Commercial

Wednesday, September 15, 2010

Dah raya la weh

Kad Raya aku

Assalamualaikum

1.First nak ucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin utk smua yg baca blog ni. Ni dah 7 Syawal baru nak ckap pasal raya haha ala busy nak beraya hehe.

2.Taun ni agak spesel compared to previous year. Selalunya aku stay kt umah sja. Kalo kluaq beraya pon aku pusing2 dlm tmn aku sja, smpai kul 1 sja. Thats it, pastu balik umah. Ada taun aku tak pusing tmn langsung sbb busy jd bentara (pelayan/penanggah) kt rumah sbb ramai pulak yg serbu rumah aku. Tetamu wajib confirm kwan2 skolah rendah & menengah aku. Tetamu wajib lain adalah "rakyat" ayah aku, ala budak2 skolah ayah aku la huhu mesti ramai & riuh punya. Hmm bdak skolah rendah la katakan.Aiyak.

Tetamu cilik : Anak murid ayah aku

3.Apa yg specialnya, aku agak kuat berjalan tahun ni. Ada sja kawan mai rumah ajak pi mana2, aku on sja. Xmai rumah jemput sendiri pon, ajak pakai sms, call ataupon FB pon aku on jugak haha. Ntah la, lapang sangat kot. Ada sja idea budak2 ni. Tp yg ajak pi jalan Penang tu aku malas ckit huhu. Hehe disebabkan kwan aku punya pasal, aku jejak jugak rumah cikgu aku yg aku segan/malu sgat nak msuk. Tu pon teman kawan. Fuhh cikgu ok sja, aku sja yg segan sgat. Ya la dah lama sgat tak mai rumah dia sejak SPM.

Apa yg hampa malu, aku pon tak paham (-_-"

4.Pasal raya ni, first day, destinasi last selalunya rumah ketua pengawas zaman skolah rendah aku, Syazana. Dah bertaun camtu. Last skali ramai2 akan jumpa gak kt rumah dia tuh. Dpt la kumpul walau tak ramai mana. Tak tau la mcamna kalo ramai dah keja & kawin nnti. Agak2 dpt tak kumpul camtu tgah hari first day raya. Waktu camni la yg ada nak tanya2 berita, nak gelak2, nak kutuk2, gossip2 hahaha.

Ni wajib datang, selalunya petang raya

Geng sekolah lama
From left : Fahmi (UM), Fuad (UniMAP), Mizan (UniKL), Paknyang (UniMAP)

5.Sian ayah aku sbb Aloq Staq bnyak jem hehe. Sejam lebih nak lepas jarak yg slalu hanya amek masa dlm 15 min. Sbb ayah aku anti sgat drive masuk KL. Hmm Kedah pon dah makin busy. Makin membangun. Jem tu tak lama lg akan jd sebahagian dr rutin harian di sebelah Utara.

6.Raya ke-3 camtu aku sempat ke Majlis Aidilfitri Mahasiswa Kedah bersama MB. Venue? fuh, Seri Mentalon!!! Kediaman rasmi Menteri Besaq Kedah. Selama ni tgok dr luaq pagaq sja & taun ni dpt jejak msuk dlm. Seri Mentalon agak meriah & terbuka kpd orang awam sejak Pakatan memerintah. Dlu Seri Mentalon agak exclusive & tertutup.


Seri Mentalon : YAB Dato' Ustaz Azizan sedang berucap

7.Agak excited kt majlis tu dgn harapan dpt jumpa Ustaz Azizan huhu. Majlis yg sepatutnya (dr pendapat aku) berkisar isu mahasiswa, universiti & negeri, tp lebih terlalu menjurus ke arah isu politik. Hmm boleh, tp rasanya tak kena masa & cara la. Xpala, haritu dpt gak kenal kawan baru.

Hehe bergaya sakan depan kediaman Menteri Besaq

Bersama kawan skolah rendah :
Syafiq, sorang blogger "Jebat Sang Perwira"

To all:
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

p/s: tunggu jamuan raya campus lak hehe

till then, assalamualaikum

Puasa tak!? (sambungan)

assalamualaikum

1.Hurm, orang dah raya, aku masih nak update pasal puasa hehe. Eh cerita buka posa aku ni tak habis lg, tergantung, xpuas rasanya kalo tak rekod semuanya.

