IPTA pada Jumaat berikutnya dan mengisytiharkan UniKL kekal sebagai universiti tunggal milik MARA. Ketika tempoh "tidak jelas status itu" dikhabarkan yg peruntukan ratusan juta ringgit akan diberi bagi membina kampus besar Kuala Lumpur sekiranya UniKL kekal sebagai IPTA. Setelah UniKL dikekalkan sebagai Institusi Pendidikan MARA (IPMA), peruntukan itu disalurkan kpd Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Sekali lagi harapan utk berkampus sendiri musnah.

Soalan teragung : Bila IPROM UniKL akan mendapat kampus sendiri?

Soalan itu secara rasmi terjawab hari ini Isnin 7 Jun 2010 apabila hebahan rasmi dibuat melalui web portal UniKL e-citie bahawasanya IPROM UniKL dengan ini secara rasmi beroperasi di Shamelin Perkasa, Cheras seperti berikut :


UniKL official announcement

Tetapi sesuatu yg perlu diingat, Shamelin adalah persinggahan utk sepuluh tahun sahaja. Selepas itu? Kerajaan Persekutuan, Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar : sebagai Kementerian yg bertanggungjawab ke atas UniKL selepas Kementerian MeCD dibubarkan, dan MARA sebagai Pemilik UniKL serta teraju tertinggi UniKL perlu memastikan sebuah kampus yg sesuai perlu dibina @ dicari jika anda mahu melihat IPROM berkembang maju seperti fakulti2 lain dlm UniKL.

Kepada Mahasiswa IPROM UniKL:
Selamat datang ke Shamelin & selamat tinggal UniKL City Campus



till then, assalamualaikum



Sunday, June 6, 2010

Terkejut!!!

Salam

Seriously aku sangat terkejut bila dapat tau satu berita dr kwan skolah rendah aku (bdak UiTM) tym tgah chit chat dkt facebook. Alah umah selang 2-3 pintu pon sembang pakai FB (-_-". Ok its raining outside!! (alasan). First aku ingat kejadian tu baru sangat berlaku sbb mak ayah aku tak cakap2 apa bila aku balik aritu. So ak assume parent aku tak tau la. Aku tanya dia bila kejadian tu, dia tak cakap lak. Sebelum tu ak dah tgok status sorang lg classmate zaman skola rendah (bdak UM), dia post yg dia terkilan atas kejadian tu. Dia post yg dia pon baru dapat tau. Bdak UM ni pon tak cakap siapa & bila kejadian tu. So aku assume tu pasal orang lain, sampai la aku dapat tau dr bdak UiTM td tu. Selepas tanya2 & siasat2 benda tu dah jd dah 3 bulan lepas!. Ya Allah, betapa aku ketinggalan, atau berita kejadian tu sja disenyapkan...atas sbb tertentu...hmm xpe, biarlah, aku tau kenapa.

Aku tanya mak aku, sbb ayah aku keluar. Mak aku tambah lagi fakta yg mengejutkan. Memang terkejut gila dan memang aku tak sangka.Tiga bulan lepas, Mohd Afdal Rosli (nickname dia Mat), dia ni classmate & schoolmate aku masa skolah rendah telah kembali ke rahmatullah disebabkan kemalangan. Apa yg buat aku terkejut adalah kematian Mat, sbb umah dia pon tak jauh dr umah aku & aku tak dibagitau pasal tu & waktu tu aku tgah intra dkt Bangi dan maybe parent aku lupa nk bgtau. 2nd: aku ingat Mat sja, tp mak aku cakap Ijat pon sekali jugak. Fakta baru yg tambah mengejutkan adalah Mat dah kawen & skarang dah ada anak sorang!. Bila taun Mat ni kawen?

Pening, terkejut & keliru. Knapa aku tak tau smua ni? Memang la aku tak berapa rapat, tp Mat tu penah duduk sebelah aku tym lab science kt skolah menengah. Hmm mungkin sbb aku jarang balik kot, pastu maybe Mat pon dah pindah lain sbb dah ada family. Tp kenapa suma kawan2 aku yg len pon snyap cam tak tau apa2? Hairan...tym sembang2 ramai2 aritu xdak lak kuar berita pasal Mat ni dah kawen ka, dah pindah ka, tup2 dah xda!?


Afdal Rosli
(1988-2010)

Al-fatihah

................................................................................

till then

assalamualaikum