2. Bdak2 kelas aku (Degree TND Sem 7) buat bukak posa kelas 2 Sept, Kamis, haha clash dgn buka posa campus. Apa nak buat, dapat tau lambat pasal event campus, kedai dah bayar, xkan nak cancel. Kami bukak ramai2 di Flaming Steamboat kt Danau Kota. "Dekatnya". Memula nak buka dkt Medan Ikan Bakar Kg Baru, tp budak2 ni ckp xbest sbb biasa sngat. Ya la, depan city campus huhu. Thanks to Mazni sbb organize suma ni.

The girls, Azim sja sesat

Boys lak

"Kemesraan" classmates

Shah, Zainal, Asri : Zainal yg awet muda tp makan byak!

Makcik organizer bersama pakciknya hehe

Syafik @ Boyot : Owner gambar

3.Erk, aku ni xberapa makan sngat sea food ni huhu so budak2 ni la makan banyak gila. Orang pon ramai. Bnyak yg mai makan or buka posa by group or family. Bnyak gak non-muslim yg mai join kwan2 muslim lain sama2 makan masa buka posa. Camni la baru harmoni.

4.Pasal buka posa campus yg jatuh hari yg sama, agak sedih cerita yg sampai ke telinga. Dekan dgn semangatnya oder makan utk 700 orang, stu fakulti punya makan dgn expectation makan free ni ramai yg akan datang. Last2 yg tunjuk muka cuma kurang seratus orang huhu. Dari membazir sja, sapa yg mai tu pakat bwak balik berpuluh2 bekas makanan pastu p hantaq kt umah budak2 fakulti di sekitar Cheras. Termasuk la ke rumah kami, ada la dlm 20+ camtu. Memula suma tak layan, pastu tgahmalam sorang2 buka & makan, last2 habis gak hehe

5.Soknya 3 Sept, turn class Degree PDE Sem 7 lak buka posa kelas lepa. Sbb bnyak bdak PDE dlm umah aku, so tinggal brapa sngat bdk umah. Kebetulan Pali ajak buka posa buffet lg kt Kg Baru, raikan kawan dia yg mai nak buka posa skali. Hmm layan sja la. Kmi p buka posa kt Medan Ikan Bakar, tmpat yg xjadi utk buka posa kelas. RM23 sorang, peliknya buffet tak tambah, apa yg ada, itu la, tambah pon nmpak cikit sja. Masa beratur amek makan tu, pihak kedai dengarkan lagu2 dr alat angklung. First ingatkan lepa tu pasang CD sja, rupanya tak, ada artis yg main angklung tu. Gempak gak, lagu Ella utk 1998 Commonwealth Games, "Standing in the Eyes of the World" main pakai angklung!. Hmm cam xsesuai lak utk bulan posa. Lepas buka posa, artis tu mainkan lagu raya lak, hmm baru kena. Ceh, bertaun duduk di city campus, ni first time tgok artis Medan Ikan Bakar beraksi huhu.

okeh, nnti pasal raya aku update kemudian haha

To all:
Selamat Hari Raya!!!

till then, assalamualaikum

Sunday, September 5, 2010

Puasa tak!?

Assalamualaikum

1.Hurgh ntah knapa malas sangat nak update blog bulan posa ni. Kelas pon dah pendek jd 40min, buat jd lg malas. Sem ni dah Sem 7, sebok nak setel 1st stage final year project. Tp masih bnyak benda pending lg dgn pihak kilang, especially bab finance. Nasib baik ada Zainal @ Pok Nal yg banyak link dgn industry.

2.Banyak actually benda terjadi masa bulan puasa ni tp lebih banyak dikaburi dgn aktiviti tidoq hahaha. Maybe sbb tempat baru kot, tu yg jd cam malas. Environment campus "baru" pon cam tak seberapa kena, ntah la, xtau nak ckap apa. Dlu ok & tak kisah kalo kena stay kt campus (main campus). Skarang di campus ni kalo kena stay pon blur, xdak tempat a.k.a port nak lepak atau nak duduk2, nak buat serious academic discussion pon xda tempat yg proper. Maklumlah campus masih belum establish. Student level kt Level 3 tu ntah bila nak siap. Delay bukan seminggu-dua, tahun!

3.Posa di Cheras ni (baru pindah) kena explore cikit2. Dlu nak p bazar Ramadan, just turun lif dah sampai, terhidang dpn pagar. Skarang kena travel la ckit, kalo malas p yg dekat sja, kt tmn perumahan depan nu. Dah boring, gerak p bazar Pandan Jaya atau Pandan Indah. Tempat2 ni dekat sja actually tp jd jauh gila sbb ada "great wall" of MMR2. Hari tuh, tgah jalan kt bazar ada la satu group awek tegur. "Eh tak kenal ke?" Aku dlm hati : "Erk sapa pulak ni?" huhu "Sori la,sape tah ni?" "Ala junior la, apa punya senior hehe". Apa yg buat aku konfius, aku hari tu terpakai baju OC (faci) utk oreintasi junior ak di kolej matrix UniKL. So mcam mana lak bdak2 tu bleh ada di KL pada waktu lepa tu patut ada di Kuala Nerang!. Owh, lepas jumpa dicampus bru perasan, tu junior intake lepas, hehe aku dlm sekretariat, xda pegang mana2 group, thats why aku tak perasan. Aku just direct dgn junior bila ada event rasmi sja.Aiya xsangka ramai yg ingat aku pd waktu aku bnyak membebel ingatkan mcam2 benda setiap malam huhu.

4.Dlm schedule, sesi FYP adalah pd hari Jumaat, tgah hari slepas solat Jumaat. First session (suppose to be) dah cancel. Pastu second session buat di city campus, tu blom posa lg. Dah posa buat gak lepas Jumaat, tp lewat petang. Dah lewat petang mana sempat nak merayau kt bazar. Sudahnya kelas habis dlm 1 jam gitu sblom buka posa. Pastu hujan lak, memang terbaik la, last2 buka di KFC Jusco la jawabnya.Adeh. Sekurang2nya 3 kali buka posa di situ disebabkn mcam2 faktor. Ada sekali tu hampir tak dpt tempat, nsib baik sempat kawtim dgn 1-2 orang auntie yg tgah makan. Choop tempat lepa awal2. Sambil tu sempat lg orang gila mana tah msuk & bedal makanan orang yg tgah tunggu waktu berbuka.Ntah kt mana cuai pihak KFC. Bukan sekali, dah 2-3 kali orang gila tu dpt lolos & amek makanan orang. First dia amek yg orng dh sudah makan, yg second tu yg amek dr orang yg tgah tunggu waktu berbuka.

5.Buka posa kt rumah lak just mcam biasa ja. Rutin harian pkul 5.30 ptng gerak ke bazar, dlm pkul 6 lebih dah sampai rumah.Lepak2 online sampai pkul 7 lebih pastu baru la kelam kabut nak siapkan ayaq la etc. Pastu duduk keliling ramai2 tunggu azan. Lepas tu pakat2 semayang maghrib lak, rajin p tarawih,kalo malas ckit ponteng haha tak pon buat kt rumah ja.

6.Hari tu Alia Lili ajak bekas "menteri-menteri kabinet" (JPM sesi 0809) UniKL IPROM yg lepas dibawah presidency Pakya utk bersidang, eh utk bukak posa. Sbb hampir keseluruhan bekas JPM pergi industrial training satu sem. So agak lama kami tak dapat duduk ramai2 makan2 & sembang. Yg attend just sapa yg available sja la. Selepas banyak cekadak utk tetapkn tarikh & venue,last2 berkumpul gak di Pizza Tesco Ampang. Yg ada aku, Pakya , Alia Lili , Gumon , Anoom , Nazirul & Madam Nash (kaunselor) pon join gak. Er, dah mcam orang gila bila suma berkumpul, Madam Nash lak sempoi ja. Riuh rendah pizza tu mcam kedai tu kami sja yg ada. Gelak tak ingat dunia, smpai makcik2 meja sebelah siap tgok2 lg haha. Memang best dpt sekali sekala duduk mcam tu. Hoho thanks gak kt Madam Nash sbb seponsor hari tu. Lepas raya ni lg skali bleh madam? haha

Former President Pakya & me,Deputy President II for 08/09

Incumbent : Nazirul, President for 09/10

Former Exco : Alia & Madam Nash (Counselor)

Former Deputy President I : Gumon, Former Exco : Anom, Alia

again...

And again...(-_-"

sori la gambar tak brapa clear,amek pakai hp je,pastu edit2 ckit pkai Photoshop

7.to be continue...





till then, assalamualaikum